Salam dan Selamat petang,
Hari nie nak ajak korang berkenalan dengan binatang peliharaan yang jarang-jarang kita dengar ada orang membelanya. Sabtu lepas aku tengok Majalah Tiga, dan melalui TV baru aku kenal binatang comel nie. Sebelum tu kalau orang sebut sugar glider, memang aku ingat jenama gula-gula apa.haha..
Masih banyak orang yang tak mengenal dan mengerti haiwan sugar glider nie. Korang tau apa itu sugar glider? Sugar glider adalah haiwan mamalia marsupial berasal dari Australia, Indonesia dan New Guinea. Haiwan ini bukanlah tergolong dalam spesies tupai terbang, tetapi diklasifikasikan sebagai haiwan exotik di amerika. Haiwan comel ini adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif pada waktu malam. Ia tidur sepanjang siang di dalam sarangnya dan berjaga serta mencari makanan pada waktu malam.
Sugar glider mendapat namanya daripada sugar itu sendiri kerana ia makan buah-buahan yg manis (sugar atau honey). Nama glider (melayang) adalah daripada tingkah laku mereka yg melompat dan menjunam dari satu pokok ke satu pokok yang lain menggunakan membran yg dinamakan patagium. Jangka hayat haiwan ini di dalam hutan adalah 4 tahun. Kerana pemakanan mereka dijaga, kebanyakan sugar glider yg dibela boleh hidup sehingga mencapai 12 hngga 15 tahun.
Sugar glider hidup memakan buah-buahan seperti epal, strawberi, pear, jambu, betik, tembikai, mangga dan pelbagai lagi jenis buah-buahan serta sayur-sayuran seperti lobak, bak choy, sawi, kangkung dan lain-lain. Selain itu, makanan tambahan juga diperlukan untuk memperolehi nutrisi lain seperti kalsium, protein dan vitamin .
Apa yang aku tengok kat Majalah Tiga, Sugar glider betina mempunyai kantung seperti kanggaro. Menurut penjual sugar glider,kebanyakan haiwan yang dijual di kedai haiwan peliharaan, sugar glidernya berumur bawah dua tahun. Sugar glider yang belum matang mudah mati. So kalau nak beli haiwan nie sebaiknya yang sudah berumur dua tahun. Tapi harganya mahal, sekitar RM 200 keatas. Kalau nak beli mesti sekali dengan sangkar, pounch dan alat mainan dia. Sugar glider terkenal sebagai haiwan bersaiz poket kerana saiznya yang kecil dan comel.
* Rupanya ramai jugak orang yang bela haiwan comel nie. Kat M3 tu diaorang siap ada Kelab Sugar Glider Malaysia lagi. Nak tau lebih lanjut tentang sugar glider nie boleh klik SINI.
SUMBER : http://www.sim.org.my/03/phpbb/viewtopic.php?t=432
26 comments:
kos nk bela haiwan comel nipn mahai gak.....
waaaa cumenynyeeee
mmg mahal tp rasanye berbaloi tu kak.. huhu ;)
kalau rupanya kecik macam tikus memang khalis gelii
chii penah gak usha2 natang comel ni kat uptown shah alam..wat masa skrg ni..cam x sesuai lg..insya Allah..later2 baru nak bela..eheh
ermm..mahal jugak tu nak pelihara binatang ni..
suka pelihara kucing jer..heheeh..=)
@NzA
betui..dah la mkn buah.buah mahai plak tu.hehe..
@NzA
betui..dah la mkn buah.buah mahai plak tu.hehe..
@nazirah
mmg..tp kena tau penjaggaan dia betul2 la,klu mati mahai tu kan.haha..
@mykhalis
ehh comellah khalis.geli pulak.hihi..
@chii
memang teringin nak bela..tp mahal..tak mampulah.hehe..
@Danial Razak
tulah kosnya tu yg tak sanggup.takde anak bolehlah..:)
Suka matanya tapi nak bela kena pikir 100 kali. Bab makannya tu....tak mampu
huhuhu .. comey2 .. da tengok aritu. teringin nak bela :D
ala2 mcm hamster gak kot ye.. bee beli kura2 baru2 ni atas permintaan kakak adoilahhh
dak opis kite ada bela gak menatang ni, hehe.. comei je..duduk dlm sarung dia..
mcm dah trend kan org bela menatang neh..sy pon br tahu sugar glider ni sejeis binatang ms tgk kat majalah3 haritu..ingatkan sugar glider tu sejenis permainan kat tmn tema..hak hak hak (lg teruk jangkauan pemikiran sy)
nak belilah sekor wat teman boboy kat umah .. tapi mane nak carik ?? m'sia ade jual ke kak ?
Comel sgt2 tp setakat tgk jela
@anggunpesona
itulah..sy pun minat nak bela,tp tak mampulah..buah mahal.haha...
@Abdul Farique
klu mampu bley jer.comel sugar glider nie..suka tgok!
@puanbee
bkn bee,saiznyatu mungkin macam hamster,yg lain semua tak serupa lgsung.benda nie lg best..hamster tu dok diam jer.yg nie syok tgok keletah dia..
@ummiaqeef
hehe comel kn..pegi opis pun dia bawak ekk..
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
haha memang berfikir diluar jangkauan betul.haha..
@deeya
ada..yg kt m3 tu org kita layg jual..dia biakkan..kt kedai pet pun ada rasanya..
@syiela
hehe kos tggi jugak bela binatang niekan
alaa sy takut la pulak... huhuu..
saya tak biasa pegang binatag.. kucing pun sy takut.. penakutkan saya nih.. hahhahhah
Post a Comment