Pixajoy

Tuesday, July 07, 2015

Home » Afia Happy Bermain

Afia Happy Bermain



Afia sekarang dah tak takut dengan mainan isi syiling dan duit kertas yang berlambak dekat mall tu. Kalau dulu melalak tak ingat walaupun kita tak letak duit. Baru ni abah dia melayankan naik benda alah ni. Punya happy la si anak dara. Dulu kecik sekarang orang dah besar, dah tahu keseronokan bermain. Kat rumah pun dah pandai main basikal carry titi. Gantung beg, plastik la segala mak nenek dekat handle konon nak pi sekolah. Mulut pun dah becok sungguh, pandai dah gabung tiga patah perkataan buat ayat bercerita. Tapi butir perkataan yang keluar tu banyak yang belakang je la. 



Singgah pasaraya depan tempat kerja ibu selama ni dia dok tunjuk mainan ni, bila nak masukkan tak pernah mau. Sekarang nak naik sedia. Ibu malas la nak layankan pergi tukar syiling.Tak goyang tak nyanyi pun takpa, janji dapat naik. Hari tu lama kot tak mau berganjak. Puas jugak la pujuk sampai ada ane India mana ntah kat situ jegil bijik mata baru dia takut.haha...


Kebetulan baju sama.hehe. Baju kak ngasuh belanja. Kecik sikit tu yang ibu bagi pakai selalu.






6 comments:

tiga lalat said... Best Blogger Tips

salam ramadhan, dh besar anak dara emak kann ;p

Najmi Nawawi said... Best Blogger Tips

comel aliff. main elok elok.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

comelnya dia.. saya pon dok bg jugak rania naik ni.
kemmahen suka.pastu acah acah tak mo turun

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Budak-budak PK mana mungkin tak suka mainan pakai syiling ni. Anak bujang bongsu saya rasanya dah meningkat dewasa kot sebab takdalah lagi merengek nak duduk dalam ni lama-lama. Kalau dulu, memang parah. Kalau ada 4 bersusun sebaris mainan ni, empat-empat dia nak naik bergilir-gilir sampai jemu. Habaqlah kata takda syiling ke, no money ke, dia peduli apa. Cekau sampai dapat syiling dalam handbag tu kalau tidak, layanlah rintihan kalbu hatinya!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. layankan jelah ya Cik Pia.. dah besar2 nati xmau dh nak main benda2 mcm ni..masa ni ibu ayah kenalah sedia duit syiling r bayar ya..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

syurga kanak2...