Pixajoy

Monday, April 23, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 7



Alhamdulillah sekarang Afia dah proceed BAK 8. BAK 7 ni ambil masa yang lama juga untuk mantapkan suku kata tertutup. Suku kata terbuka nampak Afia dah mantap. Dah takda idea nak buat aktiviti apa. Ni antara simple activity yang kami buat untuk Buku 7.

Keep repeating padankan perkataan dengan gambar & buat latihan dalam buku fonetik 

Lekat sticker lagi. Baca perkataan yang ibu tulis pastu ambik sticker mana yang suka dan lekat.

Ibu tulis perkataan pada ice cream stick pastu sambil baring, dalam kereta pun boleh baca. Senang nak angkut mana pun. Mula2 Afia suka sangat idea ice cream stick ni pastu boring tak mau baca dah.huhu

Roll & Read. Lambung dice pastu baca ikut nombor pada dice.

Selain flash card, menulis juga salah satu cara untuk mantapkan suku kata tertutup. Ibu sebut minta Afia tulis pastu Afia suruh ibu sorok perkataan, dia cari dan baca. Idea menulis tu dari Afia sendiri. Ibu pun tak sangka dia boleh menulis dengan baik seiring membaca. 

Main masak-masak. Ibu prepare menu Afia baca dan masak pastu mark ikut nombor.  


Nak tempek gak kat sini Teacher Mok Cun share post ibu. Alhamdulillah ibu ada ajar menulis sikit-sikit tapi tak sangka Afia lebih advance dari apa yang ibu expect.


Hampir 6 bulan juga ( termasuk cuti ) usaha ibu ajar Afia membaca. Syukur walaupun pelbagai halangan dan rintangan, at last dah nampak hasilnya.    





Monday, April 02, 2018

Aryan Nufael 21 Bulan



Aryan 1 tahun 9 bulan. Semakin sado dengan kerenah yang sangat menghiburkan. Suka sangat buat messy, hasil kerja dia kadang-kadang sedikit mendatangkan marah, tapi end up macam mana pun ibu akan melting juga. Macam mana nak marah kalau dia dok sengih buat muka tak bersalah langsung.

Sengih yang exactly like this bila buat salah

Dah sama besar Kak Pia.

Si muncit..perut tu dik..bila tanya mana perut mesti tangan tunjuk perut dengan muka repeat seperti pic mula2 tadi.hehe

Naughty face. Rutin hari minggu ikut ibu pi work.. Saya belum mandi tak tuntuang

Check up haritu timbang berat Aryan 14.5 kg. Fuhh semangat dok kat line merah dah kata nurse. Nurse tak aci tak kira BMI..aryan ni tinggi..i'm not fat..i'm just big bone, kata Aryan sado..haha

Fasa sekarang sangat independent..nak pakai selipar sendiri, nak makan minum sendiri, dah boleh harap naik tangga sendiri, how time flies..tak puas rasa gomoi Aryan masa baby.

Nak makan sendiri tu dah bagus, ibu pulak yang bertabah nak mengemas

Balik dari umah mak pengasuh sambung tidur letih teruk. Sebijik rambut Kak Pia dulu2. Ibu sayang nak potong rambut Aryan...macam gegurl kan.huhu

Umur sekarang Aryan dah semakin banyak cakap dan mengajuk. Banyak word 1 perkataan dia dah boleh sebut dengan fasih. Boleh trace banyak benda dan pandai berinteraksi dengan percakapan even kebanyakan benda dia sebut yang belakang saja. 

Aryan sangatlah minat buku. Ini satu yang sangat beza dari abang dan kakak dia. Harap-harap sampai besar la kan minat buku. Ibu ni entah berapa kali sehari kena layan read aloud. Setiap masa datang di riba minta kita bacakan untuk dia.

Dictionary picture book camni bagus untuk budak sebaya Aryan. Ada lagi 2 3 buah buku tapi yang ni paling Aryan dan ibu suka.

Mat sengih dari kecik. Sejenis suka senyum.

Kuat mengadak air batu. Haa yang ni tak pantang. Sebab dia tonsil ibu bagi ja.Ok alasan tak kukuh.haha..

Pakaian musim hangat. Singlet tu gegurl sangat..i'm still abang sado tau. 

Pantang nampak tudung sibuk suruh ibu pakaikan pastu semalam first time dia kata kat ibu.." baq.." suruh ibu tangkap gambaq dia..kemain sangat Aryana ni!