Pixajoy

Monday, December 30, 2013

Pendaftaran Aiman Tahun 1



Aiman memang tak sabar nak sekolah. Cuti lama sangat boring tak tau nak buat apa tu je ayat yang keluar dari mulut dia. Semalam hari pendaftaran, Rabu ni baru mula persekolahan sebenar. En suami pesan macam-macam pada si chubby. Jaga baju jangan bagi kotor, nak duduk tengok dulu takut kotor seluar, pastikan baju sentiasa tight in, jangan bagi kawan pijak kasut, duduk depan bila dalam kelas dan banyak lagi la nasihatnya. Ibu pun kena sound suruh didik anak basuh kasut sekolah sendiri, hangerkan baju semua la kan kalah guru besar abah Aiman ni tau.haha..


Merasmikan semua serba baru

Pendaftaran ni cuma untuk beri taklimat pada ibu bapa. Pelajar dibawa masuk ke kelas sementara. Nama Aiman ada pada kelas 1A. Mula persekolahan nanti, semua murid Tahun 1 akan ikut program transisi selama tiga minggu pastu baru cikgu atur kelas sebenar mengikut kemampuan student. Lepas taklimat parents dibawa ke kelas anak masing-masing. Cikgu kelas bagi sedikit penerangan kena fotostat surat beranak, gambar la apa mak nenek kemudian ada sesi bayar yuran. 

Suka Aiman dapat kawan baru

Ni dah nak balik muka kena paksa tangkap gambar

Si bambam kemain test suara dekat sekolah abang. Dengar suara dia sorang je. Dua tiga kali Afia dok jerit dari taklimat kat kantin sampai la masuk kelas Aiman. Dia mengantuk sangat sebenarnya. Masa balik terus terlelap dalam kereta. Sampai rumah letak kat bawah terus tak sedarkan diri. Muka penat tak ingat!






Sunday, December 29, 2013

Donut Lembut Rambutan Kopek



Penangan Resepi donut lembut terbaik. Aku buat lagi untuk kesekian kalinya. Jakun sikit baru pandai buat donut katakan. Memang aku dok gila makan donut sampai badan pun dah jadi bulat. Sekarang ni pun tengah lapar, dok teringat je kelembutan donut ni. Nak buat tak berapa rajin. Aku nak kembali melabu, ada sebijik besar labu dibeli en suami Jumaat lepas. Donut labu pun sedap gak ni.hehe 



Paling laku kalau dah siap kopek masuk peti ais semalaman. Nyaman je masuk tekak. Dua kilo en suami beli dekat pasar malam aku dan Aiman belasah licin. Tadi en suami tanya mana rambutan? Nanti beli lain ye yang.muahaha...


Banyak benda nak cerita terus cancel. Asal aku online je si bambam ni sibuk tepuk-tepuk netbook. Penyibuk paling comel dah protes jerit, mari tekan publish seberapa segera.hehe..



Saturday, December 28, 2013

Jahit Lencana Sekolah



Esok anak nak orientasi baru hari ni ibu kalut. Mula-mula tadi letak lencana dekat poket pastu macam tak konfiden betul ke lokasinya. Ibu zaman milenium nak jahit lencana sekolah pun tanya pakcik google baq hang.haha..Zaman aku dulu tak payah jahit main iron je terus melekat apa. Leceh betul la nak sumbat benang dalam jarum segala. Si bambam tidur baru aman sekejap ibu nak menjahit. Ni pun buat satu dulu, lagi sepasang esok lusa la kot.  

En suami kata ni lencana paling buruk  beliau pernah tengok.

Dah selamat jahit secara hentam kromo. Benang warna putih pun takde. Aku belasah warna coklat. Jahit pun sikit  je di empat penjuru. Asal lekat sudah!hehe..







Flash Card Pertama Afia



Ternampak flash card ni dekat kedai dua ringgit terus rembat. Sekarang ni Afia nampak sangat berminat renung logo, lukisan atau tulisan pada baju, tu yang beli flash card ni, kononnya macam first step introduce alphabet pada Afia. Kalau Afia sekadar tengok gambar pun dah boleh merangsang otak dia kan. Dia pun dah pandai ajak kita main, ibu selit la sikit unsur pembelajaran.

Mula-mula aku just keluarkan huruf A B and C, tunjuk dan sebut dekat si bambam. Benda baru memang fokus dia tengok. Mulut kecik dia tu kemain lagi bising mengikut apa yang ibu sebut. Macam ada je bunyi A keluar dari mulut Afia. Clever girl sangat!haha.. 

Lepas dah tunjuk dan sebut, ibu bagi chance Afia belek kadnya. 






Dah boring terus simpan. Esok kita main lagi. Seminit sehari pun dah cukup. Lepas seminggu ibu akan move to another alphabet. Mana tahu dah pandai cakap nanti terus boleh sebut A to Z. Baby geniuses gitu.hakhak..




Friday, December 27, 2013

Afia Menjulur



Usia 7 bulan plus Afia baru mula menjulurSecara tepatnya tak dapat dipastikan bila. Salah ibu juga tak berapa peka dengan perkembangan Afia. Maafkan ibumu yang selalu kalut.huhu. Asal letak Afia kat bawah ibu biasanya akan bersilat masak atau buat kerja rumah. Selalunya abang Aiman akan bertugas pantau si bambam. Nama je tolong tengokkan adik, mata abang lebih sibuk ke TV. Kalau main game pandai dia sogok adik dengan joystik. Tapi adik lebih bijak, sekejap sangat layan sogokan kemudian cari benda lain untuk belek. Berpekik la ibu suruh abang bagi sesuatu buat adik main.

Sebelum ni Afia cuma expert guling-guling dan buat pusingan 360 darjah. Lately Afia dah mula gigih menjulur kedepan. Bila mainan diletakkan jauh dari dia, serta merta dengan comelnya Afia akan menjulur kedepan untuk dapatkan apa saja barang yang dikehendaki. So far pergerakan menjulur masih lagi slow motion. Tak payah laju sangat la kan, sekarang pun ibu tak menang tangan nak kepung. Nak blogging macam mana kalau dia yang sibuk dulu tekan keyboard.

  
Macam-macam akal dia sekarang. Sekali sekala letak dalam walker dah melaju tangan menggapai segala benda. Almari kabinet pun dia dah mula nak bukak. Tak lama lagi boleh tolong mengemas.
 
 
 
 

Wednesday, December 25, 2013

Botol Pigeon Peristaltic Plus Untuk Afia




Aku singgah  Manjaku lepas menjala di Happy Home hari tu. Nak kejar sangat diskaun 50% untuk botol susu Afia punya lama baru beli botol susu pigeon Peristaltic plus ni. Entah bila la pulak pigeon nak buat diskaun replace botol susu macam tu. Kalau nak tunggu murah berjanggut la kan. Zaman serba serbi mahal ni memang kena bijak berbelanja. 

Aku ambik yang 3 month punya sebab botol susu dia baru 8oz, yang besar punya tak layak untuk Afia. Afia sekarang pun sekali hisap paling kuat 3 or 4 aunz. Pengasuh kadang-kadang sekali hisap letak 2 aunz je. Afia hisap memang tak banyak, tapi berulang. Yang ni harganya RM 45.00, lepas diskaun dapat RM 38 something kalau tak salah. Niat hati nak beli yang PPSU tu, bijak berblanja punya pasal aku ambik yang PP ni je. Harga PPSU tu mahal dalam RM20 lebih gak. 

Yang penting puting tu je kan. Botol susu jenama segala mak nenek ada kat rumah ni tak terpakai pun. Yang Tommee Tippee aku guna untuk letak air masak Afia buat asah gusi juga. Dia lagi suka minum pakai cawan macam orang besar. Sebelum ni aku guna botol susu Avent tapi puting pigeon peristaltic plus. Kalau ikutkan semua botol wide neck match kot dengan puting pigeon, cuma sestengah mungkin leaking. Botol MAM dua bijik dok buat perhiasan nak gak beli yang Pigeon ori.hehe.. 

Pada korang yang ada anak masalah keliru puting aku nasihatkan tak payah berhabis duit beli segala macam brand botol susu, buat membazir je macam aku. Kebanyakan baby memang reject terus puting botol, dia bukan kira brand. Paksaan je jalan penyelesaian. Nak paksa kena cekal hati, jangan sampai anak kebulur plak, slow-slow training, jangan paksa teruk sangat. Bagi anak masa untuk belajar benda baru. Afia pun ambik masa 3 bulan juga tau. Sabar dan teruskan berdoa. Aku pegang ayat ni je, bukan senang jadi ibu, sebab tu pahala besar. 




Tuesday, December 24, 2013

Perangai Comel Afia & Masa Berblog



Susah nak tidur siang padahal mata mengantuk. Ini perangai comel anak dara ibu sekarang. Kadang-kadang tiga empat kali masuk keluar buai. Menjerit-jerit test suara dengan pitching keluat. Sampai bergoncang-goncang buai keluar kaki. Beraksi cekap ala stuntman. Nak kata protes buai, tidurkan kat bawah pun cabaran. Kalau dulu boleh sogok dengan nenen, sekarang dia tak layan dah. Bila sedang elok tido buai Afia selalu juga terjaga menangis mimpi ke apa entah. Tidur pun bukan lama mana. Orang dah besar katakan.

Muka serius mengantuk mata bengkak yang amat dah ni. Susah betul nak snap pic si bambam sekarang. Seminit tak reti dok diam. Afia akan fokus sekejap bila dia dapat benda baru. Mainan dia takdenya dia bersungguh main. Kalau main dengan abah atau abang Aiman memang mengekek ketawa. Pendek kata masa main tu lebih penting dari masa tidur. Bila kurang tidur, badan pun makin slim.


Dek perangai comel Afia ibu nak buat satu kerja pun susah. Bila anak tidur bawah dengan ibu sekali sampai London. Masa berblog dah terhad. Semput aku nak BW. Nak update satu entry sehari pun kelam kabut cari masa. Mujur la blogger tak berapa nak tegar. Kalau aku lambat balas jejak tu harap maklum ye.






Monday, December 23, 2013

Keperluan Sekolah Aiman



Bertangguh dari sehari ke sehari nak shopping keperluan sekolah Aiman. Ada saja benda yang menghalang. Si Abah punya kerja bukan macam bapak orang lain, perlu tenaga dan kudrat yang banyak. Bila cuti tu je masa si abah nak berehat. Si ibu punya kerja perlu ketahanan mental, berkorban cara lain pula. Bila Si abah cuti, si ibu kena kerja, begitu sebaliknya. Terlanjur balik kampung terus kami shopping dekat kampung. 

Sabtu selepas Zohor ke Parit Buntar. PB dengan NT bukan jauh mana walau berlainan negeri. PB sekarang macam-macam ada, pekan yang sedang pesat berkembang. Pendek kata syurga beli belah, ramai kata sini punya harga jauh lebih murah dengan tempat lain. Apa pun si bambam ibu always behave. Tak heran mengantuk dan lapar kalau dapat jalan. Si chubby mengomel juga sakit kaki, penat berjalan.

Kami tuju Pasaraya Ten Ten (Lokasi dulu Supermarket Minat), senang semua benda ada kat sini. Nak berjalan banyak tempat memang tak la dengan kesuntukan masa, cabaran cuaca dan sebagainya. Nak carik yang murah zaman sekarang mana ada. Semua tempat lebih kurang harganya. Baju sekolah,seluar track, beg semua beli kat sini. Dapat pulak amoi best melayan kami, suka betul dia dengan en suami. Kasut sekolah je cari dekat kedai kasut berhampiran. 


Lega rasa segala keperluan sekolah Aiman dah selesai. Alat tulis sikit lagi kena beli. Buku en suami dah beli 15hb tempohari. Minggu depan 29hb tarikh Aiman melapor. Pasal pergaulan tak risau sangat, Aiman jenis yang boleh bawak diri, pandai berkawan. Cabaran lain tu harapnya terkawal. Sedar tak sedar Aiman bakal melangkah ketahun 1. Ibu pulak kena say bye bye 20-an. Muda lagi kan?hikhik..

* Tiga hari cuti menghabiskan masa mengemas dan mendobi. Dari pagi sampai petang dapat kemas dan mop setengah ruang tamu je. Ada anak kecik lagu ni la, aku akan slow2 BW.





Sunday, December 22, 2013

Tak Puas



Takdenya aku balik kampung lama mana. Lebih kurang sehari je kat kampung. Jumaat aku kerja pagi. Rancangnya lepas Jumaat nak balik NT tapi en suami tak berapa sihat, dah tu hati memasing nak tengok MLM, habis MLM baru bertolak. Sampai NT pukul 2 pagi, dah kira hari Sabtu dah. Pagi tadi bertolak balik SP. Tak puas! Si chubby Aiman tarik muka plus merajuk takmau balik. Nak tinggal sana sapa nak jaga. Dah la kuat makan. Memanjang je lapo.

Kalau nak senarai banyak benda menarik kat kampung tu. Walau mak pak dah tinggalkan kami tapi kami punya jiran tetangga semuanya umpama mak ayah sendiri. Tak puas pusing kampung, lepak-lepak sembang. Kali terakhir balik masa raya puasa tempohari. Fuh memang lama tak balik walhal ikut highway lebih kurang sejam je perjalanan.

Dulu masa dok Johor tak dapat balik selalu. Setahun dalam dua tiga kali. Paling kuat 4 kali. Jauh cara jauh la kan. Sesekali cuti tu dalam dua minggu juga. Dah dok dekat cara dekat. Boleh bilang lebih kurang macam dok Johor juga baliknya tu. Nak buat macam mana, hidup ada komitmen, rezeki kena cari, kesibukan dunia mana ada penghujung selagi kita tak tutup mata.

Seindah mana tempat kita merantau, tempat yang paling selesa dan aman mesti la dikampung sendiri. Tempat jatuh lagikan dikenang, tempat ini tempat aku bermain, tempat aku dibesarkan. Harapnya tahun depan dapat lebih lama kelapangan masa menikmati kampung sepuasnya. Mungkin kita boleh arrange aktiviti holiday, jalan-jalan seumpamaya. Dah janji dengan Aiman nanti kita balik lama sikit. Biar Aiman Afia puas main dengan Pakwe, PakNjang, PakNdak dan Acu Ain. 


* Buat Aisy Nasiha, resepi karipap ikan bilis dah update ye..:)




Saturday, December 21, 2013

Karipap Ikan Bilis



Keinginan nak melawat kawasan terpaksa tangguh dulu. Masak la aku nak marathon nanti. Aku kat kampung ubah plan balik awal tak seperti hasrat asal nak balik cuti Krismas. Nak update memang tahap malas. Kalau dibiar penyakit yang satu ni memang tak terfikir la nak tayang karipap bodo inti ikan bilis. Ni pun macam keadaan agak memaksa. Aku sorang faham cukup la kot. Yang penting kulit karipap kali ni jadi gebu rangup. Tak sangka jugak yang ikan bilis sesuai dijadikan inti karipap. Dasar jakun selalunya aku buat inti udang atau ayam saja. 

Resepi Karipap Ikan Bilis :

* Untuk kulit : 4 cawan tepung + (1/2 cawan minyak panas+2 sudu marjerin dicairkan) + (air suam+garam). Uli hingga jadi doh karipap.

* Untuk inti : Tumis bahan blander (cili kering+bawang merah +bawang putih+halia) hingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari daging/ayam. Masuk air + 6 biji kentang yang didadukan + 1/3 cawan ikan bilis. Masak hingga kentang empuk dan air kering kemudian perasakan dengan gula+garam.



Aku main campak karipap dalam mangkuk pastu laju-laju snap. Tak boleh harap karipap aku yang cantik rupawan menggoda sangat. Memang tak pernah buat karipap rupa canggih, yang ni pun dah habis lawa.hakhak.




 

Thursday, December 19, 2013

Penyediaan Puri Buah/Sayur Untuk Baby



Minggu yang agak sibuk. Memang tak sempat nak melawat kawasan. Nanti weekend aku jelajah korang. Hari ni pun takde benda sangat nak cerita. Ni yang terkeluar entry ilmiah sikit.hakhak..


Penyediaan puri : Buah atau sayur dibuang kulit, didadukan pastu di stim/rebus, blend dan tapis. Buah macam pisang, avacado dan betik boleh terus blend dan tapis, yang masak ranum lecek je terus bagi baby, sesuai la kan untuk travel.

Sebaiknya buah/sayur kita stimkan, so khasiat tu tak lari ke air rebusan. Cara simpanan dan penyediaan puri sebijik macam susu ibu. Puri di chiller tahan sehingga 48 jam, di freezer pula sehingga 4 bulan. Tapi tak payah la malas sangat buat sekali harung untuk sebulan pulak. Macam aku paling kuat pun aku buat puri untuk 3-4 hari je. Yang fresh tu lagi bagus. Buah macam pisang dan betik aku lecek terus bagi Afia. Kalau bubur nasi memang aku masak setiap hari.


Puri labu
Puri Epal
Puri Pear
Puri Karot

Nak buat cukup mudah. Kalau nak sediakan makanan sihat untuk anak pun bagi alasan takde masa, malas, susah, tak reti, tak payah buat anak.huhu..





Monday, December 16, 2013

Petua Resdung



Nak share satu petua menarik. Benda ni menyelit dalam Pa&Ma Januari 2014. Petua mudah saja dan katanya cara ni diakui berkesan oleh penyelidik Universiti Michigan. Rawatan secara semulajadi yang tak perlukan banyak modal, cuma sedikit kesungguhan.


Bahan-bahan : Air suam yang dicampur dengan sedikit garam

Caranya : Sengetkan kepala dan tuang sedikit larutan air garam kedalam salah satu lubang hidung sampai air keluar dekat lubang hidung lagi sebelah. 


Korang yang ada masalah resdung cubalah! 





Sunday, December 15, 2013

Nombor Bertuah





Rezeki kenduri rumah orang kuat Adabi. Setengah hari menjadi mentaqa balik sekejap untuk mandi dan solat, elok-elok sampai sana belum tongkat moto nombor dah kena panggil. Melambai-lambai tangan menyebut "ada" sambil menjadi bahan ketawa. Apa pun Alhamdulillah nama en suami naik. Kira bertuah la penuh tiga beg dengan barang-barang Adabi dan survenier orang kawen. Jajan pun penuh beg. Macam-macam ada! 




Saturday, December 14, 2013

Sehari Di Kampung



Semalam kami seharian di kampung. Bertolak tak awal juga, sampai Alor Setar dah tengahari. Abah mak pun dah tutup kedai.  Rancangnya nak bertolak awal pagi, gedebuk gedebak basuh baju, masakkan makanan Afia, kemas baju masuk beg terus jadi lambat. Kebetulan jiran selorong buat kenduri menyambut menantu, langkah kanan la kami. Perut aku memang tengah berkeroncong dok kalut buat kerja dari pagi tak makan apa.

Sebelum solat Jumaat kami yang perempuan dah mula makan dekat rumah kenduri. Macam-macam menu ada. Nasi  putih dengan lauk pauk masak merah ayam, masak kicap ayam, sambal  keli, kari ikan, paru goreng, ikan masin keropok Sabah, Sontam pastu ulam-ulaman. Selain tu ada roti jala kuah durian, laksa siam dan apa lagi ntah semua menu pun aku nak report kat hangpa. Aku makan nasi sikit dengan lauk pauk penuh pinggan terus surrander benda lain. Tup-tup mak balik bawak laksa lagi sorang semangkuk dengan adik ipar.  Sebab kuah dengan laksa dah adun sekali haruslah aku melantak sekali lagi.hakhak

Sakan makan sampai nasi lemak dan mihun goreng mak simpan untuk kami Aiman sorang je sentuh. Kat kenduri Aiman dah kenyang, dia cuma main dengan kawan-kawan. Afia jadi tumpuan kat sini, beralih dari satu tangan ke satu tangan. Ibu dapat makan dengan heaven sekali. Selesai makan tengok ada buah aku lenyek la sebiji pisang emas bagi si bambam. Kesian dia ibu makan sedap anak tengok je kan. Afia bagi apa pun nganga walhal sebelum tu dia dah pekena bubur labu+kurma semangkuk. 

Malamnya ada siapa ntah hantar mihun goren dua bungkus. Semua tak nak, aku dengan Aiman la makan. Sebelum balik singgah rumah anak sedara en suami hantar hadiah kawen, say sorry jugak sebab tak dapat attend kenduri. En suami ada kenduri juga disini, dekat taman selorong tu ada kenduri juga. Yang ni memang kawan en suami dari kecik. Dua-dua pun tak dapat attend. Biasa la bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tu je ayat mengurangkan rasa bersalah. 

Kat rumah anak sedara en suami aku makan lagi mihun goreng.haha..Ada pulak keropok goreng cicah sos memang la kegemaran. Dekat 5 kali apa pergi tambah keropok penuh pinggan. Berlumba kami satu famili makan keropok. Abah kata "depa tak boleh la nak kata apa sebab kita kan ramai".haha. Semua dah selesai aku, Aiman dan Irshad dok berebut lagi makan keropok. Buruk sungguh perangai mengalahkan budak-budak. 

HP bateri nak mampus, kamera pun tertinggal dalam kereta. Tak dapat ambil gambar pengantin berinai. Kalau tak dapat gak Aiman Afia posing atas pelamin buat tatapan pembaca blog tintong. Gambar lama sebagai pengganti. Nak letak jugak sebagai penyeri walau tangan si bambam goyang tak ingat.hehe 



Balik kampung adalah aktiviti yang penuh dengan makan. Aku pernah cipta rekod paling hebat dua minggu balik kampung berat naik 4 kg. Hangpa ada?





Friday, December 13, 2013

Muffin Labu



Kembali lagi dengan aktiviti melabu. Aku janji ini yang terakhir. Lepas ni tak minta dah en suami belikan labu banyak-banyak. Kalau ada aktiviti melabu pun aku off airkan je. Harap boleh percaya.haha..Lepas cekodok labu, kek labu, pengat labu, iron chef bikin muffin labu pula. Tak pasti apa perbezaan muffin dengan kek. Macam kembar tapi nama jauh menyimpang. Ada sesiapa boleh tolong explain? 

Jangan tak tahu labu banyak khasiatnya untuk kecantikan. Labu kaya dengan Vitamin A dan antioksida. Aktioksida memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel badan yang rosak. Amalan makan labu juga dikatakan bagus untuk mendapatkan kulit yang halus berseri serta mengatasi masalah kulit kusam dan tak bermaya. Inilah rahsia kulit PK kelihataan muda dan halus berseri. Ada jugak yang kena gelak guling-guling, buat statement bikin menyampah.muahaha

Resepi Muffin Labu 

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder*
1/4 sk soda bikarbonat* 
*Gaul sebati
4 sudu besar mentega
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan labu dikukus+lenyek
1/3 cawan susu segar

Cara-cara : Putar gula+mentega hingga kembang. Masukkan telur kemudian labu pastu gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Gaul rata dan sudukan dalam kertas cawan kemudian bakar. Siap!



Macam biasa la kan trademark aku, rupa yang tak semegah, rasa yang syok sendiri. Dari segi rasa tak banyak lari dengan kek labu cuma muffin lebih gebu sebab aku tak derhaka banyak dengan resepi. Yang bestnya resepi ni adunan tak banyak. Aku buat dapat dalam 15 biji muffin camni. Sesuai la buat famili kecik aku. Yang nak hadap pi mai pi mai aku jugak kan. 




Thursday, December 12, 2013

Apa Masalah Ntah, Heran!



Mula-mula aku tak rasa macam perlu buat entry ni. Makin hari ke sehari ramai pulak dok tegur entry aku tak berupdate dekat bloglist depa. Aku hairan la jugak pasaipa. Rasa ralat jugak la kan kot-kot ramai sebenarnya dok menunggu aku update blog tapi benda takde lalu kecewa tahap dewa. Ayat macam mintak penampor.haha..

Ok serius! Dulu pernah jadi sekali. Tapi masa tu aku pakai domain dot com nak berukar ke blogspot semula tu yang entry tak berudate. Kali ni tak tau apa hal. Aku tak pernah buat apa-apa perubahan dekat adress aku. Yang lebih menghairankan benda ni jadi bukan dekat semua blog. Ada sesetengah blog berupdate elok pulak. Aku tambah pening. Blog ni pun dah rasanya tak pernah tukar wajah, dari dulu dok tintong macam ni. Dah tuannya pemalas, nak upah orang kemut, tu yang kadang-kadang bertukar cuma header je kan. 

Mohon jasa baik korang yang berilmu beritahu kenapa boleh jadi camni?Apa masalah sebenarnya? Setiap komen didahului dengan ucapan terima kasih.hehe..


Tetiba tayang nasi himpit kuah kacang bodo buat menghabiskan lebihan susu cair pengat labu. Aci la kan buat pengubat heran.


* Semalam aku jenguk ramai antara korang, dah baca entry tapi tak dapat drop komen, bapak tensen line kat opis macam haprak.




Menjala Di Happy Home



Hari ni mood utaqa mari! Harap takdak yang blur bila sesekali aku berbahasa kampung.

Hangpa semua dok update pasai Daiso macam best ja. Mai sini aku cerita pasai Happy Home. Dia lebih kurang macam Daiso la juai segala mak nenek peralatan dapuq, peralatan rumah, mainan semua la. Kat tempat aku ni takdak Daiso sebenaqnya. Aku pun tak tau Daiso tu serupa apa.haha Yang aku tau kat Daiso ada juai acuan aiskrim. Aku cari kat Happy Home tak dak.

Kalau hangpa masuk Happy Home ni kat depan pintu lagi ada adik-adik manis beri ucapan selamat datang punya ramah serupa pi makan kenduri rumah besan. Masa balik pun sama depa ucap terima kasih sila datang lagi. Pendek kata pekerja dia semua tiptop dilatih penuh berhemah, sungguh beradab melayan pelanggan. Aku rasa banyak kedai dah guna pendekatan sama macam ni kan. Pertama kali aku masuk Happy Home dekat Parit Buntaq tahun lepas kemain teruja baq hang semua benda nak borong. Aku dah la pesen suka benda comei-comei tapauware ni semua. Nak beli jenama tupperware macam biasa kan ke kemut.haha..

Kalau tak salah aku Happy Home ni adik beradik dengan Pasaraya Hari-Hari. Masa aku belanja kat sana dulu depa dok promote suruh buat kad Happy Home. Boleh kumpui mata shopping kat Hari-Hari juga. En suami nak beli hadiah kawen untuk sepupu dia dok ajak pi Happy Home PB. Gila punya jauh dah la aku cuti beliau kerja, beliau kerja aku cuti. Cadangnya Krismas ni baru nak balik Nibong Tebai. Baru aku teringat hari tu aku ada beli periuk Afia kat Happy Home. Kat SP pun ada Happy Home la yang, lagi besaq dari PB.

Kelmarin aku balik ja kerja kami pi hospital melawat sedara abah. Lepas tu terus pi Happy Home. Kat SP ni Happy Home baru ja bukak. Lokasi berdekatan Kip Mart, satu kawasan la dengan Manjaku. Ramai lagi orang tak tau kewujudan Happy Home ni bak kata adik cashier disitu. Happy Home SP adalah kedua terbesar di Malaysia. Bangunannya dua tingkat, kat atas ada perabot ka benda peralatan rumah yang besaq-besaq sikit kot. Kami round kat bawah ja tak naik atas pun. Yang pertama terbesar di Kuantan, for sure dah tenggelam. Kesiannya!

Aku ada beli peralatan dapuq sikit. Aiman tak dapat mainan pasai dia gatai sebut mainan askar kat hospital tup-tup en suami terus beli. Padan muka dia rupanya kat Happy Home lagi macam-macam ada.huhu...Aiman cuma request pencil box Cars warna merah sekali alat tulis bodo dalam tu. Semalam aku pi kedai dua ringgit ada sebjik sama. Beli kat Happy Home RM3.90 tau. Rugi dah milo ais sebungkuih.hakhak. 

Oh ye la lupa nak habaq, kat sini hangpa boleh request pekerja Happy Home balutkan hadiah for free of charge. Masa kat PB tahun lepas adik tu balut kemain style, kali ni balut biasa-biasa saja. Takpe la janji ada orang balutkan. Aku pun malas nak hadap benda ni. Kalau tak for sure jadi tugas aku. Selain hadiah cousin en suami, kami beli ni je kat Happy Home,


Comei dak? Aiman kata bekas disney tu macam budak-budak. Macam la dia besaq sangat. Kalau Aiman takmau biaq ibu ja guna bawak bekai pi keja.
En suami tengah semangat diet. Yang ni beliau beli untuk beliau tapi konpius pasaipa pink. Kira aku punya la kan, senang nak pantau berat badan yang makin melayer kekdahnya.

Rasa sengal-sengal, sakit-sakit badan complete pecah lemak dek sepetang mendukung si bambam. Kalau hari-hari excercise camni mau senyum lebaq setiap kali naik Personal Scale jambu...:)






Wednesday, December 11, 2013

Hadiah Comel



Terima kasih Blogger Adrianna Syaz untuk sesuatu yang comel ini. Semoga makin murah rezeki awak. Eh, jangan lupa korang join GA beliau yang tengah berlangsung. Tak susah, cari gambar hujan je, hadiah pun best!

Dasar pemalas, berhabuk tak ingat..:)

Comel kan?background sedikit mencacatkan kecomelan. Takpe,tu tak penting, yang penting hadiah comel dah selamat digayakan. Loceng berbunyi comel menarik perhatian Si bambam ibu. Kadang-kadang hadiah comel ni dwifungsi, selain penyeri HP, di buat Afia benda main.hehe..





Tuesday, December 10, 2013

Terima Kasih Semua Sahabat Blogger Tersayang



Pertamanya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada future besan Mummydearie. Wah ayat serupa ucapan alu-aluan di Perhimpunan pagi. Dah dua kali diglamerkan di blog beliau tapi dasar tak reti nak berbahasa la pulak future besan yang sorang ni kan.hehe.. MD yang terkenal dengan aktiviti mummyrazi ni hobinya mencari gali. Ada saja blogger akan diterjah untuk beliau review. MD punya trademark membebel berjela-jela, komennya pun berjela-jela jugak tau. Rasa terharu gila bila dapat komen yang begitu panjang walau entry hanya tayang sekeping gambar kabur dengan ayat yang kering kontang. haha. Jangan lupa klik laju-laju Her Little Amazing World untuk berkenalan. Sebelum tu sila ambik perhatian, Adik cute dah reserve ya.muahaha..

Terima kasih juga kepada semua rakan blogger terutama umi alya kerana sudi membantu menyelesaikan masalah susu merudum tempohari. Saya sangat hargai pengorbanan akak menjawab segala pertanyaan insan kurang berpengalaman ini. Terima kasih juga pada Mama AdamAzieAisy Nasihalizz, Mama JJMasya, Hainom OKje dan ieda yang berkongsi pendapat dan tips. Alhamdulillah susu sudah kembali meriah. Hampir sebulan juga berperang dengan kemelut yang melanda. Sebelum ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hantar pengasuh terpaksa kais susu beku juga, semuanya untuk memenuhi hak Afia. 

Dah lama bertangguh nak up entry penghargaan yang tak seberapa ni. Dah malam baru ada masa nak taip. Sepanjang hari kerja, balik kerja sambung ukur jalan bak kata OKje. Aku busy sikit nak BW pun tak sempat. Nanti dah senang aku jenguk. Pada nama yang tak naik, usah bersedih (macam ada yang kisah). Aku hargai pada semua yang sentiasa berkunjung ke blog tintong ni. Paling terharu pada semua yang komen entry-entry bodo aku tanpa jemu. Tak mampu nak taip dan link kesemuanya. Korang semua sangat dekat dihati ini, Kiss and hugs from PK, cheewah..(banyak sungguh nada mengada-ngada)

Aku dah mengantuk tahap dewa dah ni. Nak tunggu upload picture si bambam pun kemain lama. Simpan sajalah senyuman manismu Afia. Aku tamatkan entry sekarang. Bye!





Monday, December 09, 2013

Pengat / Bubur Labu



Fenomena labu tengah melanda. Hadap je la entry melabu aku ni ye.hehe.. 

Dah dua kali aku bikin dalam seminggu. Kali ni nak jugak tempek resepi buat menambah koleksi aneka resepiSemua orang tau kot buat pengat. Aku suka campur santan dengan susu cair, guna gula merah atau gula melaka pastu letak sagu banyak-banyak. Kali ni sagu comel sangat sampai tak nampak rupa. Kuah pulak mesti just nice, tak terlalu pekat or cair. Manisnya pun sedang-sedang saja. Sedap dimakan panas atau sejuk. Kuah pengat buat cicah roti, rendam biskut empat segi pun best tau.


Resepi Bubur/Pengat Labu : Cairkan gula melaka or gula merah atas api bersama air pastu tapis dalam periuk berisi labu. Masak labu dengan air gula tadi sampai agak dah lembut sikit baru masukkan santan+susu cair+sedikit garam+sagu yang direndam. Kalau kurang manis tambah sedikit gula pasir. Dah mendidih siap sudah!

Sharing ini juga dengan korang,

Kadang-kadang Rasulallah SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Wallahualam




Riadah Paling Spoil



Dah lama sebenarnya bertangguh nak bawa Aiman Afia pergi lepak-lepak santai-santai dekat Taman Jubli SP. Petang semalam timing dah tersangatlah baik. Cuaca bagus, aku pulak off kerja pagi, Afia pun ngam-ngam jaga dari tidur terus aku bagi makan kenyang-kenyang, bagi mandi wangi-wangi. Aiman punya semangat nak main dekat playround Taman Jubli tak payah cakap la kan.

Sampai je seperti dijangka parking penuh. Tepi-tepi jalan pun tak nampak harapan nak park kereta. Dah la aku ni kemain terer bab memandu (Taman Jubli ni kira paling jauh aku pernah drive.haha). Untuk tak hampakan Aiman, aku pusing dua kali jugak mencari kalau ada tempat kosong. Nampaknya memang takde rezeki anak-anak aku hari tu. Terpaksa juga kami patah balik dengan berputih mata.

Aiman kata ,"tak dapat main kat Taman jubli,  main kat taman belakang je la..taman belakang pun best!". Sadisnya ayat dia. Jauh-jauh pusing habiskan minyak akhirnya main kat palyground kuarters. Bolehlah dari takde. Angin baik datang dari mana ntah siap ajak kawan dia berposing with him. Kawan-kawan dia ceria bergaya, dia dok buat muka boring. 




Adik Fia macam biasa muka takde perasaan. Ada dia kisah Taman Jubli ke Taman belakang rumah ke..



Sunday, December 08, 2013

Kembali Bambam & Menyembur



Macam dah lama tak cerita pasal si bambam ibu. Sekarang akal banyak sikit. Aktif sangat nak tangkap gambar cantik pun selalu bikin ibu stress. Afia tempohari slim sekejap, muka pun naik cengkung lepas baru baik demam katakan. Baby kalau kurus mana comey hehe, tapi sekarang dia dah kembali bambam. Makan berselera, sumbat apa banyak mana pun bedal. 

Lepas menjerit, meneran, Afia dapat akal menyembur pulak. Paling cabaran bila dia mula menyembur masa makan. Mula-mula memang comel, dah lama-lama faham sendiri la.hehe..




Sampai jejeh air liur....:)





Lemak Labu Pertama Kali



Seumur hidup tak pernah buat. Google resepi pun berjam-jam. Mari kita gelakkan aku.hakhak..Kalau tak mau tau pun aku nak bagitau ni, menu lunch kat rumah aku hampir setiap hari adalah sambal. Selain sambal tumis, yang laku kat rumah ni cuma masak kicap. Kadang-kadang je aku masak kari(tanpa santan), asam pedas, masak asam dan masak lemak cili api untuk variasi. Tengok tu penggunaan santan dalam menu berkuah hanya untuk masak lemak cili api. Senang cakap aku memang tak suka masakan lauk yang bersantan.

Bila tengok masak lemak labu Aisy Nasiha, tergoda jugak la walhal aku ni memang tak reti makan labu dengan nasi. Sejak kecik aku tak pernah makan masak lemak labu even aku suka labu. Dah tu en suami makan kenduri kat mana entah beliau dok sebut sedap labu lemak ni jadi aku pun ghairah la bikin. Bahan-bahan semuanya dari mama Naim Nazif. Aku belasah masak cara aku. Bersepah isi ikan dalam kuah baq hang. Rumah ni kan kaya ikan..:)


Resepi Masak Lemak Labu : Rebus ikan pastu ambik isi ikan dan tumbuk. Air ikan masukkan dalam periuk yang berisi labu + bawang merah+bawang putih+lada hitam tumbuk kemudian masak atas api. Agak labu dah lembut sikit masukkan santan+serbuk kunyit+isi ikan tadi. Biar mendidih seketika Siap!

Aku angkat periuk letak atas meja terus belasah makan. Pekena dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam pegaga ini menu semalam punya lunch. Resepi sedap, manis labu memang terbaik. Tapi tekak aku tetap tak berapa ngam dengan benda bersantan. Tekak Al Mek Saleha harap maklum.






Saturday, December 07, 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY



Sokongan dikirim sementara masih tersisa sedikit masa terluang. Ayat sasterawan dah keluar. Larik!haha..


Hujan..Sesuatu yang dekat dengan kita. Sesuatu Yang indah pada pencintanya. Keranamu hujan, Adrianna Syazlayankan puisi bodo dari kaca mata seorang yang sering melupakan kecintaannya pada keindahan bait puisi. 

Fenomena Alam 
Yang selalu Kita Rasakan Bersama
Hujan...
Ada Yang Mengeluh
Ada Yang Suka
Rintikmu... 
Mungkin menurunkan berkat
Mungkin Juga Perantara Bencana
Aromamu...
Yang Selama Ini Penyejuk Perasaan Hati
Datang Pada Saat Yang Tak Tepat
Mencipta Peristiwa
Mungkin Allah mahu tegur kita
Sebab Allah Sayang Kita
Allah sayang Kita Semua
Denting Hujan
Menyisakan Basah
Mengembunkan Kenangan
Adakah Ini Tangis Awan
Atau Kesedihan Yang Penuh Dengan Pesan



Ini gambar hujan pilihan aku. Mungkin ada kene mengena sikit dengan puisi aku. Aku tak berapa pandai menilai gambar. Aku cuma mampukan panjatkan doa semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian.




Pagi Penuh Rojak



Pagi ni aku sarapan horlicks panas cicah Roti Pong. Tau tak roti pong yang bulat-bulat gebu bergula ada kismis ditengahnya. Aku nak google pun bapak malas, nak snap pic lagi la tak rajin. Ala kecik-kecik dulu roti ni kira paling heven kita pernah makan. Sekarang jarang dah tengok kat supermarket, kat kedai dua ringgit je aku jumpa. Kejap lagi nak melabu. Hari tu dah selamat sebjik labu aku kerjakan. En suami baru beli lagi sebijik setengah. Kepala ni dok sibuk atur menu berasaskan labu sampai tidur malam pun tak nyenyak.hehe..

Bercakap pasal mangsa banjir semua daripada kita cukup terkesan dan simpati. Aku harap mereka semua tabah. Yang berlaku pasti terselit hikmah. Ingat lagi aku pernah cerita pasal FIL adik ipar aku yang hilang dilaut? Hari ni dah 8 hari masih belum dengar apa-apa berita. Kisah mereka ada keluar di Metro. Pak Cik Isa (FIL adik ipar) kelaut menaiki bot kepunyaan beliau bersama dua lagi jiran. 

Cerita di Metro berkenaan seorang jiran yang berumur 28 tahun, salah seorang yang menjadi mangsa. Luckily jiran yang 28 tahun ni dijumpai selamat dua hari selepas bot terbalik. Yang ni aku baca dekat Metro Online. Nasib Pak Cik Isa dan seorang lagi masih tiada penghujung. Dalam keadaan cucaca yang makin buruk Waallahualam. Semoga Allah pelihara mereka.

Ikutkan aku bukan ada kena mengena apa dengan Pak Cik Isa. Tapi sudah beberapa kali juga pernah bersua muka. Kalau kerumah adik ipar pasti tidak lupa menjenguk keluarga mertuanya. Hampir setiap malam bila terjaga aku pasti terbayangkan muka Pak Cik Isa dan terbit kerisauan yang amat sangat. Tak dapat aku expect macam mana perasaan isteri, anak-anak dan keluarga terdekat mereka. Aku pasti ujian ini bukan sesuatu yang mudah. Aku juga merasa tempias yang maha hebat. Kau permudahkanlah nasib mereka Ya Allah.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan bergelut dengan keadaan susu merudum, hari ini aku sudah mampu tersenyum. Pasal ni nanti aku buat special entry sebagai penghargaan untuk sahabat blogger yang banyak membantu mencari jalan penyelesaian. Eh ada 3 hari lagi tau kalau nak grab Photobook Year End Promo. Aku dah menjala dua. Baru je buat bayaran tadi. Murah ni rugi kalau lepaskan peluang. Klik je kat banner blog aku tu ekk.

Ketiga-tiga cinta hati beta sedang beradu, izinkan beta ke dapur memasak bubur labu permintaan en suami sekali harung menu untuk lunch juga. Nanti sambung membebel dan BW. Rojak Petis Johor add kopok lekor sedapnya la hai..Rindu sungguh!

Sekian entry rojak!








Friday, December 06, 2013

Lukisan Pistol Aiman Lagi



Aiman sebenarnya tak pernah tunjuk minat melukis. Mewarna jauh sekali.  Kalau ikut sebelah famili aku, my siblings semua pun minat lukis. Abang aku pandai juga lukis potret. Aku dan adik-adik semua ada bakat lukis kartun. Masa sekolah kawan-kawan aku siap mintak lukisan aku. Depa dok puji aku terer lukis. Nak kata berbakat sangat takde la..Tapi bolehlah kan dari takde. Sejak dah tua-tua ni je minat tu dah kelaut. Tangan pun dah takde arah nak melukis dah. Skill nak mengulit anak dan menguruskan syurga rumahtangga je memonopoli. 

Petang semalam angkin kuat, siaran astro macam biasa la angin sikit je terus gelap. Si chubby pun tak keruan. Kalau tak memang mengadap TV je aktivitinya. Tutup TV masa tidur malam saja.

"Ibu..Jom kita buat aktiviti" 

Aku tengah busy berinternet, jujurnya memang malas nak melayan kehendak Aiman. 

" Aiman nak buat apa..?"

Acuh tak acuh je tanya. Teruk punya ibu!Lempang sebijik kat muka baru tau

"Aiman nak lukis..Aiman nak lukis pistol.."

Lega sikit bila itu yang dia mintak. Tak payah la ibu shutdown netbook.ahakz.. Sementara ibu terus terus leka berinternet, Aiman tekun menyiapkan lukisan. Lukisan pertama tak jadi sebab ibu buat bising. Dia ambik kertas baru dan mula melukis semula. Tak bley blah marah ibu ni bila aku buat bising, tak dapat nak concentrate katanya. Berjiwa seni la sangat!

Lakaran yang luar tu dia ambik pistol letak kat kertas pastu tekap. Yang lain semua dia lukis sendiri ikut sebijik macam pistol. Garisan pistol tu pun nak perfect tau siap kira berapa ada garis. Kau ada?muahaha..


Yang ni Aiman sendiri snap. Masa dia tengah mewarna ibu dok melayan Afia dalam bilik. Bila dah kaler terus jahanam. Sebijik turun bakat ibu.


Gambar waktu Aiman tengah kusyuk melukis takde. Marah dia bila aku nak ambik gambar. Dia ni pun ada angin. Time baik kemain lagi posing. Bila datang angin jangan harap la. Kecik hati ibu tau.hakhak..Yang ni gambar masa angin tengah baik.


Aku rasa Aiman ni kira ada bakat juga dalam melukis. Cuma ibu je malas nak asah minat anak. Nak harap dia memang tak jalan la kalau tak ketuk.






Thursday, December 05, 2013

Dinner Hari Ini & Semalam



Tajuk pun dah tau nak tayang makanan. Popia goreng semalam, Koteaw goreng malam tadi. Saja la kan takdak benda nak story. Jadi lagu ni la kan. Namanya entry tangkap muat.kehkeh. 


Walaupun benda ni kegilaan kami semua, berbulan lamanya hampir makan tahun juga aku tak buat. Makan memang krup krap sedap, nak membalut tu la satu hal. Dah terasa sangat nak makan buatan sendiri baru gigih pi kedai waktu kerja semata-mata nak beli kulit popia. Ambik Afia singgah beli karot dan taugeh. Isi popia dibikin guna udang cincang dan telur saja lor. Bodo macam ni cicah sos memang sedap.


Koteaw goreng bodo antara menu acapkali untuk dinner. Tak perlu mewah dengan rencah. Aiman kalau sotong dia tak suka. Dia marah kalau aku goreng mee or nasi letak sotong. Malas nak mengelas la tu! Aku pun bukan lalu sangat sotong. Dah selalu sangat makan kot naik muak. Koteaw boh sosej, telur dan taugeh cukup membangkitkan selera Aiman. Si chubby ni kegemaran dia banyak ikut ibu. 


Afia pulak dinner bubur kurma. Dinner pun kadang-kadang. Biasanya dia makan dua kali sehari, pagi dan petang. Time ibu rajin baru dapat menu dinner.haha..Bukan apa, kadang-kadang time maghrib si bambam dah tidur terus sampai pagi, masa bila la nak makan.