Pixajoy

Monday, July 06, 2015

Home » Resepi Berbuka : Popia Goreng

Resepi Berbuka : Popia Goreng



Dah malam dah kan. Boleh dah kan tayang makanan?hehe padahal popia goreng bodo je kan, budget macam ada yang akan terliur. Popia ni kira macam kesukaan seisi keluarga juga selain cucur udang. Dah lama tak buat tetiba ternampak kulit popia, gatal je tangan aku nak beli. Sudahnya azam puasa tanpa kuih buatan sendiri tinggal azam je la. Kita pending tahun depan.haha..

Sadisnya bulan puasa ni pepagi memang bersajak sungguh nak keluar cari lauk. Sumber protein dah kehabisan stok, makanya inti sosej sajalah ye. Tempek juga resepi buat menambah koleksi. Terpulanglah nak letak udang, daging ke ayam or lain-lain. Sayur pun boleh add on kobis, sengkuang, buncis dn sebagainya ikut kesukaan.


Resepi inti popia : Tumis bawang putih + bawang besar hingga kekuningan, masukkan sosej + karot dan masak seketika. Kemudian masukkan taugeh +  tauhu yang digoreng dan dipotong kecil. Perasakan dengan garam + gula + serbuk perasa + lada sulah. Siap!


Balut popia kemudian goreng. Enak dimakan begitulah saja atau dengan Sos cili. Nyum!

Aku dah cakap dekat en suami nak buat popia kalau sempat, kalau tak sempat memang tak ada kuih la hari tersebut. Dekat nak buka en suami balik bawak RM 5 kuih badak dengan seri ayu. Beliau dengar aku kata tak ada benda nak makan. Nah jenuh nak sumbat. Popia aku jugak paling laku. Kuih yang beli ibulah jadi tukang makan. Seringgit tiga bijik oi, hancur diet!








8 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. kuih beli mana boleh lawan air tangan si isteri.. pastila yang masak sendiri yang paling laku.. ala, tak la hancur diet cik puan PK oi.. sikit je tu.. jangan stress.. siang kan tak makan..reward diri sikit tu..

Lea Ismail said... Best Blogger Tips

KUih selalu beli dekat kawan yg jual kat opis. yg lain masak tetapi semakin hujung ramadhan ni semakin hilang idea nak masak apa

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Siapalah tak kenal ibu Aiman dan Cik Pia kita ni. Rajin tak terkata bab hal dapur ini. Tengoklah Aiman sihat bukan main. Kakak ni rugi tak jadi jiran, kalau tak mesti kakak pun tempias dapat sama:)

Cho Zila said... Best Blogger Tips

mestiler buatan sendiri lagi laku ... tengok rupapun anak2 dah berebut... kita ni beli kuih param tu sebab nak menambahjer... kadang2 tak berusik mak jugalah yang makan (diet camnernyer...)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Makhai...15 biji kuih beli telan sendiri jerk, PK? Hancur diet hang lagu tulah yerk ~_^

Yalah, siapa suruh cakap dekat en suami takda kuih untuk berbuka. Bukan salah dia pun berbelanja lebih kuih untuk keluarga. Tapi dia pun tahu agaknya, kalau takda siapa makan, for sure bininya akan ngap semua. Bininyakan kemut. Hahaha!

Popia memang tak pernah wujud di rumah saya sebabnya tiada siapa yang makan :)

aizamia3 said... Best Blogger Tips

Popia ketam cheese pun sedap.. masa taip ni pun telan dilur dibuatnya.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

itu yang tak tahan kan
alahai sedapmya popia.
saya pon thn ni bru buat burger malaysia je kuih.itu pon buat dkt kedah hri tu..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya..