Pixajoy

Tuesday, January 31, 2012

Indahnya Menjadi Wanita



Tahukah korang betapa indahnya kita dilahirkan sebagai wanita?


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal darpada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidaari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah, akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


12. Wanita yang menguli tepung dengan Bismillah, Allah akan berkati rezekinya.


13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


14. Wanita yang menjaga solatnya, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.


17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun pahala solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.


18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


22. Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.


23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


24. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.


25. Sabda Rasulullah SAW: 'DOA SEORANG WANITA LEBIH CEPAT DIMAKBULKAN OLEH ALLAH BERBANDING KAUM LELAKI KERANA SIFAT PENYAYANG YANG MEREKA MILIKI'




Macam nak menangis  pulak aku baca. Alhamdulillah...










Monday, January 30, 2012

Agar - Agar Belang Sedap



Alkisah ini kali kedua aku buat agar-agar belang. Kali pertama hari buat tak sempat nak tayang dah habis di ngap oleh dua kesayangan hamba. Resepi asalnya aku ambil dekat blog Cik Betty. Aku memang bukan penggemar agar-agar, bagi aku tak ada la sedap sangat pun. Tapi bila en suami dan Aiman suka dan kata sedap, aku sangat berbesar hati terima pujian tersebut.hihi.. 


Sebelum aku tepek resepi, jom usha dulu rupa agar-agar belang sedap. Aku salahkan gambar kamera hp yang sudah tua dan uzur punca agar-agar tampak tidak berseri sama sekali tidak seperti puan yang membuatnya, kahkah. 


Taraaa!!!


Resepi Agar-Agar Belang

Bahan - bahan
  • Agar-agar 1 bungkus 18gm (aku guna yang 12gm)
  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit coklat atau sirap (aku pakai serbuk koko)
  • Gula secukupnya


Caranya panaskan agar-agar dengan air. Bila dah mendidih masukkan gula secukupnya. Ikut korang nak manis macam mana. Sementara tu kisar telur dengan tepung jagung dan esen vanila. Masukkan bahan kisar dalam agar-agar tadi sambil kacau hingga telur nampak nak masak. Akhir sekali masukkan susu cair. Kacau lagi kemudian tutup api. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian asal dan satu lagi untuk coklat atau sirap. Tuang dalam bekas secara berselang seli. Siap untuk di ngap!




Mula-mula ingat nak bagi sikit dekat jiran depan rumah merasa, tapi tak sempat sebab en suami dah bantai sampai nak licin. Aku belasah je potong agar-agar tak perlu mekap lawa-lawa sebab nanti masuk dalam perut hancur gak kan. Harap maklum bintik-bintik hitam tu adalah serbuk koko tak hancur. haha.






Sunday, January 29, 2012

Aktiviti Aiman Di Kampung Penang



Aku jarang balik kampung Penang sebab selalunya kalau balik sekejap-sekejap tak ada siapa kat rumah. Adik-adik aku kerja jadi tak dapat jumpa mereka.  Lagipun faktor kerja aku dan en suami yang selalu tidak bertembung cuti menyusahkan pergerakan. Tambahan pula sekarang Aiman dah sekolah, jadi agak terbatas masanya. Sesekali bila balik Aiman la orang yang paling suka. Aiman sangat rapat dengan adik aku yang berdua ni,


Hai saya Pak Njang Aiman!

Hai saya Pak Ndak Aiman!


Saya Aiman..


Bila balik kampung, aktiviti yang paling Aiman suka adalah ronda naik motosikal bersama Pak Ndak dan Pak Njang. Lepas tu ikut atau ajak budak berdua tu pergi kedai. Selain tu Aiman tak lupa untuk pau gula-gula, air kotak atau aiskrim. Lebih parah lagi Aiman minta belikan mainan. Tapi mainan tak selalu dapatlah, kecuali kalau betul-betul Aiman pandai bodek.hehe..


Sekarang aku tengok bila waktu petang dah tak ada sangat budak-budak main di padang. Tak seperti aku dulu ligat bermain polis sentry, roundes, main guli dan sebagainya. Kesian jugak Aiman tak ada kawan. Selagi tak petang, aktiviti Aiman  hanya setakat dalam rumah. Selalunya Aiman akan ajak Pak Njang dan Pak Ndak dia main PS. Balik kampung hari tu laptop Acu dia pulak jadi mangsa main game.


Asyik main sampai tak sedar aksi seksi mereka dirakam.


Hari kedua bila Acu pergi kerja, Pak Njang dah mula kerja, Pak Ndak pula pergi bercuti dekat Pangkor, Abah dan PakWa sibuk dengan membuat peta serta taik mata, ibu busy dengan netbook serta membasuh kain baju Berkubang di Hutan Lipur Ulu paip, Aiman buat apa? 



Layan game sorang-sorang!


Sekian saja aktiviti Aiman di kampung. Kesian gila dekat budak-budak sekarang kan? Memang langsung tak berpecah peluh. Macam mana nak kurus wahai budak chubby?






Debaran AJL Ke 26



Aku memang spesis tak mengikuti sangat industri muzik terkini. Radio pun setahun sekali je aku dengar. Rancangan hiburan macam Muzik-Muzik bagi aku dah tak ada yang menariknya lagi. Percaya ke tak aku memang tak pernah tengok satu episod pun rancangan Muzik-muzik tahun lepas. Dulu waktu aku muda remaja, teruja jugak aku tunggu rancangan ni setiap tahun. Kalau separuh akhir akulah orang yang paling sibuk meneka siapa yang akan ke final. Peredaran masa, pertambahan usia atau rancangan itu sendiri yang langsung tidak menarik hati aku, itu mungkin puncanya. 


Malam ni dengar cerita (eceh dengar cerita tu..) ada siaran lansung AJL 26, tema air lagi. Aku  suka-suka je google nak tengok siapa dan lagu apa yang berjaya ke final. 



Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)

  1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  11. Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Hakikatnya kebanyakan lagu yang dipertandingkan aku sendiri tak pernah dengar. Kalau pernah dengar pun mungkin aku tak berapa ambil tahu. Lagu sungai lui, kisah hati, sedetik lebih, gadis semasa dan penakut adalah antara lagu yang aku tak dapat kenal lagunya kalau berkumandang di radio atau TV. Memang spesis buta lagu! 


Yang aku tau lagu paling aku suka Beribu Sesalan.
Itu pun sebab pernah jadi lagu tema Drama Anissa.

Agak-agak siapa boleh menang ekk? Nak kena tidurkan Aiman dulu malam nanti. Semoga Aiman tidur awal, boleh aku layan AJL 26. keke..


* Dalam tak ikut pun sibuk nak ambik tau.haha..











Saturday, January 28, 2012

Tonton Online : Biar Mimpi Sampai Ke Bintang



Masa tayangannya 22 Disember lalu, aku lupa tentang cerita ni. Nak download malas! Adik aku inform tentang Ceritamaster. Sementara BB aku tengah laju, aku berkesempatan menonton Biar Mimpi Sampai ke Bintang  petang semalam.  Best gak telemovie kisah percintaan remaja ni, layan je aku sambil cuba masuk bermimpi sampai ke bintang merasa remaja kembali.hehe..

Telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang membariskan pelakon pujaan ramai Randy Pangalila dari seberang dan Nurul Elfira Loy.  Secara jujurnya ini pertama kali aku tengok Randy berlakon. Aku mengaku dulu aku tak kenal pun mamat ni. Almaklum aku bukan penggemar sinetron yang selalu cuba menyakitkan hati hingga serta merta aku naik darah dengan watak antagonisnya atau jalan cerita yang tak lojik dek akal. Elfira Loy dah besar rupanya, dah boleh berlakon sebagai heroin.hoho.. 

Terhibur juga dengan watak Kira yang bodoh-bodoh alang harap muka saja cantik, kaya raya tapi bangang. Sorry to say..haha. Aku senyum-senyum je setiap kali beliau fail menyebut perkataan omputih. Watak Mak Yam (Didie Alias) masa berlakon jadi mak Andy tu kelakar juga. Jalan ceritanya agak tak lojik sikit tapi masih boleh dimaafkan, janji aku enjoy tengok tak seperti menonton sinetron yang selalu mengguris jiwa.kehkeh..





Friday, January 27, 2012

Resepi Mi Kari Kapitan



Sementara en suami ke solat jumaat, Aiman pula tengah asyik dengan game Dora. Aku sibuk menaip entri ni dengan agak kelam kabut lepas balik kerja. Dah lama aku tak buat mi kari. Oleh kerana aku dah janji dengan Cikgu hyz nak bagi resepi mi kari, aku cuba tunaikan. Dah siap nanti tak reti-reti nak pos? Nak rasa jugak air tangan cikgu.haha..


Dalam kelam kabut pun sempat membebel panjang. Aku jumpa resepi ni dekat majalah kot, lupa dah sebab asal jumpa resepi je aku salin kat kertas pastu bertahun aku simpan sampai tiba masa nak buat baru aku salin dalam buku resepi.keke..Harap maklum resepi aku semua tak ada sukatan. Belasah je sesedap rasa, aku tau chef hyz kan pakar!



Mi kari aku buat time puasa hari tu



Resepi Mi Kari Kapitan


Bahan-bahan

  • Serbuk kari
  • Santan
  • Air asam jawa 
  • Cili kering (dikisar)
  • Sedikit kacang panjang
  • Kek ikan
  • Bebola ikan
  • Isi ayam
  • Isi kerang (aku tak letak)
  • Fucuk (aku tak letak)
  • Tauhu (digoreng dan dipotong kecil)
  • Mee kuning (dicelur)
  • Sayur sawi (dicelur)
  • Taugeh (aku tak celur sebab suka mentah dan rapuh)
  • Telur rebus
  • Daun sup dan daun bawang (hiasan)
  • Bawang goreng (hiasan)
  • Limau nipis (untuk perahan kalau suka)

* Bahan kisar
  • Cili merah
  • Buah keras (Aku tak letak sebab tak berapa kenal buah keras.ahakz)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Halia


* Bahan Hiris
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 batang bunga kantan

Cara-cara
  1. Bahagi bahan kisar kepada dua bahagian: i) untuk menumis dan ii) untuk diperap bersama isi ayam.
  2. Panaskan periuk dan tumis bahan hiris kecuali bunga kantan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan i), masukkan cili kering yang dikisar serta serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
  5. Kacau sebentar dan masukkan bahan ii).
  6. Masukkan santan, kek ikan, bebola ikan, fucuk, kerang dan tauhu.
  7. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam maggi (kalau suka, boleh gak ganti ajinomoto) dan sedikit gula.
  8. Akhir sekali masukkan kacang panjang pastu tutup api. 
  9. Hidangkan kuah dengan mee, taugeh, sawi, daun sup, daun bawang, telur rebus, limau nipis dan bawang goreng.
  10. Siap untuk dimakan!

* En suami dah balik pun tak siap taip lagi. Banyak plak bahan-bahannya.haha..Lewat sikit aku BW, mau istirehat.








Menu Kegemaran Aiman


Mari-mari semua ibu-ibu pemalas seantero dunia.haha Mari belajar resepi termudah serta berkhasiat untuk anak korang. Ini antara menu kegemaran Aiman tau. Aku beri nama pizza roti (orang utara sebut biskut tu roti) tapi Aiman suka sebut biskut telur (orang Johor katakan). Pizza roti ni sangat berguna bila tahap malas ibu berada dipuncak, si chubby pula merengek minta makanan. Caranya lebih kurang macam buat Murtabak Maggie, tapi yang ni lagi simple. Tak sampai lima minit dah siap!




Resepi Pizza Roti


Bahan-bahan
  • 3 keping biskut empat segi 
  • 1 biji telur
  • sedikit garam,lada putih dan lada hitam
  • Sos dan mayonis 


Caranya mudah sekali. Pecahkan telur dalam mangkuk, pecah-pecahkan biskut hingga hancur kemudian campak dalam telur. Masukkan garam,lada putih dan lada hitam pastu kacau. Panaskan kuali leper, letak sedikit minyak kemudian goreng macam buat telur dadar. Siap dimakan dengan sos dan mayonis.

Sukatan yang aku bagi hanya untuk seorang kanak-kanak, kalau korang yang nak makan kena lebihkan telur dan biskutnya, pastu kalau lagi kreatif boleh masukkan sosej yang digoreng dan dipotong kecil-kecil. Masa kecik dulu aku tak pernah merasa makan piza, makanya ini saja pizza yang aku selalu buat sejak dulu.kehkeh. Sesuai juga untuk anak yang masih kecik sebab pizza roti ni sungguh enak dimakan begitu saja. Korang pernah buat tak? Tak pernah sila cuba. Bye!





Thursday, January 26, 2012

Berkubang di Hutan Lipur Ulu Paip



Hari tu masa balik kampung aku dekat Penang, en suami dok merancang pergi berkubang. Kesempatan yang ada sempena Cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga beraya dekat Hutan Lipur Ulu Paip. Kalau tak salah tempat ni masih lagi dalam kawasan Kulim, Kedah. Pejalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah aku. Aku juga baru pertama kali ke sini. Bukan senang nak berkumpul semua. Ini pun adik aku yang bongsu, Ain tak dapat turut serta sebab beliau kerja (tengah praktikal). 


Aku sempat merakam kenangan berkubang dengan kamera cikai aku. Sila bersedia untuk berkenalan dengan jejaka-jejaka idaman malaya. Semuanya still available lagi tau kecuali abang yang paling taf tu.haha..Layan!


Dari kiri abang (abang aku yg sulung ), Ateh dan Acik (adik aku) dan yang berspecky chubby tu semua sudah sedia maklum. 

Sekali lagi posing dari jejaka idaman malaya. Abang bonzer yang taf dan terlebih riang tu sila abaikan!

Tiba saja di Ulu Paip kami mula mencari port yang sesuai untuk berkubang. Oleh kerana masing-masing sudah bersedia dengan baju mandi sejak dari rumah, kami terus menjunam ke dalam air. Sejuk gila air dekat sini. Aku tak ada dalam gambar kerana aku pemalu orangnya. Ewah..



Sesi berkubang bermula

PEACE no war, wajib ada!

Kami cuma makan roti dan air mineral yang dibeli dekat Petronas. Lapik perut dengan roti jadilah. Sebenarnya menyesal tak beli nasi. Terliur jer tengok orang berkelah makan sedap-sedap. Dah puas berkubang jom kita balik!  Perut pun sudah mula berdansa.


Mencari jalan pulang kepangkal

Masa kami nak balik semakin ramai orang datang. Macam-macam ragam orang dekat sini. Pasangan dua sejoli yang mandi berdekatan kami tak tau nak sejuk berendam dari mula kami datang sampai balik masih dok bercerekarama dalam air. Ada jugak makcik yang terlebih excited nak picnic siap bawak tong gas. Selamber je masak buat macam rumah sendiri. Pelik tapi benar..




Penat sudah! tidur pun stylo ok..


Sesekali beraktiviti bersama ahli keluarga terasa sungguh mesra lebih-lebih lagi Lunch nasi campur Ateh belanja, dinner nasi lemak dan charkoteaw Acik belanja, esoknya abang plak belanja. Syukur..hehe!







Wednesday, January 25, 2012

Cita - Cita Aiman



Lepas lappy aku rosak, aku dok ngadap skrin netbook ja. Hari ni aku jadi jakun gila dapat online dengan lappy baru adik aku dengan skrin yang besaq gedabak.hakhak. Aku masih di Penang, malam nanti balik SP sebab esok aku dah start kerja. Minta maaf pada korang yang aku tak sempat BW. Nanti aku qado.


Waktu korang kecik-kecik dulu mesti korang ada cita-cita kan? Cita-cita paling femes time kita kecik dulu mesti doktor, peguam, polis, cikgu dan lain-lain profesion yang diset kat kepala menjamin masa depan. Nak tahu apa cita-cita Aiman? 


Kejadian berlaku semalam waktu sarapan dekat kedai makan. Ada sekumpulan pasukan bomba tengah makan kat tempat yang sama.


Aku : Aiman tengok tu bomba..
Aiman : Aiman nak jadi komando!
Aku : Aiman gelap pun takut, tinggi pun takut nak jadi komando konon..
Aiman : Kalau macam tu Aiman nak jadi memerang.
Aku : hahahaha
Aiman : Aiman nak menembak..(buat gaya siap bunyi seperti pegang senapang)
Aku : Blur..


Memerang tu sejenis binatang. First time aku dengar Aiman sebut. Tak lama lepas tu baru aku dapat pick up. Berderai lagi ketawa aku. En suami yang tak amik port dengan perbualan kami terus angkat kepala mengharapkan penjelasan melihat aku ketawa berdekah. Lepas tu aku dan en suami bantai gelak gila-gila hingga masuk kereta. Sampai penang pun kami dok mengajuk ayat memerang Aiman. Macam2 la Aiman! Selalu buat lawak dengan sebutan yang salah.haha..


*Memerang = berperang.







Wordless Wednesday : At The Barber Shop






Tuesday, January 24, 2012

Themplate Tukar Vektor



Hasil kemenangan dah berkurun. Aku pun dah tak ingat GA apa yang aku menang, cuma aku tak lupa hadiahnya themplate. Malam tadi dengan tiba-tiba adik sponser hadiah tu chit chat dengan aku dekat fb tanya pasal hadiah kemenangan yang tak dituntut. Mungkin beliau baru teringat hendak membayar hutang.hehe Jangan marah ye Are Rif. Setelah berdebat lebih kurang akhirnya aku setuju je terima vektor sebagai pengganti themplate. TQ Are Rif!





Kembang je hidung aku. Tapi yang bagusnya lemak bawah dagu memang jelas tidak kelihatan kan.kehkeh..Are Rif kata kening aku susah sikit nak buat sebab tak nampak. Baru aku tersedar kening aku ni nipis sangat. Jadi katanya huduh sikit. Aku tengok ok jer! terlebih cantik adalah macam kening masa aku pengantin dulu.hoho..(tak sedar diri yang Are Rif nak kata kening betul aku yang huduh...)





Rasa-rasa korang yang asal dengan vektor mana lagi cantik? Sila beri kata-kata pujian supaya hidung aku bertambah kembang.lalala..




* Aku nak balik kampung Penang sat lagi..









                               



Monday, January 23, 2012

Family Outing : Bujang Terlajak



Malam tadi aku, en suami, Aiman dan Ateh (adik aku) pergi tengok wayang Filem Bujang Terlajak. Sampai CS parking ditutup, belasah je parking depan CS sambil berharap jangan kena saman sudah. Lepas keluar panggung aku baru perasan rupanya ada pertunjukan kereta modified, bingit telinga! Aiman sampai termuntah.haha..Bujang terlajak jalan ceritanya lebih kurang macam cerita P Ramlee, Bujang Lapok. Aku sipnopsis sikit la ekk. 


Ia berkisar kisah tiga bujang terlajak, Johan, Nabil dan Apek yang mengejar seorang gadis cantik bernama Puteri (Fazura). Banyak taktik dilakukan untuk menambat hati Puteri. En suami kata, "macam takdak perempuan lain!". Aku gelak je, dalam cerita bolehlah kan.. Puteri pula digambarkan seorang yang berhati mulia dan mencari cinta sejati dari lelaki kurang upaya. Puteri terlalu mengagumi ayahnya ( Mustafa Kamal), seorang yang cacat penglihatan. Untuk memiliki Puteri, Apek telah menyamar sebagai seorang yang buta, Johan sebagai lelaki bisu manakala Nabil sebagai seorang yang pekak. 


Pelbagai kejadian kelakar berlaku sepanjang penyamaran. Panggung pun tak sunyi dengan hilai ketawa. Lakonan Johan, Nabil dan Apek merupakan kombinasi menarik walaupun aku mengharapkan Zizan memegang watak Apek. Bukan maksud aku Apek tak bagus, cuma aku tak minat beliau. So abaikan demand peribadi dari aku..hehe. Bagi aku lakonan Fazura langsung tidak menguji kemantapan lakonannya dan nampak pelik. Watak Puteri tu sepatutnya digambarkan lebih menarik. Watak sampingan Ebby Yus sebagai bapak kepada Nabil dan adik angkat Puteri yang nama Jibab (aku tak tau nama dia) banyak membantu menceriakan suasana.


Gimik ending membuatkan aku hampir tertipu juga. Nasib tak sempat bangun lagi, dapatlah aku cover malu.haha..Ramai yang sudah mula angkat punggung, rupanya cerita belum habis. Berderai lagi ketawa dari dalam panggung. Tapi aku still tak faham kenapa akhirnya Puteri pilih Apek? Bujang Terlajak hanya sesuai untuk bersantai mencari hiburan semata-mata. Kalau mencari lebih daripada itu, memang takde! Nama pun filem komedi kan..




* Dengar cerita lagu Maafkan Kami yang dirapkan dalam Bujang Terlajak tidak dikreaditkan kepada penyanyi asal. Wah gosip!hehe..

















Sunday, January 22, 2012

Demam Pisang Emas



Sebenarnya sudah lama en suami kepingin makan kek pisang. Malam tadi dengan penuh semangat berkobar beliau keluar membeli pisang emas. Dengan pantasnya en suami memberi arahan supaya aku membaking kek lantas berpesan, " boh pisang banyak-banyak, biaq lembik, saya suka yang lembik-lembik..". Hati kecil aku hanya mampu memprotes. Ikut resepi carian google, aku hanya perlu letak 4 biji pisang sahaja. 


Lupakan pasal kek lembik permintaan en suami yang sebenarnya lepas siap baking tak menunjukkan rupa lembik namun naik cantik even tak gebu. Ini mungkin akibat derhaka kepada permintaan suami. Terlebih tepung rasanya kek aku.haha..Tapi Aiman tetap puji kek ibu sedap! Kerana stok pisang yang sangat banyak di dapur, kami sekeluarga kena demam pisang emas. Pagi ini aku bikin cekodok pisang pula.


Hitam manis yang hitam manis,
pandang tak jemu..pandang tak jemu..


Khasiat Pisang Dari Sudut Kesihatan :

  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

Baru aku tau p
isang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya. Susah gak nak cari tu. Korang pernah dengar Pisang Kelat Keling? Serius kelakar nama pisang ni.haha.. Untuk membaca lebih lanjut mengenai Khasiat Pisang, KLIK SINI. Lepas ni nak buat resepi apa pulak dengan pisang emas ni ekk?








Saturday, January 21, 2012

Pelan Aktiviti di Taman Burung



Pagi tadi balik kerja pukul 10 keluar sarapan dekat luar pastu Aiman tuntut janji abahnya minta bawa pergi Taman Burung (kalau boleh hari-hari dia nak datang sini, malas nak bawak je). Lepas makan kami kesana sekejap melayan Aiman main dekat playground, tengok burung dan bagi rusa makan rumput. 


Pelan aktiviti? Buat masa ni, aku bersenam guna alat senaman yang ada dekat rumah ni je. Raya Cina aku still kerja, lepas tu nak balik kampung. Buka sekolah nanti baru nak mula jogging kat Taman Burung dengan En suami. En suami kata nak jalan je, tu la sapa suruh dok kutuk aku gemuk. Biar aku jogging sorang-sorang sementara beliau jalan laju-laju.haha.. Kalau Aiman dah sekolah senang nak projek mengira langkah, pedometer pun dah ada. Kalau bawak si chubby memang agak terbatas sikit pergerakan. 


Jamu mata dengan gambar Aiman di Taman Burung masa mula-mula pindah SP dulu.




Dapat berpeluh sekali dua seminggu pun dah ok. Kena tengok jadual kerja aku gak, kalau tak kerja pagi Insyaallah akan selalulah kami kesana nanti. Kalau en suami malas, aku kena drive sendiri nampaknya. Semangat la sangat!hehe..Harap-harap aku tak hangat-hangat tahi ayam sudah! Tambah semangat tengok Puanbee dan KakYan dengan misi masing-masing. Aku ambik sikitlah semangat mereka. Korang rasa aku boleh tak? Azam tak kental ni.kehkeh..








Idea Menu Kreatif Dengan Oat


Apa korang sarapan hari ni? Aku cuma minum air oat dengan cornflakes. Lepas ni dan seterusnya kena biasakan anak tekak makan oat sebab hari tu timbang berat aku dah naik 3kg. En suami hari-hari kata aku gemuk kononnya nak bagi semangat.haha..Memang agak tension bila badan mula gemuk. Nak pakai baju  apa pun takut, cari dalam almari yang besar-besar je. Kesian aku!hehe..


Kata SSL, jom kembali kejalan yang lurus. Oat ini banyak khasiatnya. KLIK je Khasiat Oat. Sebenarnya oat merupakan sajian yang sangat sedap jika kena cara penyediaannya kan. Hari ni aku nak kongsi cara penyediaan oat supaya kita boleh berkreatif dalam menu harian sekeluarga.

  • Buat air minuman panas dengan sedikit gula, makan dengan cornflakes, coca crunch atau apa saja bijirin sarapan kegemaran kita. 
  • Bagi oat yang dimasak, kita boleh makan dengan buah atau lauk pauk seperti ikan, ayam, sayur dan sebagainya (sama macam makan nasi).
  • Jika ingin makan oat dicampur dengan susu, pastikan kita mencampur sedikit garam. Selain itu, tambah hirisan campuran buah-buahan kesukaan.
  • Kuah kari akan lebih sedap dan pekat dengan menambah emping oat. Bagi yang kretif, oat boleh dicampur di dalam resepi rendang malah oat boleh juga dibuat bergedil. Pendek kata dalam semua masakan boleh taruk.
  • Kita juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, korang boleh memancing selera anak-anak dan suami serta mendapat manfaat kesihatan daripada oat.
  • Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat. Sesekali kalau rajin gila, buat biskut atau kek oat untuk minum petang. Jangan nak tunggu raya je baru nak buat. keke. 
  • Boleh juga cuba Resepi Cekodok Oat
  • Emping oat disangai paling mudah. Sangai diatas kuali, tambah gula dan garam. Hasilnya, emping yang rangup, garing dan merupakan makanan ringan yang sedap serta berkhasiat. 


Jom makan oat!













Friday, January 20, 2012

The Way To Stay Creative


Let's do NO 24!hehe..