Pixajoy

Thursday, September 17, 2015

Home » Anaknda Berdua Hari Ini

Anaknda Berdua Hari Ini



Tempohari Aiman ada cerita yang cikgu datang bagi markah untuk kelas. Ada pertandingan menghias kelas rupanya. Tadi ibu ambik dari sekolah dia tunjuk sampul ni dalamnya ada duit.


Owhh ingatkan Aiman menang pertandingan rupanya kelas Aiman yang menang.huhu. Hari ni kan hari terakhir sekolah sebelum cuti raya. Aiman tak jumpa guru kelas nak beri cikgu duit kemenangan, so kenalah simpan dulu. Kata Aiman "ntah-ntah cikgu bagi Aiman apa duit ni..." Awak tu ketua kelas je kot takdanya cikgu nak bagi. Amanah orang kena jaga!


Gambar ni pulak mak pengasuh Afia whatsapp ke ibu masa ibu kerja.


Terkejut tengok alolo comelnya anak ibu pandai sungguh buat macam-macam gaya. Mak kata sibuk sangat nak pakai baju dan tudung kakak. Lepas tu suruh snap gambar dia. Kakak minta buat gaya begitu begini tapi dia lagi pandai pose.hihi..Kalau kerumah mak berselera makan itu ini dari pagi. Geram sungguh perangai kat rumah takmau makan, minta nenen je tahu baby tua ni!










7 comments:

tiga lalat said... Best Blogger Tips

wahh tahniah kelas aiman tuuu., ;p

eima said... Best Blogger Tips

wahhhh ketua kelas tu ..... big claps untuk aiman .....

nini said... Best Blogger Tips

Hamboiiii kemainnnn eh....someyyy sangattt...hihi

wa said... Best Blogger Tips

Alahai..pandainyaa Afia posing...memang cute..:)

myliferia said... Best Blogger Tips

Comel jer tengok karenah anak-anak...hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ingatkan tadi Aiman yang dapat RM20 rupa-rupanya penjaga amanah sajalah. Nanti cikgu kelas belanja makan jajan dengan duit tu. Seluruh kelaslah, bukan Aiman sorang aje. Huhuhu...

Amboi, Cik Pia! Terserlah ayu pesona perempuan Melayu terakhir! Bukan main lagi berposing bagai. Yang gambar bawah kanan tu juga yang menarik dan menggelikan hati!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hHhaha tudia ibu dah mengomel dh cik afia..
afia seronok dilayan sbb ada kakak kakak kot di sana..
comel pulakk tu buat gaya