Amik kau tajuk panjang berjela!hoho..Hari ini aku nak berkongsi petua mudah untuk mengatasi masalah kesihatan yang boleh diamalkan di rumah. Ia dapat menjimatkan kos dan yang paling penting mengurangkan kebergantungan kita terhadap ubat-ubatan.
Ramai daripada kita tanpa sedar terlalu bergantung terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria atau virus penyebab penyakit menjadi semakin imun sedangkan masalah kesihatan yang kita alami adalah kecil. Contohnya dalam pengambilan 'paracetamol'. Ada yang percaya ini merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun sebenarnya ia hanya melegakan sahaja. Malah 'paracetamol' juga memberi kesan buruk seperti kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang.
Katakan tidak pada ubat... |
Ekceli aku nie bukan spesis yang suka makan ubat. Kalau setakat sakit kepala aku bawak tidur jer. Kalau demam pun aku tak layankan sangat, bangun pagi terus lega. Aku pernah dengar yang sebiji panadol yang kita makan akan tinggal dalam badan kita selama 5 tahun. Waa takutnya..Ok enam petua yang boleh diamalkan:
DEMAM
Perkara yang paling senang untuk dilakukan untuk mengurangkan panas badan ialah sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan. Selain itu ambil makanan yang lembut seperti bubur dan rehat sebanyak yang mungkin. Banyakkan minum air juga untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Ini satu lagi petua yang boleh dicuba. Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
SELSEMA
Seperti demam, selsema juga memerlukan rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak. Ambil banyak buah-buahan atau jus seperti oren dan jambu batu. Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari. Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
SAKIT TEKAK
Untuk menghilangkan tekak yang perit, letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam kemudian kumur.
SEMBELIT
Banyakkan minum air bagi melegakan sembelit. Selain itu banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh.
SAKIT KEPALA
Petua nie memang aku pun pertama kali tau. Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum. Cara lain ialah dengan mengenggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi. Selain itu oleh juga ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
CIRIT - BIRIT
Banyakkan minum air juga untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa. Ini kerana perut kita yang kejang tidak akan menerima air yang banyak dalam satu masa dan boleh menyebabkan kita muntah. Selain itu minum teh kosong tanpa gula juga boleh juga diamalkan untuk melegakan cirit birit. Elakkan pengambilan susu.
Mungkin ada diantara petua nie yang memang korang sedia maklum, tapi tak ada salahnya berkongsi pada yang belum tahu. Ini mungkin petua mudah yang boleh kita amalkan sendiri di rumah, tapi kalau sakit berlarutan, terpaksalah jumpa doktor jugak kan. Selamat mencuba!
SUMBER : http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/3156.html
12 comments:
x boleh kalau x makan ubat terutama sekali kalau demam dan selsema..kalau sakit lain x pe lagi tapi kalau dalam bab2 selsema ni memang x leh tahan lor..huhu..baru je taditelan ubat selsema sebijik..x tahan la hidung ni asyik bersin dan berair je..
rara pon kalau boleh mmg tak nak bergantung ngan ubat.bukan elok sgt kan kak.
hehehe.. ni dinamakan petua2 orang kampung kan... memang mujarab sebenarnye walaupun belum diakui lagi mengikiut teori sains kan :)
thanx 4 sharing dear..
farah kerap selesemaa.. memang nak ambil petua ni..
Terima kasih atas maklumat. Akak ni adalah pengguna panadol tegar. Pening je mesti telan panadol, tak tahan lah. Boleh sampai muntah kalau tak amik ubat.
@Mrs.Yie
tak elok tau kak
@Mrs.Yie
tak elok tau kak
@rara pinkmafia
betul!bagus la camtu
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
setuju..lgpun takut efek ubat tu dlm jangka masa panjang jer!
@Farah Shamsudin
selamat mencuba yer farah!
@anggunpesona
lebih baik akk cuba petua nie..
seriously ubat mmg ade long term side effect! bagus puan kutu!
even panadol punya toxic, amik masa 3 tahun utk kluar dr badan~
Post a Comment