Pixajoy

Sunday, December 08, 2013

Home » Lemak Labu Pertama Kali

Lemak Labu Pertama Kali



Seumur hidup tak pernah buat. Google resepi pun berjam-jam. Mari kita gelakkan aku.hakhak..Kalau tak mau tau pun aku nak bagitau ni, menu lunch kat rumah aku hampir setiap hari adalah sambal. Selain sambal tumis, yang laku kat rumah ni cuma masak kicap. Kadang-kadang je aku masak kari(tanpa santan), asam pedas, masak asam dan masak lemak cili api untuk variasi. Tengok tu penggunaan santan dalam menu berkuah hanya untuk masak lemak cili api. Senang cakap aku memang tak suka masakan lauk yang bersantan.

Bila tengok masak lemak labu Aisy Nasiha, tergoda jugak la walhal aku ni memang tak reti makan labu dengan nasi. Sejak kecik aku tak pernah makan masak lemak labu even aku suka labu. Dah tu en suami makan kenduri kat mana entah beliau dok sebut sedap labu lemak ni jadi aku pun ghairah la bikin. Bahan-bahan semuanya dari mama Naim Nazif. Aku belasah masak cara aku. Bersepah isi ikan dalam kuah baq hang. Rumah ni kan kaya ikan..:)


Resepi Masak Lemak Labu : Rebus ikan pastu ambik isi ikan dan tumbuk. Air ikan masukkan dalam periuk yang berisi labu + bawang merah+bawang putih+lada hitam tumbuk kemudian masak atas api. Agak labu dah lembut sikit masukkan santan+serbuk kunyit+isi ikan tadi. Biar mendidih seketika Siap!

Aku angkat periuk letak atas meja terus belasah makan. Pekena dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam pegaga ini menu semalam punya lunch. Resepi sedap, manis labu memang terbaik. Tapi tekak aku tetap tak berapa ngam dengan benda bersantan. Tekak Al Mek Saleha harap maklum.






12 comments:

umi alya said... Best Blogger Tips

menu akak hari 'pucuk labu masak lemak'

masak lemak labu stail klate sbb buh isi ikan..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Ohh letak isi ikan ye PK..tak pernah plak sy mkn mcm ni..hehe . sllu jg masak labu santan ni..sy buh ikan bilis atau sedikit ikan masin atau tauhu goreng..hehe..

nurbijen said... Best Blogger Tips

semalam saya pun pengat labu... sedap juga layan sejuk2 ni...
Kalau kat rumah saya pun, tak sup tomyam... tak tom yam sup.... itu la minggu tiap2 hari... hihihi, tunggu weekend baru la boleh masak specil sikit

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah... memang nampak kaya dengan isi ikan tu...ni namanya nak makan sendiri biarlah mewah..betul2 buat masak lemak labu. Cepat pulak tu.. bagusnya..

Memang peminat labulah ni.. apa komen suami PK? Air tangan isteri dia buat ni semua paati sedap kan.. saya rujuk cara PKlah kalau nak buat sdiri kat rumah nanti...

intanfirdaus247 said... Best Blogger Tips

wah wah..memang menarik nih resipi nih...baru juga bagi saya nih...mungkin boleh juga cuba nanti

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Sedap....kena pergi cari labu jugak nih....

lizz said... Best Blogger Tips

nyum2 sedapnyer....

Puan Mell said... Best Blogger Tips

tak penah test masak gaya gini ni. selalu lemak labu biasa tu jer. campur sayur pucuk manis ker.. boleh try nih.

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Hehe.. Mmg besar2 isi ikannya. Ini masak stail pantai timur. Diorg kalau masak lemak mmg buh isi ikan dgn lada hitam. Sedap..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tahulah rumah dia kaya dengan ikan. Amboi, amboi mewahnya isi ikan berenang-renang dalam labu masak lemak ni. Tapi kan PK, kita tak pernah pula masak lemak ada isi ikan cam ni. Boleh pas sikit tak ikan yang bertong2 tu bagi kita kat sini!

Masya said... Best Blogger Tips

lah.. awatnya kembang tekak ker?? sy suka mkn gulai labu+ikan masin sajoo.. seyes terbaik lagi² kalau ada sambal belacan.. sedapppppnya...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

tak pernah masak style ni lg