Pixajoy

Wednesday, September 30, 2015

Resepi Roti Manis Gebu



Entry resepi lagi. Mood diet dah kelaut dah.haha..

Aku kira ni resepi roti yang paling mudah tanpa perlu bread improver, boleh guna mauripan saja, resepi yang aku cari-cari selama ni. Pertama kali buat dah jadi. Lembut dan naik elok kejadian rotinya. So aku nak share resepi mana tau ada yang senasib dengan aku tak pernah tau apa kebenda bread improver. Nak cari kat kedai pun malas kan.hehe..



Resepi Roti Manis Gebu :

Bahan A - 1/2 cawan air suam + 1 peket mauripan + 1 sudu tepung gandum + 1 sudu gula, kacau sebati dan biarkan sampai berbuih.

Bahan B - 2 sudu butter dicairkan

Bahan C -  15 sudu gula + 1/2 cawan air dijadikan sirap.

Cara-cara :
Satukan 3 cawan tepung gandum dengan bahan A B C uli sampai jadi doh yang kenyal. Agak-agak la jangan keras or lembik sangat. After that rehatkan doh sampai doh naik gebu. Bulat-bulatkan doh tak payah tumbuk terus susun dalam loyang. Biar lagi dalam 1 jam sampai doh kembang semula pastu boleh bakar dalam oven.

Tada...

Again bukti kegebuan tanpa edit.hihi


Afia suka pulak makan roti ni. Aiman kata boleh ke Aiman nak cicah dengan sambal. Ye la roti ni kosong dan manis je kan. En suami siap request suruh masukkan jem. Nantilah bila repeat buat lagi boleh try. Aku suka je makan roti kosong macam ni. Sedap...








Resepi Roti Butterscotch Cheese Bakar



Ramai kot yang dah biasa nampak resepi ni dekat facebook. Roti bunga cheese bakar ke tak salah aku nama asalnya. Aku punya version takda rupa kuntuman bunga pun. Aku guna roti gardenia buttersotch tak ingkar resepi. Nak guna roti biasa pun no hal. Dia punya isi dalam tu kalau add on sos and vegetables lagi ok kot untuk tekak orang tua. 

Resepi ni sesuai untuk sarapan anak-anak. Aku belasah buat untuk dinner je, dah jarang masak sarapan kan. Aiman Afia suka sangat. Berebut makan dua beradik. 


Fresh milk + telur kacau sebati ketepikan. Tekap roti dengan cawan ke apa benda janji roti jadi bulat. Gelek sikit kasi kempis roti pastu masuk loyang bulat. Campak sosej yang direbus atau digoreng pastu masukkan campuran susu dan telur tadi. Tabur cheese masuk dalam oven bakar sampai masak. Siap!


Mudah je resepinya sedap bukan takat anak, mak bapak atok nenek pun boleh join makan.



Tuesday, September 29, 2015

Reunion @ Hotel Damai PB



Hari Sabtu raya ketiga ada reunion sekolah aku dekat Hotel Damai Parit Buntar. Walaupun tak ramai yang join, meriah tau. Majlis start pukul 12 tengahari dan tamat pukul 3 petang. Dah hampir 15 tahun tinggalkan sekolah, ada yang aku tak pernah jumpa langsung lepas sekolah. So tak payah sibuk nak kira umur aku berapa.hahaha

Baru sampai anaknda berdua dah serupa apa dapat belon, terkinja-kinja atas pentas.hehe..

Kerana kek ni la aku sampai lupa anak.hahaha nanti aku story. 

Menu semua simple tapi masakan hotel serius sedap. Kuih muih puding vitagen kek semua sponser dari kawan-kawan pun sedap sangat. Rugi pulak aku tak makan banyak. Aku makan mihun goreng ja tak lalu nak bedal nasi semangat nak jumpa kawan-kawan punya pasal. Balik rumah lapaq.hehe..


Muka baru sampai ok lagi la nak wefie pun.


Nah sejam dua jam kemudian dah berpeluh dengan peel anak-anak.

Cik Pia with one of my ex classmate form 1-3. Haritu ada datang masa mini reunion kat rumah aku tu ingat tak.

Sambung bergambar.

Aiman punya notty pi bawak pistol Pak Njang dia belikan. Sakan main dengan anak-anak kawan ibu. Balik tu jenuh ibu depa kena cari pistol sama macam Aiman. Tak padan dengan badan dok melompat atas pentas. Adoi dah la dia sorang je sado.

Afia mula separuh masa pertama ok behave sangat punya happy kesana sini. Ibu biar dia bebas takda nak berkepit dengan ibu macam budak-budak lain. Ada banyak jajan vitagen belon semua mana budak tak suka. Dah dekat nak balik buat perangai pulak mintak nenen. Tak lama la dia buat perangai pastu ibu rasuah bagi coklat.hahaha.

Masa ni la dia buat perangai nak berdukung nak nenen. Time ni jugak lucky draw mengena nama ibu. Angkut sekali Cik Pia la naik pentas.

Snap reramai lagi  bersama kaum ibu. Ohh ada juga yang belum berpeluang jadi ibu. Kita doakan depa ye Insyaallah secepat mungkin diberi rezeki anak.

Banyak ni je yang datang reunion. Ok la not bad. Nak tunggu semua free memang tak reunion la kan. Apa yang ada syukur.

Again.. acting potong kek!

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Reunion sempoi dengan kawan-kawan semua mengimbau kembali zaman sekolah yang dulu penuh gelak tawa. Terima kasih pada penganjur dan semua sponser. Happy tak habis sampai rumah dok sambung whatsapp. Bak kata kawan aku, pulun post gambar reunion kat wechat kat fb, majalah dan suratkhabar je belum.hihi

Masa nak balik Afia merap minta dukung. En suami dan Aiman dah turun dulu. Nak bagi ke abah dia takmau pulak Afia. Aku pujuk turunkan Afia sekejap kat bawah ibu nak salam kawan-kawan. Tengah salam depa bersungguh minta aku tapau makanan yang banyak tak habis. At last aku ambil mihun goreng dan kek. 

Dah tu kalut turun bawah jumpa kawan nak ambil tudung yang aku beli. Kat bawah en suami tegur mana Afia. Terkejut beruk kau sampai lupa nak bawak turun Afia sekali. Laju aku naik atas masuk balik dewan tengok Afia relex ja dok atas pentas. Aduhai en suami dah menyinga dah kat bawah seriau tengok muka. Macam mana boleh lupa ke anak oii. Lepas tu tak sudah kena bahan dengan kawan-kawan, tapau makan sampai lupa ke anak.huhu..

Bila difikirkan rasa fail jadi ibu sebab dalam keadaan gembira boleh lupa ke anak. Sungguh boleh jadi wo mujur la tinggal anak dalam dewan yang masih ramai kawan-kawan. Dalam dok kalut tu boleh tak ingat. Tu je la cerita reunion. Ke sebenarnya kisah ibu lupakan anak. Jangan jadi teruk macam aku tau. Ambik pengajaran.hakhak..











Monday, September 28, 2015

Raya Haji



Sempoi je kisah raya korban kami.

Menu pagi raya yang serba simple. Pertama kali kot aku masak hidangan raya. Ketupat en suami order. Rendang daging dan kuah kacang daging aku masak. Laksa Acu Ain, adik aku buat. Malam raya aku baking kek marble dan kukus kek milo juga bawak balik kampung. Kek marble sedap cuma rentung sikit. Kek milo pun sedap tapi macam bantat. Tak padan kejadian kek pun laku tau.haha..

Aku duty pagi raya pertama tu. Malam raya semua tidur lambat, pagi raya kalut ke opis lupa bawak bekalan makan. Nasib baik Afia tidur sampai tengahari baru jaga. Abah dan Abang Aiman wasap gambar selfie ke ibu sebelum solat raya. Ibu dengan Afia pagi raya baik punya sambung lena jaga tengahari anak beranak sakan punya wefie. Cik Pia dengan tak mandinya, muka baru bangun tidur dua beranak. Macam-macam gaya wefie sampai tak sanggup nak tempek sini.hehe..

Lepas Zohor singgah kenduri ex boss en suami. Lepas makan terus gerak balik. Cik pia dalam car kemain happy. Bila tanya nak balik mana ni. Umah ndak dia kata. Merujuk kepada Pak Ndak dia. Lepas azan Asar tu kemain tadah tangan doa. 

Singgah lagi rumah kawan aku. Bermini reunion kejap kat sini jumpa kawan-kawan sekolah. Menu nasi arab sedap baq hang. Ketupat rendang serunding kek puding semua terbaik. Awatlah depa ni pandai massk sangat. Laki aku balun makan punya banyak.hahaha..

Malam pertama di kampung sakan main belon pecah sana pecah sini. Pak Njang dan Pak Ndak rajin melayan.

Malam raya kedua pergi Along Charkoteaw yang famous kat parit buntar orang punya ramai. Tak rezeki kami nak makan. At last makan KFC. Aiman tak ikut, dia sibuk nak makan nasi goreng daging kentang Pak Ndak masak. Afia punya ramah masa dalam KFC ada makcik mana ntah dengan anak dia siap hulur duit raya. Agaknya terhibur dengan kerenah si anak dara. Nak balik kemain lambai say bye tok bye kak bye abang..bye..satu KFC dia say bye. Satu KFC jugak balas lambaian cik pia. Adoii..

Ehh sepatutnya pic ni diatas sebelum kisah KFC dan Afia. Lantaklah.hihi. Kisah siang raya kedua dapat jemputan kenduri lagi dari anak jiran merangkap kawan sepermainan aku juga masa kecik. Ni kenduri masuk rumah baru.

Raya ketiga kami 4 beranak attend reunion sekolah aku. Yang ni nanti buat special entry. Lepas reunion petangnya sebelum bertolak balik sempat lagi singgah Along. Orang masih ramai tak kuasa la nak berdiri tunggu. Makan charkoteaw kat SP sudah.hehe. Aiman dengan abah pulun makan sampai dua pinggan sorang. Ibu sepinggan pun jenuh kopek udang melayankan si bambam ni. Makan udang je mau.













Wednesday, September 23, 2015

Puasa Sunat Arafah & Persediaan Raya



Assalamualaikum dan selamat berpuasa diucapkan pada yang berpuasa sunat hari ni. Semoga Allah menerima amalan kita.



Saja nak refresh balik niat puasa Hari Arafah almaklum benda setahun sekali kita ni sebagai manusia tak lari dari sifat lupa.



Let's story a little bit about persediaan Hari Raya Korban kami. Tahun ni pertama kali kot dalam sejarah kami sambut raya sendiri. Mengimbau kenangan tak dapat balik beraya di kampung masa di Johor dulu pun still balik beraya di rumah atuk dan pak sedara en suami. 

Cerita raya haji la kan..tiga taun lepas mak abah raya rumah kami. Tahun lepas kami sama-sama beraya rumah adik ipar di Lumut. Tahun ni mak abah balik beraya di Pahang rumah adik ipar dan sedara mara di Johor. Mula macam nak ikut balik, tapi sebab aku kena kerja raya ni tak dapat la ikut serta. Maka berayalah kami sendiri.

Kuih raya tak sempat raya dah selamat kami anak beranak belasah. Tinggal sebekas je kuih bahulu. Pertama kali kot aku akan cuba masak juadah raya. Hari ni en suami ke market aku dah senaraikan barang yang perlu beli. Cuba teka apa menu aku nak masak? Anyam ketupat pun tak reti oii. Kita tengok la nanti apa jadi. Jangan jahanam resepi raya aku sudah.hihi..

Pagi raya aku still bertugas, pastu petangnya Insyaallah kami terus bertolak balik raya Nibong Tebal. Dikesempatan yang ada aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..Maaf andai ada salah laku terlanjur kata tersalah komen sepanjang perkenalan. Semoga dipermudahkan buat saudara kita menjalani ibadah haji di Mekah. Pulang meraka dengan haji mabrur Insyaallah.











Tuesday, September 22, 2015

Homemade Bebola Ayam Oat



Chicken Ball Oat yang sedap ni aku buat dua tiga hari lepas. Kata Aiman.. rasa macam KFC! Tapi ibu punya lagi sedap. Nala punya dia puji. Abah depa pun kata rasa macam KFC. Siap tanya lagi beli ke ni. 

Banyak kali juga aku dah buat Homemade Chicken Nugget. Ni konon nak buat kelainan padahal resepi sama, cuma gentel bagi bulat dan bezanya aku salut dengan oat. Breadcrumbs pun malas nak buat. Roti asyik kejung dalam peti ais pastu masuk tong sampah.

Kalau kat rumah tak ada oat, boleh juga replace dengan nestum. Kali ni mayones pun habis. Aku skip mayonis juga tapi hasilnya tetap sama. Resepi malas taip. Klik je chicken nugget kat atas tu ye.

Tadaaa..



Aku buat homemade wedges jugak dan goreng sosej untuk dinner kami. Aiman memang suka wedges ibu. Cik Pia pulak hantu sosej. Dia bedal sosej tak pandang pun chicken ball ibu. Entah bila dapat kekuatan nak buat homemade sausage. Asyik bagi anak makan makanan diproses saja.huhu...


Ingat kenyang ke makan ni. Malam sikit anak beranak cari biskut cicah milo. Makin teruk nafsu makan aku. Stress oii baju semua pakat ketat.











Saturday, September 19, 2015

Al Haura Nasi Arab



Lega dah tamat kisah Lost World. Aku tempek banyak gambar berpeluh ketiak nak upload. Oh ye yang katanya punya kemut nak beli makan minum kat dalam theme park hangpa boleh bayang tak tahap kebulur kami macam mana. Sampai car park memasing kalut sedut air botol.hahaha

Singgah Petronas sekejap borong air, roti dan jajan untuk alas perut sementara jumpa port makan. Lepas tu kami berhenti solat dan makan dekat Hentian. Aku dengan Aiman pekena mee kuah je tak makan berat sebab memang plan nak ke Al Haura. Kira kali kedua la makan kat sini, yang pertama boleh baca SINI. 

Lepak je sementara tunggu order.




Sejurus air sampai cik pia macam biasa mesti sedut  tak mau lepas.

Tak pandang kiri kanan dah.

Aiman share air coklat dengan Afia RM 6.50.

Wan dan Maktok share jus kurma RM 4.90.

En suami oren yogurt RM 5.90.

Afia bila tengok Abang Aiman mesra dengan Maktok mula la dia jeles. Dia pun mula minta ubah posisi.



Sampai dah nasi arabnya. Kami order talam mix ayam dan kambing size L untuk 4-5 orang makan RM 82.90. 

Nasi banyak sadisnya lauk sikit.huhu..

Baru nak makan depa datang snap picture. Tengok kat fanpage Al Haura ada muka kami sekeluarga di facebook. Yang bawah tu jangan tanya siapa aku pun tak kenal. Depa gabung gambar orang yang makan sama tarikh.huhu


Memang sedap nasi arab Al Haura tu sebab repeat makan sini. Cuma air quite pricey la bagi aku. Plain water seringgit kau. Memang macam tu harganya tapi bagi aku yang kemut ni memang mahal la. Lain kali pergi cafe bawak air mineral siap tak pun tapau je la nasi arab bawa balik.hahaha..











Friday, September 18, 2015

Lost World Of Tambun : Petting Zoo



Turun train laju-laju kami masuk Petting Zoo. Ala-ala mini safari je zoo kat sini, comel tempat dia. Nak kata kecik sangat tak juga, ada banyak binatang, cuma binatang yang besar macam gajah zirafah tu semua takdelah ye. 

Setakat nak kenalkan Afia dengan haiwan secara live kira ok la. Abang Aiman tu dah banyak kali pun masuk Zoo Taiping. Cik Pia kami belum berkesempatan bawak dia. Jemu dah sebenarnya dengan Zoo Taiping tu.

Port bergambar punya cantik tapi model semua dah letih tak mau posing dah.

Main entrance

Disenaraikan waktu feeding show. Satu pun tak sempat tengok.uwaa...

Melalui review yang aku baca, tempat ni sepatutnya lebih cool. Kita siap boleh beramah mesra dengan haiwan ni semua pastu tourists guide dok cerita macam-macam pasal spesis binatang yang ada. Tapi tu dulu la kot..

Masa kami masuk takda sapa pun layan. Yang penjaga zoo pun nampak macam orang asing (bukan orang Malaysia) dengan muka serius senyum pun tak mau. Takpalah tak payah risau. Kami layan diri je masuk sini menghabiskan sisa tenaga yang ada.haha

Ni dia racoon punya comel. Melepak tidur depa tak excited pun kami datang melawat.

Cik pia teruja tengok banyak fish.

Ada banyak section Petting Zoo ni. Kat area ular serius best. 

Atas kepala kau ulaq sawa dok lepak.

Nah tak nampak lagi saja.

Teruskan penerokaan tengok ulaq ayaq.

Yang ni king cobra ka apa. Elok ja dia melingkar ubat nyamuk sempoi punya skill

Hohohoi bila dia menjalar geli geleman aku. Dok statik macam ular sawa aku ok lagi. Tak boleh tahan aku tengok.hahaha...

Muka kena paksa posing.hakhak

Apa kenama binatang dalam sangkar. Aku pening dah. Sory.hihi

Semua pakat teruja

Siap ada waterfall lagi. Maktok kemain gaya puteri nak bersiram. 

Kuit sungguh! Punya banyak dari atuk nenek sampai ke anak cucu cicit kura-kura.

Yang sekor ni bawak diri pasaipa tak tau.

Bird Paradise,burung aneka warna comel-comel belaka.

Burung yang pandai cakap ni bising dia bila abang sado ajak bergambar.haha

Kalau kat kampung kita panggil biawak.haha

Spesis macam hamster apa nama aku lupa. Kiutnya Aiman kata bila dia membulatkan diri. Pemalu orangnya. Eh orang?

Tikus tak berbulu. Mak mertua aku geli geleman tengok.

Tamat kisah zoo. On da way kembali ke waterpark ternampak kuda. Again ibu paksa anak bujang posing.hihi


Aiman berkali -kali kata tak puas mandi. Penat dah anak oii..Dengan perut berkeroncong lapar dahaga. Air mineral botol kecik je RM 4.50 gila punya mencekik. Sanggup kami tahan makan minum setengah hari geram punya pasal. Bukan tak mampu nak beli, tapi rasa tak berbaloi sangat dengan harga.huhu

Good bye Lost World.


Tamat kisah percutian budget kami ke Lost World Tambun, Ipoh. Time spent well walaupun letih yang amat. Sekian!