Pixajoy

Friday, June 23, 2017

Home » Daftar Afia Sekolah

Daftar Afia Sekolah



Kami dah daftarkan Afia ke pra tahun depan. Insyaallah kalau dapat senang dah tak payah fikir mana tadika nak hantar. Tahun depan 5 tahun dah ye baby bambam ibu. Rasa macam baru je tengok Afia baby, sekarang dah pandai melawan cakap, very independent semua nak buat sendiri.

Macam biasa nak isi form mesti kena tangkap gambar. So kami ke Central Square bawak Afia masuk studio.haha..Musim raya kan model cilik mood baik rajin nak posing so kita layankan aje.huhu..






Dah lama tak masuk sini tak perasan kedai gambar dah takda kat bawah. Ibu dengan abah menonong ja masuk kedai kata nak tangkap gambar pastu tengok2 rupanya kedai cermin mata.hahaha gelak besar disitu tersalah masuk kedai.

Ok action smile!


Gambar pertama Afia

Afia dah tak sabar nak sekolah. Next year kita tengok kerenah dia mulakan persekolahan camna. Don't cry ya Kak Pia.hihi..



3 comments:

mamapp said... Best Blogger Tips

Kemain lagi afia. Pandai dia posing2 bergambar ye

nini said... Best Blogger Tips

Wah dah nak sekolah dia...betula kejap je masa berlalu kan...sedat sedar anak dara ni dah besaq...hihi

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Pandai pulak Kak Pia senyum ....
Kita tengok sapa yg nangis tahun depan? Mak dia ka Kak Pia ka ...