Hari ni mood utaqa mari! Harap takdak yang blur bila sesekali aku berbahasa kampung.
Hangpa semua dok update pasai Daiso macam best ja. Mai sini aku cerita pasai Happy Home. Dia lebih kurang macam Daiso la juai segala mak nenek peralatan dapuq, peralatan rumah, mainan semua la. Kat tempat aku ni takdak Daiso sebenaqnya. Aku pun tak tau Daiso tu serupa apa.haha Yang aku tau kat Daiso ada juai acuan aiskrim. Aku cari kat Happy Home tak dak.
Kalau hangpa masuk Happy Home ni kat depan pintu lagi ada adik-adik manis beri ucapan selamat datang punya ramah serupa pi makan kenduri rumah besan. Masa balik pun sama depa ucap terima kasih sila datang lagi. Pendek kata pekerja dia semua tiptop dilatih penuh berhemah, sungguh beradab melayan pelanggan. Aku rasa banyak kedai dah guna pendekatan sama macam ni kan. Pertama kali aku masuk Happy Home dekat Parit Buntaq tahun lepas kemain teruja baq hang semua benda nak borong. Aku dah la pesen suka benda comei-comei tapauware ni semua. Nak beli jenama tupperware macam biasa kan ke kemut.haha..
Kalau tak salah aku Happy Home ni adik beradik dengan Pasaraya Hari-Hari. Masa aku belanja kat sana dulu depa dok promote suruh buat kad Happy Home. Boleh kumpui mata shopping kat Hari-Hari juga. En suami nak beli hadiah kawen untuk sepupu dia dok ajak pi Happy Home PB. Gila punya jauh dah la aku cuti beliau kerja, beliau kerja aku cuti. Cadangnya Krismas ni baru nak balik Nibong Tebai. Baru aku teringat hari tu aku ada beli periuk Afia kat Happy Home. Kat SP pun ada Happy Home la yang, lagi besaq dari PB.
Kelmarin aku balik ja kerja kami pi hospital melawat sedara abah. Lepas tu terus pi Happy Home. Kat SP ni Happy Home baru ja bukak. Lokasi berdekatan Kip Mart, satu kawasan la dengan Manjaku. Ramai lagi orang tak tau kewujudan Happy Home ni bak kata adik cashier disitu. Happy Home SP adalah kedua terbesar di Malaysia. Bangunannya dua tingkat, kat atas ada perabot ka benda peralatan rumah yang besaq-besaq sikit kot. Kami round kat bawah ja tak naik atas pun. Yang pertama terbesar di Kuantan, for sure dah tenggelam. Kesiannya!
Aku ada beli peralatan dapuq sikit. Aiman tak dapat mainan pasai dia gatai sebut mainan askar kat hospital tup-tup en suami terus beli. Padan muka dia rupanya kat Happy Home lagi macam-macam ada.huhu...Aiman cuma request pencil box Cars warna merah sekali alat tulis bodo dalam tu. Semalam aku pi kedai dua ringgit ada sebjik sama. Beli kat Happy Home RM3.90 tau. Rugi dah milo ais sebungkuih.hakhak.
Oh ye la lupa nak habaq, kat sini hangpa boleh request pekerja Happy Home balutkan hadiah for free of charge. Masa kat PB tahun lepas adik tu balut kemain style, kali ni balut biasa-biasa saja. Takpe la janji ada orang balutkan. Aku pun malas nak hadap benda ni. Kalau tak for sure jadi tugas aku. Selain hadiah cousin en suami, kami beli ni je kat Happy Home,
Comei dak? Aiman kata bekas disney tu macam budak-budak. Macam la dia besaq sangat. Kalau Aiman takmau biaq ibu ja guna bawak bekai pi keja. |
En suami tengah semangat diet. Yang ni beliau beli untuk beliau tapi konpius pasaipa pink. Kira aku punya la kan, senang nak pantau berat badan yang makin melayer kekdahnya. |
Rasa sengal-sengal, sakit-sakit badan complete pecah lemak dek sepetang mendukung si bambam. Kalau hari-hari excercise camni mau senyum lebaq setiap kali naik Personal Scale jambu...:)
21 comments:
sangat tkt jumpe penimbang sekarang.. dah cecah angka 5 ni x jumpe² angka 4 lagi gegegegege .. ngeri..
Kiranya tempat itu ada jual bermacam-macam benadalah yg murah-murahlah ye... tempat akak ni ada tapi tak branded panggil kedai 2 ringgit.
Aiman rasa dah besarlah tu tak nak jenis bekas berkatun disney:)
1st time dengaq nama tmpt tu, kalu daiso tu mmg slalu terjah..
Amboi2 aiman, dh nk jd abg besaq ye...comel je kn...
sy pun geram tgk barang2 comei. rasa nak beli semua hehe.
pernah pi jugak happy home ni..best memacam ader...murah pun murahkan...
hamboi aiman dah beso yer..hehe
waa pink gitu...comey...
Tak pa, ceq boleh faham cakap utara. Roomate cheq dulu orang Kedah, 3 tahun cakap utara dengan dia.
Boleh tahan juga hasil menjala tu. Warna pink tu.. haa.. namoak cantik je..
Kalau jalan lama kita mak mak ni memang terasa lenguh badan kan? Anak bukan nak papa dia dukung pun, asyik mama je. Abis yang lenguh bila balik pastinya mak juga..nasibla..nak tunggu diorang besar ni
singgah jgk kejap cuti2 ni ! doen nuffnangx2 yer
waaa..
abg aiman dh pandai memilih..
hehe..
dh xnak dh disney..
kne bli boboiboy ler plak pasni.
salam..
selalu pi Daiso je..happy Home tak sampai lagi..
entah2 tak de kot ka Johor ni..ke aq yang tak tau haha.
sebanyak-banyak logat kat malaysia ni..logat peneng yg aq suka dengar..cute gitu hehe..:P
comey bekal aiman tu mcm tuan dia. hahaha. orang dah besar. mana nak katon2 lagi. hehe
Assalam. alat timbang tu yang digital kan? kalau nak apa-apa supplemen utk diet boleh la contact2 yer..
*Jom singgah blog saya
http://vitaminformeandyou.blogspot.com/
Budak lelaki allergik kot dgn minnie... sama mcm Irfan... dia kata minnie just for girl... hihihi
Saja jer en suami beli kaler pink, suh PK pun rajin2 guna scale tu.... ekekekek
daiso tu kedai apa..aku selalu p happy home dgn mak aku kat jln pegawai kat alor star tu...mmg menggila pi situ kalau singgah kat area barang dapur dan umah..hihi..
ada penimbang kaa...
nak kena p cari niii...
noe tak pernah lg pergi Daiso ke...Happy Home ke...hehehe..jenis x suka membeli belah kut noe ni...patut la umah kosong jer... hehehe
comel plak bekai disney tuh ha hehe.kalo aiman takmau, bak mai bagi kat acik ana sini mai. hehe
wow jambunye scale tu! tiap hari semangat la nk diet kalo cmtu hehe
bg husna happy home tak mengecewakan pelangganya..=)
kat Daiso tu mmng akak dah pernah pergi...mmng rambang mata jugaklah dibuatnya..tapi kat Happy home ni belum pergi lagi...kalau pergi, tentu gila menjala jugak ..hahaha...
Hahaha. Kalo hari2 dukung mcm tu, lengan cantik la kot. Terbentuk!
ololoooo comel benor gambar bekas bekal aiman tu
ooo. kt sp pon ada kip mart ye. selalunya kip mart meriah kat jb.
Amboi bukan main gumbira hati dapat shopping kat Happy Home yek. Mai lah datang KL. Boleh kita berdondong gi Daiso, ambil-ambil, lanting dalam bakul sambil ngumpat-ngumpat tak ingat dunia ni nak kiamat. Kalau kat Daiso tu rasa alahai murahnya RM5 aje pastu rasa macam nak pengsan bila sampai depan cashier. Nasib baik duit cukup kalau tidak, kita hutang ajelah dengan bank, bayar bulan-bulan dek murah aje RM5 satu barang (kali 100 barang kecik2 dalam bakul...)
Post a Comment