Pixajoy

Monday, June 05, 2017

Home » Resepi Popia Inti Cheese Sedap

Resepi Popia Inti Cheese Sedap



Pertama kali buat haruslah masuk blog.hehe..Tahu Aiman kata apa???

"Rasa macam nak makan lagi popia ibu..sedap pulak..ibu masak apa pun mesti sedap..setiap kali buka Aiman mesti gembira..Ibu selalu gembirakan Aiman" hahaha..

Sweet talker ayat buku teks sejak azali sangat kan. You know Aiman.huhu

Lama dah ni dok tengok orang tayang sana sini, Ramadhan kali ni baru terdetik nak cuba buat dan merasa sendiri. Inti dia lebih kurang kuah spageti carbonara ja. Lupa pulak aku nak snap bahan-bahan yang digunakan. Aku rasa ramai je kot yang tau, nak buat pun mudah sangat. Let's see the receipe..haa omputih baq hang.hahaha..


Resepi inti popia

 Dadukan bawang besar + bawang putih pastu tumis sampai kekuningan. Masuk daging didadu kecil, masak hingga agak garing kemudian masukkan 1 tin sup cendawan ayam campbell + potongan sosej + 1 tin potongan cendawan. Perasakan dengan gula + garam. Siap!

Daging tu boleh je tukar dengan ayam dadu tak pun daging or ayam kisar. Nak add on hirisan karot pun ok. Aku guna apa bahan yang ada je. Letak slices cheese dan balut popia macam biasa. 1 slices tu aku potong 6, so jimat. Angpa kalau kaya boh ja 1 slices 1 popia.hahaha

Ni popia cheesenya tak berapa nampak leleh boh cheese sikit je.hihi

Budak tak posa makan sosej ja cendawan buang.haha

Boleh buat banyak-banyak dan frozenkan lagi sedap tau. Aiman mintak buat lagi..Tunggu ibu rajin la Aiman oii. Sekarang mood memasak tak berapa on sangat. Sibuk dengan bundle, mengemas tak sudah-sudah nak raya kan.



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

perghh..melazatkan..hihi

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

Sedap nampaknya inti popiah cheese tu. Lain dari yang lain.