Pixajoy

Tuesday, July 19, 2011

Home » Buah Tangan Dari kampung

Buah Tangan Dari kampung



Salam pagi,


Semalam sepanjang hari hidup dengan dunia realiti. Dunia maya nie kadang-kadang bagi aku tekanan. Merajuk dengan blog pasal dua entri aku taip hilang macam tu ja! Geram ada jugak. Penat-penat aku perah otak dan bertanya itu ini kat encik google.haha..Ekceli semalam aku balik kampung. Disamping merajuk kecil, kepanasan melampau kat Aloq setaq mematikan keinginan aku nak menjenguk blog. 


Aku bawak balik buah tangan dari kampung tau. Eceh gaya menaip macam kampung ada dusun bagai. Nak tanam serai pun macam tak cukup tanah.keke..Abah beli pasal hari tu masa Aiman ikut mak abah pergi Bukit Bendera sibuk sangat Aiman nak rambutan. Bercakap pasal Bukit Bendera, korang dah naik train baru yang ada air cond tu? Dah lama aku tak jalan-jalan Penang.


Seikat dah melantak, seikat ni bawak balik rumah..


Aiman memang mengikut jejak langkah aku. Kecik-kecik dulu aku memang menggila buah berbulu nie. Kalau buah berduri tu tak bagi pun takpe. Aku tak berapa suka. Ingat lagi dulu kalau aruah pak aku belikan rambutan, aku akan membahagikan mengikut bijik. Pasal kami ada 5 beradik, nak bagi sama rata, biar adil.haha..Budak sekarang untung sekilo dapat makan sorang jer.


Sekarang yang tak bestnya bab rambutan nie, aku yang kena kopek kulit. Naik payau gigi aku menggigit. Dah macam rupa beruk pun ada.. Bila dah siap, sejukkan dalam peti ais. Nak makan baru keluarkan. Kalau dibiar berkulit macam tu sampai busuk la takde sapa nak makan. Aiman tu tak kisahlah suruh aku kopek, yang en suami tu pun sama manja..


Rupanya bila di sudah siap di kopek, enak dimakan sejuk-sejuk..







7 comments:

hyz said... Best Blogger Tips

rambutannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Yusuf dan Maryam suka rambutan.. :D

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

kahkahkahhh...klako ayat "dah mcm rupe beruk" tuu ...rajennye kutu kokakkan kulit .. kami ank beranak nk mkn kokak sndiri ler..tu pun skali harung jugak mkn sampai abes... ;) tp sjuk2 tu lg sedap kan ?

sebut pasai bukit bendera ...mmg dah plan nk pi lagi tp belum ade rezeki..aritu dah sampai dpn pagor dah,depa tutup le pulok .. tensi !! aah panas betul utara ni kannn ??

NzA said... Best Blogger Tips

feveret akak tu...hu.hu.hu...

puanbee said... Best Blogger Tips

terliur den , tp bee tk leh makan ni una banyak alahan dgn rambutan mesti nak batuk2 so mak dia pun pantangggg

deeya said... Best Blogger Tips

ah ! kalau dya xyah kopek dulu kulit nya .. seikat tu leh abes sehari jer . xyah masuk peti sejuk , masuk perot je terus .. huhuhu ~

chii said... Best Blogger Tips

buah rambutan?? chii peminat buah ni gak..tp nak mkn byk2 x elok kan..leh batuk2 di buatnya