Pixajoy

Saturday, May 31, 2014

Buah Kampung Yang Rare



Balik kampung Penang tak sama feelnya dengan Alor Setar. Rumah en suami boleh dikatakan tengah bandar Alor Setar, rumah pulak perumahan taman. Nibong Tebal rumah kampung yang kiri kanan depan belakang semua jiran aku kenal sejak kecik. So tak kira pagi petang siang malam dok buat pusingan lawat kawasan. Afia pun sekarang dah pandai demand nak keluar, jari dia tu kemain tunjuk nak tengok cat, bird, cock jiran sebelah. Aiman tak adventure langsung asyik dengan aktiviti mengadap laptop acu main game. Same goes to abahnya.kehkeh..

Jiran bagi aku buah jagus pokok depan rumah beliau. Rasanya kali terakhir aku makan buah jagus masa aku kecik-kecik dulu. Sekarang ni bukan senang nak jumpa. Pokok jiran aku ni pun ada dua bijik ni je. Serius aku jakun bila dapat tengok buah jagus. Terus aku tangkap gambar konon nak props bagai, tapi nak buat camna skill macam hampeh.haha 


Aku suka bau buah jagus. Rasa isinya tu macam pedar tak sedap mana. Kata jiran kena makan dengan kicap dan gula. Macam tak padan nak buat ikut resepi jiran, aku sedut jusnya hampas semua aku buang.hiks..








Friday, May 30, 2014

Liebster Award : Buat MD & OK je!



Terima kasih pada yang bertandang ke blog tintong aku ni. Aku mintak sory ye line masih lagi macam hampeh, so aktiviti BW menjadi sangat bapak tensen. Waktu berblog dah cukup terhad, line pulak banyak kore, stress jadinya! Jangan merajuk kalau tak nampak aku komen dekat blog korang, keadaan memang sangat tak mengizinkan. Aku akan menyusul datang perlahan-lahan. 

Liebster Award ni pun dah ketinggalan zaman. Kalau benda makan dah tahap expired apa! Nak menjoinkan diri pun tak menyempat. Untuk tak menyombongkan diri aku usahakan jawab segala soalan dari MD dan OK Je. Saat akhir aku buat tapi versi tak ikut rules la ek. Walaupun takde yang memaksa, haruslah buat sebagai menghargai persahabatan dialam maya. Sila lap hingus tanda terharu ya kakanda berdua..hakhak



11 Soalan OKje untuk aku jawab :

1)  Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?

Panggil PK ok je! dah memang tu pun nama pena di blog.

2)  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?

Semua entry pun best (maknanya KENA BACA SEMUA.hehe..)

3)  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?

Orang baik takkan mengaku baik.hehe.

4)  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?

Malas mandi.muahaha...

5)  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?

Tangan kot. Walau berat badan naik, tangan dan jari tetap maintain slim.haha

6)  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?

Mak dan pak, Allahyarham Othman Yusuf dan Allahyarhamah Rodziah Ibrahim.

7)  Peristiwa paling best dalam hidup korang?

Bercinta, kawen dan beranak...:)

8)  Impian korang yang masih belum tercapai?

Nak ada bisnes sendiri, tak payah jadi kuli, dok rumah goyang kaki duit masyuk (mimpi je la). Nak jadi tetamu Allah ke Mekah (Ameen)

9)  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?

Koteaw Hailam & Air suam.

10)Kalau korang jadi kaya?

Aku belanja selamba!

11)OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!

Comey..awet muda gitu. Entry quite funny mesti orangnya jenis kelakar.



11 Soalan MD untuk aku jawab :

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
Blog peribadi memaparkan kehidupan MD yang digarap penuh emosi. Entry panjang begitu menghiburkan membawa kita sama-sama ke alam penceritaan MD dan watak-wataknya. 

(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
Berapa gaji MD? Asyik ke mall aje.huhu

(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Ofkos semua sekali.

(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
Cool, simple, banyak cakap, suka makan, suka masak.

(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian?
Alhamdulillah takde rasanya yang terlalu cemas. Aku kan cool!
 
(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Entah! Tak ingat la pulak..

(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?
Perasaan macam baca novel cinta, susah nak berhenti baca dan mesti nak tau kesudahan cerita. 

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
Mana ada kehidupan yang mudah. Dua-dua pun tak mudah, apa Allah dah tetapkan untuk kita kena la urus biar sampai jadi mudah.

(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Mekah

(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Any word yang menyakitkan hati orang.

(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..)
Rasanya MD dialam nyata jenis bukan yang peramah sangat pun pastu tak ramai kawan sebab orang anggap MD sombong. MD ni peramah, orang yang anggap macam tu mungkin kerana MD susah nak ngam dengan sembarangan orang. Cukup tinggi tak kuasa imaginasi besan?haha


11 fakta pasal diri aku secara rawak :
  1. Anak kedua tapi sebenarnya anak yang ke-3 (abang meninggal masa baby)
  2. Lahir ikut tingkap (ceaser)
  3. Muka bersepah ( mana aku pergi mesti ada orang samakan muka aku dengan someone)
  4. Happy Go Lucky
  5. Cengeng
  6. Suka ambik mudah segala benda
  7. Sangat kurus tak cukup vitamin masa kecik
  8. Suka kesenian walaupun diri tak berseni
  9. Penyayang tapi tak pandai nak tunjuk dengan perbuatan (ye-ye je.haha)
  10. Sebolehnya nak buat semua benda sendiri tanpa bantuan orang lain.
  11. Tak suka berangan.

OK itu sajo! Aku di kampung Penang selama dua hari. Balik sini tugas hakiki jadi ironchef sajalah..:)





Tuesday, May 27, 2014

Mango Ice Blanded



Musim panas sekarang ni memang asyik kalau dapat basahkan tekak dengan benda sejuk. Pedulikan perut buncit, sementara tengah musim mangga plak tu haruslah guna peluang yang ada. Boleh dikatakan dah cukup puas kami makan mangga harum manis yang isinya tersangat mantop. Balik kampung tempohari MIL kirim mangga yang dah diperam siap balut suratkhabar, tu yang banyak stok kat rumah. Lagi pulak pelam ni takdelah sedap macam harum manis, so kena la buat sesuatu ye tak. 

Fikir punya fikir dapat idea nak buat Mango Ice Blanded. Baki dua bijik harum manis aku potong dadu masuk dalam mango ice banded ni. Mula-mula buat en suami kata tak berapa sejuk. Ais kiub habis sebenarnya. Lepas beli air batu aku adjust sikit blend kali kedua supaya banyak aisnya. Aku guna susu cair tanpa yogurt dah sedap gila. Aiskrim pulak perisa jagung. Kalau ada mango or vanilla ice cream mesti lagi mengancam.


Yang ni ada potongan dadu harum manis


Kali kedua baru betul-betul ice blanded

Resepi Mango Ice Blanded : Mangga masak ranum dipotong isi + susu cair/fresh milk + susu pekat + mango yogurt (optional) + ais kiub di blander sampai hancur. Tuang dalam cawan dan letak aiskrim mango diatasnya. Siap!


5 bijik mangga selesai untuk mango ice blanded. Puas aku minum sampai dua gelas. En suami belasah 4 ke 5 gelas apa.muahaha...




Sunday, May 25, 2014

Kisah Seminggu



Nak kata busy tu macam biasa minggu ni memang agak sibuk. Sempat juga menjenguk baca entry kalian tapi tak dapat komen sebab line macam tahi. Sekali dua aku cuba up entry tapi tunggu punya tunggu loading macam tahi juga, tu yang tak berupdate. Ni pun baru dapat bayar bil semua. Nak login maybank2u pun stress tunggu. Harapnya lepas ni line molek-molek saja untuk aku marathon lawat kawasan.

Hari Isnin aku kursus, Selasa dah masuk kerja sejam pastu kena halau balik lepas MB umum cuti kelepasan Am Kemangkatan Pemangku Sultan Kedah. Baru berangan nak guling-guling mengulit Si bambam tapi potong bila tetiba karen takde sampai petang. Lepas Zohor dah tak tahan panas kami keluar cari makan sampai ke Kepala Batas (Penang). Lepas tu balik SP semula lepak dekat taman Jubli.


Si chubby memang mudah dapat kawan dimana saja. Dalam ramai-ramai camna boleh terjebak kawan dengan anak India tiga orang. Kamceng lak tu geng main sama. Yang tak bley blah siap berharap dapat jumpa depa tu lain kali. Aku dan en suami mampu gelakkan saja. Satu Malaysia katakan!


Si bambam tak berapa rajin praktis jalan. Baru nak biasakan diri dengan kasut dan berpijak dibumi nyata. Jalan sekejap terus landing buat muka takde perasaan.


Lepas Taman Jubli sambung cari angin dekat Tesco. Terjumpa kawan en suami kata letrik dah ada cepat-cepat kami balik rumah. Hari seterusnya terus busy dengan kerja. Habis kerja pagi Jumaat bertolak balik kampung siap-siap dari opis kemudian Sabtu dari kampung bertolak masuk opis semula. Rumah pun tunggang terbalik. Hari ni off baru bernafas sikit. Nak pulun buat kerja rumah yang tak pernah habis ni pun buat apa. Tunggu aku datang ye kawan-kawan!hehe





Tuesday, May 20, 2014

Photobook Hadiah Harijadi Afia 1 Tahun



Konon la kan hadiah harijadi untuk Afia, belinya dari taun lepas tapi tangguh punya tangguh nak buat, dekat nak expired baru hegeh. Masa beli harga sebenar RM92, kerana diskaun perlu bayar RM25 sahaja. Rupanya masa submit photobook, actual price RM100, so kena add RM 8. Walaupun harga murah tapi aku rasa tertipu sikit dengan sistem pixajoy. Ada lagi sebuah photobook aku beli tapi rasa malas gila nak bikin.huhu


Hasil tak seberapa, dari air tangan ibu yang secara belasahan menghasilkan gambar serta serba sedikit catatan perkembangan Afia dari kelahiran sampai sambutan harijadi pertama. Mari usha mana yang sempat ibu snap.



Muka buku gambar aksi Marilyn Monroe. Hardcover 6x8 je mampu. Tapi puas hati la gambar lawa.


Afia lahir bermata sepet putih melepak. Abah kata ingatkan  anak cina mana, siap keluar dialog bikin suspen masa azan dan iqomatkan si bambam, "Betui ka anak aku ni?" Nurse terkejut dan cepat-cepat check nametag.huhu.


Masa ni baby Afia sangat bambam dan suka kamera! Sungguh ibu miss that moments.


Semakin membesar semakin bulat mata. Yang melepaknya hilang, kini tinggal hanya putih.hehe


Eh ibu nak tumpang enterframe!


Why u grow up too fast?


Punya semangat kental nak publish entry hingga sanggup membuang masa yang tak berapa nak free. Dua malam aku tunggu gambar upload. Bikin panas sungguh line internet sampai terbantut semua aktiviti BW. Dah la minggu ni super sibuk. Jari ramping ibu yang berkedut tu sila buat-buat tak nampak sajo!




Sunday, May 18, 2014

Demam Tumbuh Gigi & Mid Year Exam



Tiga hari juga si bambam demam. Tak pernah demam macam ni punya merengek mintak dukung saja. Berat dekat 10kg kot, masak la ibu bambam kena buli. Since nurse kata cucuk setahun akan demam seminggu lepasnya, mulakan ingat demam sebab cucuk, rupanya Afia menderita sakit gigi nak tumbuh. 15.05.2014 ibu perasan gigi pertama Afia muncul. Tumbuh gigi yang atas dulu, besar pulak tu giginya. Yang pertama memang dah nampak gigi keluar, dua hari selepasnya ibu perasan ada kemunculan kedua bersebelahan gigi pertama. Gusi yang bawah tu pun macam ura-ura nak keluar gigi juga. Padahnya bila gigi lambat tumbuh, sekali dia keluar deret camni kesian anak ibu.

Semalam tergesa-gesa balik Alor Setar lepas dapat berita jiran en suami meninggal. Famili aruah merancang makan angin di Penang selepas Jumaat tak sangka aruah jatuh dalam bilik air terus tak sedarkan diri. Esok pagi dengan takdir Allah aruah pergi, pergi menghadap Ilahi pada usia 42 tahun, meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil.  Semoga Allahyarham tenang disana, yang masih hidup semoga dilancarkan setiap pekerjaan. 

Dari kampung terus drift masuk kerja malam. Malam tadi sempat ulangkaji sikit dengan Aiman. Hari ni bermula peperiksaan Sekolah kebangsaan dan sekolah Kafa anak bujang. Semoga Aiman Mukhlis diterangkan hati dan diluaskan dada menjawab soalan exam. Tiga empat kali ibu pesan jawab soalan elok-elok, jangan gopoh gapah dan kalau ada masa lebih jangan lupa ulang periksa jawapan. Risau mengalahkan anak nak ambil SPM kan.haha..

Tiada gambar kerana line macam siput.hiks










Friday, May 16, 2014

Aiman & Wayang



Hanya nak tempek bagai dua keping latest picture anak bujang. Kenangan bila dah besar boleh tengok. Nanti aku BW ye. Line ni kadang ok kadang hampeh. Cik Pia demam pulak. Dok merengek je kerjanya.



Aiman dengan abah dating berdua je. Dua minggu berturut-turut merempit dua beranak tengok Spiderman dan Godzilla. Almaklum sejak ada si bambam, ibu kena redha pencen tengok wayang buat sementara waktu. Tak kuasa nak bawak anak kecik masuk tempat sejuk gelap hingaq bingaq. Lagi baik guling-guling macam tenggiling dekat rumah sambil makan hati.haha..  



* Selamat hari guru buat semua rakan blogger guru Aisy Nasiha, Kak Nza, Kak MP, semua guru-guru yang pernah mendidik aku since tadika till IPT, guru-guru Aiman Mukhlis, sedara mara cikgu, rakan-rakan guru dan semua pendidik senatero dunia. 



Thursday, May 15, 2014

Kuah Rojak Homemade



Lunch break sempat lagi update laju-laju lepas masak nasi goreng.hehe. Temanya nak persembahkan kuah rojak pertama kali buat. Aku tak masukkan sekali kacang goreng, waktu nak makan baru aku tabur. Kelass rupanya buat kuah rojak sendiri. Lagi sedap dari beli tau. Untungnya buat sendiri kita boleh adjust manis dan pedas ikut selera. Aku memang tak kuat pedas, tapi manis mesti lebih sikit la macam tuan dia.hakhak


Resepi Kuah Rojak : Masak gula merah atas api pastu tapis. Air gula tadi + cili padi + cili kering + belacan masuk blander dan kisar. Masak atas api pastu tambah gula + air asam jawa + sos cili + kicap secukup rasa. Bancuh tepung ubi dan tuang untuk pekatkan kuah. Siap!

Kacang tanah sangai sampai masak pastu blander kasar untuk tabur atas kuah. Kalau suka bijan pun boleh sangai dan masuk sekali dalam kuah. Kuah rojak ni kalau masak betul-betul boleh simpan lama dalam peti ais. Resepi aku macam biasa takde sukatan bagai. Kalau nak sukatan sila google resepi lain.hehe


Rojak buah epal, peach, timun dan pelam hentam sajalah labu. Ni je yang ada kat rumah. Nikmat wo makan tabur kacang goreng banyak-banyak. Selebihnya memang makan cicah dengan pelam muda saja. Mana nak cari sengkuang ye, aku mengidam sengkuang calit dah ni!




Wednesday, May 14, 2014

BW, Karipap, Teh Ais, Memuri



Internet aku ni dah habis limit agaknya slow yang amat. Cepat sangat habisnya. Laki aku sepanjang hari dok mengadap youtube tengok pontianak Ziela Jalil pastu Ali Setan apa mak nenek. Lately aku pun dok gila google baju raya si bambam sampai kadang-kadang tertidur sebelum sempat shutdown netbook. Tu belum lagi aku hadap resepi carian google kan.huhu

Sebelum ni takde la teruk sampai tahap macam ni. Keadaan cuaca mungkin. Tak guna aku buat ramalan ke akar umbi pun kalau aktiviti BW terjejas teruk. Dah la masa berkualiti untuk diri sendiri pun terhad. Bila nak BW line pulak semput. Baca punya baca, tunggu punya tunggu nak komen tak boleh. Tak ke tintong jadinya. 


Dua hari berturut-turut makan karipap homemade. Bukan selalu dapat jumpa menu karipap ni tau. Nak menggentel mengelip tu yang malas. Setahun sekali dua je buat. Kali ni buat inti kentang+ikan bilis+udang comel. Hari kedua nak habiskan doh karipap punya pasal aku belasah sosej+udang kecik+bawang untuk inti. Famili perut dinosour sekali belasah habis licin semua. 

Kat belakang tu teh ais sedap macam kedai. Manis lemak cukup. En suami kata bukan aku kata.Mana tak sedap, satu jag ni setengah tin susu + 5 uncang teh aku letak. Berebut tiga beranak minum. Heaven gila masuk tekak. Tambah heaven sebab dah lama gila tak buat air manis plus air batu. Tak minum air batu dan susu pekat tu rahsia perut kempis ok (macam la perut kau tak buncit.hehe..)

Aku kursus hari ni. Pukul 3 pagi bangun memuri. Stok puri dah habis tak sempat buat malam tadi. Almaklum si bambam takde gigi. Pulak tu makan tau nak senang telan tak rajin nak kunyah sama macam abang dia dulu. Semoga aku tak tidur kursus nanti. Entry bebel takde motif rugi je siapa baca.Daa..







Tuesday, May 13, 2014

Afia Jalan Seminggu Selepas Birthday



Lebih kurang seminggu selepas birthday, Afia mula menunjukkan tahap confident berjalan sendiri tanpa disuruh. Kemain menyengih dia bila kita clap hand. Pertama kali ibu tengok Afia jalan sendiri pada usia setahun 6 hari. Sebelum ni kena dirikan dia dulu pastu ikut mood dia nak berjalan menuju kearah kita atau tidak. Sesekali boleh la tengok aksi Afia berjalan beberapa langkah, selebihnya merangkak lagi best si bambam kata.

"Budak ni bukan kita boleh paksa jalan, nanti depa pandai sendiri.."

Ada benarnya kata seorang kawan, tapi tak dapat dinafikan rangsangan dan sokongan adalah sesuatu yang sangat motivasi untuk berjaya. Indahnya perasaan seorang ibu bila melihat situasi seorang abang dengan penuh semangat bertepuk tangan memberi sokongan padu pada seorang adik.

"Go Afia..go Afia..go Afia..go Afia.."

"Meh jalan kat abang meh.."

"Go Afia..go Afia..go Afia..go Afia..go Afia.."

Si adik semangat juga tepuk tangan untuk diri sendiri pastu haram tak jalan.muahaha.. 





Even Afia masih memerlukan bantuan untuk berpaut berdiri sebelum memulakan langkah, kira dah boleh declare kot Afia boleh jalan pada usia setahun seminggu. Jalan pun dah banyak langkah. Semakin hari semakin giat menunjukkan kehandalan. Video ni sebagai bukti. Good job Afia Imanina! 





Monday, May 12, 2014

Roti Sarang Lebah Arab Pemangang Ajaib & Sos Butterscotch



Tu dia sikit punya panjang tajuk. Benda ni lama aku pending nak buat sebab dok fikir nak menguli tu macam azab. Depa kata kena uli setengah jam or sejam. Ohh setengah jam macam-macam boleh buat woo.. Tak sangka kena sekali terus gigih buat kali kedua selang dua hari kemudian. Patut la roti sarang lebah ni sungguh hebat diperkatakan, tengah hot dan fenomena sangat.

Adunan pertama aku uli dalam setengah jam juga, tapi adunan kedua tak sampai setengah jam pun. Aku tak tau la kalau roti orang lagi lembut hebat-hebat rasa (nyanyi gaya Amy Mastura) sebab aku malas uli lama-lama pastu aku malas nak kecahkan oven juga, so aku sumbat dalam pemanggang ajaib senang cerita.huhu

Resepi asal aku salin dari blog ina. Sini aku share yang PK version. 

  1. First step bancuh 1 sudu mauripan + 1 sudu gula dalam 1/2 cawan air suam dan biar hingga berbuih. Bancuh juga 1/2 cawan air dengan 3 or 4 sudu susu tepung. Lagi afdal guna 1/2 cawan plain yogurt. 
  2. 2 cawan tepung + 1 sudu baking powder + 1 sudu garam sebatikan dalam mangkuk adunan. Lepas tu tuang yang no 1 tadi.
  3. Uli doh sambil masukkan sedikit demi sedikit minyak yang portionnya 1/4 cawan. Aku kurangkan portion minyak untuk sihat ye.hakhak..Uli 1/2 jam or 1 jam atau lebih sampai elastik. 
  4. Rehatkan doh hingga kembang dua kali ganda. Time ni aku sempat lagi bersihkan sawang, mop lantai, tengok TV semua ok!
  5. Lepas doh dah mengembang dengan jaya kasi tumbuk bagi keluar angin.
  6. Sapu pemanggang ajaib keseluruhannya dengan minyak supaya roti tak melekat nanti.
  7. Bentuk doh bulat-bulat ikut suka besar mana pastu atur dalam pemanggang. Aku tak rajin nak buat comel-comel. Kalau doh melekat kat tangan, masa bentukkan guna minyak ye sayang, setel problem.
  8. Untuk hiasan boleh letak kacang, bijan ke apa benda mak nenek korang suka sebelum bakar.
  9. Aku panaskan atas api kecik dikedua-dua belah roti. Roti ada garis apa ada hal nak makan sendiri. Kalau nak cantik bakar pakai oven.
  10. Sambil tunggu roti masak dalam pemanggang ajaib boleh buat kuah butterscoth.
  11. Keluarkan roti dari pemanggang ajaib pastu curah je kuah.
* Cara buat Kuah Butterscoth : Cairkan 25gm butter kemudian masukkan 1/2 cawan gula perang. Kacau sampai berbuih pastu masukkan 1/2 tin susu cair. Resepi asal guna 1/2 cawan whipping cream. Kalau suka boleh letak 1/2 sudu teh esen vanila. Kacau lagi sampai semua sebati. Siap! 

1st attempt

2nd attempt


Portion adunan sama tapi yang pertama nampak sikit, yang kedua banyak kan. Ini sebabnya yang pertama tu doh roti macam tak berapa lembut. Salah aku juga tunjuk hebat malas sukat air banyak mana. Yang kedua pun aku tak sukat, main agak-agak adjust sendiri. 

Kat rumah aku takde stok kacang bagai jadi aku tabur kismis Aiman. Aku letak lepas tuang kuah butterscoth sebab en suami sorang je layan kismis ni. Aku kalau kismis suka makan begitu saja. Ada dekat roti or kek memang aku tak sentuh. Aiman pulak menurun aku.hehe..

Untuk kuah aku kurangkan gula dan guna butter ikut suka hati tak ikut resepi. Kuah butterscoth ni sedap yang amat. Rasa macam pop corn panggung wayang pun ada hinggakan memasing jilat periuk.ngehngeh




Sunday, May 11, 2014

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




(Dara Pujaan Di Tepi Telaga
Pesona Ephyra Menawan Hati
Cantik Sihat Dan Bertenaga
Rumusan Hebat Ramuan Berkualiti)

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Saturday, May 10, 2014

Makanan Sunnah



Selesai sarapan nasi lemak sambal pedas boleh tahan sedap, aku pada mulanya tak dapat menangkap ceramah dari ustaz muda. Orangnya hitam manis, kurus tinggi berjubah dan berkopiah putih. Ayat yang keluar dari mulut ustaz tersebut agak panjang-panjang, tinggi maksud dan memerlukan fokus yang lebih untuk faham. Maklum sajalah orangnya bukan calang. Punya dua master, satu dari Universiti Al-Azhar dan satu lagi dari universiti tempatan. Tak lama selepas itu makin sedap jadinya. Rasa macam sehari suntuk menghadam ceramah ustaz pun tak apa. Menarik dan terkesan sungguh apa yang ustaz cuba sampaikan. 

Makanan Sunnah, sedikit ilmu yang aku dapat waktu seminar, rasa nak berkongsi sudah lama cuma belum berkesempatan mengarang. Menurut ustaz, makanan sunnah sebenarnya ada 5 sahaja iaitu delima, zaitun, kurma, tin dan anggur. Khasiatnya tak perlu aku hurai. Makanan macam madu, habatussauda tu semua sebenarnya adalah perubatan. Perubatan bermaksud kita memerlukan ilmu tentang cara dan kaedah untuk mengamalkannya. Madu kalau guna terlebih akan ada efek buruk, lebih kurang macam tu contoh.

Petua amalan dari ustaz, setiap pagi bangun sahaja dari tidur, bancuh segelas air dengan cuka tin dan madu kemudian minum. Paling berkesan untuk orang yang selalu letih, badan selalu kejang, dan penawar segala jenis penyakit, Insyaallah jika diamalkan berterusan akan ada perubahan positif. Petua rahsia awet muda juga kerana cuka tin cukup kaya dengan potasium.

Paling penting cuba amalkan minum satu sudu minyak zaitun setiap hariMinyak zaitun terbukti bagus untuk kecantikan dan keremajaan kulit. Fungsi minyak zaitun seperti Majlis Badaran, mencari dan mengangkut segala jenis sampah lalu mengeluarkannya dari dalam badan kita. Macam kita semua sedia maklum, nafsu makan masing-masing bukan boleh sekat. Nak-nak kita semua sedia digoda dengan pelbagai hidangan lazat dari rakan blogger (kahkah). 



Si bambam yang mengamal makanan sunnah. Menu biasa bubur nasi + kurma dan puri buah+kurma. Bila sebut buat moncong, mesti si bambam buat moncong comel gila seperti gambar. 


Banyak lagi sebenarnya cuma nak berkongsi tak tau macam mana gaya. Sesekali ayat skema buku teks kan. Selamat beramal dan semoga bermanfaat.








Friday, May 09, 2014

Aktiviti Mewarna Aiman



Rasa macam dah lama tak cerita pasal aktiviti anak bujang ibu. Sibuk melayan si bambam yang tengah aktif sampai takde masa dengan home schooling. Ahad, Isnin dan Selasa dah tentu jadual Aiman penuh sampai petang. Balik Kafa terus main dekat taman. Malam hanya sempat mengaji sebelum tidur. Hari-hari seterusnya kalau ibu kerja mana ada masa sangat. 


Sehari dua ni entah buang tebiat apa rajin bebenor anak bujang mewarna. Tak payah disuruh-suruh. Sebelum ni jangan kata nak melukis, mewarna pun ibu kena join sekali, kalau tak memang PS dan TV saja yang dihadapnya. Balik sekolah tak makan tak mandi terus capai colouring book ultraman dia. Gigih tau mewarna punya lama pastu tak habis-habis sebut,

" Aiman suke mewarna.."

"Best tau mewarna ni ibu.."

"Nanti kita beli buku mewarna baru..Aiman suka buku Ultraman..."

"Boleh tak Aiman bawak buku mewarna ni pegi sekolah? Nanti kalau teacher suruh buat kerja sendiri boleh Aiman mewarna dengan kawan-kawan.."


Yang ni Aiman suruh snap. Punya warna warni. Aiman perasan cantik sangat dah dia kaler.haha..Boy mewarna asal boleh je. Takdenya tekun macam girl. 


"Selamat Hari Ibu..ni hadiah untuk ibu.."

Balik dari Kafa Aiman hulur gambar Goku. Aku kadang-kadang tak boleh hadam apa ustazah mengajar anak aku dekat Kafa. Selalu bagi kertas gambar suruh budak kaler. Pernah sekali Aiman bagitau ustazah tidur dalam kelas. Bila cerita dekat en suami beliau kata fikir positif agaknya dia jaga anak sakit malam tadi. Ini macam pun ada ke...





Thursday, May 08, 2014

Selagi Tak Tutup Mata 4




Selagi tak tutup mata, kita makan datang lagi. Memang bersiri sungguh. Bak kata P. Ramlee, jangan mara arr..hehe


Kali ketiga buat laksa baru puas hati semua bahan ada. Kali ni rebus laksa sebungkus terus, makan untuk dinner. Biasanya memang tak habis sekali hadap, tapi kali ni boleh licin pulak. En suami yang tak berapa suka laksa pun kalau bini masak, makan bertambah juga. Aiman dah makan dengan aku pastu nak tidur boleh dia repeat makan sekali lagi. Tak tau nak pantau si chubby ni makan camna lagi. Laksa memang mudah kenyang dan mudah lapar semula kan.


Fried Gnocchi yang terakhir. Dua kali goreng aku makan dengan Aiman sebab en suami kerja. Bagi laki merasa nanti kata makan sedap tak ingat kat laki pulak.haha.. Pertama kali buat gnocchi memang aku goreng je. Next time boleh cuba buat kuah carbonara or bolognese. Aku suka pasal benda ni kenyal-kenyal and then potato memang peberet aku.




Bubur chacha bodo-bodo namanya. Mana ada masakan aku yang pandai ye tak.hakhak..Aku suka-suka je buat tapi tak suka sangat makan. Bubur camni buat untuk tackle en suami, konon!haha..Peberet beliau semua jenis bubur kecuali bubur kacang beliau tak berapa suka. Aku bubur kacang memang tak makan terus. Bubur hitam paling berhantu. Dah melalut aneka jenis bubur pulak.


Tempohari aku kerja petang terbau aroma tomyam opismate aku makan. Sedapnya! Dan-dan tu teragak nak makan tomyam. Kalau beli memang tak puas makan. Kawan aku kata dia beli tomyam campur, udang sekor je RM6. Esok juga aku cari sayur terus buat tomyam. Aku kalau Tomyam makan dengan nasi tak berapa masuk, tu yang jadi Mee Seafood Tomyam. Kadang-kadang aku punya mengidam memang mengalahkan orang mengandung.


Asam Pedas kepala buaya, takut tak nak makan?haha.  Senang tak payah masak banyak lauk, campak je bendi terus jadi complete menu for lunch. Tapi aku dah gatal tangan bakar lagi dua ekor ikan cencaru besar dalam pemangang ajaib. Jenuh meratah ikan pada hari tersebut. Kepala pari ni sebelah je. Boleh imagine tak camna besar ikan parinya?

Ok bye! Jumpa lagi dalam menu yang akan datang.hehe..






Wednesday, May 07, 2014

Checkup Afia 12 Bulan



Kisah semalam pergi checkup si bambam. Lepas hantar Aiman Kafa dalam dok sembang dengan si kecik ni, tengok kat sebelah dah tidur rupanya. Kemain ibu cakap sorang-sorang. Bukan jauh pun RSAT dengan rumah. Masa aku angkat masuk RSAT Afia masih tidur. Masuk dalam bilik nak checkup dengar ada budak bising baru dia terjaga.



Berat : 9.27 kg
Panjang : 75 cm
BMI : 14
Lilitan Kepala : 46 cm

Masa nak ukur nurse tegur, "panjang dia ni..". Tengok la ibu dan abahnya kan sambil berkata di dalam hati.hehe. Sama macam Maktok selalu kata Afia ni tinggi. Perkembangan semuanya memuaskan. Nurse puji juga Afia senang bagi kerjasama. Kena cucuk kompem menangis. Sekejap je si bambam ni nangis pastu dah boleh senyum. 




Sebelum drive balik wajib abadikan wajah si dara umur setahun. Banyak sikit gambar, birthday girl katakan.huhu






Tuesday, May 06, 2014

Gnocchi In Da House


Pertama kali buat gnocchi. Ni pun terjebak dengan mama jj sebenarnya. Sebelum ni jangan kata nak menyebut tergeliat lidah, gnocchi pun aku tak tau menatang apa. Pada yang tahap jakun tinggi macam aku juga, gnocchi ni kira family pasta. Kalau dah namanya pasta mestilah makanan orang Itali ye tak. 

Bahan-bahan yang diperlukan cuma kentang, tepung dan garam. Aku pandai-pandai sendiri tambah lada hitam. Nak buat tu senang, nak menguli, membentuk tu makan masa. Pada yang ada anak kecik tengah melasak tapi gigih macam aku bersajak jugalah nak menyiapkan. Nasib baik selesai membentuk sebelum pergi ambil Aiman dari Kafa. Balik baru aku sambung merebus.

Cara-cara buat gnocchi kentang : Rebus kentang, toskan dan lecek. Gaul dengan tepung+garam+lada hitam pastu uli sampai adunan tak melekat. Step ni sama macam buat kuih keria ye. Kalau lembik tambah tepung. Dah siap baru bentuk panjang-panjang macam ni.


Yang sebetulnya Gnocchi kena bentuk pakai acu kuih siput. Aku seumur hidup tak pernah buat, so tak payah budget rumah aku ada acuan. Aku potong pastu aku pakai garpu sama macam mama jj. 


Rupa gnocchi sebenar korang boleh google. Setelah dikomersialkan oleh aku tak sangka jadi begini rupa. Ceria dengan pelbagai rupa bentuk biskut makhluk asing.muahaha..


Dah siap bentuk boleh rebus dalam air yang mendidih. Bila timbul tu tanda gnocchi dah masak. Oh ye jangan lupa masukkan sedikit minyak dalam air rebusan supaya gnocchi tak melekat. 


Bila masak angkat dan toskan. Boeh simpan dalam peti ais beberapa hari. Aku buat banyak ni tiga kali masak baru selesai. Gnocchi boleh dihidangkan dengan kuah pilihan macam kuah bolognese, carbonara, creamy sauce, nak melayukan dengan kuah sardin ke whatever suka hati la.


Fried Gnocchi versi aku. Goreng bodo letak udang, sosej,karot, tomato dan buncis. Macam hangpa selalu kata, apa ada pada rupa kan. Kehadapan minah kentang, menu gnocchi ni dah selalu ke awak masak? Kalau belum pernah cuba, amacam? ada berani?hahaha