Pixajoy

Wednesday, June 03, 2015

Home » Kenduri Time!

Kenduri Time!



Sabtu lepas kenduri rumah sepupu en suami. Ini antara sebab utama kami balik kampung. Pengantin ni kalau ikutkan anak sedara pupu kepada en suami la kan. Tapi depa panggil laki aku abang, tak ikut pangkat. Patutnya aku ni pangkat maklong tau.hehe

Afia suka kau dapat jumpa pengantin. Siap nak dok dalam bilik pengantin takmau keluar. Haru! Tengok ni gaya budak notty bergambar. Mula-mula buat wek pastu gaya peace. Orang gaya peace dua jari, cik pia punya style 10 jari terus.haha..Abang Aiman maintain macho! 



Pujuk Afia keluar dari bilik pengantin tak mahu ok. Ibu angkat paksa keluar melalak tak ingat. Dalam dok melalak tetiba senyap, rupanya sepupu en suami pi sumbat lolipop. Budak tak pernah dapat lolipop ni punya la perak. Pastu sekali lagi masuk dengan abah dia bergambar dengan pengantin. Macam-macam hal anak dara ni sekarang.


Lepas kenduri kami pergi explore Pusat Sains Negara. Nanti update!








10 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga akhir hayat

monalea said... Best Blogger Tips

Nengok gambar ni teirngat Adli masa perkahwinan anak buah hari tu. Org sibuk kat luar dia pulak takde. Jneuh mencari rupanya dok siap landing atas katil pengantin bersilang kaki. senang hati betul

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

eh sama la kita pangkat maklong hihi
sy alhamdulillah anak nakan pupu msh panggil maklong.. ramai anggatttt..

alahai afia.. ommeynya dia buat peace..

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

cantik pengantin..
kombinasi warna yang agak berani..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

ai syokla cik pia suka ke temoat kenduri, bolehla ibu datang selalu. kalau ahmad berdua ni, payah nak dibawa menjenguk pengantin, banyak kena escort diorang tawaf kawasan selalunya...

moga kekal jodoh pasangan ni..

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

afea awat jelir lidah tu hehehe

SalbiahM said... Best Blogger Tips

suka ye cik pia tengok pengantin cantik..hehehe.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

cantik pengantin pompuan..mcm mix gittu..
hihi..afia teruja tgk pegantin paki baju cantik2 & mekap cantik2..kalo asya lak..klo ke tmpat kendri, wajib nak naik ats pelamin.. hehe

OKje said... Best Blogger Tips

Cik Pea ni kan .....tak padan kecik kuat glemernya,nak masuk blog manjang...hihi..

Comey pengantin ....mesti tak sabar tu nak jadi isteri tu....

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Comel pengantin perempuan *_* Cik Pia tu nak ambil aura pengantinlah tu. Melampau tau posing gaya gitu dengan pengantin. Hilang ayu pengantin, nampak cute Cik Pia je. Kesian kat pengantin!

Mak pengantin oppss...maklong pengantin mana? Duduk atas pelamin teringat zaman dulu-dulu ka?