Pixajoy

Sunday, January 22, 2017

Hotel Emereld Inn Cameron Highlands



Sebelum ke CH aku ada juga cuba goggle hotel budget untuk penginapan kami. Memang planning kali ni nak tidur semalam rasa suasana sejuk Cameron. Dapat contact number Emereld Inn dekat 1 blog review yang hotel ni murah dan ok so cubalah call. Malas dah kan nak fikir banyak pasal hotel kira redha ajelah nak tidur kejap je pun. Cameron ni tempatnya dah tak payah fikir air cond dah kan.

Suasana dari atas tempat penginapan. Betul-betul tengah pekan Brinchang. Tak jauh dengan pasar malam.

Dah siap nak keluar makan petang tu hujan. Ibu dengan Aryan dah malas nak keluar so abah, Aiman dan Afia tapaukan ibu makan je.




Katil double dua RM 130 kalau tak salah aku. Bengang jugak en suami kata masa call cakap harga ni pastu dah sampai nak upkan harga bilik. Kalau betul dia up memang kami cari hotel lain.huhu..


Nak kata selesa tu tak la tapi bolehlah dah namanya hotel budget. Bilik agak berhabuk je tu yang aku tak tahan.



Bilik air kategori nak kata kotor pun tak, bersih sangat pun tak..hahaha


Sebelum check out pulun selfie anak beranak modal masuk blog. Temanya tak mau bagi lupa nama hotel je. Bukan ada motif lain.hiks






  

Jalan Jalan Cameron Part 2 - Kea Farm



Aku pun tak pasti adakah tempat ni Kea Farm yang sebenar atau tak. Kami punya holiday vacation biasanya tak ada preparation, konsep main terjah padan la muka kalau cari tempat tak jumpa.huhu

Masa awal tahun datang cuti kelepasan Am so orang punya ramai berderet kereta jam disepanjang tepi jalan sampai tak ada peluang nak berhenti shopping. Kali ni even cuti sekolah kami pergi hari bekerja, so jalan sedikit lengang, kira puas la dapat pusing segala deretan kedai yang ada. 



Ada muzium lebah kecik kat sini. Tak salah aku rose garden dengan strawberry farm kecik pun ada tapi kami tak masuk. Lepak sekejap kat sini dapat juga Aiman Afia explore dunia lebah dan tebuan.




Pastu nampak bas sekolah bunyi2 isi token ni Afia nak naik. Siap pretend play jadi driver lagi. Mula-mula naik sorang pastu angkut habis semua Geng Bas Sekolah.haha




Jagung susu Cameron sungguh enak dimakan begitu saja.


Wajib grab topi sejuk untuk Aiman Afia. Feeling macam sejuk sangat.huhu



Selesai shopping kami ke Pekan Brinchang untuk cari tempat penginapan. Nanti sambung cerita hotel budget yang kami menginap. Aci la part 3 baru sambung cerita sadis.hehe..





Feed the Rabbit



Kata nak buat special entry haruslah berkata benar.haha..Dekat Avant Chocholate  tempohari ada 1 tempat yang menarik minat kami untuk bagi peluang Afia merasai pengalaman baru. Rasanya macam pengalaman pertama juga untuk Aiman. Almaklum kami tak pernah bela apa2 pets.

Feed the duck & fish pun boleh. Beli makanan RM 3 je.

Sesi menggemukkan rabbit. Sihat dan sado semua rabbit kat sini tau.





Ok dah..habis cerita. Anak2 happy je jakun tak pernah bagi rabbit makan.kiki..




Friday, January 20, 2017

Chalet Budget Pangkor : Nipah Mas Chalet



Haritu ada cerita kan yang kami tukar tempat penginapan. Malas dah aku nak ungkit pasal Purnama mengambang tu.hahaha..

Sebenarnya sebelum kami ke Pangkor, en suami dah pernah call owner Nipah Mas ni, so nak mudahkan kita daripada mencari tempat lain..jom ke chalet ni je la. Nak mandi laut pun dekat je jalan kaki.

Kami ambil dua bilik owner kata kira cincai RM 180. Murah la kan sebilik RM 90 sahaja. Rate sebenar RM 110 sebuah. Bilik yang kami menginap kira ok berpatutan dengan harga. Nak selesa bayar lebih la kan. Bilik air bersih, aircond sejuk, tu je yang penting. TV aku laki bini tak heran..dah bertahun kot tak layan sangat TV.

Nipah Mas ni tempatnya kedalam sikit. Ada signboard tapi kalau nak senang boleh direct call owner tanya. Rupanya Nipah Mas ni bersebelahan je dengan Purnama Beach Resort. Dapat bilik baru perasan.huhu..


Sempat lagi snap. Namanya blogger.kiki

I katil queen

1 katil double dacker

TV kotak bolehlah asal ada

Bilik air bersih

Jom Aryan sado dah siap nak pegi mandi laut.

Kalau korang nak tempat budget untuk bercuti di Pangkor boleh call owner Nipah Mas, Puan Ima ditalian 017-5602849.






Thursday, January 19, 2017

Jalan-Jalan Cameron Part 1 - Avant Chocholate



Kisah tahun lepas lagi.haha..Alhamdulillah 2016 diberi peluang dua kali ke CH walaupun percutian singkat dengan pelbagai dugaan.hihi

Awal tahun dulu terlepas Avant Chocholate, so kali ni memang tempat pertama yang nak sangat kami tuju. Kat sini banyak juga port cantik untuk bergambar, tapi model Afia bad mood. Ibu pun kalut dengan Aryan so kita bergambar so so je la.


Kat cafe dia ada turtle. 


Nasib ada hero ibu ganti jadi model.

Anak dara sorang tak mau bergambar.huhu

Nah dia bagi bontot ja.hahaha

Ada juga bot apa kenama ni tak naik tengok ajelah.

Tengok birds

Feed the rabbit. Nanti buat special entry pasal ni. Pulun tak.hehe

Ada juga sikit strawberi ngan lavander. Kebanyakan tempat kat Cameron mesti ada kan.

Kuda hitam ewah..Nak wefie 1 famili muka semua elok memang payah. 

Ni port wajib bergambar

Again Abang Aiman n Kak Pia

Alang- alang dah datang sini kita pekena la aiskrim sorang satu. Bapak punya mahal RM 7.90 sekon padahal tak ada special pun rasa macam aiskrim tapaware kita dok beli tu je.kiki. Dah la perisa strawberi habis. Layan..






Last sekali nak tempek jugak muka ibu abah yang pulun. Aryan sado buat derk ja tak pandang kamera.hihi


Nanti sambung part 2 yang sadis.haha..





Wednesday, January 18, 2017

Pak Ali Cafe Pantai Merdeka



Kalau ke Pantai Merdeka ni port wajib kami. Terletak di deretan food court Pantai Merdeka tu, baru ni kami pergi dah tersusun ok sikit tempat duduk pun dah ada bumbung. Dulunya kat luar tu free air, pernah berlaku depan mata daun pokok jatuh atas meja masuk air dan makanan customer. Sadis tak sadis la kan.

Yang menariknya kat sini tentulah ABC atau orang utara panggil ais kacang. Sebelah Pak Ali ni ada juga jual ais kacang special camni tapi kami memang memilih Pak Ali atas sebab2 tertentu. Aku malas nak cerita kat sini.huhu

Kalau melalui pandangan mata aku..ABC sini lagi best..tak kedekut air gula..memang sempoi. RM 6  satu, makan 3 4 orang pun cukup puas hati. Yang sebelah tu tak tau la camna rasa dah asal datang je pekena ABC Pak Ali tak pernah tukar angin.haha..


En suami order laicikang. Ok la not nad.


Haritu masa datang dengan Wan Maktok bebudak ni aku rasa mee bandung lebih sempoi.. kali ni kurang umphh sikit tapi tetap ok. Pertama kali ni aku makan mee setelah 6 bulan pantang.haha..


Nasi ayam pilihan Aiman. Punya lama tunggu rupanya budak sengal yang ambik order tu lupa order kat kedai sebelah.!


Lepas makan macam biasa melayankan bebudak ni main kat playground



Aryan kira pertama kali ni ke Pantai Merdeka sejak dilahirkan.haha. Budak baik biasalah cool seperti selalu. Mengantuk pun tak buat perangai. Alhamdulillah...


Dah puas main jom balik! Next time kita mai lain.



Nak pekena ABC special boleh terjah Pak Ali Cafe Pantai Merdeka ok!