Pixajoy

Thursday, July 21, 2011

Home » Cintamu Mengancam Dompetku

Cintamu Mengancam Dompetku


Salam korang


Entri nie cetusan idea dari entri wordless aku semalam. Ada yang bertanya, mana aku jumpa signboard nie? Macam ayat indon jer? Ini memang ayat indon. Aku ambil dari handphone en suami. Gambar diambil masa en suami pergi Tanjung Pinang November tahun lepas. 


Mula-mula waktu tengok warning tersebut aku pun gelak. Agak mendalam maksudnya bukan sekadar isu materiaistik. Aku setuju betul dengan ayat Cintamu Mengancam Dompetku tu. Aku ingatkan benda nie signboard, so sory atas kesalahan itu. Hari nie aku bertanya en suami dekat mana beliau ambil gambar tersebut. Rupanya itu hanya sticker yang dilekat dalam van @ teksi yang en suami naik masa pergi indon.


Setuju tak korang yang cinta dan dompet itu saling memerlukan? Aku ambik contoh, sepasang pasangan yang sedang bercinta mesti memerlukan duit yang cukup di dalam dompet. Kalau nak dating mesti perlukan 'dompet'. Mana nak bayar untuk tiket wayang, makan lagi. Itu belum pasangan yang suka demand itu ini. Kalau tak ada 'dompet' tak adalah cinta. Cinta memang mengancam dompet! Eh macam kejam sangat la pulak kenyataan aku. Tapi realitinya macam tu. Berdasarkan pengalaman sendiri jugak. kantoi!haha..


Cuba kira berapa kos bila sekali keluar date? Sebulan berapa kali dating? Kalau 5 tahun bercinta, dah cukup untuk buat belanja hantaran kahwin apa..Moral of the story, kepada adik-adik yang sedang hangat bercinta dan merindu, jangan tunggu lama-lama, cepatlah kahwin. Semoga 'dompet' tidak terancam dengan cinta yang belum tentu menjadi milik. Sekian..










9 comments:

Nur Farah Hani said... Best Blogger Tips

yeaaaaaa tahu tak ape.. cinta ngan dompet memang saling emmerlukan.. hak3.. :D

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

aahh skali baca tau dah ayat indonss ... betul le tu falsafah nyer .. :p

NzA said... Best Blogger Tips

jika dulu2 cinta adalah segala2nya ttp kehidupan skrg cinta dan wang brjln seiringan...hidup xkan bahagia tnpa cinta dan hidup akan porak peranda tnpa wang.....tk gitu!!!!

Cik Puan Zura said... Best Blogger Tips

hehehe...maybe pemilik van nak tujukan kepada golongan pisau cukur kut...hehe

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Setuju dgn moral of the story itew.. :D

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

saya dh lima tahun.. rasenye dh beriban kut habis :)

Adzriel @ Liza AB said... Best Blogger Tips

warning yg cantik...

puanbee said... Best Blogger Tips

setuju lah kutu , itu orang bercinta tk kawin kalau bercinta dan berkahwin lagi ngancam hehe

Wanie said... Best Blogger Tips

hehe..bukan signboard la ni ye..

akak, doa2 sy cepat kawen..hehe