Pixajoy

Wednesday, September 09, 2015

Home » Big Mouth Republic

Big Mouth Republic



Dengar cerita dari kawan-kawan yang Big Mouth ni memang sedap menunya. Bila orang suggest tempat makan best dah tentu orang yang jiwanya pemakan macam kami simpan niat nak cuba makanan sini. Dah lama nak pergi tapi asyik tak jadi. Ada saja halangan menimpa.

Tak lama dulu dah plan baik punya semangat nak pergi Afia pulak demam. Lama bertangguh sampai la minggu lepas sebelum ke Al Haura Arabic Kopitiam tu sebenarnya kami dah kesini dulu. Sebab penuh dengan umat manusia tak ada meja kosong tu yang sanggup patah balik sampai ke Laguna. Isnin lepas repeat lagi kesini, datang awal lepas Asar.

Restoren yang memang sentiasa jadi tumpuan macam ni, aku suggest kalau nak pergi seeloknya awal sebelum pukul 9. Lepas maghrib full sentiasa. Lokasi dekat Taman Sejati, kedainya betul-betul menghadap Parkson. Aku bagi alamatnya ye.


Big Mouth Republic
Cafe Restaurant
C123 Lorong 10,Taman Sejati
Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Afia belum sampai kedai dah buat taik dalam kereta. Haru sungguh anak dara ni. Lepas tengok menu cepat-cepat la aku ke toilet bersihkan najis dia.hahaha

Dekat kaunter ada banyak kereta mainan depa display sebagai hiasan. Meja kami tak jauh pulak dari kaunter, punya hingaq anak dara tu jerit "nak car..nak car..". Tu belum cerita lagi dia dok sibuk dengan baby meja sebelah.

Nampak tak cars yang bersusun banyak atas tu. Ni la yang cik pia dok aim tu.

Air yang kami order Lemon tea RM 1.80, Vanila Latte dan Special Milo tabuq ka apa kebenda namanya masing-masing RM 6.50.

Officemate aku yang selalu makan kat sini katanya suka sangat crunchy noodle ni aku pun  cuba order, RM 7.90.

Mix Grilled apa benda ntah namanya gabungan ayam, daging dan kambing kami ambil regular RM 42.00. Nala punya banyak!

Aiman oii kot payah sangat nak berpisau garpu bagai. Ibu suggest pi singki basuh tangan makan ja style orang kampung kan senang.haha..

Afia makan mi ibu dua sudu pastu tekun menikmati sosej je la sampai boroi

Portion makanan dengan harga memang puas hati.

Sebelum mix grilled sampai en suami dah rambang mata nak order nasi goreng la, chicken wing la. Dah sampai mix grillednya tu baru tau gila punya banyak kot regular je. Kalau yang big mouth harga 70 something en suami nak order mulanya adik ambik order kata banyak sangat. Memang sungguh banyak la kalau yang regular pun dah sebanyak tu. Mujur tak order yang big.

Bukan nak menjatuhkan bisnes depa ni la tapi sejujurnya makanan kat sini memang tak sedap pada tekak kami. Sos lada hitam dia punya la cair tak berasa. Ayam tu boleh gagah makan..daging dan kambing agak liat. Yang sedap cuma coleslow saja.hakhak

Crispy noodle yang kawan aku kata sedap sangat tu pun bagi aku so so je. Kata en suami makanan tak rasa apa, rasa hangit grilled semata. Kalau sedap mungkin kami soru habis. Ni memang tak habis makan, tapau je bawa balik.

Citarasa setiap orang mungkin tak sama. Menu lain maybe ada yang sedap kot. Mungkin juga tukang masak dah tukar. Entah puas aku memikir apa sebabnya.haha. Kawan en suami kata sedap. Kawan aku kata sedap. Kami kata tak sedap langsung.haha

Bagi aku harga makanan kt sini memang murah. Servis pun ok. Cepat je makanan sampai dengan layanan baik dari pekerja. Nak kata tak sedap restoren ni sentiasa penuh dengan orang kot. Aku tak tau nak explain baq hang. Yang aku tau en suami kata pasni tak payah ajak beliau pi sana lagi.hahaha...










16 comments:

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

klau guna daging mahal....sos x sedap takpe, tapi klau liat2...sos mau kena power.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Ya setuju sangat..daging murah kot ni..sos tak sedap memang fail.huhu

Kak Vit said... Best Blogger Tips

wahh.. boleh try balik kampung nanti :))

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Citarasa manusia mmg berbeza2. Akak pernah makan dgn kawan2 kat 1 restoren ni, dorang kata sedap sangat2. Akak rasa biasa2 je. Hehe..

mak jemah jual vitamin said... Best Blogger Tips

kalau ke sg petani nanti bleh singgah ni..mcm best tgk hehee

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

Saya dah banyak kali pergi sini.. Bg saya okla.. Tp yg last kami pergi, kami order lamb chop big mouth punya saiz, daging mmg banyak tp x berapa masak plak sbb masih merah.. Kami tekak melayu xreti nak mkn daging merah2 ni haa.. Dapat pulak customer cerewet cam saya, bila nak bayar, saya komplen, dah x pasal2 xpayah byr plak... Niat di hati just nk komplen je bukannya nak free... Tp berkali2 tokey dia ckp xyah bayar... Walaupun camtu, saya x serik g sana sbb saya mmg suka kedai tu.. Hehe

- AZIE - said... Best Blogger Tips

byknya protion dia...puas hati ni, membe sy pun rekomen kat sini katanya sedap..ntila try p tgk..

dah lama xjengah sini kan, rindunya nk berblog...

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Apa rasanyanya crunchy noodle tu agaknyer...

Azian Elias said... Best Blogger Tips

besar sungguh portion tiap menu tu ye.. nowadays cafe tumbuh macam cendawan... cuma tergantung pada food nya lah..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. tengok mula2 rasa bersemangat nak baca lagi, tp suami PK tak nk pergi lagi ke kedai tu? Ok, setuju sangat bab taste kita dan orang lain tak sama. Kalau bg kita tak berapa sedap takla kira boleh nk ulang lagi makan kat situ ya..

SalbiahM said... Best Blogger Tips

mungkin time PK n family pergi tu tukang masak dia cuti, ganti ngan orang lain.. Tapi pendapat saya lah kan, sebab PK sendiri pandai masak, so pandai merasa makanan. tu yang rasa ada tak kena.kalau macam saya ni, semua pun saya kata sedap

Mummydearie said... Best Blogger Tips

PK, kita betul-betul rasa pelik ni tau! Awak dah give up memasak ke apa ni? Rajin sungguh tau sekarang ni keluar entri makan kat luar ^_^

Tekak masing-masing memang berbezakan, PK. Orang ni kata sedap, orang tu kata tak sedap. Saya tengok portion makanan yang banyak tu nampak macam sedap aje. Murah pun murah. Tapi dah PK yang merasa kata tak sedap, tak tahulah.

Kalau dah tak sedap memang tiada ulanganlahkan!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Kami kena sekali tak sedap memang taj p dah kot kedai tu. Klu boleh tahan ok..ni memang tak sedap lngsung.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Rasa kuah macam kungfu ja bunda..cuma mi dia tu crunchy la..dia ada bg kuah kicap ngan cili padi potong..tp biasa je la tak berasa sgt noodle ni pun bg sy
.en suami kata bley tahan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Rasa kuah macam kungfu ja bunda..cuma mi dia tu crunchy la..dia ada bg kuah kicap ngan cili padi potong..tp biasa je la tak berasa sgt noodle ni pun bg sy
.en suami kata bley tahan..

Chot said... Best Blogger Tips

ooo... mungkin kebetulan mse pk g tu..tetiba tukang masak biasa tu mc..haaa...dpt la bidan terjun. tak pun..mungkin sbb kita dah expect benda tu sedap dari awal..bila makan....laaaa....level kuis2 je..haha