Shopping awal tak kalut.haha..Kami kan biasa shopping last minute...kali ni dengan Aryan sado lagi berdukung, aku dah malas nak outing time puasa. Baju Afia Aryan dah beli online. Baju ibu je tak jumpa lagi yang berkenan.
Jumaat lepas kami ke BTM cari baju melayu Aiman dan abah. Malangnya warna yang dicari nak match dengan Afia Aryan tak ada. So belasah je la warna lain. Nanti cuba la matching, tapi rasanya macam dah cacamerba kontra sangat warnanya.huhu..
Ikut hati nak je beli baju baru kat Afia Aryan same color dengan Abah dan Aiman, tapi membazir la pulak..Afia punya dah beli 2 pasang..nak beli lagi, dah la pakai sat ja...mau en suami hingaq.hihi..
Happy kemain kita lepas dia kat bawah. Habis dia punggah stok baju orang.haha...
Dah setel baju melayu En suami dan Aiman, konon nak shopping barang untuk puasa, tapi memasing lapar, kita isi perut dulu.
Air semua sedap
Adik Aryan well behave..ibu sumbat garlic bread tu yang diam.
Lapaq teruk sampai fries belasah licin yang ni dulu
Abang Aiman tidoq plak
Pizza baru ni sedap la
2 regular pizza with all side dish selesai.hahaha
Bila dah kenyang nak shopping pun dah malas. Lain nak dibeli, jadi lain benda masuk troli.
Tinggal baju kasual raya Aiman dan kasut raya je rasanya. Baju raya ibu tak tau la apa cerita. Cari online pun serba salah size bila dah membesar bagaikan juara ni.huhu..Baju kasual Afia Aryan semua beli dari bale bundle ibu. Jimat!
Pulun tulis Part 1. Part 2 nanti kalau busy belum tentu masuk blog. I try my best.haha..
9 comments:
bila dah siap awal senang sikitkan, puasa nanti penat nak berjalan, tapi saya ni satu apapun tak beli lagi
Alahaaii dah shopping raya? I kan... tiap2 tahun azam nak shopping awal2 waktu, tapi last2 jadi last minute jugak.... Harap tahun ni ada pembaharuan hehehe. Selamat berpuasa!
Kita dah siap baju raya sendiri, PK. Selalu pun asyik kita aje yang last bersiap tau. So kali ni kita dulukan diri sendiri. Anak-anak tahun ni macam tak nak beli baju Melayu/jubah sebab semua tak mahu pakai. Kita pakaikan tshirt ngan jeans di pagi raya boleh kot. Hahaha!
bagus siap awal2... kang oenat nak mencari tgh2 puasa, berdukung lagi, panas lagi...erk macam xsanggup plak..
CH dah beli baju raya utk diri sendiri dan 2 anak dara tu..
Nabil dan abahnya selalu beli nak raya huhuhu..
Senangkan PK bila dah beli baju utk anak2..
Selamat berpuasa PK..
Uiiii dah siap soping dahhhh....
Kita tak de mood nak soping lagilah PK. Biaq pilah. Tunggu mood mai baru soping nampaknya...
Tema apa tahun ni?
waaa da siap shopping.! hehehe senang kak settle awal2. Puasa nanti tak rushing nak shopping. lg satu letih jgak nak berjalan dengan org ramai.. hehehe.. btw, kak pizza baru tu mmg nampak sedap! =)
Mama pun baru lepas shopping raya semalam sampauli hilang handbag hihi. Apapun senang dh beli baju awal kan
alahai sy jugak yg belum shopping baju raya :P
Post a Comment