Dah lama kawan-kawan sekolah aku ni plan nak datang. Jumaat lepas terlaksana juga hajat. Tiga buah kereta depa konvoi dari Penang. Bertolak lepas maghrib kau rasa pukul berapa depa sampai? Dengan kereta salah sorang buat hal, bermacam halangan dan dugaan jugak la nak sampai Sungai Petani.
Sampai rumah aku dah pukul 11 lebih. Apa pun happy sangat dapat jumpak kawan-kawan. Terharu depa sanggup tu turun SP berkunjung ke teratak kami. Nak bertolak balik lagi memang rabak la mata. Demi kawan-kawan bukan selalu kan dapat jumpa.hehe.
Ben, Milah, Shi dan bibi. Semua hot mama.
Wefie la apa lagi. Depa semua segak tuan rumah ja muka mayat.hakhak
Menu simple dari dapur PK. Ni pun gabra ok, tak reti aku nak masak banyak. Buat kek pun bantat.hahaha.
Sila..sila jamu selera!
Terima kasih kawan-kawan. Insyaallah ada rezeki jumpa lagi.
6 comments:
bestnya buat reunion. teringat member-member lama..kenangkan kenangan masa sekolah pasti senyum sendiri:)
sekali sekala lajak ke tgh malam, kan. hihi
bestnya dpt berkumpul mcm ni..
Dah sampai lewat tentulah borak pun yang penting-penting aje ya, PK. Orang pandai masak campak baling tapi kata tak reti nak masak banyak, rasa konpiuslah.
Muka tuan rumah tu mesti dah touch up banyak kali. Smooth aje nampak. Maklumlah geng-geng nak datang dari jauh tu *_*
wahh sonoknyer kawan2 mak tuuu ;p
Saya kalau buat kek confirm bantat... tak tau la apa tak kenanya... hahaha
seronoknya dapat jumpa kengkawan semua...
Smooth sebab kamera ja tu.huhu
Post a Comment