Pixajoy

Monday, July 06, 2015

Home » Diari Ramadhan Aiman

Diari Ramadhan Aiman



Baru berkesempatan cerita kisah si anak bujang 8 tahun berpuasa. Aiman mula belajar puasa pada umur 4 tahun. Di kejut bangun sahur ketika usia 5 dan 6 tahun. Umur 7 dan 8 tahun ni memang tak pernah la skip sahur, kecuali ibu pun tak jaga sama. Walaupun sahur penuh, puasa masih lagi tak pernah penuh.haha..

Anak bujang ibu jenis tak banyak kerenah. Bangun sahur cukup mudah, makan saja apa yang terhidang tanpa complain. Cuma bab merengek minta buka sikit-sikit tu biasalah kan. Dah budak namanya, jenis kuat makan pulak tu. Biasanya pada hari cuti sekolah ( Jumaat Sabtu) Aiman akan puasa penuh, hari-hari lain tu on off la puasanya. Pada hari ada KAFA (Ahad Isnin Selasa) so far sehari pun tak pernah lagi puasa penuh. Balik sekolah tak tahan panas minta nak minum.

Ibu dan abah tak pernah lagi paksa Aiman puasa sampai lembik. Namanya pun nak mendidik. Dia pun pantang kita cakap boleh buka, laju je cari botol air. Kalau buka pun biasanya minum air kosong saja. Tak ada la nak sediakan makanan untuk orang yang tak puasa kat rumah ni. Adik fia pun makan roti je, paling kuat goreng mee sekali tu la makan. Kata abah, Aiman buka puasa pun minum air sikit, buat rugi buka, kalau abah minum sebaldi terus. Alang-alang dah buka.hahaha..

Tahun ni Aiman punya loyar buruk pun boleh tahan. Kadang sengaja buat ibu terkejut dengan pura-pura minum air dari botol, bila dia puasa pun dok mengaku curi minum, macam-macam hal menggelikan hati si chubby ni.


Ni dia Abang Aiman dok buat teruk sangat. Nak jalan pun tak larat kononnya. Dah macam hantu Ju-on mengensot. Propa je lebih ni!






11 comments:

nora razalli said... Best Blogger Tips

hahaha
budak2
puasa, mmg propa sgt ..hihi

Unknown said... Best Blogger Tips

hihi...klakar tngok ...konon xlarat la tu...bagusnye dah start puase dari kecik

CtAyue said... Best Blogger Tips

hihi..comel abg aiman

Aniey Yusoff said... Best Blogger Tips

hikhik skali mcm ju-on mengensot..macam2..
bdk2 gitu la gayanya..

Sue Bee said... Best Blogger Tips

hahaaa!!..lawak budak ni..jgn sama kan dia dengan ju On tu..cian.. The ring okey kot?..hihii

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha! Kesian tengok Aiman sampai lembik baring atas lantai. Puasa punya penangan ya. Anak saya pun sama, PK. Paling tak tahan sebab nak minum airlah, bukan sebab lapar. Kalau tak puasa, mulalah macam-macam nak minta makan! Mengalahkan orang berpuasa pulak!

Wak Lat said... Best Blogger Tips

salam ramadhan mak aiman tuu., kalao aiman tgk blog mak ni 10 tahun lg mesti dia pon ketawa., hihi2

SalbiahM said... Best Blogger Tips

amboi, dh sampai tak larat jalan tu memang drama sangat tuh aiman..hehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. macam2 pael anak belajar berpuasa ya.. alahai, apa2 pun kagum saya bab sahur penuh tu. Hebat gak tu.. budak2 biasa payah juga nk kejut bangun untuk makan pagi2 tu.. memang la Aiman ya.. saya rasa kalau masa Nazif nanti pun sama, jenis boleh je kalau nk makan bila2 je..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

amboi nampak sgt nk nipu ibu la tido. gamok x laratt jalan ye.
tak pa pelan pelan kan aimann..
..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alahai aiman..letih sgt tu nmpk