Pixajoy

Wednesday, January 18, 2017

Home » Pak Ali Cafe Pantai Merdeka

Pak Ali Cafe Pantai Merdeka



Kalau ke Pantai Merdeka ni port wajib kami. Terletak di deretan food court Pantai Merdeka tu, baru ni kami pergi dah tersusun ok sikit tempat duduk pun dah ada bumbung. Dulunya kat luar tu free air, pernah berlaku depan mata daun pokok jatuh atas meja masuk air dan makanan customer. Sadis tak sadis la kan.

Yang menariknya kat sini tentulah ABC atau orang utara panggil ais kacang. Sebelah Pak Ali ni ada juga jual ais kacang special camni tapi kami memang memilih Pak Ali atas sebab2 tertentu. Aku malas nak cerita kat sini.huhu

Kalau melalui pandangan mata aku..ABC sini lagi best..tak kedekut air gula..memang sempoi. RM 6  satu, makan 3 4 orang pun cukup puas hati. Yang sebelah tu tak tau la camna rasa dah asal datang je pekena ABC Pak Ali tak pernah tukar angin.haha..


En suami order laicikang. Ok la not nad.


Haritu masa datang dengan Wan Maktok bebudak ni aku rasa mee bandung lebih sempoi.. kali ni kurang umphh sikit tapi tetap ok. Pertama kali ni aku makan mee setelah 6 bulan pantang.haha..


Nasi ayam pilihan Aiman. Punya lama tunggu rupanya budak sengal yang ambik order tu lupa order kat kedai sebelah.!


Lepas makan macam biasa melayankan bebudak ni main kat playground



Aryan kira pertama kali ni ke Pantai Merdeka sejak dilahirkan.haha. Budak baik biasalah cool seperti selalu. Mengantuk pun tak buat perangai. Alhamdulillah...


Dah puas main jom balik! Next time kita mai lain.



Nak pekena ABC special boleh terjah Pak Ali Cafe Pantai Merdeka ok!




4 comments:

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Teringatlah lagu Crystle pasal Pantai Merdeka. Tempat nilah kot nohhh....

Yelah .... selera kita dah biasa dgn ABC Pak Ali haruslah malas nak tukaq angin dah. Tak palah PK tak dak sapa marah pun.
Mcm cayaqlah mee bandung tu ..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

alaaa bestnye... kalo dekat lieya pun wajib terjah hari2 nie...kat sini payah le nak cari port mcm nie....suke tul petang2 lepak mkn abc gini...tp lieya suke lagi laicikang..kalo pi mkn kat restoren mmg wajib order....sampah2 die tu kalo byk kacang lagi umph....

Aiezza Sue said... Best Blogger Tips

akak pon smpai gak pantai merdeka ni hujung tahun tu hari..meriahhh sangat, macam takde tmp dh kat dlm food court tu..pak ali ye..takpe senang ingat kot ada singgah lagi nanti

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Asyik cerita pasal ais kacang kat Pantai Merdeka, terliur tahun. Dah bertahun terliur. Kalau dekat, boleh gak datang tiap petang. Sambil kita makan, sambil layan anak-anak di taman. Hehehe!