Pixajoy

Friday, July 03, 2015

Home » Resepi Kuih Peneram

Resepi Kuih Peneram



Aku buat dah lama gila kot. Dok bertangguh nak update sudahnya tersadai dalam draft. Musim nak dekat raya ni molek rasanya aku up resepi. Buat peminat peneram boleh cuba buat.  Budget ciput, nak buat pun senang sangat. Doh pun boleh simpan lama dalam peti ais, agak dah penat, esok boleh sambung goreng.

Nostalgia sangat kuih peneram ni tau. Kami panggil telinga keling jugak.hehe. Aruah tok aku dulu kalau buat mesti anginkan dalam buai. Macam mana ye nak describe. Peneram yang dah siap goreng tok akan letak dalam dulang besar pastu masukkan dalam buai biar kena angin. Boleh bayangkan tak?haha. Aku pun tak tau apa fungsi. Rasanya untuk tekstur kuih yang lembut gebu kot.

Beberapa kali ke Pasar pagi bila abah datang mesti pak mertua aku tu beli kuih ni. Last beli haritu sedap pulak rasanya. Pernah tulis resepi dekat buku resepi tapi yang tu guna sukatan gram bagai. Cara buat pun beza dengan resepi yang aku jumpa kat Facebook. Dapat resepi yang aku berkenan apalagi terus testing one two three.hehe



Resepi Kuih Peneram : 2 cawan gula merah +  1 cawan gula pasir + 2 cawan air, masak atas api hingga mendidih dan gula hancur.Tapis air gula yang tengah panas tu kedalam 500 gm tepung beras. Kacau sebati dan bentukkan doh kemudian perap beberapa jam. Lagi lama perap lagi sedap ok. Pastu boleh canai dan bentukkan bulat pakai acaun. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api panas tetapi api jangan kuat ye.

Pertama kali goreng merekah kuih peneram aku. Dah la buat expert guna tangan je bentuk bulat, buat lubang dengan jari tak guna acuan bagai. Merintih dah pasaipa kuih peneram aku tak jadi. Pun begitu sayang nak buang doh macam tu saja. Aku simpan la dalam peti ais tepungnya dengan harapan nanti nak cuba goreng lagi. Dua tiga kali goreng baru tahu yang kuih ni apinya tak boleh kuat.

Tu la masa aruah mak ada dulu tak mau menuntut, la ni nak dekat raya dok teringat kuih mak pun dah tak guna. Tak ada resepi yang sebest muruku dan kuih loyang mak! Subhanallah hanya mampu lap hingus. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk aruah mak dan pak saya.















16 comments:

Sue Bee said... Best Blogger Tips

SB nak makan tapi tak nak buat. PK kasi satu, bole?

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Pandainya akak buat. Dulu rajin dok beli kat pasar tani pekan sg petani..

fiza hasan said... Best Blogger Tips

tiba2 nampak kueh ni teringat kat mak..sedap ni..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sedap kuih ni..pandai Pak buat...lama2 buat tahula cara nak jadikannya sedap kan.. bgusla tu.

Masa belajar kat uum saya selalu beli kuih ni. Dah kerja ni xbeli pula.. jarang jumpa area rumah saya ni..

mak jemah jual vitamin said... Best Blogger Tips

pandainya buat kuih ni. teringat peneram ni memang feveret adik MJ

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

peberet saya.dok mkn ni ja dlam pantang ritu. org kg bg and bli di pekan nat.

saya pon x bljar bljar buat dgn mak lg.mak rajin buat dlu.skrg dh x buat. mak suka buat bulat guna acu kuih lompang tu. hihihi..

mkn masa bru lps angkat tu sdp kan..
dia kena manis bru naik elok. kalau kurang manis kurang nk mnjdinya..

CtAyue said... Best Blogger Tips

feberet saya ni.. nak buat tak reti.. kena beli kalau nak makan..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hah, baru sekarang teringat kat makpak ya *_* Apa-apa pun Alfatihah buat mereka berdua.

Saya yang masih ada emak ni pun dah rindu-rinduan masakan emak, PK. Maklumlah emak saya dah pencen memasak dekat 4 tahun. Jangan mimpi lagilah emak nak masakkan apa-apa dah emak pun kembali ke zaman kanak-kanak katanya...

Kuih neram ni saya pun suka tapi tak pernah buat, beli aje memanjang. Tapi entahlah asal tengok resepi kat sini, senang betul ler!

Eh, awak... kita buat jagung kelapa semalam! Senang bangat, resepi yang kopipes pun malas nak buka. Sedap betul ler ^_^ #perasantaksudah

Norains Sulaiman said... Best Blogger Tips

Kuih kegemaran saya sejak kecil lagi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tgh brsilat at dapo ni.hrp2 menjdi..

Syima Mokhtar said... Best Blogger Tips

I see..sis x campur tepung gandum ye..
Sy tgh study pasal resepi kuih peniram ni..sbb ade blog yg sy tengok, kebanyakannya ada campur tepung gandum sikit..

-Saya budak baru belajar-
^_^

bil bil said... Best Blogger Tips

resepi kuih

Unknown said... Best Blogger Tips

Kenapa saya buat jadi keras...huhuhu

saodah omar said... Best Blogger Tips

Kenapa saya buat jadi keras...huhuhu

Nur Aqeela said... Best Blogger Tips

Macam ade yg ak complete la resepi sis ni..tepung beras n tepung gandum tak pakai ke?hihi ��

Nur Aqeela said... Best Blogger Tips

Aik? Sis tak masukkan tepung beras n tpung gandum sikit ke? Hihi