Pixajoy

Wednesday, July 06, 2011

Home » Tabiat Menggigit Kuku

Tabiat Menggigit Kuku



Sejak dua menjak nie aku perasan yang kuku jari tangan Aiman tak pernah panjang. Aiman dah ada tabiat baru iaitu menggigit kuku. Sebelum nie setakat ibu jari jer dia suka gigit. Kadang-kadang aku perasan sebab bila nak potong, jari ibu dah pendek, nampak kesan kena gigit. Tapi sekarang macam tak payah potong dah pun. Yang hairannya semua digigit cantik dan pendek. Macam servis dengan pengetip kuku. 


Tengok tu, dah berapa minggu tak payah potong kuku si chubby..
Kuku kaki dah pun panjang walhal kuku tangan lagi cepat tumbuh..


Setahu aku, tabiat menggigit kuku adalah tabiat yang tidak elok kerana kuku tu kan ada banyak bakteria. So hari nie aku berkesempatan mencari artikel berkenaan tabiat gigit kuku. Nak share sikit dengan korang, mana tau ada ssesiapa punya masalah yang sama.


Menggigit kuku secara berulang kali adalah salah satu tabiat atau kebiasaan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Tabiat ini berlaku di kalangan 30 peratus kanak-kanak berusia antara tujuh ke 10 tahun dan kira-kira 45 peratus remaja. (Aiman baru 4 tahun. Macam mana tu?)

Ia bukanlah suatu fasa yang harus dilalui oleh kanak-kanak. Ia berlaku tanpa disedari kerana menggigit kuku adalah salah satu tabiat psikologi untuk mengurangkan tekanan yang mereka lalui. Mereka juga boleh menggigit kuku apabila berasa teruja atau bosan. Tabiat ini kadangkala dipelajari daripada ahli keluarga lain yang mengalami masalah sama. (yang nie aku setuju,mungkin sebab Aiman bosan kot, jangan ada tekanan sudah! riang gembira jer aku tengok dia.hehe..)


Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami tabiat menggigit kuku daripada kanak-kanak perempuan selepas berusia 10 tahun. Sebahagian orang dewasa akan berhenti menggigit kuku setelah mereka mencapai usia 30 tahun ke atas. Tabiat menggigit kuku akan menyebabkan pertumbuhan kuku yang normal terjejas dan menghasilkan kuku yang cacat. (aduh cacatlah kuku awak Aiman oi..)


Kesan negatif lain hasil tabiat menggigit kuku ialah kulit di hujung jari yang berdekatan dengan kuku akan menjadi lebih sensitif terhadap stimulasi kesakitan dan ia boleh dijangkiti kuman.
Apabila kanak-kanak menggaru dengan kuku yang dijangkiti kuman daripada air liur, peluang untuk mendapat jangkitan kulit yang digaru adalah tinggi. Ada kalanya bakteria yang berada di bawah kuku yang sudah rosak sekiranya masuk ke dalam mulut boleh menyebabkan jangkitan usus. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada gusi. (takutnya..)
 
Satu lagi artikel yang aku jumpa mengatakan 
anak-anak kecil yang biasa mengigit kuku boleh menyebabkan IQ menurun secara drastik. Contohnya, tangan dan kuku kotor ketika anak-anak bermain dengan tanah, cat dan debu yg masuk ke dalam kuku akan memperlahankan perkembangan anak dan boleh merosakkan sistem saraf. ( Aiman tak pernah pulak main tanah dan cat. Tapi kuku dia takkan la bersih sangat..)


En suami kata Aiman ikut tabiat buruk aku. haha ekceli dulu aku pun ada tabiat suka gigi kuku. Lepas kena marah dengan abahnya Aiman kelihatan macam takut nak gigit kuku lagi. Tengoklah nanti macam mana kan..Agaknya tabiat nie serius ker? Pendapat korang please...






SUMBER :


http://www.yousaytoo.com/tabiat-gigit-kuku/91937
http://faizalihsan.wordpress.com/tabiat-gigit-kuku/









36 comments:

hyz said... Best Blogger Tips

bulat2 jari aiman... heheheh...

NzA said... Best Blogger Tips

anak akak farouk pn suka gigit kuku masa umo baya aiman.
skrg dh xgigit ttp minat sgt tlg potong kuku kaki ibu cz ktnya nk tgk syurga kt tapak kaki ibu...he.he.he....

mykhalis said... Best Blogger Tips

erkk..khalis msh ad 4 thn lg nk brhnti

Mama QS said... Best Blogger Tips

jangan tak tahu saya sendiri pun suka gigit kuku

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

kena didik dari awal ni kak.. takut anti sampai ke tua bawak tabiat ne.. hehehe

Mrs.Yie said... Best Blogger Tips

akak pun suka gigit kuku gak murni..dari kecik lagi memang tabiat gigit kuku ni wujud..sampai la ke tua..huhu..x tau nak buat macam mana dah..

e y r a . t a j u d d i n said... Best Blogger Tips

heheheh my niece, Isha pun suka gigit kuku. pernah cuba diberhentikan oleh mommy-nya. tapi tak lama.. dh besar ni, senang jgk tak payah check kuku dia yg sentiasa pendek.. tp sok dh besar jd anak dara? he he he kesimpulannya, banteraslah dr awal :D

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@hyz
budak chubby.huhu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@NzA
oklah dah benti kan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mykhalis
huhu tu perempuan la khalis,bkn lelaki.keke..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mama QS
sy dah benti dah tabiat nie..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
itulah..tgok dulu ada improvement ke tak..hihi..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
nk.mimi lg dasyat..smp skang still gigit kuku ekk..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@e y r a . t a j u d d i n
ng mmg sng..tp takut efek tu la..

Anah said... Best Blogger Tips

muni, cik pad smpai skrg gigit kuku..tmbah2 kalo tengah duk pikir ngan tengah drive..sakit mata tgk..hahaha..nak tegur lebih2 suami=)

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

yelah...gigit kuku ni mmg boleh jadi habit sampai besar kan. cuma risau je sbb kuku kan tmpt bakteria berkumpul kan...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Anah
haha sy dulu selalu kena mare ngan en suami,tp tak boleh buat apa.tindakan luar kawal.kadang tak sedar pun dok menggigit.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Izan Ishak
itulah yg nak elakkan tu..

Wanie said... Best Blogger Tips

tabiat gigi kuku ni yang sy tau tak bagus sbb nye nanti sampai besar die terikut tabiat tu..

mungkin halang sekarang,takde la terbawak2 bile dah besar..:)

♥♥syahadah♥♥ said... Best Blogger Tips

puan kutu::mmg tak baik tp klu habit mmg tak boleh di elak..mcm anak saya yg suka menggaru. tapi pelan2 tegur.tp maknya juga ada tabiat gitu..habis cam no..hahahaha! keburukan nya kuman..kebaikannya? haa tak payah susah payah puan nak potong kukunya...

Miss Tira said... Best Blogger Tips

Cuba takut-takutkan Aiman dengan perkara yang tak elok kalau suka gigit kuku. Cakaplah dalam kuku tu ada apa.. Contoh "Aiman tahu tak dalam kuku tangan kiri kita tu ada kuman.. Aiman cebok lepas erk erk lepas tu Aiman gigit jari tu. Kuman tu akan masuk dalam badan Aiman dan pooom jadilah koko crunch".. Hahaha.

Miss Tira said... Best Blogger Tips

Cuba takut-takutkan Aiman dengan perkara yang tak elok kalau suka gigit kuku. Cakaplah dalam kuku tu ada apa.. Contoh "Aiman tahu tak dalam kuku tangan kiri kita tu ada kuman.. Aiman cebok lepas erk erk lepas tu Aiman gigit jari tu. Kuman tu akan masuk dalam badan Aiman dan pooom jadilah koko crunch".. Hahaha.

Mrs.Yie said... Best Blogger Tips

yup..memang sampai sekarang suka gigit kuku lebih2 lagi bila sorang2..kalau depan2 orang memang saya kawal la..huhu

Ila said... Best Blogger Tips

syoknya agak yer aiman bila dapat gigit kuku tu..hehehe

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

geram tgk jari2 aiman.. bulat2..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

sy rs anak sy pon suka gigit kukulah sbb dh lama sy x potong kuku dia..tp tula sama cam aiman cantik je gaya gigitannya tu mcm potong dgn pengetip..

sy risau dia tertekan..maklumlah selalu kena marah..abeh dh ckp takmo dgr kenalah marah kan..

tp anak sy nih lg kritikal kengkadang mulut pon digigitnya smpi jd ulser..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Wanie
adoi dlm proses dok menghalang la nie

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@♥♥syahadah♥♥
tp keburukan lg byk dr kebaikan..haha maknya pun sama tak dapet nk nolong.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Miss Tira
hahaha klu coco crunch,tu yg sedap tu tira

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
dpt gak kawal.aiman nie klu tgok tv,dia ralit ja msti gigit kuku

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Ila
sbb syok la dok buat selalu.hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Farah Shamsudin
bulat macam orgnya.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
amboi mulut pun gigit,lg bahaya nie.risaunya..hehe..

SaEidah SyamIelah said... Best Blogger Tips

hai..
hehe.. tabiat gigi kuku ni
katanya seorang yang kurang keyakinan..

sebab tu dia gigit kuku,
utk hilangkn rasa gementar,
dn nk sembunyikan rasa tk confident..

hehe,, tu y nk dikongsi..
tapi memang tk elok tabiat gigit kuku ni...

hehe,,saya pun pernah gigit kuku...bila ayah nampak,, memang dia marah .. pastu terkebil2 je, terkulat2 muka,,kena marah..
pastu tk gigit jari dh..

(^^,)..

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

alamaksss..same tebiat le kiter kutu :p

ank sy pun ada juge yg m'gigit kuku ni

Farha said... Best Blogger Tips

Saya mase kecik2 memang ketagih sangat. Sangat teruk kuku sampai berdarah. Masuk sekolah menengah barulah ok sikit. Skrg dah tua, ok dah. Tapi anak sendiri pulak mengikut. huhuhuhu