Pixajoy

Saturday, December 21, 2013

Home » Karipap Ikan Bilis

Karipap Ikan Bilis



Keinginan nak melawat kawasan terpaksa tangguh dulu. Masak la aku nak marathon nanti. Aku kat kampung ubah plan balik awal tak seperti hasrat asal nak balik cuti Krismas. Nak update memang tahap malas. Kalau dibiar penyakit yang satu ni memang tak terfikir la nak tayang karipap bodo inti ikan bilis. Ni pun macam keadaan agak memaksa. Aku sorang faham cukup la kot. Yang penting kulit karipap kali ni jadi gebu rangup. Tak sangka jugak yang ikan bilis sesuai dijadikan inti karipap. Dasar jakun selalunya aku buat inti udang atau ayam saja. 

Resepi Karipap Ikan Bilis :

* Untuk kulit : 4 cawan tepung + (1/2 cawan minyak panas+2 sudu marjerin dicairkan) + (air suam+garam). Uli hingga jadi doh karipap.

* Untuk inti : Tumis bahan blander (cili kering+bawang merah +bawang putih+halia) hingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari daging/ayam. Masuk air + 6 biji kentang yang didadukan + 1/3 cawan ikan bilis. Masak hingga kentang empuk dan air kering kemudian perasakan dengan gula+garam.



Aku main campak karipap dalam mangkuk pastu laju-laju snap. Tak boleh harap karipap aku yang cantik rupawan menggoda sangat. Memang tak pernah buat karipap rupa canggih, yang ni pun dah habis lawa.hakhak.




 

16 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Lamanya balik kg...bestnya PK.. ai..janganla tayang karipapnya je.. resepi intinya macam mana.. nampak lawa je karipap ni.. sama besar.. pandai PK mwmbentuknya..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

as-salam pk. lama cheq x singgah sini. sini. hikhik.sihat ke?

akak kelim sendiri ke?
sy kalau buat karipap pakai acu je.senang

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Haha.. apapun mesti karipap ni sedap kan PK.. jarang dgr inti ikan bilis..
bestnya balik kg...:)

lizz said... Best Blogger Tips

ermmm sedap2 ni inti ikan bilis pulaktu lain dari yang lain

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

nmpk byk inti tu...best la mkn..knyang...

Roha said... Best Blogger Tips

salam PK,first time dengar inti ikan bilis..selalu rencah ikan bilis :)
mesti sedapkan PK?
p/s:kalau dah sedap gupa no 2 hehe:D

Acik Erna said... Best Blogger Tips

acik memang belum pernah buat karipap inti ikan bilis..baru tau boleh bila baca blog PK ni

NzA said... Best Blogger Tips

Apa ada pada rupa..yg pnting rasanya yg sedapppp...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Tk kisah mcm mmana pun rupa..yg penting sedap dan licin dikerjakan...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

nampak sedap tu PK... saya ni peminat karipap... tapi karipap ikan bilis belum pernah try lagi...

nurbijen said... Best Blogger Tips

menarik juga karipap bilis... belum pernah makan lagi... ni tetiba rasa nak cuba... thanks bagi resepi :)

Masya said... Best Blogger Tips

gebunya .. montokk.. mest sedapppkan hahahaha .. rindu karipap mak buat..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Bodo-bodo pun nampak sedap karipap ni. Main campak baling pun sama aje bentuknya, ya PK.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

OKje suka karipap tapi tak pernah buat haha.... nak makan je boleh gitu... meh le semangkuk bak sini PK

husna zahidi said... Best Blogger Tips

mama selalu risau kalau nak bg anak2 dya makan, klim karipap tak cantik.. husna cakap, org yg jual kat kedai, asal ada rupa karipap dgn rasa je taw.. xde la perfect mana pon.. jnji sedap.. hehehe..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

rajin betoi muni masak yer...