Pixajoy

Sunday, July 31, 2011

Drama Kasih Alia Slot Akasia TV3

 


Kerana kasih ku tempuhi sengsara! Tengok promo kat tv macam best jer drama Kasih Alia. Drama Slot Akasia nie menggantikan Dewa Cinta dan akan mula ditayangkan esok, 1 Ogos 2011. Saat orang sibuk nak buka puasa, aku sibuk nak tengok cerita nie.huhu..Macam la dapat tengok sangat kan. Mungkin dapat layan sebelum berbuka. Serius cakap Dewa Cinta langsung aku tak ikut pasal aku tak berapa suka dengan pelakon-pelakonnya. Lagipun entah apa-apa jer si Iqram dengan Zed Zaidi tu asyik nak bergaduh.


Kasih Alia dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Fida Ibrahim, Irma Hasmie, Sheila Rusly, Zarina Zainoordin, Yatt Haryati, Sharnaaz dan Feeya (Dj Era). OST Kasih Alia berjudul bertajuk Teriakan Kalbu akan dinyanyikan oleh heroin drama nie iaitu Fida sendiri.  Nie drama pertama rasanya aku tengok Irma selepas bertudung. Feeya nie langsung aku tak kenal. Almaklum dah bertahun tak dengar radio.hikhik.. Beliau akan memegang watak gedik sebagai Intan dalam Kasih Alia. Aku pun google gambar Feeya. Nie rupanya....Lawa jugak!




Kasih Alia mengisahkan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Jangan tak buka puasa pulak semata nak tengok Kasih Alia.ahakz...







Apa Ada Dengan Filem Tamil?


Salam Hujung Minggu

Malam tadi entah apa yang en suami gelak berdekah-dekah tengok filem tamil. En suami nie minat sangat dengan filem tamil dan hindustan. Lagi-lagi Rajnikanth, hero pujaan beliau. Cerita padayappa tu entah berapa ratus kali beliau tengok. Siap beli dvd segala.haha..


Bukan tak ada filem tamil yang menarik perhatian aku. Ekceli kadang-kadang filem tamil nie lagi menarik jalan ceritanya. Aku lagi suka filem tamil dari hindustan. Tapi ada banyak benda dalam intipati filem tamil yang aku tak boleh take it!

Hero filem tamil liat nak mati!
SUMBER GAMBAR
Betul tak? walaupun berlawan tahap ganas gila babun pun tetap kuat. Dah beribu kali kena sepak terajang dengan musuh langsung tak menunjukkan kesakitan. Bila belasah penjahat tu punyalah nak tipu. Sampai 30 orang tumbang. Kalau kejar penjahat tu kuat pulak lari walhal hero pun gendut. Kalau tembak penjahat tu semedang kena. Penjahat tembak hero langsung tak kena. Sangat liat nak mati!. 'Yang paling best' ganas woo berlawan mesti kena pakai parang! Aisey..


Lagu dan tarian sama banyak dengan cerita
Baru nak layan cerita, hero dan herion dah gedik nak joget-joget. Pastu yang tak boleh blah bila mula menari muncul pulak beratus-ratus mamat dan minah tamil menari ikut rentak yang sama. Entah dari mana datang aku pun pelik. Misteri betul! Dah tu hero dan heroinnya boleh pulak tukar baju bagai 10 helai hanya kerana sebuah lagu. Dalam dok peluk-peluk guling-guling macam tenggiling bila depa tukaq?


Hero tak kacak tapi heroin mesti cantik
Dalam kebanyakan cerita, hero mesti hitam, ada jambang, berbulu, kadang gemuk dan gendut pun ada..Tapi kalau heroin mesti kulit putih. Muka ada cun jugaklah. Kadang dah macam heroin hindustan. Macam tak sesuai dan tak sepadan bila heroin lawa bergandingan dengan hero yang tak hensem.hoho..


Ekceli banyak lagi yang aku tak puas hati dengan filem tamil nie. Tapi aku bagi tiga cukup. Kalau nak aku kupas isu lawak bodoh tahap bangang dalam filem tamil panas telinga pulak peminat-peminat Rajnikanth! 


Korang layan video nie : 





Terhibur?hakhak...




Saturday, July 30, 2011

Cara Melatih Anak Berpuasa



Salam Bahagia,

Menjelang Ramadhan, anak-anak sudah tentu bersemangat untuk belajar berpuasa. Pada pendapat korang berapa umur yang sesuai untuk kita mengajar anak berpuasa? Menurut pakar, pada usia 7 tahun adalah yang paling sesuai untuk melatih anak-anak berpuasa. Anak-anak yang berusia 5 hingga 6 tahun sudah boleh mencuba untuk berpuasa. Aiman baru 4 tahun. Aku rasa aku sudah boleh mendidik Aiman untuk belajar berpuasa. Didik puasa bukan paksa puasa! Nak share sedikit cara melatih anak berpuasa yang aku dapat dalam majalah Pa&Ma.




Bangun Sahur
Pastikan anak bangun sahur. Hidangkan makanan seimbang dan jangan lupa beri segelas susu agar tubuhnya mendapat nutrien yang cukup sepanjang berpuasa.


Usah Memaksa
Sewaktu puasa tentu anak akan berkeinginan untuk makan dan minum. Jika anak merasa lapar, cuba buat strategi melengahkan waktu. Contohnya seperti "Tunggu 10 minit lagi ya Aiman!" atau "Lepas azan zohor nanti baru boleh buka". Setiap hari cuba panjangkan waktu hingga anak boleh menyudahkan puasa sehari. Selain itu, sebagai ibu bapa kita tidak boleh memaksa untuk dia berpuasa. Cara yang terbaik ialah memberi galakan dengan kata-kata motivasi dan jelaskan kelebihan berpuasa.


Buat Kejutan
Hidangkan hidangan kesukaan anak yang jarang di nikmati pada hari biasa agar anak lebih bersemangat dan sabar menunggu waktu berbuka. Ada jugak sesetengah ibu bapa yang memberikan reward dalam bentuk wang atau hadiah jika anak menghabiskan puasa satu hari. Ini boleh jugak dilakukan asalkan anak di didik dengan kelebihan puasa. Hadiah hanyalah sebagai pendorong.


Didik Anak Supaya Bersabar
Peranan ibu bapa untuk membantu melatih kesabaran anak menunggu waktu berbuka sangat penting. Nyatakan pada anak bahawa puasa ini adalah perkara yang sangat baik untuk kesihatan. Ceritakan juga pengalaman berpuasa kita sewaktu kecil kerana dia pasti mahu mengikut kejayaan kita. Selain itu yang paling penting, didikan kepada anak mengenai Islam dan kewajipan berpuasa.


Segelas Susu Sebelum Tidur
Beri pujian pada anak setelah berjaya berpuasa pada hari tu. Selepas mengajar niat berpuasa, bacakan kisah-kisah teladan mengenai ramadhan sebelum dia tidur. Kemudian berikan segelas susu supaya tubuh anak cukup nutrien dan segar untuk berpuasa pada keesokan harinya.


Apa yang penting jangan paksa anak untuk berpuasa. Jika kita terlalu memaksa, dia mungkin akan tertekan dan langsung tak mahu mencuba untuk belajar berpuasa. Anak-anak seharusnya perlu menjalani ibadah puasa dengan hati gembira dan penuh semangat! Korang boleh share cara korang melatih anak yang boleh aku jadikan panduan untuk ajar Aiman berpuasa ok.








                                               

Friday, July 29, 2011

Download Takwim Ramadhan 2011



Assalamualaikum


Lebih kurang tiga hari lagi semua umat Islam akan berpuasa. Ramadhan merupakan bulan keberkatan. Sama-samalah kita memperbanyakkan ilmu ibadat di bulan yang mulia. Salam Ramadhan untuk semua blogger!! 





Korang boleh download Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M DISINI





Wednesday, July 27, 2011

Resepi Donut Kentang Demam Bola



Salam korang..


Bahang demam bola makin terasa. Esok perlawanan antara Malaysia dan Singapura kan? Tiket pun dah habis dijual. Pada peminat bola macam en suami memang ternanti-nantilah perlawanan nie. Pada aku yang tak berapa minat bola, aku bikin donut bola sajalah.hakhak..


Mulanya nak buat esok. Bolehlah en suami menonton bola sambil menjerit macam kera sambil makan donut kentang demam bola. Memandangkan esok kerja office hour, fikirkan penat, fikirkan tak sempat, hari nie sajalah aku buat. Biasanya donut yang korang makan ada lubang di tengah. Donut aku bulat macam bola. Ekceli malas nak buat lubang. Orang malas buat kuih mana ada acuan donut segala. Harap maklum!




Bahan-bahan


250gm tepung gandum
2 biji kentang ( di rebus dan di lenyek )
2 sudu susu tepung. (aku curi susu Aiman.hehe..)
2 sudu susu pekat
1 biji telur (di pukul sedikit)
1 1/2 sudu marjerin
2 sudu gula
1 sudu yis
sedikit garam
sedikit air suam


Cara-cara


Masukkan semua bahan dan uli hingga melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut. Perap doh selama sejam hingga naik 2x ganda. Selepas itu, tumbuk doh dengan penuh kasih sayang untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan doh dan biar lagi hingga donut naik 2x ganda. Akhir sekali bolehlah goreng. Sira dengan gula kalau suka. Kalau suka coklat, boleh boh coklat masak. Kalau agak malas, donut kentang nie memang sungguh enak di makan begitu saja!







                                                




Wordless Wednesday: Aerobik



                                               


Tuesday, July 26, 2011

Ustaz Kazim Elias


Assalamualaikum..

Tak sabar nak sambut puasa.
 Jangan main mercun ya! 
Malam tadi lewat tidur sebab dok layan ceramah ustaz kazim dengan en suami.
 Ustaz kazim antara penceramah yang paling aku suka.
 Ada banyak lagi ceramah yang best-best misalnya Tackle Hati Isteri. 
Dah banyak kali dengar masih lagi nak gelak..



* Hari nie hari menyibukkan diri. Tak sempat nak cerita dah! Nak masak untuk en suami berbuka. Malam nie kerja. Malas bawak netbook pasal line buat hati sakit. Terima kasih pada yang berkunjung. Esok saja aku BW!


                                               

Supermak Episod 1



Semalam korang tengok Supermak? Boleh tahan best dan lawak..Lepas nie pacak kepala lagilah depan TV setiap hari Isnin. 13 episod jer Supermak nie. Part paling best masa Nasha kata "Aku bukan mak biasa..Aku supermak!" haha suka2..


Pada korang yang tak sempat tengok aku cerita sikit Supermak episod 1. Cerita berkisah Amy Salim (Nasha Aziz) seorang suri rumah yang ada kekuatan luar biasa bak superhero. Eh kalau perempuan superheroin la kan. Amy dapat kuasa sakti sejak dari kecil lagi. Waktu kecil Amy dikisahkan sekitar 80an. Sewaktu bermain dengan seorang kawan disebuah rumah usang, kawan Amy di hempas almari, Amy menggunakan kuasanya untuk selamatkan kawan dia tu.


Pada tahun 2011, sewaktu Amy di bandar, ada rompakan berlaku. Amy cuba hendak menumpaskan perompak-perompak tersebut. Aksi Amy kelakar jugak time nak terjun dari bangunan, boleh pulak jawab panggilan ayah dia dulu. Dua perompak dapat ditumpaskan oleh Supermak. Malangnya ketua perompak berjaya pulak larikan diri. Amy kelam kabut sebab dah lambat nak ambil anak dia, Ayesha dari sekolah. Si Ayesha tu hidup jugak wataknya. Pandai berlakon!


Tapi aku agak jelik dan menyampah bila Ayesha tarik muka, pastu suruh Amy bukak pintu kereta. Mengada sangat! Tak patut seorang anak buat macam tu kat maknya. En suami yang sedikit emo cakap, kalau anak aku, aku lempang! bukak arr sendiri!" haha..Mungkin nak gambarkan yang Amy nie mama penyanyang kot. Rupanya Amy ada seorang lagi baby yang comel nama Amril. Geram tengok muka Amril nie. Comel gila..


Di rumah Amy melakukan segala kerja rumah sepantas kilat. Senanglah lipat baju, mop lantai segala sebab ada power kan..Masa suami Amy balik dari kerja teruja jugak nak tengok siapa suaminya. Rupanya polis yang siasat kes rompakan lakonan Azhan Rani tu suami Amy. Aku memang suka lakonan Azhan Rani. Penyiasatan Amy tak habis disitu, Amy terserempak dengan ketua perompak yang terlepas tu dan mengikutnya. Ketua perompak tadi dah merancang nak melakukan rompakan lagi.


Di akhir cerita, muncul watak Zul Yahya. Dengarnya Zul Yahya nie watak jahat yang merupakan musuh supermak. Kalau cerita lawak, ok jugak kan watak Zul Yahya nie..Mintak-mintak menjadi. Kalau nak bandingkan Kaber hero Kaber zero, best lagi Supermak. Budak-budak sukalah cerita superheroin macam nie. Aiman pun suka Supermak!








                  
                              

Monday, July 25, 2011

Rezeki Tudung Ariani



Dalam kelam kabut kehidupan
Pejam celik berputar waktu
Saat ke minit
Jam berganjak hari
Satu ditambah
Panjanglah umur

Syukur masih bernyawa
Selamat Hari Tua..

Semoga dibawah lindunganNYA dan berbahagia bersama famili serta bertambah rezeki dengan bertambahnya umur..Selamat Hari lahir MP..:)


Tak sangka pulak dengan ucapan serba ringkas nie rezeki aku dapat tudung Ariani. Semua gara-gara Contest Paling Simple MP. Tadi balik kerja dah terburai dah isi perut bungkusan. Kerja en suami dan Aiman! Terima Kasih yer Kak Mulut Payau.


Batik gitu!



                                               

1st Give Away Lucky Draw d'Sweetchoc

Nak join KLIK BANNER

Ditag oleh
ummi hanie, jom rongakkan gigi. Aku tag fanatik GA,
 Intan Berlian dan Mama Najla
Tarikh tutup 
31-07-2011





                                                

Sunday, July 24, 2011

Drama Kitab Cinta



Salam


Hari nie cuti. So nak layan Tahajjud Cinta pasal aku dah ketinggalan dua episod. Macam mana boleh lupa nak tengok. Masa layan episod 3, boleh tahan jugak drama arahan Erma Fatima nie. Aku pun dengan yakinnya bukak la youtube, pastu taip Tahajjud Cinta. Aku terus menonton tanpa sedar sebenarnya aku dah terlayan Kitab Cinta. Patut la rasa lain macam jer ceritanya.haha..Aku ingat Tahajjud Cinta pasal pelakon Kitab Cinta pun Fazura jugak kan..


Dah terlanjur layan best jugak cerita nie. Selama nie aku tak tau pun kewujudan Kitab Cinta di TV Al-Hijrah. Drama Kitab Cinta diadaptasi daripada novel Kitab Cinta nukilan Taufiqurrahman. 




Ini adalah senaskah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menyusuri maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain. Kau adalah syurga, aku yakini itu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang gembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa. Maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. Marilah kita berjalan menuju kepadanya. Menghadap dan bersujud. Memalingkan wajah kepadanya. Memberikan segala jiwa kepadanya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati. Kerana cinta buatnya akan kekal abadi..


Aduh..Terus jatuh cinta sama Wali..hahaha..






Saturday, July 23, 2011

Salon Di Rumah



Ingat tak entri NIE? Kali nie dah takde istilah style! Aku dah jumpa mesin potong rambut. So semalam kami bukak salon kat rumah. Dua kepala telah berjaya di botakkan. Aiman dah abahnya dah jadi sekacak botak juvana.haha..


Makin bulat! Abaikan keadaan bilik yang berselerak!

Siapa kata botak tak kacak?







Menggila Laksa Utara



Hari nie aku masak laksa. Dulu laksa makanan kegemaran aku. Aku dan aruah mak punya minat yang sama. Tapi 5 tahun kebelakangan nie aku seakan sudah melupakan keenakan laksa. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin dah jemu. Seingat aku, masa aku tinggal di Johor, cuma dua tiga kali aku buat laksa. Ikan kat sana pun susah nak dapat dan gila mahal..


Sejak pindah SP, rajin pulak aku buat. Baru tiga bulankat sini, dah lebih 5kali rasanya aku buat laksa. Salah satu sebabnya kat area sini senang nak dapat ikan. Aku buat kuah pakai ikan kembung jer. Kalau kat pasar malam area rumah aku, ikan kembung sekila RM4. Bila dah malam harga makin turun hingga RM2 sekilo. Semalam aku pergi pasar lepas maghrib. Aku dapat ikan kembung 3kg cuma RM5 sahaja. 


Memandangkan ikan banyak, hari nie aku buat laksa lagi. Aku buat laksa main bedal jer walaupun tak ada daun kesum segala. Kalau ada jer boh. Sejak dua menjak nie menggila pulak makan laksa. En suami dan Aiman tak suka sangat. Pernah hari tu aku makan laksa sebungkus seorang selama 3 hari.haha..




Kalau makan laksa mesti ada rencah macam telur rebus, timun, bawang dan lada kecik. Ada jugak orang yang suka letak air perahan limau dan daun selom kan. Masa kat johor aku tengok daun salad pun dieorang boh. Aku pulak tak suka semua tu. Aku suka makan kosong, cuma laksa dan kuah banjir. Kalau telur aku suka la. Tapi hari nie malas nak rebus telur. Boh kicap pun sodap!







Katakan Tidak Pada Ubat, Petua Mudah Yang Boleh Diamalkan Di rumah





Amik kau tajuk panjang berjela!hoho..Hari ini aku nak berkongsi petua mudah untuk mengatasi masalah kesihatan yang boleh diamalkan di rumah. Ia dapat menjimatkan kos dan yang paling penting mengurangkan kebergantungan kita terhadap ubat-ubatan.


Ramai daripada kita tanpa sedar terlalu bergantung terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria atau virus penyebab penyakit menjadi semakin imun sedangkan masalah kesihatan yang kita alami adalah kecil. Contohnya dalam pengambilan 'paracetamol'. Ada yang percaya ini merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun sebenarnya ia hanya melegakan sahaja. Malah 'paracetamol' juga memberi kesan buruk seperti kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang.


Katakan tidak pada ubat...


Ekceli aku nie bukan spesis yang suka makan ubat. Kalau setakat sakit kepala aku bawak tidur jer. Kalau demam pun aku tak layankan sangat, bangun pagi terus lega. Aku pernah dengar yang sebiji panadol yang kita makan akan tinggal dalam badan kita selama 5 tahun. Waa takutnya..Ok enam petua yang boleh diamalkan:


DEMAM


Perkara yang paling senang untuk dilakukan untuk mengurangkan panas badan ialah sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan. Selain itu ambil makanan yang lembut seperti bubur dan rehat sebanyak yang mungkin. Banyakkan minum air juga untuk menggantikan cecair badan yang hilang.  Ini satu lagi petua yang boleh dicuba. Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.


SELSEMA


Seperti demam, selsema juga memerlukan rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak. Ambil banyak buah-buahan atau jus seperti  oren dan jambu batu. Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari. Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.


SAKIT TEKAK


Untuk menghilangkan tekak yang perit, letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam kemudian kumur.


SEMBELIT


Banyakkan minum air bagi melegakan sembelit. Selain itu banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh.


SAKIT KEPALA


Petua nie memang aku pun pertama kali tau. Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum. Cara lain ialah dengan mengenggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi. Selain itu oleh juga ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.


CIRIT - BIRIT


Banyakkan minum air juga untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa. Ini kerana perut kita yang kejang tidak akan menerima air yang banyak dalam satu masa dan boleh menyebabkan kita muntah. Selain itu minum teh kosong tanpa gula juga boleh juga diamalkan untuk melegakan cirit birit. Elakkan pengambilan susu.


Mungkin ada diantara petua nie yang memang korang sedia maklum, tapi tak ada salahnya berkongsi pada yang belum tahu. Ini mungkin petua mudah yang boleh kita amalkan sendiri di rumah, tapi kalau sakit berlarutan, terpaksalah jumpa doktor jugak kan. Selamat mencuba!




SUMBER : http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/3156.html




SEGMEN : PUASA DAH DEKAT NIE..!!





Salam bahagia,


Semalam ternampak kak mimi buat segmen. Nak join tapi macam malas. Oleh kerana kak mimi dah delay tarikh tutup segmen nie, aku rasa nak join jugaklah..pasal aku bagi sokongan pada ahli ksrs. Lagipun kami berkongsi nama murni. Bukan senang nak cari orang yang nama "aura cikgu murni" macam kami ni.huhu..Aku pun selalu jugak komen kat entri kak mimi. Kak mimi pun tak lupa membalas kunjungan ke blog berkutu nie..


Banyak sangat membebel. Puasa dh dekat nie!! Sedar tak sedar seminggu lagi semua umat islam bakal menyambut ramadhan. So nak cerita kisah di bulan puasa. Alkisah cerita berlaku pada tahun lepas waktu aku masih di Johor. Suatu hari di bulan ramadhan yang keberapa ntah aku pun tak ingat, en suami menyatakan hasrat untuk menziarahi adik beliau yang tinggal di Pekan, Pahang. Jarak antara rumah aku ke rumah adik ipar aku, Adha adalah kira-kira 4 jam perjalanan. 


Waktu tu matahari dah terpacak, en suami plak last-last minit baru tercetus idea nak bermalam di rumah Adha. Sekejap kata nak pergi, sekejap kata tak nak..Dok main tarik tali macam acara family day. Sedar tak sedar, sampai petang baru kami bertolak. Kalau tak sempat buka puasa di Pekan, kami rancang untuk berbuka di dalam perjalanan.


So aku, en suami dan Aiman pun bersiap untuk mulakan perjalanan. Jalan untuk kesana bukannya lalu highway. Kalau ada highway senanglah berhentian di R&R. Melihat jam sudah menghampiri pukul 7, en suami singgah di bazar ramadhan beli juadah untuk berbuka sementara aku dan Aiman tunggu dalam kereta. Malas nak kejutkan Aiman yang tengah tidur. Ekceli perjalanan kerumah Adha dah tak jauh, tapi oleh kerana waktu berbuka hampir tiba kami berhenti di Lemban Condong. 


Lemban condong nie cuma ada sebuah kedai makan dan beberapa stall menjual barang mainan. Oleh kerana bulan puasa, kedai makan tersebut tutup. Takkan nak duduk kat situ pulak. Dah la takde lampu. Kami berhenti betul-betul depan kedai makan tu. Ada la beberapa orang yang turut sama berhenti kat situ. Mulanya nak makan nasi dalam kereta, tapi merasa tak selesa, aku pun teringat dekat bonet ada tikar. 


Idea pun datang untuk membentang tikar sebelah kereta. Aku membayangkan candle light dinner bersama en suami. haha walhal sebatang lilin pun tak ada. Tapi port yang kami cari memang terang, bawah cahaya lampu. Menyedari azan akan berkumandang beberapa minit lagi, aku segera bentang tikar atas tanah. Sebelum duduk bersila, aku dan en suami cepat-cepat angkat makanan yang dibeli dari dalam kereta. Almaklum nafsu berbuka memang macam binatang. Beli segala mak nenek.haha..Rasa best pertama kali bukak puasa tepi jalan macam pelarian.


Dalam kesibukan tiba-tiba, "zam-zam alakazam.." rupanya Aiman tengah duduk atas tikar dengan gaya p.ramlee nak berlepas dengan tikar terbangnya. Kemudian terpacul lagi dari mulut comel tu, "bawa aku ke pasir berdengung!" dengan pelat budak 3 tahun,  hahaha gelihati tengok Aiman. Orang kalut nak bukak puasa, dia kalut dengan zam zam alakazamnya..Banyak sangat tengok cerita p.ramlee!! Lawak tak? Tak lawak pun gelak jer la untuk jaga hati aku.kihkih..


Sekian..


* Selamat menyambut puasa untuk semua. Semoga ramadhan kali nie beroleh baraqah..Amin...










Friday, July 22, 2011

Dr Sheikh Muszaphar Dapat Baby Girl





Pagi tadi masa tengok Nasi Lemak Kopi O dapat berita tentang kelahiran anak sulung Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Dr Halina selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.6kg semalam selepas menahan sakit kira-kira 18 jam. Kalau tak salah aku, tu yang aku dengar pagi tadi. Correct me if aku salah..Apa pun TAHNIAH kepada angkasawan negara dan isteri!








Thursday, July 21, 2011

Drama Annissa Episod Akhir



Salam..


Korang tengok tak Anissa episod akhir? Aduh sedih la pulak time Balqis mintak maaf dengan Anna. Melankolik betul..Tapi kira adventure jugak cerita nie pasal apa yang berlaku memang tak dijangka. Tak sangka yang Anna akan tau cerita sebenar dari mulut peguam. Farid dan Anna sama-sama meninggal. Si Shila tu terus jadik biol.


Tapi aku tertunggu- tunggu jugak kemunculan Kamal untuk kali terakhir masa Sarah cakap nak datang ambik dia. Rupanya watak Kamal mati macam tu jer. Si pelakon abang ello-elo astro ceria tu pun tak tau apa jadi lepas langgar Farid dan Balkis. Kelakar pulak tengok rupa orang tua pakai baju sekolah. Terutama Rozita Che Wan.haha..




Apa pun aku puas hati dengan ending Anna muntah-muntah. Kedengaran suara Acik bercakap dengan Haikal kata nak dapat adik. Tercapai jugaklah hasrat Anna nak jadik ibu kan..Lepas nie takde dah nak tahan mata depan tv pukul 10.30 lagi..