Pixajoy

Sunday, December 30, 2018

Menara Condong Teluk Intan, Perak



Perjalanan ke Lumut kami singgah cari makan dekat Teluk Intan. Lepas makan ambil peluang bergambar dekat menara, bukti pernah sampai. Ni kira pertama kali juga kami kesini. Terlanjur dah sampai, mari aku ceritakan serba sedikit sejarah pembinaannya.

Menara condong dibina pada tahun 1885 dengan ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Ia dibina oleh seorang arkitek dikenali sebagai Ah Cheong. Beliau mendapat ilham melalui reka bentuk bangunan Pagoda di Negara China.

Keunikannya menyerupai Menara Pisa, Itali

Pada asalnya menara ini tidak condong. Selepas 10 tahun dibina, telah berlaku banjir besar sehingga menara tenggelam.  Bebanan air yang berat dipercayai punca menara condong ke arah barat. 

Jelas condong sedikit 

Mengikut sejarah, pada zaman Jepun dahulu, bangunan menara jam dijadikan menara kawalan untuk meninjau musuh. Menara condong ini suatu masa dahulu digunakan sebagai tempat takungan air. Di zaman British, pembinaannya adalah untuk memastikan kemudahan pengurusan air ditingkatkan.  

Anak dara jadi model. Ibu dah comot dek muntah Aryan

Tujuan asal pembinaannya pun adalah sebagai penjaga masa, berfungsi untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau atau sekiranya berlaku kebakaran. Tangki air terletak diaras tiga tapi sekarang sudah tidak digunakan lagi, hanya menjadi tarikan pelancong.

Abah pun nak bergambar juga. 

Kami berbesar hati dapat menjejak sejarah menara condong yang merupakan mercu tanda Teluk Intan. Cheewahh.. 





Sunday, December 23, 2018

Pekan to Lumut



5 December bertolak ke Lumut. Sarapan Acik depa buat nasi lemak pastu goreng keropok lekor Jason Bay tempohari so masing-masing dah kekenyangan, tak perlu singgah makan, boleh terus jalan.

Masuk kereta sekejap dah tidur dua beradik

Singgah R&R Temerloh

Mencari kuih ulat bulu yang kami beli last 2 year. Jumpa kuihnya tapi rasa tak sedap macam dulu

Aryan buat hal muntah dalam kereta habis baju ibu dek muntah dia. Singgah R&R Rawang konon nak makan kat sini tapi takda yang menarik, kami teruskan perjalanan ja.

Jumpa mainan isi syiling ni Aryan takutt Kak Pia naik sorang la.  

Sempat main sementara yang lain ke toilet

Pantang nampak, budak dan playground berpisah tiada. 

Kami masuk bandar Teluk Intan cari makan kat sini. Berdekatan menara condong ada foodcourt, pakat order mee rebus dan sup herba. Boleh tahan sedap, sebab lapar sama kot. Puas makan kami ke menara snap gambar. Entry menara condong nanti aku buat special entry. 

Sepinggan settle Afia makan

My Afia Aryan

Alhamdulillah selamat sampai

Kami tidur dua malam juga di Lumut. Sebelum balik SP singgah Penang sekejap, FIL nak merasa naik jambatan Kedua Penang. Nanti aku sambung entry Penang. 




Goodbye Johor



Sambung kisah Johor. 

Dah nak balik ni je sempat snap

Pulun wefie gak

Selalu kalau balik Johor ni pun antara port selalu singgah, keropok lekor dia memang sedap.  

Pantai jason bay (Teluk Mahkota), Tanjung Sedeli, Kota Tinggi. 

Singgah pekena rojak dan keropok lekor

Bergambar kenangan tapi lighting tak cantik la pulak

Gaya Aryan tu ibu is geram

Budak tak berapa sihat

Ok dah jom teruskan perjalanan

Sampai kat Mersing singgah sekejap beli keropok kering. Abah beli sikit habuan goreng kat rumah adik ipar. Keropok lekor belum goreng dah beli kat pantai tadi. 

Aku snap dari dalam kereta.

Snap signboard ja la abah sorang turun meninjau

Beli ikan segar juga

Singgah lunch kat Mersing. Boleh tahan restoren ni orang punya ramai menu pun banyak. Aku malas nak keluarkan hp dan snap. 

Selamat sampai Pahang semula

Antara menu kat Pahang. Buat Laksa, nasi lemak sambal udang Acik, kuih ketayap banyak lagi tak snap. 

Kami bermalam dua malam di Pekan kemudian bertolak ke Lumut rumah adik ipar yang sorang lagi. Nanti sambung.




Saturday, December 15, 2018

Johor Trip



Sebelum kenangan hilang di bawa arus masa, mari update kisah Johor. 5 hari kami di Punggai rumah Pak Usu (adik MIL). Ni rekod paling lama rasanya kami balik Johor, selalu paling kuat 2 malam je.  Entry ni penuh dengan gambar.. bertabahlah scroll sampai bawah malas nak buat by part sekali harung sini ja.

Petang Rabu kami terus tolak balik Johor sekali dengan adik ipar dan anak-anak dia. Bertolak dah petang, sampai Bandar Penawar gelap dah pun, berhenti kejap kena roti roti canai mamak. Teruja tengok Bandar Penawar dah berkembang pesat,  maju sungguh sekarang.. masa kami dok Johor dulu hutan ja kiri kanan.

Aryan sado 

Acik depa join sekali (adik ipar)  

Sampai rumah Pak Usu dah malam. Aryan sado punya seronok dok jerit kira satu dua tiga sampai sepuluh, excited kot ramai orang. Esoknya aku bawa budak-budak ni pusing kawasan rumah melawat tumbuhan yang ada. Roadschooling la kan masa cuti pun suatu proses pembelajaran bagi anak-anak.





Abah (FIL)  merap Mak Usu minta buatkan pau goreng, pastu Acik depa buat karipap, Mak Ngah pula mai hantar dua biji kek, jenuh la tambah kalori. Esok lusa dan hari seterusnya Mak Usu buat donut gula, donut sambal, roti jala, pau kukus, bubur pulut hitam, dapat pulak minum air kelapa fresh from pokok.. owhh heavennya! 

Antara yang sempat mamarazi snap.hehe

Pak Usu (adik MIL) dan mak. Sempat aku snap masa kat rumah Mak Ngah  

Siap nak ke Semenchu rumah Tok Busu (mak saudara MIL) 

Anak adik ipar dan anak-anak Pak Usu. 

Another pic yang sempat snap

Balik dari rumah Tok Busu kami terus ke Tanjung Pengelih, tempat kerja lama aku dulu. 5 tahun kami kat sini membina hidup. Kira banyak sejarah jatuh bangun kami kat sini. Berapa kali dah lepas pindah kami balik Johor tapi tak sempat nak pergi jumpa kawan-kawan lama.. Alhamdulillah kali ni sempat juga mengulit kenangan. 

Disini lahirnya pelaut TLDM

How i miss this place

Kak Atie duty haritu sempat la jumpa peluk cium melepas rindu. 

Depa pun nak pose jugak

Hari ke empat kat sini dah plan nak tolak balik Pekan semula rumah adik ipar tapi Abang Nua dan Kak Radiah ( rakan sekerja kdsi) kata nak datang rumah, semalam masa pergi Kdsi call depa tak ada kat rumah.

Sempat bergambar kenangan

Terima kasih sudi datang jumpa

Lepas depa balik tup tup FIL kata postpone esok la balik,  harini jom kita pi JB rumah Tok haji (keluarga angkat FIL). Sebelum tu ajak bergambar kenangan dengan Mak Usu dan anak-anak.  Pak Usu kerja tak dapat join sekali ke JB. 




Kak Long depa pun teringin pinjam bunga atas kepala ajal wefie. Haha

On the way ke JB singgah pekena cendol kat satu gerai ni depa kata sempoi tapi tak best pun. FIL dan en suami memang peminat cendol, mana pergi pun jumpa cendol mesti singgah.. so takat cendol ni memang so so je la bagi kami.

Rasa manis gula kurang lemak tak kena taste aku sangat tapi boleh la telan

Sempat snap ni je. Haha.. Kat rumah Tok Haji tak teringat nak keluarkan hp pun

On the way balik rumah Pak Usu semula kami singgah makan kat Pasak. Ni kira antara port kami selalu singgah makan waktu dok Johor dulu.

Aryan sado tak berapa sihat sangat. Mula Kak Pia demam pastu jangkit dia

Sementara tunggu order sampai

Kat sini specialnya ada sate babat.. tapi aku tak snap pun..

Mee Bandung Muar ni je sempat snap. Lagipun ada FIL MIL aku macam segan sikit.. Kontrol banyak la hobi aku yang suka snap pic makanan.hahaha


Perjalanan balik Pekan pun banyak tempat juga kami singgah, nanti sambung next entry.