Pixajoy

Saturday, November 24, 2018

Resepi Oden Mudah & Sedap



Oden ni kan sekarang tengah in sangat. Mula-mula aku pun macam jakun apa benda la Oden yang depa dok gila sangat. Rupanya makanan jepun  yang didalamnya terdapat berbagai bahan yang direbus di dalam kuah.

Yang dijual kat family mart tu depa cucuk-cucuk kan.. Kita buat kat rumah kasi rebus je semua settle! Aku adjust sikit resepi asal yang aku google untuk rasa yang lebih umphh.  Let's check the receipe.


Resepi Oden

1 peket tomyam Adabi
2 peket asam laksa Adabi
Sedikit rempah cili ( bawang merah + bawang putih + halia + cili kering + ikan bilis,  blend semua ) 
Sedikit sos cili
Garam dan gula secukupnya
Campuran bahan steamboat ikut kesukaan

Cara - Cara

Masukkan air secukupnya dalam kuali pastu masuk semua bahan hingga mendidih kemudian masukkan bahan steamboat macam fish ball, fish cake, crab ball etc.  


Ni cara aku la sebab kat rumah memang sentiasa ada rempah cili siap blend dalam peti ais. Sos cili sebagai penambah perisa. Kalau nak skip dua ni pun boleh ikut suka la. 

Tauhu goreng, sayur dan telur aku rebus asing. 

Celur mee makan dengan mee la baru kenyang. Kita orang Malaysia.Hehe.. 

Ni kali kedua aku buat malam tadi makan dengan bihun. 

Pertama kali aku buat aku guna 2 peket tomyam dan 1 peket asam laksa.. Kali kedua 1 peket tomyam dan 2 peket asam laksa. Dua2 pun sedap. En suami dan anak-anak pun suka.  Hangpa must try! 






Friday, November 23, 2018

Graduasi Prasekolah Afia



Ok sebelum ibu naik lemau laju-laju ibu update kisah Hari Graduasi Afia. Ahad lepas 18 hb majlis berlangsung. Gambar dan frame dah terima awal, excited kemain kalut minta ibu tanggalkan gambar abang dia suruh boh frame gambar baju konvo dia.

So cute..Ibu letak sebelah la buat apa turunkan gambar Abang Aiman, abang pun comel jugak. kiki

Hari graduasi ibu pergi berdua je dengan Afia. Adik Aryan hantar mak pengasuh Abah dan abang Aiman pi berniaga. Mulanya ibu ingat 5 tahun takda graduasi, rupanya sijil bagi untuk semua, terpaksa la ibu tukar duty dengan kawan.  Tahun depan Insyaallah ibu pastikan abah semua attend, adik dah besar sikit takda la buat perangai kot, Abang Aiman pun tahun depan Graduasi Tahun 6.

Ibu dok ralit kat belakang dengar nama Afia yang pertama di sebut, kelam kabut ibu kedepan dapat snap dari jauh je.huhu

Sengihan dia tu nampak happy sangat kan.

Cara terkejut snap laguni ja ada. Letak nama anak mula huruf A nak anak dok depan tapi ibu pulak lambat sebab dah biasa dengan kelajuan N. Hahaha

Lepas turun pentas Afia terlibat persembahan lagu Cikgu, tukar lirik dari lagu Aisyah. 

Awat senyum ketap bibir camtu Kak Pia oii

Line up sebelum persembahan

Rabu sebelumnya Afia tak sekolah kami balik kampung ada kematian, pastu hari Khamis pun tak pergi sekolah dia blur sikit nyanyi tak tau gaya yang cikgu ajar. hehe

Mana nmpk kamera situ dia peace. 

Mula kawan tepuk tangan Afia blur pastu nasib dia pandai ikut kawan buat. 

Walaupun simple performance,  Afia seronok siap minta nak buat persembahan lagi. 

DIY chocholate bouquet ibu pulun buat dengan bahan apa adanya. Nak bagi Afia happy je. 

Snap kat sini sebelum balik. Dah sampai rumah baru perasan tulisan tu untuk Tahun 6. Hahaha balik tak tahan nak gelak plus malu pun ada. Pulun ibu pun tunggu nak bergambar kat sini dengan bouquet. 

Sebelum balik snap sekali lagi kt kantin. Nanti tua Kak Pia boleh tengok

Wefie anak beranak satooo!!! 

Tak sabaq nak makan coklat tu tak dan nak balik rumah dah. 

Selesai 1 tahun. Tahun depan setahun lagi Afia di Pra sekolah. 

Rezeki graduasi sampai rumah tak sabar terus buat worksheet book pastu rasmi colour pencil dia. 

Alhamdulillah sepanjang setahun di Pra banyak sangat perubahan dan peningkatan Afia berbanding dari awal tahun. Tahun depan mulakan persekolahan dengan semangat baru. Moga makin rajin, teruskan usaha dan kekalkan momentum.





Tuesday, November 20, 2018

Proses Wean Off /Cerai Susu Aryan



Aryan 18hb tempohari genap 2 tahun 5 bulan, time flies so fast. Ibu sebenarnya target nak wean off at least masa Aryan genap 2 tahun setengah. Pada ibu bonding antara ibu dan anak tu merupakan momen yang sangat indah hendak dilepaskan awal. Lagipun masa dia dua tahun, susu masih banyak sayang la pulak kan. Aryan pun dia hanya minum susu formula di rumah mak pengasuh. Sebotol sehari pun susah nak habiskan.

Lately macam dah tak tahan sangat dah Aryan asyik mengempeng ja, so perlahan-lahan ibu kurangkan masa menyusu pastu  guna taktik susu masam. Ibu kata adik dah besar susu dah tak boleh minum susu masam. Well.. taktik psycho ni berjaya tau tapi siang hari je la.Haha..

Memang dah besar sado sampai berat takda dalam graf dah pun. Huhu. 

Ibu tetap rasa adik masih baby

Dua hari lepas setiap kali nak menyusu ibu kata susu masam, adik dah besar mana boleh hisap susu. Sekali je ibu letak asam jawa nak bagi dia percaya memang susu masam. Siang hari pertama tu memang dah berjaya dia tak hisap langsung. 

Kuat makan dah kena refer pakar diet. Dietition pun suggest terus stop FM. 

Malamnya Aryan gelisah kejap tidur kejap jaga dalam mamai tu ibu terlupa pi bagi kat dia. Malam kedua pun tak sampai hati bagi juga. Tapi malam tadi Alhamdulillah dia tidur dengan abah dia sampai pagi lepas subuh baru cari ibu.  Bila Aryan minta susu ibu kata susu masam dia nak juga. Waktu tidur macam susah sikit la dok mencari lupa habis susu dah masam.hehe.. 

Aktif setiap masa

Ibu bagi alasan nak tutup lampu, bangun tutup lampu pastu letak lagi sekali asam jawa. Aryan rasa je terus tak nak dia kata masam pastu minta air masak. Ok well done.. 

Ibu kena terima kenyataan adik dah besar. 


Officially today at 20.11.2018 (2year 5 month 2 days old) Aryan berjaya wean off.  Tidur malam pun dia dah tak boleh lelap sebelah ibu sebab aura nenen kot..serba salah nak pegang nak hisap dah masam, so dia cari abah dia. Hahaha

Aktif sihat cergas ja walaupun sado

Alhamdulillah 1 tahun berjaya fully breastfeed. Kita dah berjaya dapat PHD kerana penyusuan selama dua tahun lebih. Doa ibu Aryan membesar sihat, slim dan dapat berat badan unggul nanti. Letih dik oii nak ulang alik hospital. Walaupun ibu tau dah memang baka sado pun,  asal sihat aktif dah la kan,  tapi doktor kata tak boleh gemuk dik oii.hahaha.




Wednesday, November 07, 2018

Resepi Donut Lembut Sampai Esok



Tajuk tak nak kalah je kan. Haha..Ok ini tak tipu..resepi ni memang sangat best. Aku dapat dari kawan aku, so aku panjangkan resepi kat sini semoga pahala terus mengalir. Buat ikut resepi ni betul-betul Insyaallah menjadi. 

Ok jom tengok dulu donut yang aku buat 

Donut klasik sira gula

Topping milo & chocholate rice

Topping coklat & M&M

Choc rice juga

Donut cheese

Ni lebihan doh aku buat roti sosej cheese. Doh pelbagai guna boleh buat pizza, burger malaysia, pau goreng inti ke ikut suka la ye. 

Aku dah 3 kali buat ikut resepi ni, yang latest buat semalam untuk gathering ibu homeshool depa puji sedap siap tanya aku buat niaga ke pastu balik tanya en suami betul ke sedap, kot depa puji  nak jaga hati aku ja. En suami kata dia makan 5biji tak cukup. huhu..

Resepi donut tempek sini malas nak taip. 



Malas nak buat lubang kat tengah

Siap goreng

Siap sira gula untuk gathering. 






Thursday, November 01, 2018

DIY Puzzles untuk Aryan



Permainan puzzle sangat bagus untuk mengaktif dan merangsang otak, melatih kordinasi mata dan tangan serta melatih kesabaran. Banyak lagi kebaikan puzzle yang kita nampak permainan ringkas dan murah tapi sebenarnya memberi manfaat kepada perkembangan anak. 

Walaupun puzzle ni boleh je beli tapi ibu lebih suka DIY. Gunakan bahan yang sedia ada kat rumah tak payah keluarkan modal,  boleh ambil gambar dari  buku terpakai atau print out dari internet. Pilih gambar yang menjadi kesukaan anak, warna menarik mesti anak akan teruja.

Masa Afia dulu ibu diy puzzle guna kotak, gigih la kan lukis dan warnakan objek. Untuk Aryan ibu ada buat juga.  Ibu ambil gambar dari buku aktiviti terpakai, potong dan gam pada kotak pastu gunting jadi kepingan puzzle. 

ABM yang bagus juga untuk mengenal warna

Ibu potong kepada dua keping sahaja buat permulaan.

Puzzle padankan objek, guna je mainan yang ada, tekap ikut bentuk,  minta Aryan padankan. 

Mula- mula Aryan macam blur, ibu guide dan tunjuk cara main,  sekelip mata dia dapat pick up. 

Best sangat, berkali-kali Aryan minta ulang main.  

Yang ni DIY guna hard book bundle,  gunting gambar pastu terus potong kepada kepingan puzzle. Mudah sangat kepingan puzzle dah sedia keras. 

Simple step boleh hasilkan puzzle yang awesome

Masih lagi 2 keping, ada yang ibu potong kepada 4 tapi Aryan masih blur, slowly kita move to next step Insyaallah