Ini cerita isnin lepas, lambat betul nak update. Dah basi pun. Menjenguk kedalam peti surat, nampak bungkusan untuk aku. Dah agak dah mesti dari mummy danny. Teruja nak bukak jugak sebab tak tau apa isinya. Lagipun ini bungkusan pertama atas nama aku sejak pindah..Kalau tak entah apa-apa surat orang lama dok menyemak dalam peti surat tu.
Ada beg sandang, cenderahati dari Langkawi dan sepasang subang berbentuk loceng. Aiman kata woo cantiknya beg..pastu yang cenderahati tu Aiman tanya apa nie ibu? Kacau-kacau untuk masak ke?haha benda tu dikatanya sudip..Sudip untuk main masak-masak bolehla anak oi..Aku pun tak tau apa bendanya nak explain kat Aiman. Sekadar cenderahati jer la..Nanti ditanyanya aku cenderahati tu apa..Sampai esok pun tak habis kalau melayan si chubby nie bercakap.hehe..
Beg tu aku potong talinya untuk nampak dewasa sikit.haha Sebabnya boleh aku pakai isi benda macam mekap ker kan. Lagipun aku tak suka sangat bawak beg tangan kalau pergi jalan-jalan atau pergi kerja. Senang isi benda dalam tu pastu tinggal jer dalam kereta. Takkan nak bagi Aiman pulak. Sesuai untuk perempuan jer kot.
Subang tu comel tapi sayangnya takde girl dalam rumah nie yang boleh pakai. Aku pun allergic dengan benda besi..Kalau pakai for sure jadi bintik2..Kalau dibiar boleh bernanah. Kulit aku demand silver dan emas original jer.haha..Apa pun tq yer mummy..Dah lama tak merasa hadiah GA..Lepas nie harap boleh bertuah lagi. Doakan yer..:)
8 comments:
waah...menang GA... tahniah-tahniah..cantik beg tu... penanda buku tu pun cantik...
pheeweeet
@YAYA AZURA
wo penanda buku ker..br tau.hahaha
@Lelord
yooo..
sama2.. bee tk leh pakai subang tu jugak anak pompuan rajin tukar2 heheh... beg sama jugak anak ponpuan dah sapu tk pa lah mn anak ngalah byk dgn anak2...
pssstt : masa bee tengah taip ni una duk kecoh kata beg kita tu ,,, n baby dok perati tgn bee naip kelakar je hahaha
meg bagi wanie subang tu..:)
cntekk la beg kaler merah tuh..
tahniah! :)
salam.
tahniah dapat hadia.
haha..sudip..lawak
Post a Comment