Pixajoy

Saturday, July 25, 2015

Home » Kemeriahan Menjelang Raya

Kemeriahan Menjelang Raya



Entry raya bersusun ni nak keluar. Hadap je la kemeriahan raya aku tahun ni. Tahun depan belum tentu boleh raya macam ni lagi sebab dah tentu aku kena kerja.hehe..

Setiap tahun pun seperti yang aku dah mention sebelum ni, kami akan beraya di Alor Setar dulu. Aku ni anak yatim piatu, ikut je la beraya dikampung en suami yang sebenarnya tak kampung langsung.haha..Hari Rabu petang dah bertolak balik berbuka disana. Kebetulan adik ipar en suami pun balik pada hari yang sama. So memang meriah la berbuka ramai-ramai. 

Malam raya en suami melayan budak-budak ni main bunga api dengan mercun pop. Bapak punya mahal bunga api sekarang ye. En suami la ni nak bagi anak-anak main, konon nak meriah, kalau aku tak beli dah. Bazir je bakar duit. Macam tak tahu tahap kemut Pk. Gambar kabur ni tapi nak tempek gak.haha.. 






Malam raya menu berbuka ketupat dan nasi himpit. Memang setiap tahun makan ketupat awal. Hari raya dah sibuk makan nasi bagai tak berapa pandang dah ketupat ni. Aku macam biasa hanya pembantu chef didapur, tukang kacau boleh la. Bab ketupat palas lagi la fail, tukang tengok je la menantu anak hantu nan sorang bila depa semua gotong royong anyam ketupat.hehe..


2kg je kot kalau tak salah mak buat ketupat

Rendang daging belum final touch aku dah sibuk snap.hehe

Nasi himpit pun wajib setiap tahun, peberet mak mertua.

Kuah kacang daging.

Kari kambing pun ada.


Kebetulan  abah ajak mak Usu buka kat rumah. Makin meriah la jadinya makan ramai-ramai. Lupa nak snap koktail buah aku malam tu. Laku sungguh tau.hehe..






10 comments:

Sue Bee said... Best Blogger Tips

SEdapnya oiii..SB paling suka nasi impit mkn ngan rendang

Linakhtar said... Best Blogger Tips

Sedapnya....nak skit..

Wak Lat said... Best Blogger Tips

salam aidilfitri meriahnyer .,
entri 3 syawal mane mak pn kutu tuuu ;p

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Baru saya tahu PK seorang anak yatim piatu.. kagumla PK tahu masak macam2, tapi bila fikirkan orang yg ada mak lagi walaupun tua bangka mcm saya ni lah selalunya malas sb mengharapkan mak.. balik mengada2 minta mak masakkan apa2.. kalau tak mitak pun mak rela masakkan sb sayang anak cucunya.. eh, jgn PK amik hati ya.. moga roh mak abh PK tenang di sana..

Meriah nampaknya masakan hari raya korang ni.. macam2 ada dan ramai dapat berkumpul bersama..

nurbijen said... Best Blogger Tips

Betul lah, bunga api pun bukan main naik harga skrang ni... Tapi Danish penakut nak pegang bunga api... hahaha, selamat duit ummi!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Opss sory salah autopublish tu..nti ya tunggu entry 1 ngan 2 syawal publish lu.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Takpe AN..selagi ada ni la bley manja2 mkn puas2 masakan mak..nti dah takde semua tu tinggal kenangan je la.huhu

SalbiahM said... Best Blogger Tips

ketupat palas senang jelah nak anyam PK..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

xlist pk ada mak n pak mertua. tumpang kasih sayang dgn dorng. walau apa pon ttp x sama kan..

saya lagi la pk. siang tu j tlg bukakan daun palas.malam terbongkang lena dgn rania.
cover 3 malam sebelum tu x lena sebuk bakar sekut raya. kikikiki . wakil tok laki je la tukang kacau rendang tok dgn kakaknya..

sama la dgn cik abe saya pk. byk jugadibeli bunga api dgn mercun. saya siap minta duit lg sama dgn harga mercun yg dibeli.baru adil. bakaq duit j kan..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, nak juga mention cocktail dia sedap laku habis ~_^ Selagi ada makabah kat kampung tu bolehlah balik. Bukan senang nak merasa air tangan mak. Kalau tak dapat rasa lagi, memang kena pandai-pandailah masak sendiri apa inginnya.

Saya baca kebelakang so semua cerita raya selepas-selepas ni saya dah khatam. Pening pulak nak ingat balik susunatur perjalanan Syawal PK yang meriah tahun ni :)