Pixajoy

Thursday, September 17, 2015

Home » Lost World Of Tambun : Waterpark

Lost World Of Tambun : Waterpark



Ni part yang paling best la kalau ke Theme Park. Berendam berkubang paling ditunggu oleh anaknda berdua. Lepas dah tawaf hampir keseluruhan tempat baru kami pergi salin baju untuk mandi. 

Mula masuk ke Lost World kita dah boleh nampak waterpark terbentang luas.


Tak ada acara naik slide ke apa benda sebab kami cuma lepak kat kawasan kanak-kanak. So aku nak cerita pasal pelampung kena sewa ke apa benda aku memang tak tau. Badan dah penat kot dah tak kuasa nak fikir banyak benda. Dari mula sampai kesudah dok melangut kat air cetek saja. Sungguh tak adventure.haha...


Pengalaman pertama Afia mandi dekat waterpark. Nampak tak kegembiraan di wajah anak dara.


Posing dengan Wan.


Abang Aiman dengan abah mai join.


Maktok pulak masuk.


One more..jangan ditanya kemana ibu. Dah namanya tak pandai selfie. Kena menuntut dengan mak jilap dulu la.hahaha..


Banyak oii gambar padahal dok berendam kat tempat sama je. Ni mana yang sempat aku upload. Layan!










Tengah berendam tengok jam dah pukul 2.30, Wan laju mengajak naik train. Train station ni terletak sebelah waterpark area Amusement Park. 


 Dengan baju basah kami menuju ke train.



Antara yang pertama naik train. Wefie sat muka natural beauty.hakhak..



Abang sadoku kontrol lubang hidung.


Cik pia memula elok je duduk depan dengan abah dan Wan.



Pastu nak kebelakang pulak dengan kami


Naik train baru best dapat ulang second round melawat kawasan. Tadi berjalan dah penat tak ingat pun nak cari mana letaknya zoo. Dalam train baru perasan lokasi zoo,alang-alang dah datang rugilah tak masuk. 

Turun train kami masuk Petting Zoo kejap sebelum sambung mandi manda. Next entry Petting Zoo..Yang ni last part ok!






11 comments:

lieyalatif said... Best Blogger Tips

bestnye cikpuan kutu...lagi2 org tak ramai...tak seramai kalo pi time cuti sekolah lame tu...best2....

lieya tak penah sampai sana...best gak kan...pas mandi, leh pi tgk zoo...takyah tukar baju...pastu sambung balik mandi....afia nampak hepi hah...budak2 kan mane yg tak suke main air...kalo boleh tak mo keluar dari pool hah...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. dah ada header baru.. lawa dan ceria..
Kemain berseronok di waterpark ni ya.. nampak keceriaan dan keseronokan semua ahli tu.. puas hati sungguh ya korang

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

wah seronoknya..sakan haa bercuti..

Ummu Athiyah Ismail said... Best Blogger Tips

Singgah pagi :))

Tips Cerahkan Kulit

eima said... Best Blogger Tips

tu basah2 ke pi ronda niak tram tu ..... tak sejuk ke hehehehe

eita said... Best Blogger Tips

budak2 part main air lah yang diorang suka sangat...

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kalau dan maktok, papa dan wan pun happy apa lagilah hero dan puteri pia tu. Sengih ajelah sepanjang masa. Puas dpt mandi kalau ada penjaga kanan-kiri..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Best kan waterpark Tambun ni...!! Saya pegi dulu Alisya masih kecik lagi... smpi sana pun sebab ada kawan kawin.. kami ni biasa kalau kawan kawin baru dpt pi cuti2 mesia.. hahahha

Amboih cik pia... kemain seronok berendam!!

nini said... Best Blogger Tips

Bestnya bercuti

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Eh, Cik Pia kalau pakai swimming suit nampak bambam pulak! Tergugat iman tau!

Ibunya mana pi 2-piece suits? Tertinggal kat rumah ek? Hahaha!

Yalah,yalah, faham dah dia memang natural beauty. Langsung takda kesan jeragat ke,jerawat batu ke. Flawless gitu lepas kena basuh dengan air mandi kat waterpark!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

bestnya nengok cikpia mandi.. nti na ajak ayh rania juga la bawa rania. tp tu la ayah rania bukannya bekena theme park gini katanya baik bawa pergi ulu kernas (air trojun kat kk) lagi best.. air semulajadi..
hok aloh..

kiranya pi petting zoo dgn berbasah basahan la pk ?