Pixajoy

Friday, June 23, 2017

Daftar Afia Sekolah



Kami dah daftarkan Afia ke pra tahun depan. Insyaallah kalau dapat senang dah tak payah fikir mana tadika nak hantar. Tahun depan 5 tahun dah ye baby bambam ibu. Rasa macam baru je tengok Afia baby, sekarang dah pandai melawan cakap, very independent semua nak buat sendiri.

Macam biasa nak isi form mesti kena tangkap gambar. So kami ke Central Square bawak Afia masuk studio.haha..Musim raya kan model cilik mood baik rajin nak posing so kita layankan aje.huhu..






Dah lama tak masuk sini tak perasan kedai gambar dah takda kat bawah. Ibu dengan abah menonong ja masuk kedai kata nak tangkap gambar pastu tengok2 rupanya kedai cermin mata.hahaha gelak besar disitu tersalah masuk kedai.

Ok action smile!


Gambar pertama Afia

Afia dah tak sabar nak sekolah. Next year kita tengok kerenah dia mulakan persekolahan camna. Don't cry ya Kak Pia.hihi..



Wednesday, June 21, 2017

DIY Kek Harijadi : Idea Kek Buah Yang Sihat Untuk Baby



Walaupun simple nak juga share. Idea ni bukan saja berguna untuk baby, malah untuk birthday cake anak yang dah besar juga. Kek buah ni salah satu alternatif kek harijadi yang sihat dan sedap. Dah selalu sangat kita sogok anak kita dengan kek aising, why not buat perubahan. Padahal kalau order kek birthday yang aising melimpah tu ibunya yang nak makan, bukan anak. hahaha..

Kebetulan shopping barang kuih kat Tesco terus la mencari buah-buahan yang sesuai untuk fruit cake Aryan. Niat nak buat ni dah lama dari zaman Afia lagi tapi susah la kan dah ibu ni nak shopping mesti harap abah, hari biasa nak dapat tembikai pun susah. 

Ni pun kat Tesco ibu cuma beli blueberi dan epal. Epal tu saja pilih hijau untuk air detox ibu. Kalau merah should be better kan untuk baby. Watermelon minta abah belikan bulan puasa senang merata ada jual. Ada strawberi ke pisang dan macam-macam buah mesti lagi umphh keknya. 

Aryan punya camni je la seadanya. Happy birthday stand tu ambik dari kek terdahulu..number one dari puzzle Afia. Kita gunakan skill kreatif yang ada sebab penyegan nak DIY number.haha..


Ok birthday boy ligat ni nampak je kek excited gila, terus serang masuk mulut dengan teruja. Haru biru jadinya.huhu..


Ni antara contoh gambar fruit cake yang aku google. Moga bermanfaat untuk idea kek harijadi anak korang.  




Sharing is caring. Kalau rajin nanti update kisah Aryan's 1st birthday.





Sunday, June 11, 2017

Shopping Raya Part 2



Yey setel semua part baju raya. La ni tengah ambik mood nak membaking kuih raya. Jangan mood tak mari sampai raya sudah la.haha..

Jumaat lepas balik kampung kejap. Plan nak bertolak balik kampung pagi, sudahnya petang baru gerak. Afia dari pagi dok tanya bila nak balik kampung, kena usik tak jadi balik dengan abah dia, melalak tak ingat. 


Kami lama tak selfie tau.hahaha

Sempat la berbuka puasa beramai -ramai. Menu simple ayam goreng masak kicap sama sotong goreng kunyit, ulam dan sambal belacan.



Lepas berbuka kami ke Billion Parit Buntar belikan baju casual Aiman dan abahnya. Shopping sampai Billion tutup kita sambung cari kasut raya pulak. Dah pukul 11 lebih sempat lagi ke kemboja. Lain yang dicari lain pulak dibeli. Setel sudah duit raya Pak Jib bagi.hahaha



Balik shoping dah dekat pukul 1 pagi kot terus kami bertolak balik SP semula. Sempat lagi en suami berhenti dekat ekspo Jam Besar SP. Kami tunggu dalam kereta je budak berdua tu dah tidur, Aiman dan abah cari kopiah, pelikat dan butang baju melayu. Lepas ni dah susah nak cuti sekali harung shopping senang. 

Baju raya Aryan ibu beli lagi sepasang konon nak bagi sama tema. Namanya beli online tengok warna sama dah dengan Abah dan Abang Aiman, bila sampai warna lain.hahaha..Tapi ok puas hati takda cacamerba sangat tema.

Baju raya aku pun cari online je senang. Cari punya cari baju raya ibu, ada yang berkenan size pulak tak ngam. Dah malas dah nak pening cari aku grab juga baju sedondon dengan Afia. Makanya baju raya model cilik sudah jadi 4 pasang. Sebab baju casual Afia Aryan ambil dari bale ibu dah jimat banyak, maafkanlah ibu terlebih shopping untuk depa.kiki


Tudung raya ibu. 1 lagi Acu Ain punya.hihi

Alhamdulillah setel bab baju raya. Ibu je ni tak puas hati mana adil depa semua banyak baju, ibu sorang je satu. Kalau ada terbekenan ibu nak juga grab lagi satu. Alasan reward untuk diri sendiri setahun sekali.huhu..

Roster raya pun dah arrange. Aku kena kerja petang raya 1st, raya 2nd dapat Kelepasan Am pastu terus kerja hingga raya seterusnya. Raya kartun je la tahun ni nampaknya.  Apa pun raya tetap raya. Dah 11 tahun kerja macam ni gaya rayanya dah terbiasa.

Nantikan update cookies raya kalau ada.hehe..






Thursday, June 08, 2017

11th Annivesary



Alhamdulillah 11 tahun bersama suka duka diserikan dengan anak2 yang sado comel semuanya. Fasa semakin memahami diri memasing, dah tak kuasa nak bergaduh masam muka merajuk, tapi bertekak all the time itu wajib setiap hari.haha..

Selalunya aku akan cuba la buat sesuatu sebagai tanda ingatan. En suami tak tau pun aku buat kejutan orderkan cream puff ni..ye la bulan puasa kan, lagipun birthday Aryan dah dekat..so kita buat kelaianan sikit selain kek. Macam biasa konon la nak suprised sangat, aku yang nak makan.haha..


Petang en suami kerja, aku arrange suprise delivery kat tempat kerja. Jadi tak berapa nak suprise sangat pun malas la nak cerita panjang spoil betul si penghantar suprise.huhu..Yang penting misi dah tercapai nak happykan pasangan kita tanda penghargaan dan ingatan. 



Pulun la sangat kan kat kad nak jugak tulis yang cantik manis.hahaha

Takda yang istimewa selain doa yang tak putus semoga hubungan yang dibina kekal ke syurga. Tahun lepas dah asah bakat berpuisi, perjalanan masih jauh, kita simpan sikit skill yang ada.kihkih




Monday, June 05, 2017

Resepi Popia Inti Cheese Sedap



Pertama kali buat haruslah masuk blog.hehe..Tahu Aiman kata apa???

"Rasa macam nak makan lagi popia ibu..sedap pulak..ibu masak apa pun mesti sedap..setiap kali buka Aiman mesti gembira..Ibu selalu gembirakan Aiman" hahaha..

Sweet talker ayat buku teks sejak azali sangat kan. You know Aiman.huhu

Lama dah ni dok tengok orang tayang sana sini, Ramadhan kali ni baru terdetik nak cuba buat dan merasa sendiri. Inti dia lebih kurang kuah spageti carbonara ja. Lupa pulak aku nak snap bahan-bahan yang digunakan. Aku rasa ramai je kot yang tau, nak buat pun mudah sangat. Let's see the receipe..haa omputih baq hang.hahaha..


Resepi inti popia

 Dadukan bawang besar + bawang putih pastu tumis sampai kekuningan. Masuk daging didadu kecil, masak hingga agak garing kemudian masukkan 1 tin sup cendawan ayam campbell + potongan sosej + 1 tin potongan cendawan. Perasakan dengan gula + garam. Siap!

Daging tu boleh je tukar dengan ayam dadu tak pun daging or ayam kisar. Nak add on hirisan karot pun ok. Aku guna apa bahan yang ada je. Letak slices cheese dan balut popia macam biasa. 1 slices tu aku potong 6, so jimat. Angpa kalau kaya boh ja 1 slices 1 popia.hahaha

Ni popia cheesenya tak berapa nampak leleh boh cheese sikit je.hihi

Budak tak posa makan sosej ja cendawan buang.haha

Boleh buat banyak-banyak dan frozenkan lagi sedap tau. Aiman mintak buat lagi..Tunggu ibu rajin la Aiman oii. Sekarang mood memasak tak berapa on sangat. Sibuk dengan bundle, mengemas tak sudah-sudah nak raya kan.