Pixajoy

Sunday, January 22, 2017

Home » Hotel Emereld Inn Cameron Highlands

Hotel Emereld Inn Cameron Highlands



Sebelum ke CH aku ada juga cuba goggle hotel budget untuk penginapan kami. Memang planning kali ni nak tidur semalam rasa suasana sejuk Cameron. Dapat contact number Emereld Inn dekat 1 blog review yang hotel ni murah dan ok so cubalah call. Malas dah kan nak fikir banyak pasal hotel kira redha ajelah nak tidur kejap je pun. Cameron ni tempatnya dah tak payah fikir air cond dah kan.

Suasana dari atas tempat penginapan. Betul-betul tengah pekan Brinchang. Tak jauh dengan pasar malam.

Dah siap nak keluar makan petang tu hujan. Ibu dengan Aryan dah malas nak keluar so abah, Aiman dan Afia tapaukan ibu makan je.




Katil double dua RM 130 kalau tak salah aku. Bengang jugak en suami kata masa call cakap harga ni pastu dah sampai nak upkan harga bilik. Kalau betul dia up memang kami cari hotel lain.huhu..


Nak kata selesa tu tak la tapi bolehlah dah namanya hotel budget. Bilik agak berhabuk je tu yang aku tak tahan.



Bilik air kategori nak kata kotor pun tak, bersih sangat pun tak..hahaha


Sebelum check out pulun selfie anak beranak modal masuk blog. Temanya tak mau bagi lupa nama hotel je. Bukan ada motif lain.hiks






  

5 comments:

eima said... Best Blogger Tips

mls nk dok area tu klu musim cuti sbb parking ... klu mudah parking memang cari hotel2 area situ sbb mudah jln kaki je kan nk pi pasar malm

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

best nya jalan Cameron

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

cameron highlands :)
rinduuuu nak gi lagi.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Rm130, katil double kira ok sangatlah tu PK. Yg penting dekat dengan Pasar Malam senang weyh nak membeli belah.
Teringat pulak kat jemput jemput keledek

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Lya pom nk survey2 hrga hotel kt CH.mmg akn pilih hotel budget camni jgk..sbb just nkntdo.. Seharian bjln kt luar.. X berbaloi nk sewa hotel mahal kecuali klo mmg bercuti n mereput dlm hotel kan..