Pixajoy

Wednesday, September 23, 2015

Home » Puasa Sunat Arafah & Persediaan Raya

Puasa Sunat Arafah & Persediaan Raya



Assalamualaikum dan selamat berpuasa diucapkan pada yang berpuasa sunat hari ni. Semoga Allah menerima amalan kita.



Saja nak refresh balik niat puasa Hari Arafah almaklum benda setahun sekali kita ni sebagai manusia tak lari dari sifat lupa.



Let's story a little bit about persediaan Hari Raya Korban kami. Tahun ni pertama kali kot dalam sejarah kami sambut raya sendiri. Mengimbau kenangan tak dapat balik beraya di kampung masa di Johor dulu pun still balik beraya di rumah atuk dan pak sedara en suami. 

Cerita raya haji la kan..tiga taun lepas mak abah raya rumah kami. Tahun lepas kami sama-sama beraya rumah adik ipar di Lumut. Tahun ni mak abah balik beraya di Pahang rumah adik ipar dan sedara mara di Johor. Mula macam nak ikut balik, tapi sebab aku kena kerja raya ni tak dapat la ikut serta. Maka berayalah kami sendiri.

Kuih raya tak sempat raya dah selamat kami anak beranak belasah. Tinggal sebekas je kuih bahulu. Pertama kali kot aku akan cuba masak juadah raya. Hari ni en suami ke market aku dah senaraikan barang yang perlu beli. Cuba teka apa menu aku nak masak? Anyam ketupat pun tak reti oii. Kita tengok la nanti apa jadi. Jangan jahanam resepi raya aku sudah.hihi..

Pagi raya aku still bertugas, pastu petangnya Insyaallah kami terus bertolak balik raya Nibong Tebal. Dikesempatan yang ada aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..Maaf andai ada salah laku terlanjur kata tersalah komen sepanjang perkenalan. Semoga dipermudahkan buat saudara kita menjalani ibadah haji di Mekah. Pulang meraka dengan haji mabrur Insyaallah.











7 comments:

Maya Amir said... Best Blogger Tips

selamat hari raya aidiladh juga:)

LZ - The Blog Owner said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum Puan Kutu,

Selamatt Hari Raya Aidiladha diucapkan.. :-)

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Salam Aidil adha buat PK & family dr bumi Sabah :)
lama tak kesini..harap semuanya sihat...

SalbiahM said... Best Blogger Tips

wah..bertugas di pagi raya.. kipidap!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

saya masa ddk jb mmg jrg blk kg
beraya di jb j
itu yg teringat menu johor.. hihi
zaman bujang pon jrg blk beraya haji..
salam aidiladha pk

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Ohhh ingat ingat ......cite Raya kat lumut tu. Kenapa mak pak awak tak raya kat rumah sendiri PK?...bizi bodi haha....

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Lama juga rupanya saya tak singgah sini ya, PK. Dari sejak raya haji rupanya ^_^ Padanlah tuan blog merindui rupanya. Keh3x.