Pixajoy

Sunday, April 10, 2011

Home » Wanita Dibandingkan Dengan Lelaki

Wanita Dibandingkan Dengan Lelaki



Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.(wanita memang kuat tidur, eh bukan wanita..tapi aku..aku wanita la..)

Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki pula dua bulan lebih lambat. (Tapi Aiman lebih cepat jalan dari syasya, sedangkan syasya tua dua bulan dari Aiman)

Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki. ( woo..)

Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, manakala lelaki lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat. (betul jugak)

Wanita mempunyai deria bau yang kuat berbanding lelaki disebabkan hormon estrogen yang tinggi. (setuju..lelaki kalau baju dah busuk pun nak pakai lagi kan)

Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar peluh daripada lelaki.(patut la   badan cepat berbau.hihi..) 

Deria lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah  dari wanita. (betullah..en suami kurang arif tentang rasa, kalau aku cakap tak sedap pun beliau cakap sedap.emm..)

Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita pula lebih banyak bahagian yang berwarna putih. (wo yekk?)

Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibandingkan dengan lelaki. (betullah rasanya)

Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37. (cepat betul pekak yer..)

Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang jika dibandingkan dengan lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar. (suara perempuan lebih merdu la yer? tapi kenapa AF majoriti lelaki yang menang?)

Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dalam kandungan, lelaki pula terus menghasilkan sperma hingga usia tua. (menakjubkan..baru tau hari nie, yg lelaki dah lama pun tau)

Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita. (kehkeh jangan pikir lain ekk)

Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, manakala wanita hanya 22 %. (setuju sangat)






9 comments:

senyumSOYA said... Best Blogger Tips

abg2 saya ssuka peluk saya time diorg lepas men..masam!!!

Unknown said... Best Blogger Tips

meramas?? ahahaha...

tp byk lebih pada wanita kan :p

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Woseh! Banyak nyer cerita tentang wanita. Amboi muni. Heehehee. Tapi memang betul la.. Wanita memang kurang mampu menahan sejuk. terutamanya fiza lah. Sebab tu, kat bilik fiza ada selimut tebal sangat. tapi yang pelik nya. Kipas tetap berpasang, kalau tido malam-malam walaupun sejuk. kan pelik tu... Ngeeee..

kay_are said... Best Blogger Tips

em.. macam tu ke? kre laki pompuan ni ade yang lebih, ade yang kurang r.. memang fair r camtu.. deria bau, deria pendengaran.. beze2 ye.. em..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mujur lelaki kurang deria bau sebab wanita banyak kelenjar peluh. Haha.

Atiey said... Best Blogger Tips

hehe mata hubby mummy lebih kecik dri mummy..memanglah lelaki semuanya lebih dr wanita tu sebab kdg2 lebih2 jer perangai dia...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

huhu.. tertarik pasal suara.. rasenye pompuan lagi bnyak suare sumbang tapi perasan giler sedap.... haha

Qamaruls said... Best Blogger Tips

kak saye tak phm laa point yg second last tue.. hahaha

tu pun leh wat comparison ke? kakaka

Unknown said... Best Blogger Tips

Amacam tak menang sis kalau undian tinggi. Tapi ramai lelaki yang menjadi chef terkenal.