Pixajoy

Sunday, June 30, 2013

Comei Macam Kak Ton!





Kemain anak dara PK posing!hakhak..





Peknga@Lempeng



Aiman pergi sekolah je terus bukak bunga-bunga silat kat dapur siang ikan. Sekarang ni masak lunch memang awal. Mandi dan tidurkan si bambam kemudian setelkan CD,  basuh dan sidai baju baru nikmat ngadap sarapan. 


En suami beli sampai dua keping. Tau la isteri beliau ni kuat makan. Sekeping ni pun dah padat perut. Lagi Sekeping en suami tolong habiskan. 



Pekena pulak dengan milo panas tabur atas, what a perfect breakfast! Sementara masih cuti ni boleh la santai-santai.hoho





Kerana Betis Gebu



Baru nak masuk dua bulan, sarung kaki baby pun dah tak muat. Bila pakaikan macam kesian ada tanda berbekas betis gebu Afia. Maktok suruh tukar pakai stokin. 


Cuba pakaikan stokin abang Aiman dulu. Semuanya pun macam kecik. 



Nasiblah ibu ada beli 3d socks. Stokin ni dah ngam dengan Afia, hari tu masa beli rasa macam besar.







Saturday, June 29, 2013

Sarapan Mudah Untuk Anak




Bila malas nak keluar beli sarapan, anak pulak mengomel lapar, piza roti adalah penyelamat. Nak buat semudah ABC. Biskut + telur+garam, siap!

Resepi Kat SINI






Friday, June 28, 2013

Minum Air Gula Lepas Bersalin



Sudah di kampung, aku curi masa update sekejap sementara Afia tengah tidur. Ada yang tanya kenapa aku minum air gula? Masa pregnant dulu kan aku GDM, so kena minum air gula untuk pastikan yang aku ni takde kencing manis lepas bersalin. Prosuder dulu punya aku tak pasti. Lepas bersalinkan Aiman dulu aku takde pun minum air gula.

Seawal pagi terpaksa la angkut si bambam sekali. Macam biasa kena puasa malamnya mula dari pukul 10. Minum air gula lepas cucuk pukul 8, dua jam kemudian cucuk sekali lagi untuk bacaan gula dalam darah sebelum dan selepas. Relex je minum penuh nikmat perisa oren rasa macam mirinda. Alhamdulillah aku bebas diabetis, bacaan sebelum 4.7, selepas pulak 7.2.



Si bambam behave je. Sampai RSAT aku terus letak dia kat sofa. Tidur kat situ punya lama tak peduli tv kuat pun. Jaga sekejap bagi susu Afia sambung tidur semula. Good girl!





Balik Kampung



Hari ni seawal 8 pagi kena hadap air gula. Dua jam bertapa dekat RSAT pastu dapat result aku terus balik Nibong Tebal hantar Ain. Acu Aiman Afia ni sudah sibuk nak kerja, nak cari duit nanti nak sambung degree. Mana mau jadi baby sitter, profesion tak glamer.

Aku mungkin kat kampung sehari je la. Esok pagi balik SP semula, tengahari en suami nak kerja. Sempat la kan orang kampung tengok Afia. Bagi sekeping gambar kot-kot ada yang rindu dekat si bambam ni.haha






Thursday, June 27, 2013

Nasi Goreng Darurat



En suami balik kerja biasanya kalau lapar memang beliau makan kat luar. Tengahari bila beliau tak makan, nasi lebih banyak la. En suami pun request nasi goreng. Tengah-tengah malam aku bersilat kat dapur buat nasi goreng darurat. Guna telur dan ikan bilis je. Versi malas yang amat lada kering potong besaq gedabak macam ni serupa nak bagi laki tercekik. Luckily beliau makan licin dua pinggan. Yang paling kagum rupa lada kering pun tak nampak.haha..


Senyap-senyap je capai kamera tangkap gambar malu wey nanti en suami gelakkan. Nasi sebenar adalah dua kali ganda banyak dari ni. Bayangkan kalau dua pinggan banyak mana.hakhak






Afia Merasmikan Buai



Tok wan belikan Afia buaian beberapa minggu yang lepas. Kalau boleh memang tak nak pun ajar Afia tidur buai. Dia pun takde la nampak merengek macam nak buai, cuma kadang-kadang memang kena tatang je la si bambam ni sampai tak boleh buat kerja satu benda. Pada aku ni semua perkara biasa. Setiap baby ada ketikanya memang akan sedikit meragam. Baby perlukan perhatian dan pelukan. 

Aku tak nafikan Afia tidur tak lama especially kalau bising dan waktu petang bila cuaca panas. Kalau dia mengantuk gila, bising lagu mana pun memang nyenyak je dia tidur. Kalau siang tak berapa lena, malamnya salin lampin pun Afia mamai tak jaga punya. Aiman dulu pun tidur buai, tapi kalau jalan takde la sampai angkut buai segala. Takde buai pun dia boleh tidur. Malam dah tentu tidur kat bawah kan.

Abah dok tanya kenapa aku tak nak buaikan Afia. Susah la kan nak terangkan kat orang tua. Semalam abah mak datang baru pasang buainya. Kalau tak memang dalam kotak lagi. Mak kata kalau buai, lama sikit Afia tidur, kita nak buat kerja pun senang. Memang ada benarnya. Lagipun bukan buaikan Afia setiap masa. Bila keadaan memerlukan je.

Sebelum rasmikan buai mak suruh bacakan Al-Fatihah letak perlahan-lahan jangan ayun dulu. Tapi yang tak boleh blah kena letak gunting kat bawah buai untuk elakkan perkara buruk. Nenek pesan selain gunting boleh juga letak lidi penyapu. Ini aku malas nak bertekak, sama kes macam pantang larang menjahit ketika mengandung. Ikutkan je. Bawah buai letak tilam, jadi letak gunting bawah tilam.huhu

Abah merasmi buaikan Afia. Harap maklum Tok Wan saya mamak, warna kulit adalah kontra.hakhak..


Mula rasmi Afia kemain jakun. Sebab baru lepas mandi dan menyusu plus dia memang sangat mengantuk dia tidur agak lama. Pastu bangun aku rasa sama je macam tidur bawah, tutup mata sekejap, bangun balik. Cuma kat dalam buai dia senyap sikit la. Mata dok pandang setempat kemain jakun, gelihati tengok dahi berkerut sangat comel. Mesti Afia kata apa benda la ni kan.

Petangnya letak buai pun dia gelisah juga. Aku angkat bawah, bagi susu elok je Afia terus lelap. Dua jam lebih dia tidur bawah kemain nyenyak sebab keadaan adalah sangat sunyi. Wan Maktok balik, abah keluar, abang Aiman asyik main game. Pada aku baby kalau menyusu badan senang lagi kot tidur bawah. Tu je cerita Afia merasmikan buai.hoho





Wednesday, June 26, 2013

Gaun Buat Afia Imanina





Dari anty Elly, mama Nur Yasmin DaliliComel sangat! Siap hanger, tag pun belum buka, bau kedai lagi ni.hakhak..





Mee Ketam koboi



Beberapa hari lepas buat mee ketam en suami tak puas makan. Semalam beliau bawak balik ketam request mee ketam lagi. Dah jemu makan nasi, lunch semalam kami makan mee ketam. Kebetulan Elly (kawan baik aku since sekolah) datang dengan adik beliau melawat Afia, sekali harung jamu tetamu mee ketam.




Mee ketam simple je. Kali ni modified sikit. Buat kuah macam hailam, curi udang kecik untuk cucur udang Aiman plus dengan kailan dan carrot. Macam ni pun bertambah tetamu makan.huhu





Tuesday, June 25, 2013

Afia Dengan Botol




Practise make perfect. Afia menghisap sangat laju. Acu kata macam nak pi berperang.hehe




Karipap Inti Ayam dan Sosej



Balik playground kompem lapar. Setiap hari kena fikir menu untuk si chubby. Semalam kan, aku berangan nak buat karipap. Lama sangat pencen memasak masa dalam pantang hari tu, sekali belek kentang dalam peti ais pun dah busuk. 

Ada isi ayam sikit dengan sosej pun jadi. Buat la inti karipap. Baru tumis bawang Afia dah merengek. Bersilih ganti pegang letak si bambam siap jugak inti karipap aku. Inti kreatif aku tu korang bayangkan je la. Mana sempat nak capai kamera. 

Ni je buat tatapan




Kapit inti karipap dengan roti masuk pemanggung ajaib. Karipap kita dah siap dah Aiman! 


* Ada anak kecik ada hati nak gelek tepung kat dapur.haha..





Monday, June 24, 2013

Jerebu Melanda Sungai Petani



Semua dok kalut update cerita pasal jerebu aku pun tak mau ketinggalan. Buat entry pasal jerebu klise sangat kot.haha Aku ni even dah habis pantang kira macam tinggal dalam gua jugak, kalau tak outing memang memerap dalam rumah tak perhati dunia luar. Afia kalau bawak kat sliding door, kena cahaya sikit kemain seksa nak bukak bijik mata. Jakun la kan selama ni dok dalam gua. 

Petang tadi baru terperasan jerebu dah melanda Sungai Petani. Walaupun tak berapa nak teruk aku dapat rasa bau asap. Patut la lately tekak asyik kering je. Kuat aku melantak air masak. Afia pun setiap masa macam mencari susu. Agaknya nak lepaskan dahaga la kot. Cuaca panas sekarang kulit si bambam tu dah naik ruam. Kesian si cantik ibu.

Aku perhatikan budak-budak slamber je dok main bola kat padang. Tak terkesan langsung dengan jerebu kot. Baru ja pegang kamera nak tunjuk bukti jerebu kat korang  Afia dah bunyi. Terpadam terus hasrat suci. Tutup langsir masuk gua kembali.

Sama-sama kita doakan semoga keadaan cuaca kembali pulih.






Baju Superhero Aiman



Masa aku bersalin hari tu Acik (adik en suami, ibu si irsyad tu ingat tak?) balik sini beliau belikan Aiman dan Afia sorang dua pasang baju. Salah satunya baju spiderman ni la.




Setiap petang bila nak ke playground si chubby mesti cari baju ni. Pantang basuh di saruk ke badan semula. Spiderman superhero kesukaan Aiman selain Ultraman. DVD Spiderman dah berapa ratus kali dia ulang tengok. Itu belum bab main game Spiderman. Dia sorang je la expert. 

Aiman percaya siapa yang kena gigit spider akan bertukar jadi spiderman. Mujur la spider ni tak macam semut. Kalau tak terpaksa la aku pijak-pijak. Wajib la pastikan Aiman tak jumpak.haha




Siratan Kasih MP Untuk Baby Comel



Tanda persahabatan di alam maya, walau tak pernah bersua tapi terasa dekat. Titipan SMS yang membuatkan aku terharu. Hadiah yang comel dari Kak MP yang comel untuk baby yang comel. Kak MP tempah isitmewa untuk Afia tau. Pemilik Blog Siratan Hidup Kak MP tu kenal kan? Kalau belum berkenalan jom pakat kita serbu.



Afia nak ajak berposing dah susah. Kaki tangan merayau tak kira masa. Dah la kamera ibu kemain canggih, ni pun ibu dah bedung rapat tangan istimewa untuk anty MP. Topi comel tu tak sempat posing dia dah merengek nak tido.




Afia dan ibu suka sangat suprise ni! Boleh Afia bergaya raya nanti. Terima kasih Kak MP yang sentiasa dekat di hati. Semoga Allah murahkan rezeki akak. Ameen.





Sunday, June 23, 2013

Aiman Bersama Drypers



Tak habis-habis lagi cerita pasal drypers.haha. Aku jumpa gambar Aiman dengan topi dan jersey drypers.

Aiman gila slim time ni.hakhak

Dulu-dulu kalau beli drypers giftnya ada dalam plastik lampin. Banyak jugalah hadiah lain yang Aiman pernah dapat. Cerita dulu-dulu la ni. Tak payah join ahli bagai, siapa beli dia dapat!




Detik-Detik Manis Bersama Drypers



Masa drypers hantar kot tidur Afia hari tu, terselit la borang keahlian Drypers Family Club. Isikan borang keahlian nanti akan dapat percuma 4pcs wee wee dry. Kebetulan outing hari tu singgah la pejabat pos nak pos borangnya. Sebab takde sampul biasa punya la gigih guna sampul ekspres. 3 ringgit kau melabur.haha

Ni treasured moment 1

Best la jugak kertasnya keras, colourful dan cantik. Boleh simpan buat koleksi. Antara artikel dalam detik-detik manis 1 ialah mengenai cara mempertingkatkan kecerdasan otak baby, sindrom baby tergoncang dan petua jagaan si manja.

Konon ada banyak kelebihan kalau join. Saja je pun aku cuma suka drypers hantar tips membesarkan anak. Pastu katanya ada birthday gift sampai anak kita umur 3 tahun. Bagi yang pregnant pun ada banyak pregnancy tips dekat laman web drypers. Sila la ke sana. Sekian pesanan penaja tak berbayar, harap maklum.






Tabung Aiman Vs Afia



Tabung gemuk tu aku belikan Aiman dah lama. Hujung tahun lepas cikgu bukakan akaun tabung haji, jadi dapat la tabung ramping tu. Sejak ada tabung ramping Aiman transfer semua duit dia tak peduli dah kat tabung gemuk. Sekarang tabung gemuk dah jadi milik Afia. Gugurl baru la kena!

Tabung ramping duit syiling je banyak tu.hehe.. Tabung gemuk ni semuanya isi dengan not warna merah. Kata Aiman banyaknya duit Afia. haha. Ibu kata Aiman pun banyak duit tabungan kat cikgu. Setiap hari abah kasi RM2. Hujung tahun nanti dapat la hasil. Balik kampung Alor Setar dan Penang nanti makin meriah kot tabung Afia.muahaha...


* Abah sibuk kerja, abang Aiman pulak sekolah. Takde masa sesuai lagi nak balik kampung. Orang kampung semua dok sibuk nak tengok Afia.





Saturday, June 22, 2013

Afia Posing Dengan Kot Tidur



Tadi lepas mandi pertama kali pakaikan Afia kot tidur comel dari drypers. Dia malas nak layan berposing sebab mengantuk.


Ada anty pembaca setia blog ni request si bambam dengan kot tidur, layankan je la muka tak boleh blah Afia.hehe






Menu Jarang Ke udara



Lori masuk workshop beberapa hari makanya rumah ni tak berlauk. Si chubby mulut boleh tahan. Kalau masak telur dikatanya hari-hari makan telur, bila masak ikan hari-hari dia demand nak makan telur. Bila dapat ayam je dia suka sebab kami jarang masak ayam. Selalunya kalau lauk beli mesti ada ayam.

Menu lunch yang jarang keudara. Sosej sambal pun jadi. Aiman kemain suka ni! 




Aku selalu cakap pada Aiman, kita kena bersyukur dapat makan sedap. Dapat makan ikan,udang,sotong,ketam semuanya fresh-fresh. Aiman ni sebenarnya masak apa pun dia bantai licin, mulut tu  je asyik mengomel.





Review : Cloth Diapers Beginner



Sejak Afia dan mula ber CD, drypers yang dibeli masih tak luak guna. Aku pakaikan Afia CD setiap masa dekat rumah. Hantar pengasuh nanti dan bila outing jauh-jauh je la kot aku akan guna drypers. Nak fully CD takut menyusahkan dan menjakunkan pengasuh. Outing pun akan diusahakan untuk CD bila dah banyak koleksi nanti. Harapnya aku istiqomah. Maklum sajalah tahap kerajinan pun ada turun naik gak. 

Sebagai new beginner dalam arena CD aku sangat puas hati dan rasa berbaloi jadi pengguna CD. Melabur duit buat permulaan je pastu jimat dalam jangka masa panjang. Mula-mula pakaikan Afia CD aku gila jakun apesal CD ni tak basah? Ingatkan Afia tak kencing. Bila check dekat inserts baru tau inserts tu yang serap air kencing. Tak budget betul fungsi CD sebijik macam drypers, malah lebih bagus. 

Aku pakaikan Afia satu saja inserts siang dan malam. Inserts kan tebal, lambat sikit kering dibandingkan dengan CD, senang la rolling guna sebab satu CD ada dua inserts. Satu basah guna yang satu lagi. 3 hingga 5 jam sekali aku tukar lampin Afia. Sama je macam guna drypers. Kadang-kadang jejak sampai 6 jam baru tukar bila aku sedap tidur. Setakat ni tak pernah pun bocor.

Kebaikan menggunakan CD menurut pandangan aku :
  • Jimatkan poket en suami paling utama.
  • Mesra alam, kurangkan pencemaran dan bahan buangan. Kalau tak sehari selambak drypers kena buang.
  • Afia kelihatan sangat comel dengan CD pelbagai warna dan corak. Tak perlu pakai seluar dah bila kat rumah.
  • Aku jadi rajin basuh bontot Afia guna air suam, kalau drypers guna wet tissue.
  • Senang suspect bila Afia berak sebab ada bau. Pakai drypers kena selak bontot baru tau. (Takde bau ke hidung aku tersumbat?)
  • Bontot Afia lebih sihat, jarang dah merah kalau banding dengan guna drypers.(yang ni mungkin sebab aku basuh bersih bontot guna air)
  • Aku jadi lebih aware untuk cepat tukar lampin dan rajin membasuh. Kira excercise gak kan.
  • Jimatkan drapolene (perlu ke mention?) hakhak..




So far si bambam selesa je pakai CD. Lepas ni ibu akan grab lagi tambah koleksi. Senang sikit nak pusing pakai dan basuh kalau cuaca hujan. Aku dah cuba berusaha untuk menyelamatkan bumi, korang bila lagi?muahaha...


* Alhamdulillah kaki dah lega banyak. Bila duduk dah tak sakit. Nak berjalan je azab sikit.hehe.





Friday, June 21, 2013

Tolong Aku : Bentan Bersalin



Sory ye banyak lagi aku tak sempat balas jejak. Kelmarin aku bangun je tidur rasa sakit dekat ibu jari kaki sebelah kiri. Sakitnya sikit je la. Tak sangka pulak benda ni berlarutan. Semalam petang dah mula rasa sakit banyak complete dengan bengkak. 

Apa yang aku nampak bengkaknya tak la teruk tapi sakitnya Ya Allah, Memang sakit la. Rasa menyucuk-nyucuk macam baru lepas accident, malamnya baru mengerang kesakitan.huhu Macam la aku pernah accident kan. Ok rasa sakitnya macam sakit nak beranak pun ada. Sakit nk beranak ada gak stop, kaki aku ni sakit non stop. 

Hari ni nak berjalan pun susah. Nak bangun sementara nak timing tu kemain sakit. Malam tadi dan hari ni aku dok mengerang kesakitan je sepanjang masa. Mujur malam tadi Afia behave. En suami kata aku bentan. Bila aku google takde pulak aku jumpa orang bentan bengkak kat kaki macam aku ni. Tapi bentan memang bleh berlaku even kita dah habis pantang.

Dari semalam aku dok sapu minyak gud gud (sounds like but but, sama tapi bukan dia.huhu..). Minyak ni en suami beli mana entah memang ada kt rumah. Petang tadi dok cari minyak halia tak jumpa, yang jumpa minyak panas langkawi. Bila sapu minyak panas ni sekarang baru rasa lega sikit. Harapnya malam ni tak berdenyut sakit macam malam semalam la.

Nak tanya korang yang berpengalaman, inikah namanya bentan? Aku rasa macam aku ada tersepak benda tapi lupa la pulak bila dan apa yang aku sepak. Yang nyata aku dah makan cendol hari tu. Sebelum ni tak pernah request pulut. Hari tu entah macam mana aku p hentam pulut lupa terus pasal pantang. Mungkinkah aku jadi macam ni sebab pulut?Tolong aku..





CD Pertama Afia





Pertama kali pakaikan Afia Cloth Diapers. Tempek gambar sebagai kenangan, Peace Yo!




Thursday, June 20, 2013

Aiman Bermain Puzzle



Puzzle yang ada dah lama tak main. Kat kedai dua ringgit bersepah puzzle, tinggal pilih je. Baru ni singgah kedai dua ringgit si chubby request puzzle baru. Malam tadi baru berkesempatan join Aiman main. Formula yang ibu selalu ajar Aiman, mula-mula cuba selesaikan yang tepi dulu, baru senang nak teruskan yang lain.




Senyum lebar bila Cat & Mice puzzle dia dah siap. Suruh senyum nampak gigi takmau.





Cendol Terbaik Sungai Petani



Lokasi berdekatan perhentian bas Sungai Petani, betul-betul mengadap Kedai Hari-Hari, depan Pusat Pakaian Juara kalau tak salah. Berniaga guna basikal roda tiga je. Tak pasti yang jualnya India atau mamak, tapi beliau Islam. Masa mula pindah SP kami gila ketagih cendol ane ni. Hampir setiap hari kot aku, en suami dan Aiman pekena cendol. Kira ane ni dah kenal aku sefamili sekali dengan bapak mertua aku pun dia dah hafal muka.

Semalam pekena cendol lagi. En suami sorang turun order. Aku, Aiman, Afia dan Ain dalam kereta tunggu cendol sampai. Tak kuasa nak turun dengan cuaca panas dan anak kecik. Selamber je kereta transform jadi stall cendol.ahakz. 

Tak jumpa lagi cendol yang boleh lawan this cendol. Aku yang tak suka cendol pun dah suka makan cendol tau!


Model cendol, macam biasa la si chubby Aiman.


Sedapnya.. Dah lama tak makan cendol Aiman kata. Ye la since ibu dalam pantang. Lama dah tu!


Datang SP jangan lupa rodger, nanti aku bawak makan cendol.hiks..




Wednesday, June 19, 2013

Afia First Outing



Afia first outing pergi pasar malam je pun. Yang bestnya Afia langsung tak buat perangai. Takut jugak dia melalak tapi Alhamdulillah even panas dia senyap je. Lepas ni senang la boleh bawak jalan lagi. Takde wajah comel Afia ye, nak sajikan hasil menjala di pasar malam. 

Lama tak makan. Dulu-dulu ada India jual round kampung naik moto
Murtabak daging ni macam menu wajib. Tak sedap harap maklum
Mengidam apam balik pulut hitam tak dapat, original pun jadi.

Yang ni baru tiga. Nasi pataya, nasi ayam, laksa, keropok lekor, sate ikan, soya cincau tak cukup frame nak tepek. Pecah lemak ibu dukung si bambam, tambah lemak semula. Konfius sekejap ini Afia first outing or ibu first outing?muahaha..






Kot Tidur Comel Dari Drypers



Aku ni kira pengguna drypers dari zaman Aiman baby lagi. Beli drypers new born untuk Afia, kat dalam dapat kertas macam ni.


Untuk dapatkan kot tidur percuma SMS kod unik tu ikut arahan aku nak cerita panjang lebar pun malas. Tak lama pastu ada amoi call dari drypers. Dia membebel lebih kurang beberapa minggu kemudian, tara!


Macam magic je Afia dah ada Kot tidur yang comel!





Tuesday, June 18, 2013

Breastpump Cap Ayam Vs Marmet



Masih berkira-kira nak beli breastpump. Apa punya teruk la kan. Macam mana nak fully bf kalau benda yang paling penting ni takde? Ibu bekerjaya shift macam aku rasanya tak perlu breastpump elektrik canggih harga ribu riban. Kalau ye pun macam aku mampu.haha

Mula-mula aku buat keputusan untuk manual breaspump. Reasonnya dalam seminggu cuma empat hari aku tak bersama Afia. Sehari kerja office hour, 3 hari kerja 6 jam. Duty malam dah tentu angkut si bambam pergi kerja. Kat opis pun duduk board sejam, rest sejam. Kerja 6 jam tapi 3 jam je kerja. Takkan kau perlu electric pump sedangkan kau ada 3 jam waktu rest kat opis?Heaven gila kan kerja aku?ahaha..

So far aku tertarik dengan Medela Harmony. Avent pun macam best. Tapi hati kuat lagi mau Medela. Kategori marhein macam aku ni nak melabur around 200 pun kena buat kira-kira. Bagai mengantuk disorongkan bantal officemate aku offer breatpump beliau yang dah tak guna. Teruja la aku dapat penjimatan luar biasa.




Ha sekali breastpump cap ayam. Aku bukan nak rendahkan jenama ni tapi aku kecewa seh. Sejam dok pam baru setitik susu tumpah. Gila lenguh! Rasa macam buat kerja sia-sia. Marmet pun seribu kali ganda laju dari pakai ini pam. 

Seriously susu aku meriah je bila marmet, Alhamdulillah rezeki Afia. Marmet dari zaman Aiman memang serasi la dengan aku. Kawan aku gila takjub tengok aku marmet. Takde tensen lagi so far. Medela tu hold dulu kot. Agak susu macam tak nak keluar nanti baru fikir beli. Brilliant kan?huhu..




Mainan Baru Aiman



Aiman ni susah tau nak terima duit bila orang beri. Tempohari officemate aku datang hulur duit mati-mati dia tak nak ambik. Aku suruh ambik pun dia tak mau terima sampai kesudah. Selalu bila Tok wan bagi pun dia kata tak payah la wan. Wan selalu kata baguihnya cucu wan sorang ni. Save la duit wan.huhu

Tempohari wan datang. Dia bisik ke wan dia ada rahsia. Rahsianya "Aiman nak beli pistol". Asyik pistol senapang je mainan dia mintak walhal baru je abah dia belikan yang baru. Malas aku nak layankan. Masa wan nak balik wan hulur duit Aiman tak nak ambik jugak. Bila wan kata ambik untuk beli pistol baru dia terima.

Dari Jumaat lepas dok ajak abah pegi pasar malam nak beli pistol. Semalam pergi pasar cari senapang tak jumpa. Dia nak pistol yang peluru boleh jatuh mana ada. Pergi pasaraya dekat tempat kerja aku Aiman cari pistol dengan Acu dia. Sebolehnya dia berkenan senapang yang dah patah. Memang murah tapi Acu dia tak bagi beli la sebab mainan tu dah rosak.

At last beli yang ni. Aiman dengan Acu dia la yang sibuk posingkan abang-abang taf dengan motonya sekali.





Ibu suruh senyum nampak gigi, kalau tak senyum macam kena paksa je

Malam tadi sebelum tidur Aiman siap ucap 'good night askar'. Tak menahan tengok dia tido dengan tangan pegang mainan. Baru dapat je sayang. Dah bosan nanti mintak mainan baru.




Gambar Pertama Ibu & Afia



Gambar diambil sebelum postnatal checkup. Buat tatapan anaknda Afia Imanina dihari muka. Ibu jarang enterframe sebab ibu gemuk orangnya.hakhak





Monday, June 17, 2013

Postnatal Checkup



Siang tadi pegi RSAT buat postnatal checkup. Macam biasa kena kencing, timbang, check bp dan hb. Hampir dua minggu tak timbang since checkup Afia sebulan hari tu, rasa kecewa berat turun 2kg je. Nurse tegur nampak kurus, berat pun turun banyak. Turun banyak la sebab naiknya pun banyak.hakhak..Masih ada 8kg lagi lemak degil yang perlu dihapuskan. Mampu ka?

Pastu benda yang paling important nurse tanya nak makan ubat ke tak untuk perancangan keluarga. Gila tak nak.muahaha..Dapat sepapan dulu Noriday. Nanti kalau dah sesuai boleh ambik sekali banyak. Dah kena start makan malam ni. Harapnya aku tabah la menelan ubat setiap hari tanpa henti dalam kondisi aku ni yang gila pelupa.

Ini saya punya...:)

Dua minggu lagi kena minum air gula. Serabut dah kena bertapa kat RSAT dua jam tak boleh balik. Wajib agkut si bambam Afia la jawabnya. Harap beliau behave.




Pengalaman Berpantang : 45 Hari Nan Indah




Alhamdulillah proses berpantang dipermudahkan.

Berpantang kali ni lebih mudah dari jangkaan. 45 hari nan indah dirumah sendiri. Senang, kuat dan mampu berdikari. Mak jaga selama sepuluh hari kemudian survive dengan bantuan en suami, Aiman dan Ain (adik bongsu). 

Sebab takde orang pantau, mak balik je aku selalu ponteng tungku, ngelat berbengkung, mandi air sejuk terus.haha.. Bukan saja-saja suka, bab mandi tu tak sempat la nak masak air segala, nak panaskan tungku pun kadang malas. Alasan munasabah kan kalau ada mak semua mak yang sediakan. 

Bab makan walaupun takde orang pantau, aku tetap jaga. Menu ikan bakar, sup ikan dan singgang ikan telan je walau dah jemu. Apa yang aku makan, itulah yang Afia makan. Kalau Afia meragam aku yang susah. Tu yang tak berani makan sebarangan. Dah habis pantang pun tetap kena jaga makan sebab susukan Afia. Tak boleh nak melantak sesuka hati. Sayangkan anak kena la berkorban dengan harapan dapat kurangkan lagi berat badan.huhu..

Untung juga Aiman dah besar dan boleh berdikari. Siap kena suruh ambil itu ambil ini bantu ibu, sendiri faham tak boleh bukak TV kuat-kuat, layan youtube kena slowkan suara, kalau nak main bising dalam bilik, memahami masa ibu banyak dihabiskan dengan adik. U are the greatest abang in the world Aiman Mukhlis!

Kebetulan juga Ain baru habis belajar. Ngam-ngam final exam masa aku beranak. So mintak tolong Ain bertapa kat rumah ni sepanjang dalam pantang. Ain jadi bibik ambil alih tugas memasak dan membasuh, membantu meringankan kerja. Walaupun mula-mula tak berani langsung angkat Afia, now dah boleh diharap tengokkan si bambam. 



Afia pun behave sepanjang dalam pantang, tak banyak meragam. Baby yang bijak dan memahami keadaan ibu. Segalanya diatur indah oleh Allah. Lepas ni boleh beranak lagi dan lagi. Ada berani?hoho..






Sunday, June 16, 2013

Ragam Si Bambam Afia



Lately si bambam ni asyik berjaga malam. Bila siang kemain lalok, kadang tak payah peluk tepuk segala, letak bawah terus dia tidur. Malam tadi hari paling cabaran. Afia berjaga terkebil-kebil dengan muka comel tak boleh blah dari  pukul 12 sampai dekat pukul 5 pagi baru dia lelap. Sekejap sangat dia tidur, tutup mata letak bawah terbeliak balik bijik mata. 

Menguap dah beratus kali. Bila letak bawah, sekejap sangat dia senyap. Dah boring dia bunyi, lama-lama biar tak angkat pasti meraung. Entah apa yang tak kena.  Larat la nak pegang dia je. Kus semangat 5 jam melayan kerenah si bambam ni.


Cabaran membesarkan seorang baby siapa yang bernama ibu pasti faham. Bila tengok muka comel si bambam ni tak sampai hati nak marah. Aku hanya ibu biasa yang ingin menjadi ibu yang luar biasa.hakhak..


* Afia dah mula ber CD, nanti aku review.





Koteaw Tomyam Merdeka



Yey ibu dan Afia sudah merdeka! Genap 45 hari berpantang, hari ni hari kami beraya. 

Malam tadi Aiman dan Acunya keluar beli makan. Aku siap order koteaw tomyam. Konon dah dekat hari pembebasan, nak cuba makan sedap sikit. 


Sayang sekali tomyam pedas yang amat. Aku memang kalah benda pedas. Makan beberapa sudu je Acu yang habiskan. Padan muka sapa suruh langgar pantang. Sehari pun tetap kira.





Saturday, June 15, 2013

Bantal Busuk Aiman Vs Afia



Aiman takde bantal busuk pun. Benda ni dah lama since Aiman kecik. Beli budget macam anak bujang aku suka la sangat berbantal busyuk, hello kitty lagi. 


Sekarang ni turunkan dekat Afia.






Persediaan Melatih Bayi Menyusu Guna Botol



So far Afia dah mula menerima botol. Tu pun jenuh gak pujuk dekat seminggu, cuba tips alihkan perhatian dengan berubah kedudukan dan sebagainya. Kena banyakkan lagi latihan. Go Afia! u can do it! Beria ibu bagi sokongan.hakhak

Tempohari aku share waktu sesuai memulakan penyusuan melalui botol dan sedikit tips penyusuan. Aku jumpa ni dekat fb, banyak info berguna untuk persediaan melatih baby hisap susu melalui botol, jadi share kat sini sebagai tambahan.

  • Beli botol dan puting yang menyerupai puting ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. 
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.
  • Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.
  • Sebaiknya elakkan guna susu beku. Susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.
  • Boleh juga mencuba cara ini : Semasa beri bayi minum guna botol, tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk tarik bagi bayi rehat sedikit & kemudian hisap lagi.









Friday, June 14, 2013

Kegilaan Baru



Lately line tak berapa sihat. Mungkin sebab cuaca hujan dan ribut. Sesi BW jadi lemau.


Si chubby Aiman dok sibuk suruh download game dekat internet takde siapa pun layan. En suami belikan cd ni. Kegilaan baru Aiman dan abah. Abah yang lebih, Aiman jenis cepat bosan. Ibu tumpang tengok je. Dah lama pencen. Bukan boleh start, nanti meroyan hilang kawalan.