Pixajoy

Thursday, June 27, 2013

Home » Afia Merasmikan Buai

Afia Merasmikan Buai



Tok wan belikan Afia buaian beberapa minggu yang lepas. Kalau boleh memang tak nak pun ajar Afia tidur buai. Dia pun takde la nampak merengek macam nak buai, cuma kadang-kadang memang kena tatang je la si bambam ni sampai tak boleh buat kerja satu benda. Pada aku ni semua perkara biasa. Setiap baby ada ketikanya memang akan sedikit meragam. Baby perlukan perhatian dan pelukan. 

Aku tak nafikan Afia tidur tak lama especially kalau bising dan waktu petang bila cuaca panas. Kalau dia mengantuk gila, bising lagu mana pun memang nyenyak je dia tidur. Kalau siang tak berapa lena, malamnya salin lampin pun Afia mamai tak jaga punya. Aiman dulu pun tidur buai, tapi kalau jalan takde la sampai angkut buai segala. Takde buai pun dia boleh tidur. Malam dah tentu tidur kat bawah kan.

Abah dok tanya kenapa aku tak nak buaikan Afia. Susah la kan nak terangkan kat orang tua. Semalam abah mak datang baru pasang buainya. Kalau tak memang dalam kotak lagi. Mak kata kalau buai, lama sikit Afia tidur, kita nak buat kerja pun senang. Memang ada benarnya. Lagipun bukan buaikan Afia setiap masa. Bila keadaan memerlukan je.

Sebelum rasmikan buai mak suruh bacakan Al-Fatihah letak perlahan-lahan jangan ayun dulu. Tapi yang tak boleh blah kena letak gunting kat bawah buai untuk elakkan perkara buruk. Nenek pesan selain gunting boleh juga letak lidi penyapu. Ini aku malas nak bertekak, sama kes macam pantang larang menjahit ketika mengandung. Ikutkan je. Bawah buai letak tilam, jadi letak gunting bawah tilam.huhu

Abah merasmi buaikan Afia. Harap maklum Tok Wan saya mamak, warna kulit adalah kontra.hakhak..


Mula rasmi Afia kemain jakun. Sebab baru lepas mandi dan menyusu plus dia memang sangat mengantuk dia tidur agak lama. Pastu bangun aku rasa sama je macam tidur bawah, tutup mata sekejap, bangun balik. Cuma kat dalam buai dia senyap sikit la. Mata dok pandang setempat kemain jakun, gelihati tengok dahi berkerut sangat comel. Mesti Afia kata apa benda la ni kan.

Petangnya letak buai pun dia gelisah juga. Aku angkat bawah, bagi susu elok je Afia terus lelap. Dua jam lebih dia tidur bawah kemain nyenyak sebab keadaan adalah sangat sunyi. Wan Maktok balik, abah keluar, abang Aiman asyik main game. Pada aku baby kalau menyusu badan senang lagi kot tidur bawah. Tu je cerita Afia merasmikan buai.hoho





17 comments:

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

betul tue...kalau menyusu badan baby cepat tidur kalau tak berbuai...Syifa tak pernah tidur buai hihihi

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Selamat berbuai ya PK..anak akak Afif pun sampai skrg berbuai..siang je la..mlm kat bwh..:)

nenot said... Best Blogger Tips

hmm..org tua2 mmg banyak pantan larang.bile xikot t kecik ati...bile nk di ikot...ati nie berbelah bagi..hahaha..konfius2

Noe said... Best Blogger Tips

bab gunting tu..dulu pun noe kena taruk bawah bantal baby gak...ikutkan jer la...hehehe...mesti lagi nyenyak Afia tidur...

ABOUT US said... Best Blogger Tips

hehe Afia gayat gamok nye tu hihihi

betul le bf lg selesa tdo bwh..merengek sket je trus sombat masuk molot x payah nk angkat bagai.hehe

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Afia rasmi buai. Haha... Mesti dia hairan tu. 1st time masuk buai. Alia tido buai. Tapi fleksibel punya org. Mana2 boleh tido. Tapi budak tak blh sgt di letak dlm buai. Ada kes anak org sblh umah fiza. Susah nak pegi mana2 mesti bawak buai wpun bmlm d hotel pun bwk buai. Kan payah.

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

memang tak mau la tu dok dalam buai

:)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Sekali Afia dah rasa mesti dia nak lagi sebab selesa tau...

Anak kakak semua kakak tidurkan dalam buai sampai besar tau. Senang sikit bibik nak tinggal buat kerja. Kalau dekat kampung lagi masuk buai dalam kain pelikat yg gantung dari atas siling tali buainya...

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Qayyum dulu tak pernah tidur buai...bila letak dalam buai dia bantai menangis entah kenapa, tapi sumaiyyah bila akak masuk pejabat balik bibik tidurkan buai... mula2 bukan main jakun terbeliak biji mata dia yang besar tu kan.... tapi tak le sampai kena bawa buai kesana dan kemari... cuma bila balik kampung sahaja kena bawa buai...

mrs mell said... Best Blogger Tips

syukrii tido buai kt umah bs jer.. kt umah tido bawah.. senang umi dia nak df.. xpatah angkat2.. dia pun kt umah nak celah tiak umi je.hohohoho

NzA said... Best Blogger Tips

org tua mmg byk pntang larang..ikutkan jelh PK selagi xbrtentangan...itulah cara nk jaga hati org tua......
5F semua tidur buai sbb letak rumah baby sitter...mmg tidur lena smpai berjam2....bila blk rumah tidur kt bwh je....lbh kurg sama jugak.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sama mcm aqilah, hari tu g umah adik ltk dlm buai, bkn main berkerut dahi.. nmpk takut.. hihii

aizamia3 said... Best Blogger Tips

tak ajar anak2 tidur dalam buaian tapi sesekali merasa jugaklah dorang tidur dalam buaian bila balik kampung.. ;)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tapikan PK kalau masuk bui ni lama sikit dia tidur dan kita pun senang nak buat keje

CtAyue said... Best Blogger Tips

hehe.. mmg sennang tido bwh jer.. baguslah afia ni kan takmo buai erk..

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Nampak muka pelik Afia tu :) Org lama mesti kata tidur buai lama kan? Anak2 ni tak sama. Ada suka berbuai, ada tak. Iman dulu guna juga buai, sebab dah di ajar berhenjut oleh mama dia. Bila 6 bulan, dia sendiri tak mau buai. Bab tidur tu sama je buat iman. Takde beza berbuai atau tak.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ikut je la kak.
pantang larang org dulu mmg byk kan