Pixajoy

Sunday, May 04, 2014

Home » Puding Roti Pemanggang Ajaib

Puding Roti Pemanggang Ajaib



Satu petang yang serabut, ketika tak dapat fikir apa benda nak makan tiba-tiba teringat puding roti Lyd dan MD. Aku ingat gitu-gitu je resepinya pastu hentam ikut apa bahan yang sedia ada dekat rumah. Kalau dah banyak sangat adjust ikut sedap hati memang puding roti selekeh la jadinya. 

Jom tengok cara pembuatan puding roti ala-ala lyd & MD aka selekeh ala PK.


Mula-mula aku tumis bawang besar, masukkan karot + sotong + sosej + tomato. Aku guna serbuk hilal, so aku tak letak dah garam dan lada sulah. Kalau korang nak buat boleh je ganti dengan bahan lain macam lada benggala, brokoli, daging hancur dan lain-lain.


Sapu pemanggang ajaib dengan butter, carik-carik roti dan campak. Lepas tu aku tabur segala bahan yang aku tumis tadi, pecahkan telur dan tuang. Akhir sekali baru tuang susu cair. Bila tengok bahan tumisan ni banyak yang amat, aku carik lagi roti campak lagi pastu tuang lebihan telur dan susu cair. Yang afdalnya kena bagi tenggelam semua. Tapi dah namanya selekeh kan hentam sajalah labu.haha


Ni je gambar puding roti yang ada. Aku baru teringat nak snap bila dah separuh kaut masuk perut. Cik pia dok berdrama mengantuk yang amat sampai ke dapur ikut pegang kaki ibu tu yang sampai terlupa. Selekeh macam ni pun sedap. Kalau ada mayones dan cheese lagi mantop. Stok kat rumah dah habis la pulak.

Mula-mula en suami tanya boleh habis ke ni? Aku kata kalau tak habis apa susah esok boleh panaskan. Memang puding rotinya banyak dah aku derhaka letak bahan melimpah ruah. Unbeleiveable boleh habis sekali hadap ok! Cubalah buat ye kawan-kawan...





13 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai.. blog ni ada header baru

Lawa tu modelnya... alahai anak siapa tu? Haha..

Ai.. gaya gini.. nampaknya jadi fenomena resepi ni pulak ni. Mulalah saya rasa nak buat juga.. asyik bermalas tak ada untung langsung kan.. sedap ni..

NzA said... Best Blogger Tips

Apa ada pada rupsa..ye dak..yang penting sedap dan ank2 sukaaaa.....

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Rupa tu tolak tepi janji sedap... macam org la muka ctk pun akhlak elek tarak guna juga

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Yg penting kenyang kan puan kutu...rupa tak cantik takpe.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tulah tu....sudah tukar ka? Nape tak buh anak beranak...barulah meriah.....tapi mmg smartlah gambar cik Pia tu....
Amboi PK memuding nampak....hehe...roti apa yg awak guna tu PK....mcm bukan roti slice jer tu...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dalam masakan ni, bg saya rupa xpenting tp yg penting rasa dia.. hihi

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Abes diet seminggu cenggini akk.hehe..sdap2..sya suka ja apa2 masakan yg ada sosej ni.hehe

ros_reeza said... Best Blogger Tips

menarik ni :) boleh try .

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ni lagi terror. Tak tahu nak buat apa, puding roti dibelasah buat. Kalau saya tak tahu nak buat apa, ambil red bean dalam tin ke, sardin ke, tuna ke main masuk kuali aje. Tak terfikir makanan sofistikated cam ni :)

Saya nak buat puding roti si Lyd ni punyalah bertafakur sejenak. Kira hebatlah PK ni di dapur. Memang sedapkan Savory Bread Pudding ni. Sekali hadap dah boleh habiskan.

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

yang ni mmg best ler.. kena cuba nnti !

- AZIE - said... Best Blogger Tips

mcm ni pun boleh..kreatif la hehehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

tahniah sebab berjaya menghabiskan separuh dlm masa yg singkat. sedapkan buat puding roti versi masin ni. hehehe..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

yang penting tekak boleh ditrima.