Pixajoy

Tuesday, July 19, 2011

Home » Sipnopsis Drama Supermak

Sipnopsis Drama Supermak



Salam


Malam tadi semua dah tengok ending cerita juvana kan. Ramai pelakon baru yang makin popular kerana juvana nie. Dengar cerita mungkin akan ada Juvana 2 atau Juvana the movie. Sama-sama kita nantikan..Ok stop pasal juvana, nak cerita pasal drama yang akan menggantikan juvana dalam Slot Aksi, Supermak.


Teraju utama dalam drama nie ialah Nasha Aziz. Dah lama tak tengok drama lakonan Nasha kan. Disamping tu ada Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF dan Henzy Andalas. Drama Supermak akan bersiaran mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam.




Sipnopsis


Sepermak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?


Tengok kat TV tu macam best jer drama nie. Layan.......






14 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

akak boleh terlelap masa tgk cerita Juavana tu...hu.hu.hu.....

Qamaruls said... Best Blogger Tips

"huhu bangga mak".. *cakap cam nyah huhuhuhu

rara pinkmafia said... Best Blogger Tips

akk xsaba tgk cite ni.

puanbee said... Best Blogger Tips

mcm pernah ku lihat jalan cerita ni .. tapi boleh lah layan.. ganti juvana yeeee

Mrs.Yie said... Best Blogger Tips

pelik2 betul la drama melayu sekarang..tapi masih menarik perhatian penonton nak tengok.. :)

ummiaqeef said... Best Blogger Tips

ni yg iklan si nasya tu dah jadi superwoman pastu anak dia nangis kan? hehe..cam best je..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

laaa dh habis ke citer juvana..puan kutu ceritalah psl ending dia..sy dah terlepas..

nazira said... Best Blogger Tips

Rugi.. Xtengok pun juvana last.. Nak tgk kat tonton pun slow sangat loading.. Bez ke ending dia..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

mykhalis said... Best Blogger Tips

susah sikit nak tengok citer ada power ni..

deeya said... Best Blogger Tips

tngok iklan pun rase teruja nak tngok .. nasha aziz kan ! love her ~

alif ismail said... Best Blogger Tips

mcm kelakar je cite nih..hihi

Ila said... Best Blogger Tips

tapi mcm best jekan..lagipun,dah lama tak tgk nasha berlakon

chii said... Best Blogger Tips

sgt puas ati tgk ending juvana..
sgt emosi woo aritu bila time tony kena belasah ngan budak2 tu..ahaha..opss..

pasni..da x ceria sgt ari2 isnin sebab tade daim lg da :p

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Kena ikut cita ni. Tentu kelakar.