Salam semua
Lately banyak pulak rakan blogger yang tag untuk join GA. Aduh takde la banyak. Tapi ada tiga lagi yang aku tak sempat nak buat. Insyaallah kalau sudah di tag, aku dengan sedaya upaya akan cuba untuk join walaupun ekceli aku suka GA yang hadiah grand2 jer.hakhak..
Bukan apa sekadar memeriahkan suasana. Dekat hati terdetik gak nak menang. Bohong la kalau join semata nak jaga hati kawan sebab kena tag. Itu mungkin salah satu.haha korang jangan marah ek, aku gurau kasar jer. Lagipun orang yang tag bukan paksa awak join pun. No heart Feeling kan. Tapi kalau join berbungalah hati sebab ada yang sudi..Itu aku la, korang aku tak tau pulak..
Sebenarnya banyak kelebihan bila kita join GA atau contest, yang pertamanya dapat menilai betapa bertuahnya korang dilahirkan sebagai seorang insan. Mendalam tak kata-kata aku? Maksudnya, kalau korang menang, korang tau kan korang yang bertuah diantara beratus lagi yang join sesuatu GA. Dari situ terbitlah kesyukuran bahawa betuahnya korang dibandingkan dengan mereka yang tak menang.. Bukan semua orang dipilih oleh Allah untuk jadi bertuah tau. Bila tak menang, korang berusaha lagi untuk join GA yang lain. Korang berkata mungkin belum rezeki korang untuk menang. Bukankah berusaha itu sesuatu yang bagus. Apesal tiba-tiba aku rasa perenggan nie ada unsur dakwah dan motivasi ekk?haha..
Sebab kedua tentulah pasal hadiah yang di menangi. Tipulah kalau korang tak suka bila menang pastu dapat ganjaran seperti key chain atau FM. Even hadiah tu sebenarnya murah dan kita boleh dapat kat mana-mana saja, korang gembira kerana penganjur dengan murah hati dan ikhlasnya nak bagi pada korang. Kalau dapat sesuatu yang mahal, Alhamdulillah..Kadang-kadang kita tak terfikir pun betapa bernilainya sesuatu hadiah tu. Contohnya semalam aku dapat hadiah beg sebab join 2nd GA Mummy Danny. Kebetulan beg yang aku selalu guna dah nak rosak dan pecah-pecah. So korang nampak tak ganjarannya disitu?
Key chain nie pun comel. Ada sapa-sapa nak bagi aku? |
Selain tu bak kata kembo, GA merupakan salah satu cara untuk kita promosikan blog. Aku spesifikkan benda nie pada orang yang join, bukan orang yang anjurkan GA ok. Contohnya kalau korang sertai sesuatu GA, bila korang bagi link kat komen entri, secara automatik orang yang nak join GA yang sama akan bukak blog korang. Nak tengok apa yang korang tulis, nak buat contoh atau nak cedok idea korang. Aku selalu buat macam tu.haha..Selain tu bila ada acara tag mentag, Korang faham sendiri la bila nama korang di mention kat entri si kawan yang kena tag, tu pun salah satu promosi.
Ekceli banyak lagi kelebihan join GA. Cukup tiga tu jer aku mention, sebab tak berapa nak penting.hehe.. Pada korang yang selalu join GA, mungkin korang join sebab suka-suka, sebab memang hobi join GA kan. Tapi sebenarnya disebalik kegemaran korang tu, terselit banyak kelebihan ok. Kat tempat kerja aku nie line gila lembap macam siput babi, nak join GA tak boleh, nak BW pun lambat loading. Bak kata Tengku puteri, aku pun radang hati. Makanya terhasillah entri merapu nie. Terima kasih sudi baca. Sekian..
30 comments:
join untuk support penganjur & of coz hadiah la..hehe
internet lembap pun leh asilkan entri ni kire bagus la kak..:)
saya setuju hehehee
jarang dah join giveaway dan contest. Sibuk sangat sekarang ni..
ahahaha.. emmang la best bile dapat hadiah.. dapat ppromote blog..tetapi kenkadang malas nak menaip entry ga.. ahahhaa.. :D
betul...betul..betul...ttp kakakmu ni xde mood la nk join GA..entah knapa la....hu.hu.hu...
setakat ni tak pernah join mana-mana GA atau contest lagi. sebab saya masih baru dalam arena blogging ni. hehe ;) jadi kena biasakan diri dulu. hihi ;)
Bila Perempuan Dah Hilang Minat Pada Kau
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya
@Wanie
bley taip entri jer..nk bw gila slow.bikin tensen!
@Lelord
setuju jer..suka join ga n contest kan..
@ohcikgucikgu busy ekk
@Nur Farah Hani
ala sng jer,tapi ringkas2..:)
@NzA
upin ipin.hehe..
@Miss Y and Her World
sebab baru la kena promosikan blog tau..
saya selalu join GA yang simple2 je kak.. kalau yang leceh tu terima kasih je la.. hehehe.. ne pon baru saya menang satu GA.. topup 10 ringgit :)
hehehe .. best jugak . saya pun ada jugak join contest .. tapi selalunya kalah . haha XD
selain tuh, klu betuah dpt gak barang pree kan..kan..kan....ehhe
ila tak pernah join mana2 GA lagi..entahlah,masih tak terbukak hati lagi..malas pun sebenarnya...heheh
happy kalau join contest ni.. menang ke tak tu tak penting kan..
hehe... dah tak rajin nak join GA nie
tak penah yang sangkut... huhu kecewa :P
nak tunggu oarang yg wat GA yang rare mcm menang kete ker, umah ker... hehe
Akak tak pernah pun join apa-apa contest setakat ni. lagipun baru lagi. banyak yang tak berapa reti nak buat.
mmg bnyk kelebihannya..dulu sy rajin tp skang dah kurang sikit thp kerajinannya hehe..
haha i like GA , dulu lah skrg tk sempat tapi selain tu oleh kerana kita selalu join GA , backlink pun byk blog mendapat PR yang tinggi , blog bee yg blogspot tu dapat PR3 walopun di update dgn GA je ..
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
yg leceh tu yg best.haha..
@Abdul Farique
ala bkn rezeki kan..
@AYuNG
itu sudah tentu!haha
@Ila
bukakanlah pintu hatimu..haha
@Farah Shamsudin
betul..tp klu bley mmg nk menang.haha
@wanbu
bley..keychain kereta n rumah.nak?hahaha
@anggunpesona
apa yg tak retinya kak?
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
takpe la jnji tau join ga by kelebihannya kan
@puanbee
ala blogger pemes tak update pun org dtg.huhu
Post a Comment