Pixajoy

Friday, September 18, 2015

Home » Lost World Of Tambun : Petting Zoo

Lost World Of Tambun : Petting Zoo



Turun train laju-laju kami masuk Petting Zoo. Ala-ala mini safari je zoo kat sini, comel tempat dia. Nak kata kecik sangat tak juga, ada banyak binatang, cuma binatang yang besar macam gajah zirafah tu semua takdelah ye. 

Setakat nak kenalkan Afia dengan haiwan secara live kira ok la. Abang Aiman tu dah banyak kali pun masuk Zoo Taiping. Cik Pia kami belum berkesempatan bawak dia. Jemu dah sebenarnya dengan Zoo Taiping tu.

Port bergambar punya cantik tapi model semua dah letih tak mau posing dah.

Main entrance

Disenaraikan waktu feeding show. Satu pun tak sempat tengok.uwaa...

Melalui review yang aku baca, tempat ni sepatutnya lebih cool. Kita siap boleh beramah mesra dengan haiwan ni semua pastu tourists guide dok cerita macam-macam pasal spesis binatang yang ada. Tapi tu dulu la kot..

Masa kami masuk takda sapa pun layan. Yang penjaga zoo pun nampak macam orang asing (bukan orang Malaysia) dengan muka serius senyum pun tak mau. Takpalah tak payah risau. Kami layan diri je masuk sini menghabiskan sisa tenaga yang ada.haha

Ni dia racoon punya comel. Melepak tidur depa tak excited pun kami datang melawat.

Cik pia teruja tengok banyak fish.

Ada banyak section Petting Zoo ni. Kat area ular serius best. 

Atas kepala kau ulaq sawa dok lepak.

Nah tak nampak lagi saja.

Teruskan penerokaan tengok ulaq ayaq.

Yang ni king cobra ka apa. Elok ja dia melingkar ubat nyamuk sempoi punya skill

Hohohoi bila dia menjalar geli geleman aku. Dok statik macam ular sawa aku ok lagi. Tak boleh tahan aku tengok.hahaha...

Muka kena paksa posing.hakhak

Apa kenama binatang dalam sangkar. Aku pening dah. Sory.hihi

Semua pakat teruja

Siap ada waterfall lagi. Maktok kemain gaya puteri nak bersiram. 

Kuit sungguh! Punya banyak dari atuk nenek sampai ke anak cucu cicit kura-kura.

Yang sekor ni bawak diri pasaipa tak tau.

Bird Paradise,burung aneka warna comel-comel belaka.

Burung yang pandai cakap ni bising dia bila abang sado ajak bergambar.haha

Kalau kat kampung kita panggil biawak.haha

Spesis macam hamster apa nama aku lupa. Kiutnya Aiman kata bila dia membulatkan diri. Pemalu orangnya. Eh orang?

Tikus tak berbulu. Mak mertua aku geli geleman tengok.

Tamat kisah zoo. On da way kembali ke waterpark ternampak kuda. Again ibu paksa anak bujang posing.hihi


Aiman berkali -kali kata tak puas mandi. Penat dah anak oii..Dengan perut berkeroncong lapar dahaga. Air mineral botol kecik je RM 4.50 gila punya mencekik. Sanggup kami tahan makan minum setengah hari geram punya pasal. Bukan tak mampu nak beli, tapi rasa tak berbaloi sangat dengan harga.huhu

Good bye Lost World.


Tamat kisah percutian budget kami ke Lost World Tambun, Ipoh. Time spent well walaupun letih yang amat. Sekian!



















10 comments:

eima said... Best Blogger Tips

tp klu stay kat sini pun boleh main sampai puas kan ...next time try tidoq pulak noo

Wak Lat said... Best Blogger Tips

wahh, dari gambang ke tambun memey terbaik untuk family outings mak kann., ;p

ps. rumah terbalik dlm blog wak tu bukan di Melaka ye mak Kutu, tapi di Port Dickson je., ;D tp umah terbalik Melaka dan Sabah pon wak penah pegi jugak.,

Yana Yani said... Best Blogger Tips

kenapa tak letak harga masuk
macam best juga tempat ni
ni kalau ada masak nak ajak mychintahati dan anak-anak ke sana
apapun nice sharing

Yana Yani said... Best Blogger Tips

kenapa tak letak harga masuk
macam best juga tempat ni
ni kalau ada masak nak ajak mychintahati dan anak-anak ke sana
apapun nice sharing

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Letih kerana bercuti tak sama rasa letih kalau berkejaran buat kerja.
Ada terselit rasa seronok disebalik penat yg dirasa kan..kan..

aizamia3 said... Best Blogger Tips

tak pernah sampai lagi.. hehehe..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ahah.. bab ular dan tikus tak berbulu itu sungguhlah geli geleman walaupun membacanya aje. Gambar pun tak nampaklah sangat sebab kita pun rabun katanya... Kalau bertentang mata, face to face mahu tak tahu mana nak pi main hide and seek!

Day trip pun seronoklahkan walaupun penat. Abang Aiman dah besar memanglah tak teruja lagi nak jadi supermodel blog ibunya!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

amboi kemain dok ats sinun ye ..
blh tahan nengok nya..
saya bab ular ni mmg geli hatta ular plastik
pernah zaman skolah mnengah mmber saja nak gurau.,terbaling kena saya
apalagi terus mnjerit, pastu teriak.. nk kata geli tak geli sbb kalau pergi zoo kemain nak bergambar dgn ular.. pnh bergambar dgn ular sawa albino di zoo melaka, n ular sawa batik di langkawi.. rapi kemain la cover tarik kain baju ttup kulit jgn bagi kena.. hahahaha..

tak pa next time ulang mai lain pk..
tp bab makanan mmg hampeh la, kan..
mmg air sendiri pon x blh dibawa masuk ke pk ?

Masya said... Best Blogger Tips

kenapa x seludup makanan je masukkan kat celah² baju .. dia bukannya cek sangat.. masa kami pg tu hari.. kami seludup roti dgn sardin kikiki oklah buat alas.. mmg makan mahal dalam tu.. pitammm oiii

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Setuju dgn MD lagi.. kalau ular n tikus ni sy pun sama geli.. rela tgu kat luar je.. hihi..