Pixajoy

Monday, December 09, 2013

Home » Pengat / Bubur Labu

Pengat / Bubur Labu



Fenomena labu tengah melanda. Hadap je la entry melabu aku ni ye.hehe.. 

Dah dua kali aku bikin dalam seminggu. Kali ni nak jugak tempek resepi buat menambah koleksi aneka resepiSemua orang tau kot buat pengat. Aku suka campur santan dengan susu cair, guna gula merah atau gula melaka pastu letak sagu banyak-banyak. Kali ni sagu comel sangat sampai tak nampak rupa. Kuah pulak mesti just nice, tak terlalu pekat or cair. Manisnya pun sedang-sedang saja. Sedap dimakan panas atau sejuk. Kuah pengat buat cicah roti, rendam biskut empat segi pun best tau.


Resepi Bubur/Pengat Labu : Cairkan gula melaka or gula merah atas api bersama air pastu tapis dalam periuk berisi labu. Masak labu dengan air gula tadi sampai agak dah lembut sikit baru masukkan santan+susu cair+sedikit garam+sagu yang direndam. Kalau kurang manis tambah sedikit gula pasir. Dah mendidih siap sudah!

Sharing ini juga dengan korang,

Kadang-kadang Rasulallah SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Wallahualam




25 comments:

nurbijen said... Best Blogger Tips

pengat labu cecah roti mmg sedap.. nyum nyum :)

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Semalam acik buat pengat ubi je..labu abis

umi alya said... Best Blogger Tips

amboi2 adik akak sorang ni, rajinnya dia, hari2 masak menu berasaskan labu..

urmmm akak tak gemar sebarang jenis 'pengat', mungkin dek rasa manis berlemak kot..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Lama dah tak merasa pengat labu. Mesti sedap :)

NzA said... Best Blogger Tips

Labu....labu....msk lemak kuning pn best....nyom3x..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Mana rumah PK ni? Kena terjah nampaknya.asyik tayang menu labu je..dah la saya baru pandai makan benda ni.. memang semua nampak sedap ni.. PK, next time masak lebih, panggil saya datang makan sama...haa...mmg xmalu muka tul kan...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Pasal labu menguatkan hati yang duka.....baru saya tahu..menarik khasiat LABU ni...

Cik Tieka said... Best Blogger Tips

nampak sedaplah kak, lagipun bahan nya simple2 jer..gula melaka kat peti sejuk pun masih banyak lagi..hehe, nanti suruh beliau beli labu jer..thanx for this resepi :D

Nora Karim said... Best Blogger Tips

wah... leleh air liur... sedap mkn time2 hujan2 ni...

msredcheesecake said... Best Blogger Tips

baru tahu Rasulallah suka labu....

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Seronok melabu ya.. Org yg tgk ni rasa terliur pula tiba-tiba dgn labu :) Suka masak lemak pucuk manis campur labu.. sedapnya

lieyalatif said... Best Blogger Tips

ADUHAI CIK Puan kutu...ni entry mendera perasaan nieh...lieya ni dah le pms ni....mmg kalo simptom2 pms lieya ni nak mkn bende manis jek...lagi2 pengat....terus tekecur2 aliyo dibuatnye hah.....terase2 lalu kat tekak hah....lieya suke kalo letak kat esbok, sejuk2 pastu baru ngap....adoiiii nyaman gleee heheheeheh

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Bila dah tahu kebaikan itu yg nak pekena labu aje ye..

Masak sayur lemak campur kacang panjang pun sedap:)

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Aduhh! sedap nya pengat labu..peberet sy ni PK..:)

izan mama mia said... Best Blogger Tips

sedapnya pengat labu...

Puan Mell said... Best Blogger Tips

wah.. mell teringin makan labu sira gula. nantilah nak beli labu. hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Minggu labulah ni, ya! Saya pun suka sangat dengan pengat labu tapi mcm biasalah jarang-jarang buat kot. Sebulan adalah sekali aje!Eh, kek labu kita tak siap-siap dah teringat nak buat pengat pulak dah!

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

kalau dah jadi pengat semua akak suka.hehehe..terliur pulak tengok..:)

Mime MF said... Best Blogger Tips

bubur labu..emm terliur tgk..hehe

lizz said... Best Blogger Tips

pengat labu sedapnyer...nak jugaks....

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Sya suka mkn pengat ni..klu yg gandum tu lg sya suka..mmg nyum2..

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

eh pengat labu..sedap tuh ..saya suka..tmbh makan time panas..pergh best

Masya said... Best Blogger Tips

terbaikkk tp x suke pengat.. suke koci labu hahahahaha .. sedappp...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

labu kalu buat pengat mmg sedap!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sy suka buat masak lemk pucuk manis campur labu. cicah sambai belacan dgn ikan kering. dapnya .hikhik