Pixajoy

Thursday, July 07, 2011

Home » Fakta Tentang Hang Tuah

Fakta Tentang Hang Tuah




Adab tuan baik dijaga..Korang semua mesti dah tengok iklan nie kan?

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15. Hang Tuah juga merupakan Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal yang tiada tolok bandingnya.


Oleh kerana dah lama tak berfakta, petang nie nak share sikit fakta tentang Hang Tuah.

  • Menurut 1 kajian Hang Tuah 5 bersaudara bukannya berbangsa melayu,tetapi berbangsa cina dan berketurunan dari rombongan Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya yang seramai 500 orang ke Melaka suatu ketika dahulu. Nama cina mereka ialah Hang Tuah berbunyi Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Hanya Hang Kasturi sahaja yang dikatakan berbangsa melayu pangkal nama Hang oleh kasturi adalah kerana beliau  selalu bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po dan digelar Hang Kasturi. 
  • Kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”
  • Terdapat sebuah perigi di Melaka dinamakan perigi Hang Tuah 
  • Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar. Ini dikaitkan dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. 
  • Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat  ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi.
  • Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya
  • Nama Keris Taming Sari milik Hang Tuah sebenarnya adalah milik seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit yang kalah bertarung dengan Hang Tuah. Pendekar Jawa tersebut bernama Taming Sari. 
  • Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah. 
  • Dalam Hikayat Hang  Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain. Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang, Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.

Jom p carik kit kat..haha..


SUMBER : http://faktafaktamenarik.com/fakta-fakta-menarik-tentang-hang-tuah.html




10 comments:

mommyYen said... Best Blogger Tips

hai dear..
i dah tagg utk join GA..
http://darlingnathaniel.blogspot.com/2011/07/ga1st-giveaway-by-cempaka-kuning.html

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

menarik juge hang tuah ni ye..igtkn pandai brsilat jer..menari pun pndai ropenyer...

suke iklan kitkat tu :p

Muhd Aizie said... Best Blogger Tips

Salam. Saya pelajar kesusasteraan melayu. Ada juga belajar pasal hikayat hang tuah ni. apa yang saya belajar, hang tuah ni banyak version!

dalam karya-karya penulis melayu banyak menghasilkan nashkah drama pentas yang menjurus ke arah epik tuah dan jebat. tapi sampai sekrang bukti untuk mengatakan kewujudan Tuah memang tak jumpa lagi.
tapi makam jebat bersaudara, memang ada.

hanya Allah yang mengetahuinya ;)


kerdidlesa.blogspot.com

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mommyYen
ok tq..jap g terjah..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
hehe tu la tak sgka kan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

salam..itulah sypun pernah dgr yg hang tuah sebenarnya tak pernah wujud.hanya cerita dongeng.wallahualam..

Wanie said... Best Blogger Tips

hehe..bukan main lagi iklan kit kat tu..

bangsa cina eh?baru wanie tau..

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Teringat kata-kata Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang di dunia

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Wanie
haha kelakar m.nasir tu kan..ntah byk version kan cerita pasal hang tuah nie..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@anggunpesona
skang melayu dah makin hilang...:)