Pixajoy

Monday, June 29, 2015

Shopping Raya Part 2



Semalam merancang balik berbuka dekat Alor Setar. FIL ada buat kenduri sikit, order nasi bungkus hantar untuk berbuka di masjid. FIL siap pesan, datang lewat lepas Asar pun takpa sebab rumah abah panas. Terlanjur dah nak balik sana, en suami pun ambil cuti, aku ajak sambung shopping raya kat Pasific.

Semalam ambil Aiman dari sekolah sekali hari untuk sign report card. Keputusan agak memuaskan cuma English Aiman teruk sikit. Lepas ni ibu kena jadi English teacher tekankan subjek yang dia lemah. Report card sekolah KAFA pun abahnya dah sign tapi semalam Aiman ponteng la sekolah petang dah nak balik rumah Wan Maktok.

Bertolak pun dah agak lewat hampir pukul 3. Sampai Pasific parking penuh. Empat kali baq hang pusing cari parking. Setengah jam kat tempat parking je buang masa. Mula dah surrander nak terus balik, mujur last minute ada rezeki. Masuk kedalam mall dah meriah dengan lagu raya semua. Ada clown buatkan belon singgit tapi Cik pia takut. Tanya fia nak belon tak? laju dia amau..Tak mau belon sudah, moh kita shopping.



BATA as usual jenama kasut selesa walaupun tak banyak pilihan tempat pertama kami tuju. Amboi anak dara, semua kasut dia nak cuba pakai. Kasut orang besar pulak tu, bukan yang saiz dia. Pastu siap tanggal selipar dia tak mau pakai, jalan kaki ayam pusing kedai. Sakan betul aksi anak dara. Kakak jurujual semua pun berkenan dekat Cik pia kita! Alhamdulillah settle bab kasut raya Aiman, ibu dan abah. Afia tak beli pun, kasut Tok Yan bagi tempohari buat kasut raya. Budak pakai sekejap dah tak muat, buat apa membazir banyak kasut. Jimat!hehe..

Baju kasual Aiman dan abahnya pun dah settle. Untuk Afia satu apa pun tak sempat beli. Masa dah singkat nak balik berbuka, dengan Cik Pia pun asyik demand dukung. Pantang nampak stroller baby dia nak kejar, dah la battery weak sepagi kemas rumah (gara-gara mertua nak mai kena la polish rumah yang dah macam sarang spider tu), lagi suggest mau ukur shopping mall, sungguh nak pitam ibu rasa. 

Malam tadi lepas buka dan taraweh kami bertolak balik SP. Walaupun aku off hari in, Aiman kan nak sekolah. Mak abah pun ikut sekali ni dua tiga hari puasa kat rumah nak lari dari bahang panas Alor Setar. SP panas jugak, tapi ok sikit rumah kami ni sejuk juga depannya Gunung Jerai. Dua tiga hari ni meriah la dapat buka dan sahur dengan mak abah.

Untuk Afia mungkin ke SP plaza je kot nanti sekaligus untuk baju raya dan kasual. Ibu cuma nak cari tudung raya dan maybe skirt raya. Baju raya sebenarnya dah usha lama, beli online je kot.hehe





Sunday, June 28, 2015

Shopping Raya Part 1



Semalam waktu tengahari qembang panaih lip-lip tetiba letrik kat rumah tak ada. Panas oii masa tu ngam-ngam lepas zohor, dah la bulan puasa. En suami kalau time letrik tak ada, macam biasalah mesti ajak keluar cari angin. Ronda dalam kereta pun nikmat kena air cond katanya. Terlanjur dah keluar teringat nak ke BTM cari baju raya. Tak planning pun nak keluar shopping, duit pun tak bawak. Kira macam jom kita terjah dulu la. Beli tak beli lain cerita. Yang penting dalam kedai sejuk ada air cond.haha. 

BTM ni kira macam gedung pakaian short form untuk Baju Melayu Tradisional. Orang Sungai Petani tau kot. Aku pun opismate aku perkenalkan. Tahu macam tu la tapi tak pernah pergi. Baru ni kawan en suami war-warkan baju raya harga berpatutan kat BTM, tu yang pergi usha line.

Boleh tahan ramai juga orang tengah shopping raya kat BTM. Cik pia punya sakan main aci ligan dalam kedai. Nasib ada Abang Aiman tolong tengokkan adik. Dia punya seronok sampai terqado hajat, syoknya main tak bagitau ibu dia berak. Masuk toilet nak salin drypers main air basah baju. Boleh lagi tu dok buat muka comel, mujur ada bawa baju spare. 

Beberapa jam kat dalam ni settle juga pencarian baju melayu Aiman dan abahnya. Abah nak kaler hijau, Aiman demand royal blue. Last year dah hijau kata anak bujang. Abah ambik sehelai baju hijau pastu yang royal blue abahnya tak ada saiz. Ibu protes mahu keduanya sama warna. Abah Aiman Afia baik punya kata, "payah orang la (sekarang)..saya dulu tak sama pun kaler dengan abah". Memang kan orang laki ni..tak sporting langsung bab sedondon dihari raya.hahaha..

Baju perempuan kat situ macam semua tak kena taste ja. Cuba juga warna sedondon untuk Afia malangnya baju tak muat masuk kepala. Kepala besar takpe nak, jangan besar kepala dah la.haha. Dalam tak berkenan baju kat situ sempat jugak rembat sehelai blouse offer price. En suami beli pelikat, butang baju melayu semua kat sini.

Tinggal baju raya Afia belum beli, baju kasual Aiman Afia lagi. Kasut raya lagi kan. Lebai(kopiah) en suami. Baju raya ibu..tengoklah keadaan dulu macam mana. Yang penting untuk anak didahulukan. Ada lebih baru ibu cari warna sedondon. Kalau tak, lari tema jugak la. Sebabnya ibu dah beli tiga helai baju belum pakai. Penipu sangat anak didahulukan.haha..

Nak sambung shopping entah bila. Rasa macam kalut sangat masa berlalu pantas. En suami pun kerja sepanjang puasa, nak cuti kesian kat boss. Siang hari puasa penatlah kata en suami. Orang lelaki mana larat, kita ni je pompuan bab shopping kuat sedia. Harapnya dapat selesaikan urusan persiapan raya dengan segera. Nanti sambung story shopping part 2.

HP aku bateri mati tak sempat la jalankan tanggungjawab sebagai blogger untuk mensnap bagai sekeping gambar. Laki aku dok sibuk masuk keluar fitting room nak mintak handphone beliau macam tak patut, nanti kena hempuk.hehe..












Saturday, June 27, 2015

Kuih Pertama Di Bulan Puasa



Jangan tak tahu azam Ramadhan tahun ni konon tak nak buat bagai sejenis pun kuih untuk berbuka. Alasannya kalau buat, memang aku akan makan banyak. Kalau makan banyak, macam mana nak langsing di pagi raya?hahaha. Kami bukan tak jamah kuih langsung waktu buka, en suami ada beli murtabak, karipap dan sebagainya, tapi kuih buat sendiri so far cucur udang je la ibu buat untuk Aiman. Coq udang ni kategori kuih ke?

Beberapa hari lepas nampak roti gardenia yang dah nak tamat tempoh plus kerak roti balance Cik pia makan, sayang kot nak dibuang rezeki. Ni yang terhasilnya kuih pertama kali di bulan puasa. Kira halal la kan langgar azam. Tahun depan kita tanam azam baru.hehe..

Boleh teka tak apa nama kuih ni? Sekali tengok macam kuih cara pun ada. Aku pakai susu cair untuk rendam roti, tambah tepung plus mauripan plus gula plus garam plus minyak. Kacau sebati dan rehatkan doh. Goreng pastu potong tengah sumbat kaya.


Ni dia resepi sendiri Donut Roti Filling Kaya. Kemain kan kuih aku. Idea spontan je ni. Bangga pulak bila aku makan paling banyak.hahaha...









Friday, June 26, 2015

Bukan Sahur Kicap Meletop



Sahur pagi tadi. Tu dia tajuk!

Pukul empat pagi en suami keluar beli, setengah jam kemudian dah sampai rumah. Amboi cepatnya! Order set macam kami selalu tapau bawak balik. Konon la kan bagi alasan dah lama tak makan, kesian dekat Aiman. Aiman makan seketul je pun, abah bantai sampai 3 ketul, ibu yang konon diet belasah sampai dua ketul. Cover balik semalam tak jaga sahur. Baik punya alasan.haha.

Cik pia mana reti makan. Tinggalkan french fries pun dia tak usik tadi. Ayam kalau bagi dia buat jahanam je kesip manis luah balik. Ada lagi tiga ketul tu dalam peti ais habuan buka nanti.hehe.


Sepanjang aku hidup tiga puluh tahun, ni pertama kali sahur kfc. Konon nak cuba kicap meletup tu, tapi tak ada demand, depa tak buat la. Budak kerja kfc yang biasa dok lepak kt bawah ni kata tak sedap. Siapa dah rasa kicap meletop cuba komen.










Minah Lemari



Abang dia la ni yang mula ajar. Dua beradik sekali dok bertapa dalam almari. Apa yang seronok sangat tak tau. Sekarang dah jadi hobi si anak dara.



Pantang nampak ibu pegang sikat berdesup lari masuk dalam almari konon nak selamatkan rambut. Payah sangat nak rapikan rambut menggerbang dia ni. Jangan kata nak tocang, nak sikat pun jenuh kejar jerit melalak macam apa je. Kebanyakan budak memang tak suka kita sentuh rambut depa kan. Kalau boy dah lama ibu dibotakkan. 

Mula dulu dok keluar masuk almari Abang Aiman je, sekarang dah pandai masuk gobok ibu oi. Nasib dia tak start aktiviti punggah. Almari Aiman asal kemas mesti selerak balik. Macam mana nak kemas kalau sentiasa jadi tempat landing Cik Pia bersama titi-titinya. Dok tengah menaip ni pun dia tengah bawak ulat bulu dia, ball dia masuk almari, say babai dan tutup pintu almari.hehe





















Thursday, June 25, 2015

Resepi Sahur : Charkoteaw Penang



Pagi tadi tak jaga sahur wey. Sedar dah jam bunyi pukul 4 pastu tertidur balik. Sempat minum air kosong je. Dah cakap dekat Aiman, Insyaallah Allah tolong Aiman tak rasa lapar. Yang penting semangat!Tak tau la Boleh tahan ke tak anak bujang aku tu balik sekolah nanti. Ni nak cerita menu sahur semalam, boleh lawan Along Charkoteaw dah ni.hakhak.

Walaupun masa di Johor dulu en suami pernah berniaga Charkoteaw, ni pertama kali aku buat Charkoteaw tau. Kalau dulu aku la yang akan siapkan segala bahan berniaga. Dari siang udang, kopek kerang, blander cili kering dan sebagainya. Laki berniaga tapi bini yang teruk, bukan ada gaji pun.hehe

Sos Charkoteaw pun aku yang buatkan. Resepi dari kawan en suami yang sama-sama berniaga. Tapi sebab aku tak pernah tulis, tahun demi tahun berlalu, lupa dah berapa sukatan semua. Namanya chef campak baling ni tak susah hati pun, pepandailah la aku adjust ikut sukatan sendiri. Kebetulan pulak ternampak resepi Charkoteaw di Facebook, aku pun baca sekali lalu pastu tiba-tiba resepi bergabung!!!

Aku buat resepi ikut cara aku. Walaupun tak cukup bahan dan Charkoteaw ni boleh dikatakan menu sahur yang aku tak plan pun. Hasilnya terbaiklah. En suami puji melambung. Clear sebungkus koteaw kami tiga beranak. Tak cukup lagi ada. En suami kata pada Aiman, pasni tak payah dah makan Charkoteaw kat luaq, ibu dah pandai buat Charkoteaw.haha..



Resepi Charkoteaw Simple dan Sedap : Tumis cili kering kisar bersama bawang putih hingga pecah minyak, kemudian masukkan Sos Charkoteaw. Bila kuah mendidih masukkan koteaw, pecahkan telur, masuk udang + taugeh pastu Boleh adjust rasa dengan garam, gula dan serbuk perasa. Siap!

* Resepi Sos Charkoteaw : Stok udang + Sos tiram + kicap + Sos cili + belacan + garam + gula, masak atas api hingga mendidih. Bleh buat banyak dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama.


Seperti biasa aku akan tanya nak makan apa untuk buka esok? Charkoteaw..nak makan apa untuk soq esok? Balik-balik jawapan en suami Charkoteaw. Stok udang dah habis la sayang oi. Bila tanya lagi Charkoteaw juga jawapannya. Sudah! tak pasal je laki aku kena sawan Charkoteaw oi. Dah terbuktilah yang charkoteaw aku ni memang sedap kan.hahaha










Wednesday, June 24, 2015

Resepi Berbuka : Udang Paprik



Menu 6 Ramadhan, Udang Paprik paling senang style campak baling. Dua tiga blog dok sebut pasal paprik terus virus merebak kat aku. Benda jarang aku buat kena la tempek resepi. Lagipun bulan puasa ni modal update resepi je la yang dok ada pun.hehe



Resepi Udang Paprik : Panaskan kuali, tumis bahan kisar (cili kering+bawang merah+bawang putih+halia) hingga pecah minyak kemudian masukkan stok udang ikut banyak mana kuah yang di ingini (kalau takde stok udang, boleh guna air). Tambah sos tiram, sos cili dan sedikit kicap,  biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut + buncis + karot + baby jagung. Akhir sekali masukkan udang + bawang besar kemudian perasakan dengan garam dan gula. Siap!





Kuih Kaswi Kes Tergoda



Kelapa parut baki buat jagung nyoq masih ada, mula la aku fikir apa nak buat. Lama dok pending nak buat apom, tengok Cik Sue up kuih Kaswi tergoda terus. Aku buat sehari sebelum puasa hari tu. Kuih ni Aiman suka. Sanggup ok ibu korbankan kuih apom peberet ibu kerana kaswi ni. Macam la Aiman kisah. Punya la poyo ibu ang ni!



Satu adunan banyak jugak dapat. Kira menjadi la kuih Kaswi pertama kali aku buat ni. Lulus la kalau Aiman dan abahnya puji sedap. Aku bab kuih memang tak expert. Cuba buat gak la sebab teringin. Tak minat sangat pun nak buat selalu. Nak makannya bukan banyak. Beli kat kedai 3 bijik baru seringgit kot. Bazir gas je dok kukus sampai sejam.haha


Resepinya SINI. Malas dah aku nak taip. Aku cuma skip daun pandan dan air kapur. Lagi satu aku guna campuran tepung jagung dan tepung ubi. Nak jugak tu derhaka walau sikit. Tunggu la dua puluh tahun akan datang baru aku repeat buat lagi kuih ni kalau cucu mintak tok ibu buatkan.hakhak..








Tuesday, June 23, 2015

Resepi Berbuka : Udang Mentega



So far setiap hari berbuka dan sahur aku akan masak. Masa MIL FIL mai puasa ketiga tu je iron chef cuti. Menu buka dan sahur pun berbeza setiap hari. Tak ada istilah nak panaskan lauk buka untuk sahur sebab aku style masak untuk sekali makan. Kami memang tak lalu nak makan menu sama. Pun begitu aku masak sesimple mungkin, lauk sejenis, sayur sejenis dah cukup. Alhamdulillah tak pernah lagi berlaku pembaziran sebabnya aku masak cukup kuantiti untuk kami tiga beranak. 

Bukan setiap masa aku masak nasi. Kadang waktu buka tak makan nasi, makan sahur mesti ada nasi, begitulah sebaliknya. Yang penting nafsu nak buat kuih memang tak ada tahun ni. Air puasa ke tak puasa hadap je la air kosong. Paling kuat pun en suami cuma minta teh o panas. Nak pergi bazar memang tak la dengan nak angkut bebanan hampir 14kg, baik aku baring depan TV tengok Dia Isteri Luar Biasa.haha..

Menu 4 Ramadhan kami. Pertama kali buat ni yang macam jakun sikit. Sedap gila resepi udang butter ni. Tapi tak tau la jadi elok dak aku punya. Tengok resepi sekali lalu ja pastu terus masuk dapur bersilat masak. Hangpa tengok gambar ok tak udang butter aku ni? Aku guna marjerin pelangi saja, so kena letak nama udang mentega la kan.hehe..

Tempek kat sini resepi, mana tau boleh jadi idea korang berbuka nanti. Usha resepi je tak payah dok tekan air liur pulak. Serius sedap oii.hahaha 




Resepi Udang Mentega

STEP 1 : Udang digaul dengan garam + gula + lada sulah + tepung jagung kemudian goreng dengan minyak yang banyak dan tos, ketepikan.

STEP 2 : Masukkan sedikit minyak + marjerin secukupnya (kalau butter guna 1/2 ketul) kemudian tuang tinggi 4 biji kuning telur, kacau laju dengan belakang senduk sampai telur garing. Sementara tunggu telur garing tu masukkan sekali daun kari. Tapis dan ketepikan.

STEP 3 : Tumis bawang merah + bawang putih + cili padi + daun kari kemudian masukkan udang step 1 tadi. Tuang 1/2 tin susu cair, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula. 

STEP 4 : Tuang bahan step 2 kedalam bahan step 3. Siap!










Sahur Hari Ini



Malam tadi charge phone kat depan, so kunci jam tab bawak masuk bilik. Letih sangat kot langsung tak dengar alarm bunyi. Terjaga bila dengar Afia panggil ibu..ibu..sambil jari tunjuk ke tab minta dimatikan alarm la kot. Nasib baik si bambam jaga kejut ibu. Tengok jam dah 4.30, mujur juga malam tadi dah siap masak sambal ikan bilis plus tempe plus kentang. Masak nasi, goreng telur dadar setel menu sahur!

Dah siap makan duduk la depan TV satu famili dengan Afia pun jaga sama. Cik Pia ni kalau ibu tak ada kat sebelah memang dia tak senang tidur. Dok sembang en suami bercerita kisah puasa beliau masa kecik.

" Dulu sebulan saya posa kat bukit pinang..mami masak sedap, hari-hari ayam. Ayam masak kicap la..saya dengan chaq makan sakan.."

Alkisah lebih kurang begitulah kenangan ramadhan en suami di rumah toknya. Tetiba Aiman mencelah,

" Masa tu Aiman ada tak abah?"

Sama situasinya masa dia kecik dulu. Sibuk tanya mana dia dalam album kahwin ibu dan abah. Abah pun tak kenai ibu lagi, mana nak mai Aiman dalam cerita ni.haha..

Sementara aku sambung buat kerja, dua beradik tu dok bergelak ketawa main tutup mata dengan bantal la kononnya yang ibu ni hantu. Gasaklah hangpa janji Afia tak buat perangai merap sudah. Ibu dah la keja pagi, nak mandi solat nanti lambat. Tengah aku dok iron baju tengok-tengok dua-dua dah sampai London.hehe..







Monday, June 22, 2015

Menu Bazar Ramadhan



3 Ramadhan, bila mertua datang kita gantung kuali. Sementara cuti en suami masih berbaki, moh kite ke bazar. Menantu anak hantu bukan tak nak masak, freezer dah kosong anak mak abah ni yang tak beli barang basah.

Kami ke bazar Kepala Batas dengan misi mencari nasi daging sedap. Bukan tak ada bazar berdekatan, bila dah jatuh cinta jarak bukan penghalang kan, gitu! Aku yang sekarang bukanlah yang dulu. Pergi bazar tengok makanan semua dah tak feel nak rambang mata, diet wey kena ingat tu.haha. Aku cuma teringin popia basah, yang selebihnya semua nafsu abah dan anak jantannya ye.hehe..



Menu utama nasi daging lupa nak snap, tu dalam plastik sebelah air Tropicana. Ada keli bakar, caru bakar, pari bakar, sambal udang petai dan kuah kari. Kuih as mention before popia basah aku punya, masalodeh, seri muka dan aneka puding. Semua menu beli tinggal hidang dan ngap. Meriah makan peduli diet bila ramai-ramai.

Anak bujang puasa penuh selama tiga hari walaupun hampir pancit penat jalan kat bazar. Anak dara sepanjang jalan kenyang belasah tiga bijik bebola udang plus segelas milo. Sesekali je kena menu bazar, pasni kita up menu air tangan iron chef campak baling pulak.haha..









Friday, June 19, 2015

Jagung Kelapa



Kisah sebelum puasa lagi. En suami kalau beli jagung mesti ada beli sekali kelapa parut. Menu peberet beliau jagung nyoq isteri solehah kena la buat. Tau dak jagung nyoq tu camna? Orang bandar mesti tak tau. Aku yang kampung ni pun tak tau gak dulu.hahaha..

Senang ja buat jagung nyoq ni. Jagung di rebus or di kukus, potong isi gaul sama kelapa parut, taruk garam gula siap dimakan bersama orang tersayang. Rasanya aku pernah share sebelum ni. Gambar nak tunjuk pun line buat onar. Lagi pula bulan puasa nanti ada yang meleleh air liur.haha..

Apa pun nasib ada model jagung. Cik pia ni jenis tak sabaq. Jagung mentah pun dia nak tokak. Lepas rebus tak sempat nak berjagung nyoq lagi dia dulu makan.




Kembang kempis hidung dapat makan jagung. hehe






Thursday, June 18, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Assalamualaikum. Baru berkesempatan nak mengucapkan selamat berpuasa buat semua rakan blogger dan silent reader yang selama ni rajin bertandang kat sini. Semoga puasa kita beroleh keberkatan.

Sahur tadi buat nasi goreng ja. Tahun lepas sahur pertama sepuluh minit nak imsak baru terjaga, kali ni masak nasi terlembik, jadi nasi goreng bubur dah. Tahun depan kalau panjang umur tak tau apa pulak.hehe. Tak padan nasi lembik pun clear jugak dua pot nasi. Mula puasa ni selera sikit makan, pastu nanti naik pening fikir apa menu.

En suami sekarang dah tak nak menu yang ada segala jenis sambal dan cili dah. Ais pun mungkin diharamkan sepanjang puasa ni. Takkan hari-hari nak buat masak kicap kot. Menu lain macam tak berapa masuk tekak. Aku ni punya berniat nak diet sakan. Tadi sahur melantak nasi goreng punya selera. Ketat jugak baju raya hang PK.haha

Menu berbuka simple je macam tahun-tahun sebelumnya. Tiga hari puasa ni en suami cuti dapat la merasa bagai satu dua juadah pasar Ramadhan, beliau kerja esok memang dah tak kuasa aku nak pergi. Makan je apa yang ada. Kuih tu kalau kerja petang boleh la singgah beli seringgit dua, kalau tak rerajin la aku buat nanti. Rasanya tak rajin kot nak buat. Kalau buat confirm punah diet.

Bulan puasa la bulan paling best. Tak tahu nak describe macam mana tahap bestnya tu. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Selamat gandakan amalan di bulan mulia ye kawan-kawan!



Model Ramadhan ibu. Comey kan!







Wednesday, June 17, 2015

Buku Baru Afia



Afia Imanina umur dua tahun ni dah pandai kira satu sampai sepuluh ikut turutan. Huruf pun dah banyak dah yang Afia kenal. Syukur dapat pengasuh yang mementingkan persekitaran pembelajaran yang baik. Banyak juga Afia belajar dari rumah pengasuh. Kira satu dua tiga tu pun rasanya belajar dari kakak-kakak. Sekarang memang sawan mengira, all the time tu wa ga pat ma nam juh pan lan loh..haha semua sebut yg belakang ja.

Kan ada cerita tempohari anak pengasuh belikan writing board dekat Afia. Buku ni pun kakak belikan jugak tau!





Menarik bukunya. Baby first book yang bersaiz besar. Boleh belajar alphabet, numbers, opposites, motion and feelings, telling time, addition, subtraction, day week month of the year, semua all in one, boleh guna sejak baby sampai 6 tahun. 









Tuesday, June 16, 2015

Aiman Kembali Ke Sekolah



Ahad Aiman mula sekolah lepas cuti panjang. Babak-babak tragis hari pertama persekolahan. Baru cuti dua minggu kot.

Babak 1 : Aiman dah hilangkan satu tie sebelum cuti, lepas cuti yang lagi satu dah tak dapat dikesan. Cari punya cari tak jumpa. Tak bertali leher la anak bujang ke sekolah. Aiman dah tanya kat koperasi sekolah pun stok tie dah tak ada. Bak kata en suami, ibu dengan anak sama lengai.haha. 

Babak 2 : Baju Melayu Kafa poket rabak sikit ibu tak perasan. Masa nak iron baru nampak. Ganas sangat anak oi hari tu baru sangat ibu jahit. Pakai je la dah lambat. Selekeh pun anak PK jugak!


Babak 3 : Pukul 6 kawan playground Aiman ketuk pintu rumah ajak main baru teringat, Astagfirullah..anak aku tak ambik.hahaha..Sungguh tak pernah jadi macam ni. Boleh pulak lupa ambil Aiman dari Kafa. Sampai sekolah cari Aiman tak ada. Rupanya pak guard dah bawak Aiman pergi lintas kat abah. Adoi..sory ye nak..

Tekanan dari semalam nak tekan publish tapi upload gambar tak lepas. Hari ni dah tak sanggup tunggu loading tiga puluh kali, up je la entry ni tanpa gambar.








Monday, June 15, 2015

Resepi Ayam Goreng Sesedap KFC



Anak bujang tengok iklan KFC je dok telan air liur pastu request suruh ibu buat. Kebetulan beli ayam saiz besar, molek sangat la kalau buat ayam goreng permintaan Aiman. Aku google resepi pastu adjust ikut kesesuaian. Kali ni menjadi sedap bak KFC. Balik dari sekolah melonjak happy si chubby. Bau pun sama macam KFC Aiman kata. Tengok rupa ayam goreng ni so good dak wey ?hehe..



Resepi Ayam Goreng KFC : Perap ayam semalaman dengan bawang putih tumbuk + lada hitam tumbuk + serbuk kari ayam + garam + serbuk ayam kalau suka. Celup ayam dalam telur, masukkan dalam bekas tepung goreng , goncang sebati pastu boleh goreng. Goreng dalam api yang panas dan minyak yang banyak, slowkan api sampai masak. Lagi bagus tutup supaya ayam masak sekata.

* Resepi Tepung Goreng : tepung gandum + tepung jagung + soda bikarbonat +  serbuk ayam + serbuk lada sulah + garam + serbuk cili. Gaul sebati semuanya.

Kuantiti tepung gandum dan jagung sama banyak ye. Aku tak letak serbuk cili sebab lada hitam pun dah pedas. Siapa suka lebih hot dan spicy boleh letak. Nak tambah serbuk kari pun no hal. Ni display yang aku punya. Konon diet tak makan nasi, tapi melantak macam apa je.hehe



Mula-mula rasa macam nak buat coleslaw tapi kobis tak ada. Aku tukar dengan salad epal dan pear. Kentang putar ni pun first time buat tau. Kuah lada hitam kentang putar pun simple je, lain sikit dari yang biasa aku buat.  Resepi Sos Lada Hitam sedap kat SINI.

Resepi Simple Sos Lada Hitam Kentang Putar : Bawang merah + bawang putih + sedikit halia + serbuk pati ayam + kicap manis + air, blend semuanya. Masak bahan kisar tadi sampai mendidih, pekatkan kuah dengan tepung jagung pastu perasakan dengan garam + gula. Siap!

Ni dia model ayam KFC. Gaya ja lebih, dia kesip manis ayam pastu luah. Bertuah sungguh!




Please try this at home. Memang sedap. Nanti abah beli peha dan kepak banyak-banyak ibu repeat buat lagi ye man!





Sunday, June 14, 2015

Aksesori Budak Dulu dan Sekarang



Masa nak balik SP dekat Alor Setar tempohari nampak Aiman buat gelang tangan guna bunga jejarum. Tak sangka anak aku tahu buat benda ni. Kata Aiman kawan dia ajar. Nostalgia betul. Angkat tangan siapa yang pernah buat rantai, gelang tangan, cincin, gelang kaki guna bunga jejarum. Indahnya zaman kanak-kanak.


Afia kalau aksesori sepit rambut ke apa semua dia panggil "tik...(cantik)". Bila ibu nak pakai dia pun "tik..nak kai.." Pakaikan rantai tangan ni kemain posing tahu ibu nak tangkap gambar. Jari tangan kaki sentiasa berinai ok. Mak dan kakak-kakak rumah pengasuh semua peminat inai kot.









Mihun Tomyam Maggi Udang



Kembali lagi dengan aktiviti main masak-masak. Macam dah lama je tak tunjuk skill masterchef seni kulinari menu versi campak baling. Sekarang jangan tak tahu, aku tengah diet. Apa gelak- gelak? Sila percaya aku tak tipu tahu.



Tomyam on the spot namanya. Pergi kedai nampak daun limau purut terus rasa nak buat. Aku cuma guna tulang ayam dan saki baki sayur dalam peti ais. Hirup kuah panas-panas tomyam bodo macam ni pun sedap pulak. Selalu buat mana boh daun limau purut, serai pun kadang lupa. Kali ni rasa macam hebat sangat dah tomyam aku padahal cair bair kuahnya. Aku share makan dengan Afia, celur mihun je sebab katanya diet.haha..



Ini menu terancang. Mana ntah datangnya rajin rebus kulit udang ambik air buat kuah. Selalu kalau kopek udang untuk buat coq udang memang aku humban terus kulit masuk tong sampah. Fulamak kuah dia manis mabeles you all. Semasa pembikinan kuah, laki bini punya la malas nak keluar beli mee kuning. Mujur ada maggi kering cintan sebagai ganti. Rahsia kuah udang sedap memang terbukti dari air rebusan kulitnya. Sekian tips.hehe..













Saturday, June 13, 2015

Suka Tulih-Tulih



Afia sekarang suka sangat menulis. Pantang nampak pen, pensil, colour pencil dan yang sewaktu dengannya mesti minta kertas " nak lih..nak lih.." 


Baru ni kakak (anak pengasuh) belikan drawing/writing board besar untuk Afia. Siap ada magnet pelbagai bentuk boleh main cop. Suka la Afia nak berkarya.












Friday, June 12, 2015

Aktiviti Melukis



Amboi naik lemak cuti sekolah panjang satu benda berfaedah pun tak jalan. Sambil buat alphabet lekat di dinding untuk Cik Pia, kita selit sikit aktiviti melukis. Bukan ambil masa lama pun, dua tiga minit dah boleh siap sepuluh lukisan. Saja testing lukis material yang ibu jumpa dan kumpul. Ada lagi tak sempat upload, kat bawah ni antara contoh. Lukisan mudah yang boleh praktik buat dengan anak-anak hangpa jugak!


Lukisan macam ni nampak saja mudah, Aiman yang dah 8 Tahun ni pun bebal jugak bila nak buat bulatan. Susah sangat ke, senget sikit marah.haha..Dia lukis main taram pastu buat ikut suka dia conteng konon rupa hantu, tunjuk ke Afia dok bergelak ketawa dua beradik. Suruh lukis pun awak berdua buat lawak nooo...


Yang atas ni dah dua kali Aiman lukis. Lagi satu kertas lukisan dasyat dia conteng seronok dua beradik ketawa. Yang bawah ni hasil contengan ibu. Kalau ibu tak lukis dulu, jangan harap la anak bujang nak mula. Jadi ibu ni kena la tunjuk contoh teladan baru anak ikut.haha..


Cuti sekolah ni ibu kerja padat, setiap minggu pun ada kursus. Ibu lemak anak lagi la naik lemak.












Thursday, June 11, 2015

Air Detox Untuk Kurus



Detox atau detoksifikasi adalah proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran seperti toksin, lemak dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar dah masuk ke dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. Nak buat air detox ni pun senang yang amat. Aku rasa semua orang pun tau kan. 

Boleh guna apa je buah-buahan sitrus, tuang air dan masuk dalam peti ais at least 8 jam pastu dah boleh minum. Katanya air detox ni bagus minum pagi sebelum masuk apa-apa makanan dalam badan. Dia punya penangan, asyik ulang alik pi toilet oi. Kerja keras pundi kencing aku.hahaha..

Lemon + sunkist + epal hujau

Lemon + tembikai

"Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, tembikai, strawberi dan pear. "



Haha untuk kurus la sangat. Diet dua tiga hari pastu melantak macam dua tiga tahun tak makan. Pun begitu ada juga usaha nak buang toksin dalam badan ok. Jom kita berdetox!







Wednesday, June 10, 2015

Majlis APC di Hotel SP Inn



Alhamdulillah..satu lagi kurniaan rezeki dari Allah. 9 tahun aku dalam perkhidmatan awam, terlalu banyak pengalaman manis, dan ini salah satu darinya. Tercalon sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014, majlis berlangsung Isnin lepas. Semua kem sekitar Kedah, Perlis dan Penang dibawah naugan 6 Bridged berkumpul. Lebih kurang 80 calon penerima APC dan 40 yang bersara diraikan. Cheewah intro kemain skema buku teks.hehe

Dari opis aku memang aku sorang je, takda geng aku loan ranger.hehe..Dah la deretan tempat duduk aku semua lelaki, nak snap gambar pun control perempuan melayu terakhir. Ni aku snap pentas dari tempat duduk lepas aku dah terima anugerah. HP samseng aku ni pun bukan boleh zoom.haha. Nasiblah tempat duduk area depan, kalau belakang memang langsung tak snap la jawabnya.



Mula-mula hati kata tunggu gambar dari cameraman je la . Sementara tunggu makanan di serve aku tebalkan muka minta tolong adik kat sebelah snap. Kat dalam dewan dok cempeqa biawak segan nak keluarkan handphone sangat.hakhak. Ni je la satu kenangan untuk dikongsi bersama.


Ingatkan ada breakfast, rupanya Dato TKSU Mindef pukul 10 baru masuk dewan, dengan tak sarapan kebulur wey terus lunch. Mana yang sempat aku terkam. Makanan pun tak variasi sangat. Rasa pun so so je!



Aku kerja ikhlas untuk cari rezeki. Tak pernah jadikan anugerah atau penghargaan ni sebagai target. So aku tak makan endah pun kalau ada senior yang merendah kredibiliti aku. Rezeki dari Allah luas, datang dalam pelbagai bentuk apa.














Tuesday, June 09, 2015

Abang Afi Adik Nina



Memang agak lama Abang Afi tak jumpa Adik Nina. Nina pun mula-mula macam pelik tak kenal Acu Ecah dan Pakcu.  Kali terakhir kami pergi Lumut tahun lepas time raya haji. Berkurun dah! Sesudah mesra, nak ke toilet kencing pun ajak Acu, tak mau dengan ibu ok!

Bila sepupu jumpa, main sakan la. Pukul satu dua pagi pun tak tidur lagi. Gambar kabur lupa nak on flash handphone samseng aku. Tau je la nak snap budak-budak ni kena pantas. Bukan senang nak buat siaran ulangan. Nak jugak tempek gambar buat anaknda dihari muka.haha..


Pertama kali tengok Nina nak tidur dengan orang lain. Selalunya mesti nak cari nenen. Letih sangat kot main sakan, baring mintak Acu garukan dan tertidur dengan Acu. Akhirnya dua-dua sampai London!










9th Anniversary



Sibuk ok..bila ada masa nak update, berperang tab dengan Afia pulak. Alhamdulillah 07.06.2015 genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Macam biasa tak ada sambutan. Niat nak buat kek tu ada tapi last minute mertua dan famili adik ipar kata nak mai rumah, apalagi melompat la aku polish rumah. 

Walaupun dah macam boleh agak kek yang bakal aku buat ni akan tak jadi, pulun gak adjust. Dah la meringue tak jadi, sukatan semua pun aku derhaka, amik hang kek huduh. Kek ni naik elok jugak, cuma tu la tak gebu. En suami makan sepotong pastu kata yang atas je sedap, keknya pelik ja rasa. Sila tafsir sendiri sedap ke tak sedap.hahaha...



Bila terbalikkan karamel tu setengah lekat kat loyang. Nak sembunyi rupa menggerutu aku tabur chocolate rice. Nak buat cream untuk tulis happy annivesary pun marjerin out of stock. Lagipun buat apa buang tenaga untuk kek yang berisiko camni. Ni pun gigih aku susun hirisan ceri jadi 9 T. 

Kami dah wish secara offline, so tak payah la aku buat ayat bunga2 kat sini. Doakan kami bahagia hingga syurga.





Friday, June 05, 2015

Muzium Padi Alor Setar



Terletak di Gunung Keriang, Muzium Padi merupakan Muzium Padi pertama dibina di Malaysia. Kat Jepun, Jerman dan Filipina pun ada Muzium Padi, so kita punya Muzium jatuh yang ke 4 dibuka di dunia baq hang.


Disebabkan anaknda berdua tu dah tak hadap jadi model ibu, aku snap je la segala haiwan yang ada di luar muzium.haha




Muzium di buka setiap hari termasuk Public Holiday bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk untuk dewasa RM 5, kanak-kanak 7-12 tahun RM 2. Tujuan utama nak lepak kat atas, rilex melepaskan lelah menikmati air cond. Kami sebelum ni dah dua kali sampai Muzium Padi, so tak ada benda sangat nak explore. Penat wey dari rumah kenduri terus ke Pusat Sains Negara, sampai sini battery dah low. Jom masak jom!


Kat atas sekali kita akan melalui tangga batu yang agak unik untuk menikmati lukisan mural yang berpusing, katanya dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Selatan. Ketenangan yang kami cari indah mimpi dari realiti. Kerusi yang dulunya memenuhi ruang dah tinggal berapa kerat. Jenis kerusi main letak kat mana suka, selebihnya sila berdiri mengeluarkan peluh dengan air cond pun tak kuat. 

Empat lima tahun dulu elok je, ni rasa macam kat atas tu dah kurang penjagaan. Anak-anak cha ya nun alif yang mai lawatan dari mana entah dok berlari sana sini. Kalau kecik tu aku faham la, ni dah besaq gedabak anak dara pun dok main aci ligan apahal! Afia pun dah start merengek asyik minyak dukung. Haru biru jadinya ajak turun bawah nak tengok fish. Apa pun snap dua tiga keping gambar dulu. Model pun kena paksa ni, tak mau dah bergambar sebenarnya.hehe..




Ibu, Aiman dan Afia turun dulu ke ruang pameran tinggalkan abah dan Mak Tok kat atas. Kat bawah ni aku lepaskan Afia elok je dia melawat kawasan dengan Abang Aiman. Lega sikit dari azab mendukung si bambam! Ruang pameran agak luas, macam-macam info pasal padi boleh kita gali. Semua tentang proses penanaman padi, peralatan yang digunakan, budaya, sejarah dan kepentingan penanaman padi. Layan je la gambar sampai pitam.










Puas dah dok dalam jom kita keluar. Aiman suruh tulis Maktok dan abah kena tinggal kat atas padan muka.hehe. Ni dia budak yang sibuk nak tengok fish sangat. Ikan pun dah habis mati. Ada sekor je ikan besar kaler hitam. Afia punya excited nak tengok ikan tu sampai pelawat lain nak bergambar kat tulisan Muzium Padi ni pun tak boleh. Dia je jadi kaklong kawasan.hahaha..


Sebab dah letih, memang tak ada pun gambar famili dipotretkan. Aku tempek je la gambar kami pergi sehari sebelumnya. Masa ni sampai Muzium dah nak tutup, ingatkan buka sampai pukul 6, rupanya sampai pukul 5 saja. Sepatutnya kena tambah masa la kan especially musim cuti sekolah macam ni.




Punya banyak berhujan gambar entry kali ni, line tengah laju ni tempek je la selagi boleh!