Pixajoy

Monday, November 23, 2015

Double Celebration



Ni sebenarnya ibu yang teringin nak makan kek. Buat masa sekarang memang tak aktif dah campak baling kat dapur, apalagi nak membaking. Mintak cheesecake yang slice tu je, sekilo terus en suami bagi. Ambik kau!


Dah terlanjur beli kek terus kita suruh tulis tahniah. Kononnya double celebration la pertamanya untuk meraikan kejayaan Aiman dalam exam. Bukanlah cemerlang sangat resultnya, tapi tak salah kan bagi semangat untuk lebih kerja keras tahun depan. Lagi satu untuk celebrate tut..hahaha cer teka cer teka..


Ibu dengan Afia paling excited nak makan. Abah dengan abang Aiman pi hentam nasi hujan panas dulu.huhu..


Over kan si bambam ni..walaupun dia bukan orang yang diraikan..dia kata ni kek dia.haha..


Jemput makan..dua hari dok ulang buka peti ais je nak makan kek nak makan kek..


bye..kite nak hentam kek dulu!





Sunday, November 22, 2015

Lagi Aktiviti Homeschool Afia



Malas nak menaip dah ni. Layankanlah gambar yang ada.

Flashcards time! Semua pun DIY pakai kotak. Selain daripada ajar guna buku bacalah anakku..Ini  antara aktiviti kenal dan sebut sebutan fonik. Yang sebelah kiri Afia tu flashcard huruf hijiah. So far buat permulaan ibu buatkan yang berbaris fathah saja.

Aktiviti penyepit ni dulu-dulu memang ada buat..bagus untuk daya fokus, hand eye coordination dan fine motor skills. Yang ni Afia sendiri sorting colours tanpa disuruh. Sambil buat ibu tanya what colors is this..haa begitulah lebih kurang aktiviti mengenal warna.

Ni pun salah satu aktiviti color sorting juga. Ada felt butterflies, bears, fish, ladybird ibu rembat beli tapi macam tak rajin je nak buat busy book..so dapat idea untuk sorting mengikut warna. Sambil belajar warna, Afia belajar tentang objek juga.

Fishing Activity yang sangat bagus dan fun untuk perkembangan anak. Punya suka dapat fishing sampai terkencing dalam seluar sayang sangat nak tinggal main air agaknya. Dah terkencing baru bagitau ibu.haha..

Ni sebenarnya aktiviti mengira dan kenal nombor. Ibu pernah tunjuk pizza slices yang ibu buat dalam entri sebelum ni tak lama dulu. Masa ni baru habis baca buku fonik..tak nak pulak Afia kira..nak berlakon makan pizza je. Takpelah berimaginasi tu satu teknik pembelajaran jugak kan.

Waktu sebelum Afia tidur memang antara masa yang paling ibu rasa sesuai untuk proses pembelajaran. How Do U Feel card ni DIY juga ye..untuk ajar Afia kenal emosi macam sedih..gembira..terkejut dan sebagainya..Nanti share doodle emoticon yang ibu lukis..Yang ni dia dah tidur tersnap bahagian depan je. Sesambil nenen sesambil tunjuk dan sebut gambar emosi at last terus lena bersama kad.hehe


Kata malas taip tapi macam banyak juga aku bebel.haha..Tu je nanti share aktiviti lain. Sekarang ni dok buat aktiviti yang lebih kurang sama je. Cuti sekolah dah mula..tak plan lagi aktiviti untuk anak-anak. Bagi settle anak bujang punya khatan dulu la..Sekarang dia memang syok dok enjoy ibu kasi chance. Ibu pun nak cuti gak ni seminggu manja-manjakan diri membina lemak.huhu..





Tuesday, November 17, 2015

Overnight Oat Yang Sedap



Dah lama tak share resepi kan. Mood memasak chef campak baling tengah kelaut. Hari ni nak kongsi satu resepi meletop sedap, yang paling penting sarapan sihat dan segar. Nama pun overnight oat kan..buat sesiap malam tu pastu masuk peti ais..esok pagi dah boleh makan sarapan dengan gembiranya.

Let's check it out this simple receipe

Bahan-bahan yang diperlukan tentulah oat. Aku guna instant oat yang plastik merah tu. Pastu kena ada fresh milk orr full cream milk. Bahan seterusnya yogurt (plain or flavoured). Aku macam biasa guna aku punya peberet flavour la..blueberry. Last sekali fruits (preferable buah masam-masam manis macam beri, mango, kiwi. Apa buah yang kita suka pun campak je la senang cerita. Aku guna mango..pastu nak makan baru aku potong pisang. Pisang ni kalau kita terus potong semalam berubah pulak warna dia kan. 

Ni overnight oat aku. Mango dah tenggelam tak nampak rupa.hehe..


Ok dah ada semua bahan sediakan je la apa-apa bekas masukkan oat,susu,yogurt kasi kacau sebati. Sukatan hentam sajalah labu. Oats tu pepandai la agak, kang dia kembang kan. Pastu masukkanlah apa buah kesukaan kita, masuk daalm peti ais semalam dah boleh ngap. Siap!

Haa pulun dak aku bagi resepi.hahaha




Monday, November 16, 2015

DINALANG ABC Salji



Cerita last week balik Alor Setar untuk doktor check sama ada burung Aiman available untuk sunat.haha Insyaalah anak bujang ibu dah book untuk bersunat dengan kerelaan diri sendiri cuti sekolah akan datang ni.

Ni nak story port makan yag selalu kami singgah kalau balik Alor Setar ikut jalan lama. Lokasi betul-betul bersebelahan Balai Polis Simpang Empat. Dinalang ni antara kedai yang menjadi tumpuan ramai. Famous la jugak ABC Salji dia...dah pernah masuk tv. 

Aku tak pasti la pulak kedai ni buka pukul berapa. Tapi pagi sangat memang takda. Kalau pagi kami selalu singgah dekat kedai bersebelahan Dinalang. Kedai tu roti canai dia best. Bihun sup dia pun puas hati la makan semangkuk besar.


Kami sampai Dinalang lebih kurang pukul 1 petang. Order ABC 3 mangkuk, aku makan bihun sup..Aiman dan abahnya nasi ayam. Sebelum order sampai dah belasah dadih susu lembu asli 5 bekas tau.hehe..


Cik Pia sorang sampai dua bekas. Ibu rasa gitu-gitu je!


Ni dia ABC Salji. Memang tekstur
ais dia gebu gila. Susah kot nak dapat ABC yang macam ni, biasanya agak kasar. Lupa pulak aku snap ABC secara dekat.


Semangkuk RM3..sebelum ni RM 2.50 baru bulan lepas kot abah dengan adik ipar singgah harga dah naik 50sen. Memang agak mahal la bagi aku semangkuk kecik sangat sekali ngap je..lagi puas hati kena ABC Pantai Merdeka, sesekali boleh la kan.


Istimewanya kacang dia pun masak sendiri. Tekstur ais tu la paling win. Kena cepat-cepat makan kalau tak memang cepat cair.








Saturday, November 14, 2015

Aktiviti Homeschool Afia



Lagi aktiviti homeschool Afia. Yang mana ada gambar ibu tempek je la kat sini untuk perkongsian.

Learn 1 to 10.. Pakai kotak dan cawan kertas. Afia matchkan ikut nombor, sebut dan kenal nombor. Suka dia buat ni beberapa hari juga ulang buat sampai jemu.

Ni DIY number flashcard ibu buat ada letak titik pada nombor ikut bilangan. Afia akan guna manik kira pastu letak pada titik. Apa ibu cakap belit ni. Harap refer pada gambar tu fahamlah ye.haha

Board puzzle ni selain untuk kenal ABC 123..bagus untuk motor halus juga. Boleh belajar warna sekali. So far Afia dah boleh hafal A to Z secara teratur cuma ada dua tiga huruf dia suka skip.

Aktiviti bermain dengan water colour lagi. Kali ni siap buat cop tangan. Comel tak tangan si bambam umur 2 tahun 6 bulan ni.

Yang ni ABC boxes ibu panggil. Ibu lekatkan sticker ABC pada penutup botol pastu tulis ABC pada kotak tab untuk Afia matchkan. Penutup botol ni boleh buat untuk huruf besar dan huruf kecil.

Dulu masa ibu buat homemade playdoh Afia masih kecil tak pandai sangat nak main. Nampak colour clay ni kat kedai RM2 terus rembat. Suka Afia main minta ibu buat macam-macam bentuk. Beberapa hari asyik nak minta main ni je. Habis semak satu rumah pastu bertabahlah kalau jumpa melekat sana sini kat lantai.huhu

Aktiviti mewarna tapi lebih kepada menconteng je la kan.hehe.. Nak bagi Afia biasakan pegang pensil dan dan untuk praktis menulis je pun. 

Nanti kalau rajin ibu update lagi aktiviti homeschool Afia ye.








Friday, November 13, 2015

DIY Puppet & Puppet Stand



Nak buat finger puppet pakai felt tu kena keluar modal kan. Lagipun skill menjahit tak berapa nak ada. So terhasillah puppet tak seberapa camni. Aku lukis dan kaler pastu potong lekat dekat kotak. Guna chop sticks en suami je ni kasi salotape.hehe..

Lukis bodo-bodo camni je Afia dah suka.

Puppet Stand pun simple je. Janji ado!

lebaq senyuman si anak dara

Let's story telling 





Thursday, November 12, 2015

Khory Steamboat Grill & Yong Tau Fu



Lama tak update noo. Sebelum mood kelaut semula meh review aktiviti makan-makan dulu. Last week kami ke Restoren Khory Steamboat Grill & Yong Tau Foo. Harga dewasa RM 15.90, kanak-kanak 6 hingga 12 tahun RM7.90. Adalah digalakkan booking dahulu sebelum datang. Kami pertama kali kan..so memang terjah je la. Masa sampai banyak meja dah reserved.

 Alamat, nombor telefon dan peta lokasi.

Sila percaya ni pertama kali kami ke Restoren Steamboat. Jakun la sikit nak setting dan pilih apa nak makan.hakhak

Ibu watermelon juice, Aiman dan abah order Ice Lemon Tea.

Si bujang ni melantak nasi goreng pastu dah tak daya la nak makan banyak. Rugi anak oii.

Antara yang kami bedal malam tersebut. Aku pilih kuah tomyam pastu rasa menyesal pulak tak ambil sup, pedas Afia pun tak boleh makan. Nak makan dua kali tak daya dah. 

Sos Yong tau foo dia memang sedap. Sos lain biasa saja. Kira puas hati la..harga pun ok. Cuma bagi aku yang kemut ni rugilah makan style steamboat, bukan boleh makan banyak, makan sikit dah kenyang. Harga kan ikut kepala..better makan yong tau foo biasa tu pun lagi puas hati kot.huhu





Wednesday, November 04, 2015

Afia dan ABC Sticker



Adoi sejak dua menjak ni awat taktau ibu asyik nak bermalas-malasan melingkaq dengan bantai. Makin dilayan makin menjadi pulak. Ada banyak aktiviti homeschool yang nak share tapi tu la tengah tak berapa nak rajin update blog.

Hari ni jom tengok dulu simple activity yang Afia buat masa ikut ibu ke opis. Melekat dan tampal sticker ni antara aktiviti yang bagus untuk fine motor skill. Guna ABC Frozen sticker je ni..bagi sehelai kertas pastu minta Afia lekatkan sambil sebut ABC ikut turutan.



Ibu nak nenen..haha..Buat tak berapa minit dah nak iklan.huhu..Lepas nenen ingatkan tak nak teruskan aktiviti, dia sendiri pulak minta nak sambung lekat. Apa aktiviti pun ibu tak pernah paksa Afia. Kalau dia nak stop or tak nak buat ibu akan try ajak dia buat bila dia dah bersedia.

 Ok kita sambung.




Nampak kan dia punya semangat. Mula-mula nak lekat ikut urutan ABC tu..pastu dekat bawah dia punya suka je nak tampal apa huruf pun. Layankan aje..

Siap..Jom posing dulu!



Yang penting kita enjoy!