Pixajoy

Friday, August 19, 2016

Resepi Kek Marble Susu Gebu Sedap



Lepas habis pantang dengan pantas dah mula projek membaking. Walaupun risau badan tak susut, makan tetap makan.haha..Dua kali dah buat kek coklat, kejap je habis, anak-anak suka. Ni buat kek marble pertama kali jadi gebu sedap elok nak jugak la masuk blog. Sebelum ni buat tak berapa nak menjadi. Silap resepi kot.hihi.. 


Resepi Kek Marble Susu

Putar 1 cawan marjerin/butter + 1 cawan gula kastor ( kurangkan sedikit kalau tak suka manis) hingga kembang. Masukkan satu persatu 3 biji telur, putar lagi sampai kembang pastu masuk 1 sudu kecil esen vanila + 2 senduk susu pekat. Dah sebati boleh masuk 2 cawan tepung gandum + 1 sudu besar baking powder yang di ayak, kaup balikkan, boh warna tuang secara berselang seli dan bakar sampai masak.

Dulu masa kecik tiap kali raya aruah mak mesti buat kek marble. Lagi sebijik adunan sama versi tak marble buat yang kosong tak letak kaler. Zaman tu bakaq kek api atas bawah pakai sabut kelapa. Kenangan itu indah.





Thursday, August 18, 2016

Aryan Nufael 2 Bulan



Tup tup dah genap 2 bulan. Usia 2 bulan Aryan Nufael semakin sado dan banyak akal. Sebab dah kelaut update, ni ibu kasi random photo sajalah.

Aryan's first outing. Pertama kali Aryan keluar melihat dunia haruslah diabadikan kat sini. Gambar ibu terpaksa dicrop sembunyikan lemak bawah dagu.hakhak

Siang hari susah dah nak tidur bawah. Besaq bijik mata camni la. Tidur kejap jaga..memang tak jadi kerja ibu ni, dok mengulit dia saja.

Kak pia yang over sayang adik. Membuli adik pun dia.

Nah penyelesaiannya terpaksa bagi buai jugak. Seminggu lepas pantang baru ajar buai. Sekarang siang memang boh buai senang ibu nak buat kerja.

Dah pandai berbalas senyum. Hobi pulak hisap jari.

Datang mood baik 3 beradik nak pose. Abang Aiman kenapa la kontra sangat warna kulit tu..Dok main hangat ja, makin power gen mamak tu.haha

Semalam dah mula penggunaan CD untuk Aryan. Jimat dan go green!

Next week baru checkup dan cucuk Aryan. Nanti update kalau rajin.hihi






Tuesday, August 09, 2016

Latihan Botol Untuk Aryan



Internet underground yang laju gila dah kena sekat. Jiwa kacau paling utama menambah perisa punca hilang dari radar. Beginilah hidup kalau benda mudah nak disusahkan. Takpelah kan..buat apa berkecil hati kalau orang salah faham tentang kita, janji Allah faham akan hati kita. Biarlah mereka menghakimi kita kerana tiada hakim sebaik Allah. Dah jadi sesi luah perasaan la pulak.hahaha...

Kembali ketajuk asal. Hari yang ditunggu tiba jua. Sebab pengalaman Afia yang reject segala jenis puting dulu, hari pertama training Aryan guna botol menjadi sangat mendebarkan. Takut sejarah mungkin berulang.hehe..

First day lepas disusukan guna botol, nyenyak Aryan tidur. Hati ibu sayu tengok ni.huhu..

Hari kedua Kak Pia sibuk jadi trainer nak susukan adik dia.

Hari ketiga Abang Aiman riba dan susukan Aryan. Kak Pia macam biasa menyibuk sama.

Alhamdulillah latihan botol untuk Aryan sangat mudah diluar jangkaan. Dia selamber je hisap takda reject langsung. Ibu ni je gabra lebih. Harapnya berjalan lancar sampai ibu naik kerja nanti. Dok panaskan enjin dah ni buat stok sikit-sikit. Moga Allah permudahkan journey penyusuan Aryan Nufael selama 2 tahun. Amin..