Pixajoy

Tuesday, June 18, 2013

Home » Mainan Baru Aiman

Mainan Baru Aiman



Aiman ni susah tau nak terima duit bila orang beri. Tempohari officemate aku datang hulur duit mati-mati dia tak nak ambik. Aku suruh ambik pun dia tak mau terima sampai kesudah. Selalu bila Tok wan bagi pun dia kata tak payah la wan. Wan selalu kata baguihnya cucu wan sorang ni. Save la duit wan.huhu

Tempohari wan datang. Dia bisik ke wan dia ada rahsia. Rahsianya "Aiman nak beli pistol". Asyik pistol senapang je mainan dia mintak walhal baru je abah dia belikan yang baru. Malas aku nak layankan. Masa wan nak balik wan hulur duit Aiman tak nak ambik jugak. Bila wan kata ambik untuk beli pistol baru dia terima.

Dari Jumaat lepas dok ajak abah pegi pasar malam nak beli pistol. Semalam pergi pasar cari senapang tak jumpa. Dia nak pistol yang peluru boleh jatuh mana ada. Pergi pasaraya dekat tempat kerja aku Aiman cari pistol dengan Acu dia. Sebolehnya dia berkenan senapang yang dah patah. Memang murah tapi Acu dia tak bagi beli la sebab mainan tu dah rosak.

At last beli yang ni. Aiman dengan Acu dia la yang sibuk posingkan abang-abang taf dengan motonya sekali.





Ibu suruh senyum nampak gigi, kalau tak senyum macam kena paksa je

Malam tadi sebelum tidur Aiman siap ucap 'good night askar'. Tak menahan tengok dia tido dengan tangan pegang mainan. Baru dapat je sayang. Dah bosan nanti mintak mainan baru.




12 comments:

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hehe..lain yg di nak lain pulak yg di beli..

Umie Artoqiemie said... Best Blogger Tips

nak gigit2 je aiman.

transformed housewife said... Best Blogger Tips

biasala budak2 mula2 dpt mainan syg, lps dah bosan, tak nak main dah. hehe

deno said... Best Blogger Tips

suka betul aiman... :)

ieda immi said... Best Blogger Tips

bukan mainnn senggih aiman dpt mainan baru yee ;)

CtAyue said... Best Blogger Tips

hehe.. comelnya aiman nih.. mainan baru mmg bwk tido kan..dh lama nt entah mana..sama cm adam gitu gak..hehe

eita said... Best Blogger Tips

bukan main lagi suka dapat mainan baru tu

Nora Karim said... Best Blogger Tips

alalala.. baiknya aiman... heheh

Nastyna said... Best Blogger Tips

Hahaha sayang betul dia ngan askar2 dia tu, besar esok nak jadi kapten ek Aiman.

Pandai la u ajar Aiman tak "gila" kan duit, si JJ ni dengar kocek papa dia penuh syiling pun dah gelupur. Tapi dia suka syilings jer. If u got time, can please share tips on how u teach Aiman supaya "tak nak" duit.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

sukanya Aiman dapat mainan baru...

Masya said... Best Blogger Tips

untung aiman, malu nak amik .. ni amir dah amik.. merata2 diletakknya saboo jerlah...

Mrs Lurve said... Best Blogger Tips

hehehehe sukanya aiman