Pixajoy

Tuesday, October 21, 2014

Naib Juara Lari Kanggaro



Aku balik kerja baru je park kereta muncul Aiman dari balkoni sambil senyum-senyum.

"Aiman ada nak tunjuk sesuatu kat ibu. Ibu dengan fia mesti tak sabar nak tengok benda ni.."

Sementara aku tengah keluarkan segala mak nenek beg dari kereta dan dukung si bambam, Aiman dah masuk semula pastu keluar dengan sesuatu di leher. Bukan ibu dengan adik Fia tak sabaq, Aiman yang tak sabaq sangat. Tak menyempat ibu nak naik rumah excited dia cerita menang tempat kedua sukaneka lari kanggaro atau lari kepit bola.

Dari minggu lepas nak snap Aiman dengan medal yang dia menang, tapi kata Aiman kena pakai baju sukan baru best. Balik sekolah semalam dengan muka berkilat tak ingat baru aku teringat ambil kamera suruh si chubby posing.

Siap gaya kepit bola dia bagi!



Congratulation Aiman Mukhlis! Walau medal tak seberapa tapi besar valuenya sebab ni medal pertama Aiman. 







Thursday, October 09, 2014

Aidiladha Di Lumut



Raya pertama hujan turun dari pagi. Sebaik kaum lelaki balik dari solat raya, aktiviti yang ada cuma bertapa dalam rumah, makan-makan, lepak-lepak layan cerita Tamil dan membuta sepanjang hari. Nak beraya kerumah siapalah dekat Lumut ni. Jiran sebelah menyebelah pun buat hal sendiri. Kata en suami pertama kali beraya tak kemana, boring giler kot! Kalau kat rumah mak abah tu paling kurang pun mesti bertandang kerumah jiran.

Menu hari raya ketupat palas, rendang ayam, rendang daging dan bihun sup. Sehari sebelum tu dah buat nasi himpit kuah kacang dan kuah lodeh. Adik ipar aku ni kira cekap jugak bab masak. Mak cuma bantu sikit-sikit. Bab ketupat pun mujur ada menantu lelaki mak bantu buat ketupat palas, yang menantu pompuan nan sorang ni apa pun tak bley harap. Semua tak reti, makan je pandai.hakhak..

Dalam keadaan sakit teruk memang aku takde mood langsung nak pegang kamera. Jangan kata gambar keluarga, gambar anak-anak pun aku tak snap. Aku cuma pakai jubah mengandung yang tak perlu iron.haha.. Afia dengan Aiman pakai baju raya puasa je. Ni aku belanja sekeping gambar candid Cik Pia Notty sementara Abang Aiman dengan Abang Afi tengah beraksi bergambar dibelakang. 


Pagi raya kedua kami dah nak bertolak balik SP semula. Time ni baru sempat snap beberapa keping gambar untuk kenangan. Kalau nak tau Afi panggil Afia sebagai Nina. Sepanjang dekat Lumut Afi dengan Afia tak habis-habis bergaduh. Afi cemburu nak main apa benda yang Afia pegang, macam tu la sebaliknya..Budak-budak punya perangai kan. Yang si Nina ni pun kemain lagi tak dapat apa dia bantai jerit. Boleh tahan kaki pembuli tak padan dengan kecik.


Tengok Nina suka carry abang Afi naik basikal. 


Dah kenapa pulak muka abang jadi lagu ni!



Abang Aiman senyum kembang kuncup hidung..



Afi dan Nina...


Hug each other, nanti Nina datang rumah abang Afi lagi ye!


Anak dara takmau lepas anak teruna orang.hehe..





Tuesday, October 07, 2014

Dugaan Raya Haji



Hari ni Aiman dah mula sekolah, aku dan en suami pun dah mula kerja. Raya jadi sangat tak semangat bila aku tak sihat, selera makan kelaut, sebetulnya selera juga makan tapi kena pantang.huhu.. Seminggu aku demam on off, sakit tekak tahap nak telan air liur pun sakit, batuk nak tercabut anak tekak, batuk sampai terkencing (ini serius, ini bukan lawak). Mungkin salah aku jugak berkeras tak nak ambik ubat pada mulanya, tapi aku terima ujian sakit ini dari Allah. Mula-mula masa nak bertolak Lumut rasa demam dah ok, batuk baru nak start, sampai sana semua jadi makin teruk. 

Sebelum raya tu rasa tekak dah ok sikit, aku makan nasi himpit kuah lodeh pastu nasi himpit kuah kacang pulak. Malamnya ketupat palas aku bantai sampai 3 ketul dengan rendang ayam daging lagi. Tak tau angkara makanan apa satu malam aku menanggung siksa batuk yang amat. Aku syak sebab kuah kacang dan ketupat tu kot, minyak dan santan yang sebabkan batuk. Esok raya terus serik nak makan lagi. Telan air liur je la tengok orang makan. Sampai sekarang pun masih gerun tengok makanan berminyak.

Malam raya pertama SIL suarakan pendapat suruh buat ujian darah takut aku kena denggi. Aku ingat kalau demam tak lega jugak balik SP nanti baru nak buat chekup. Walaupun takde sakit sendi tapi risau gak la takut ada penyakit lain. Aku tak pernah pulak sakit teruk sampai seminggu macam ni. Lebih baik check up.

Ditengah malam tu en suami bawak pergi HAT Lumut. Mujur la suami adik ipar aku tu kerja dekat HAT, so senang la sikit. Kalau tak memang kena tunggu lama la untuk check segala mak nenek. Suhu badan aku 38.8, boleh tahan tinggi, darah kena ambik 3 botol, upt semua depa check, depa check ulser, kat tekak aku ni pun ada accident sikit. Sepatutnya kena masuk air sebotol tapi aku consider nak minum air banyak-banyak je. Esok pagi dapat result darah Alhamdulillah semua ok. 

Sepatutnya kami rancang beraya di Lumut, petang raya pertama terus bertolak balik Nibong Tebal, kampung aku. Akhirnya dengan keadaaan aku yang tak sihat, aku dah malas nak balik. Dari Lumut kami terus bertolak balik SP. Petang semalam dah selamat ada kat rumah sendiri. Aiman pun dah mula mengadu sakit kepala, seram sejuk badannya. Malam tadi bagi dia ubat demam harapnya dia ok dekat school tadi.

Aku belum sihat sepenuhnya. Dok paksa telan ubat je ni. Nanti sambung cerita raya kami yang so-so je..:)










  

Sunday, October 05, 2014

Finger Food Untuk Afia



Masa Afia demam tempohari aku naik risau dia tak mau makan. Asyik mengempeng je kerjanya. Biasanya kalau demam pun dia masih minat makan. Sebut pasal makan je bersungguh-sungguh dia geleng kepala. Aku cuba buat sesuatu yang lain dari bubur blander bagi dia makan. Buat puding kastard susu pakai EBM pun dua tiga sudu je dia makan. Buat lempeng keledek pakai EBM dia kuis-kuis makan sikit pastu buang. 

Selain tu aku buat finger food juga kat dia. Potong jejari keledek, kentang dan karot pastu frozenkan. Nak makan tinggal goreng dan tos. Boleh jadi idea jajan untuk anak korang. Tak la kalut sangat kalau nak bekalkan makanan sampingan ke rumah pengasuh. Asyik makan biskut je muak jugak.

Kentang, keledek dan karot yang dah difrozenkan.

Jom kita tengok aksi budak comot dan seksi baru bangun tidur makan.






Dah katanya tengah demam tekak tak selera, bagi la apa pun, berlakon je dia makan. Ibu yang habiskan, mana ibu tak gemuk.hehe


Selamat Hari Raya. Selamat makan ketupat dan rendang!







Saturday, October 04, 2014

Sarapan Pie Roti Konon!



Pagi hari minggu bila ada si chubby dirumah, wajib fikir apa nak isi perut untuk breakfast. Tambah pulak bila Jumaat en suami kerja pagi, ibu pulak malas nak keluar beli sarapan, kena la fikir secara kreatif buat sesuatu dengan bahan-bahan yang ada dekat rumah. 


Lebih kurang macam Savory Bread Pudding tapi nak juga beri nama pie roti. Takde susu cair or fresh milk aku bancuh je air dengan susu pekat. Carik-carik roti gardenia, letak ayam pastu curi jejari kentang, keledek dan karot cik pia serta hirisan daun bawang daun sup. Picit sos masuk oven setel!








Friday, October 03, 2014

Afia Imanina 17 Bulan



Afia baru lega demam. Seminggu lebih juga tak selera nak makan, semalam baru datang selera. Buat Mihun Sup untuk lunch banyak dia makan. Sekarang ni mulut dia dok potpetpotpet nak cakap. Tapi takde pun perkataan yang keluar. Pendek kata di usia 1 tahun 5 bulan Afia masih tak pandai cakap. Yang dia tau sebut biasanya abah, sesekali dengan jelas dia sebut bye, nak amm dan nak nen.hehe

Menjadi kebiasaan bila dengar apa-apa doa pun mesti Afia tadah tangan. Lepas azan pun kemain lagi suruh kita angkat tangan doa. Yang kelakarnya bila Aiman sebut bismillahhirrohmanirrohim automatik dia angkat tangan. Banyak kali abang dia buli pun Afia tetap solehah tadah tangan doa.

Gelagat cik pia di usia 17 bulan. Bila kita suruh buat notty face, dia sengih tayang gigi dan sepekkan mata. Tengok gambar makanan dekat board book dia sebut amm amm sambil nganga mulut dengan comel. Bila kita suruh tunjuk gambar ball, cat dia dah pandai tunjuk. So far Afia memang excited dengan bola dan binatang. 


Pantang nampak pen semuanya dia nak conteng.


Bulan depan baru checkup dan cucuk untuk setahun setengah. Semoga terus membesar sihat cerdas bijak bagaikan juara.


* Pagi esok kami bertolak balik Lumut dengan mak abah, sambut raya haji rumah adik ipar kat sana. Latest pic si bambam nanti upload. Aku demam sakit tekak, batuk dah 3 hari tapi berlagak takmau ambik ubat. Aku ni jarang sakit, kali ni teruk jugaklah, nak makan pun perit ja tekak, telan air liur pun sakit.