Pixajoy

Tuesday, September 08, 2015

Home » Strawberi Celup Coklat

Strawberi Celup Coklat



Lama dah tak ke market kebetulan jumpa kawan kat sana. Sambil beli bahan masak ternampak stawberi terus beli. Nak makan camtu saja tak daya aku sorang. Aiman dan Afia kata masam. Banyak gak la sebekas ni tak laku pulak jadinya.


Disebabkan kemut nak beli coklat, kita guna saja bahan yang sedia ada dirumah. Aku buat homemade coklat sendiri. Kali ni ganti coklat dengan milo. Pakai milo, susu pekat, butter dan susu cair. Sedap oii anak beranak lawan mencelup. Cik pia ja ngelat tak makan buah dia kira jilat coklat je.hehe

Ni tinggal baki je pepagi buta aku layan sensorang. Aku add on juga epal hijau dan pear. Buah pear takda dalam gambar dah selesai Aiman kerjakan.


Lupa nak snap masa masih banyak buahnya. Sebenarnya kalut ada tetamu datang rumah. Dia request nak makan pizza, so aku cuba la tunaikan permintaan walaupun dalam masa yang sama mak abah pun mengejut bagitau nak datang. 

Mujur dah kemas rumah. Kalau tak naya ja mertua mai buat spot check kan.haha..




12 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sedap tu straeberi coklat.. sempat terfikir resepi coklat sendiri pula tu..hebatla PK.. syokla cik pia makan tu ya..

eima said... Best Blogger Tips

WAHHH WAHHH ..... SI FAHIM TU HANTU STRAWBERI COKLAT JUGAK NGAN ABAH DIE ... AI MKN STRAWBERI JE COKLAT TAK MO ....

LZ - The Blog Owner said... Best Blogger Tips

Salam ukhuwah Puan Kutu,

Terliur tengok strawberry celup coklat.. sedap!
Boleh cuba buat ni.. :-)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Rumah ada nak kecik kalau sepah taklah malu sangat
Yg malu kan kalau rumah tak ada budak tapi bersepah..

Kalau kakak memang tak rajin nak cucuk-cucuk macam tu alahai... cantik pulak kan:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Apa nak takut mertua mai, PK. Awak kan pandai masak. Masak aje apa patut, tak jadi dah mertua nak komplen banyak :)

Saya ni bab-bab strawberi cicah coklat takdalah teruja mana. Macam dah lama pulak tak makan buah-buahan walaupun stok buah-buahan sentiasa ada di rumah. Nampak sangat suka makan makanan tak seimbang saya ni tau :D

nini said... Best Blogger Tips

Wahhhh.....sedappppp niii

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Pasal makan tak takut sbb biasanya mertua mai sy mmg tak msk.tapau dr kedai je tak pun makan luar.hahaha

Yg menakutkan umah yang macam tak kemas seminggu mau pengsan kalau orang datang mengejut.hihi

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Cucuk tu kak zakie untuk tetamu kawan yg nk makan pizza tu...dh anak dia buat hal tak sempat nk mkn buahnya tu yg kami bedal.huhu

Nora Karim said... Best Blogger Tips

mak aihh.... sedapnya "coklat" buat sendiri tu!! boleh try la nanti...

SalbiahM said... Best Blogger Tips

sedap ni..tak payah pakai mesin fonndue tu..hehe

syida said... Best Blogger Tips

rinduuuunya sama stoberi coklat...rasa nk terbang pi cameron sekarang jugakk huhu

Chot said... Best Blogger Tips

kalau mak mertua mai spot check pk..pakaila fabrezz..ehehehe